You are on page 1of 6

Tema Umum: Malaysia Dalam Kerjasama Antarabangsa

Sejak mencapai kemerdekaan, Malaysia telah menyertai dan bergerak aktif dalam pertubuhan serantau.

4) Apakah faedah/manfaat yang diperoleh Malaysia daripada menganggotai pertubuhan serantau? ASEAN Antara faedah atau manfaat yang diperoleh Malaysia daripada menganggotai pertubuhan serantau ialah Malaysia yang merupakan anggota Negara Negara ASEAN telah diisytiharkan sebagai ZOPFAN. Selain itu, Malaysia telah menyertai mesyuarat yang membentuk kerajaan Demokratik Campuran Kampuchea di Kuala Lumpur pada tahun 1982. Malaysia yang merupakan anggota Negara Negara ASEAN telah diisytiharkan sebagai Zon Bebas Senjata Nuklear. Seterusnya, Malaysia telah mendapat kerjasama daripada anggota Negara Negara ASEAN dalam projek projek perindustrian contohnya projek baja urea di Bintulu, Sarawak serta di Acheh, Indonesia. Kerjasama dalam bidang pendidikan juga wujud dengan tertubuhnya Pertubuhan Menteri Menteri Pelajaran ASEAN ( SEAMEO ). Contohnya pembinaan Pusat Serantau untuk Sains dan Matematik ( RECSAM ) di Pulau Pinang. Disamping itu, kerjasama lain yang dibuat atas semangat kerjasama ASEAN adalah dalam bidang kebudayaan dan sosial seperti mengadakan festival kebudayaan dan kesenian dengan menubuhkan Tabung Kebudayaan ASEAN. Malaysia juga mendapat manfaat melalui pertukaran rancangan televisyen dan radio yang dijalankan. Sukan SEA juga diadakan untuk merapatkan hubungan antara negara melalui semangat kesukanan. Akhir sekali, dalam bidang pelancongan, kerjasama dijalinkan dengan mengadakan Tahun Melawat ASEAN pada tahun 1992.

MAPHILINDO Antara faedah atau manfaat yang diperoleh Malaysia daripada menganggotai pertubuhan serantau ialah dapat meningkatkan hubungan persahabatan dan menyelesaikan pertelingkahan antara Malaysia Filipina dan Malaysia Indonesia. Seterusnya, ketiga tiga negara anggota MAPHILINDO telah mencapai kata sepakat memohon bantuan PBB untuk mendapatkan pandangan rakyat Sarawak dan Sabah tentang cadangan penubuhan Persekutuan Malaysia.

Oleh yang demikian, PBB telah menghantar perwakilannya pada tahun 1963 yang diketuai oleh Lawrence V. Michael More untuk meninjau pandangan rakyat Sarawak dan Sabah. Akhirnya, majoriti rakyat di kedua dua negeri berkenaan bersetuju dan menyokong pembentukan Malaysia.

5) Keanggotaan Malaysia dalam pelbagai pertubuhan telah menjadi pemangkin kepada kejayaan negara. Jelaskan kejayaan tersebut.

Antara kejayaan yang dikecapi oleh Malaysia dalam menyertai pelbagai pertubuhan ialah keamanan negara terjamin. Seterusnya, wujudnya pakatan ekonomi di antara Malaysia dengan East Asian Economic Caucus (EAEC), ASEAN +3, dan ASEAN Free Trade Area (AFTA). Malaysia juga menjadi salah sebuah negara yang bebas daripada ancaman senjata nuklear di rantau ini. Di samping itu, Malaysia berjaya membina Pusat Serantau Sains dan Matematik (RECSAM). Selain itu, Malaysia telah menjadi negara contoh dalam membanteras ancaman komunis. Malahan, pelajar pelajar Malaysia turut mendapat tawaran biasiswa dari negara anggota OIC. Malaysia telah menjadi tuan rumah persidangan OIC pada tahun 1974 dan 2003, di samping menganjurkan persidangan menentang pengganas dalam kalangan negara Islam pada tahun 2002. Seterusnya, Malaysia telah menjadi perantara dalam menyelesaikan peperangan Iran Iraq. Di samping itu, Malaysia juga memberikan sokongan kepada rakyat Palestin dalam perjuangan mereka untuk mendapatkan semula tanah air mereka daripada Israel. Malaysia telah mendapat penghormatan daripada negara anggota yang lain kerana amat serius dalam memperjuangkan hak dan kebajikan negara negara Islam. Sebagai negara anggota OIC, Malaysia juga telah mendapat faedah berupa pinjaman daripada Bank Pembangunan Islam bagi melaksanakan projek projek pembangunan untuk kepentingan rakyat. Akhir sekali, Malaysia juga telah mengesyorkan penggunaan dinar emas dalam kalangan negara Islam untuk urusan perdagangan dan kegiatan ekonomi yang lain.

6 a) Apakah cabaran untuk mengekalkan keamanan / kedaulatan dengan hubungan luar?

Antara cabaran untuk mengekalkan keamanan dengan hubungan luar ialah rakyat tidak menghormati kedaulatan negara lain. Selain itu, terdapat juga demonstrasi jalanan yang dilakukan oleh penunjuk perasaan oleh rakyat yang tidak bertanggungjawab. Seterusnya, berlaku campur tangan daripada pihak luar. Cabaran lain juga ialah amalan rasuah yang berlaku dalam kalangan masyarakat. Bukan itu sahaja, wujudnya perlumbaan dalam penggunaan senjata api. Di samping itu, terdapat juga masyarakat yang semakin luntur semangat patriotismenya. Terdapat segelintir masyarakat yang tidak menghormati sistem demokrasi yang diamalkan di negara ini sejak sekian lama. Malahan, terdapat masyarakat yang tidak mengamalkan sikap tolak ansur dan mementingkan diri sendiri. Selain itu, Malaysia juga berdepan dengan masalah ketidakstabilan politik. Seterusnya, terdapat segelintir masyarakat yang tidak mematuhi undang undang yang telah ditetapkan. Cabaran lain ialah keruntuhan akhlak dan masalah gejala sosial yang berlaku dalam kalangan masyarakat. Akhirnya, Malaysia juga berdepan dengan masalah hubungan diplomatik yang renggang dengan sesetengah negara.

b) Apakah cadangan anda untuk mengekalkan keamanan / kedaulatan dengan hubungan luar ?

Antara langkah untuk mengekalkan keamanan ialah dengan memastikan hubungaan baik dengan semua negara. Selain itu, pihak kerajaan perlulah memastikan keselamatan rakyat terjamin dengan meningkatkan kawalan keselamatan. Seterusnya, negara perlulah memelihara kepentingan nasional. Rakyat Malaysia juga perlulah mengekalkan kedaulatan negara. Di samping itu, kita hendaklah mengelakkan perlumbaan dalam penggunaan senjata api. Anggota masyarakat sepatutnya mewujudkan rasa cinta kepada negara. Malahan, kita haruslah mengukuhkan kesetiaan kepada raja dan negara. Bukan itu sahaja, rakyat Malaysia perlulah mengamalkan sikap terbuka dan saling bertolak ansur. Pemimpin negara hendaklah sentiasa mengekalkan hubungan diplomatik dengan negara luar. Rakyat Malaysia seharusnya memelihara sistem perundangan negara dengan menghormati perlembagaan negara. Selain itu, rakyat hendaklah mengekang budaya negatif seperti melepak dan berjudi daripada terus menular dalam kalangan masyarakat. Akhir sekali, negara Malaysia haruslah menjalin hubungan dengan negara- negara maju seperti Jepun , China dan Amerika Syarikat.

You might also like