You are on page 1of 10

ISI KANDUNGAN

Bil Perkara

Muka Surat

BAHAGIAN A Soalan 1 : Perenggan Deskriptif Soalan 2 : Perenggan Penghujahan


Soalan 3 : Perenggan Naratif

2 2 3 4 5 5 7

BAHAGIAN B Soalan 4 : Esei Perbandingan Soalan 5 : Esei Proses

BAHAGIAN A Soalan 1 : Perenggan Deskriptif

Pusat Peranginan Pantai Damai, Kuching Oleh: Talang Bin Suhaili Pantai Damai merupakan salah satu destinasi yang wajib dikunjungi ketika melancong di Sarawak. Terletak kira-kira 37km dari Bandaraya Kuching, tempat ini akan menjanjikan pengalaman manis bagi sesiapa yang mengunjunginya. Pusat peranginan Pantai Damai terletak di pantai berpasir Teluk Bandung yang menghadap Laut China Selatan dengan dikelilingi hutan hujan tropika serta Gunung Santubong yang berdiri gah pasti memukau pandangan mata setiap orang. Pusat peranginan ini bermodelkan kepada sebuah perkampungan nelayan tradisional dengan seni bina yang cemerlang bertaraf 4 bintang. Ia juga menyediakan persembahan kebudayaan dan tradisional penduduk negeri ini. Pantai Damai juga merupakan destinasi percutian yang sangat popular bagi penduduk tempatan pada hujung minggu. Terdapat pelbagai aktiviti yang disediakan disini. Bagi yang menggemari aktiviti lasak, mereka boleh memilih aktiviti meredah hutan di Gunung Santubong serta aktiviti menyelam skuba. Di samping itu, pihak pengurusan juga menyediakan aktiviti-aktiviti lain seperti aktiviti pembinaan kumpulan, bersiar-siar dengan menggunakan bot dan permainan golf. Selain itu juga, terdapat pelbagai perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan oleh pihak pengurusan. Antaranya ialah perkhidmatan urutan tradisional dan refleksologi, kemudahan sukan air dan darat serta gimnasium. Kesimpulannya, banyak pengalaman dan kenangan indah yang tidak dapat dilupakan apabila berkunjung ke Pantai Damai. Pantai Damai menjanjikan pengalaman manis kepada sesiapa sahaja yang berkunjung ke sana.

RUJUKAN Daripada laman sesawang:


Damai Beach Resort. (2013). Diperolehi November 20, 2013, dari http://damaibeachresort.com/

Soalan 2 : Perenggan Penghujahan Gejala buli pada zaman sekarang semakin kronik terutamanya di sekolah rendah. Buli terbahagi kepada dua iaitu buli fizikal dan buli mental. Buli mental sering kali berlaku di sekolah rendah antaranya ialah mengejek, mencaci, mencerca, memaki hamun dan memulaukan seseorang. Antara faktor berlakunya gejala buli di sekolah ialah masalah keluarga dan kurang kasih sayang ibubapa.Hal ini demikian kerana pelajar tersebut sering dipukul oleh abangnya atau selalu dimarahi oleh kedua ibubapanya. Faktor kedua ialah pengaruh rakan sebaya. Tidak dinafikan, terdapat banyak pelajar yang membuli pelajar lain kerana mengikut kawan. Faktor ketiga pula ialah pengaruh media massa. Kebanyakan pelajar mudah terpengaruh dengan gejala negatif yang dilihat menerusi filem dan cerita yang ditayangkan di televisyen. Dalam menangani masalah ini, ibu bapa hendaklah memberi didikan agama yang sempurna dan sentiasa menjadi contoh yang terbaik bagi anak-anak mereka. Selain daripada itu, pihak penyiaran hendaklah mengurangkan babak dan aksi yang ganas dalam filem dan lebih banyak menyajikan filem yang mempunyai unsur-unsur tauladan dan pengajaran. Oleh itu, ibubapa, guru, masyarakat dan pihak berkuasa perlu bersatu tangani gejala buli ini. Sekiranya gejala buli ini dapat dibendung, bukankah ia dapat mewujudkan generasi yang lebih berdisipilin dan seterusnya masalah disiplin di sekolah dipandang tinggi rakyat dan memudahkan lagi urusan memajukan sistem pendidikan negara.

RUJUKAN Daripada halaman sesawang: Wikipedia Ensiklopedia Bebas. (2013, Ogos 22). Buli. Diperolehi November 21, 2013, dari http://ms.wikipedia.org/wiki/Buli Ini Perspektif Ku. (2013, Mei 20). Gejala Buli di Sekolah, Salah Siapa?. Diperolehi November 22, 2013 dari http://iniperspektifku.blogspot.com/2013/05/gejala-bulidi-sekolah-salah-siapa.html

Soalan 3 : Perenggan Naratif Salah sebuah katil di bilik ICU sebuah hospital ternama kerap berlaku kejadian pelik. Setiap pesakit yang ditempatkan di situ pasti meninggal pada setiap hari Jumaat. Perkara ini sangat membingungkan aku dan para doktor serta kakitangan yang lain. Lalu kami mengambil keputusan untuk memantau katil tersebut secara bergilir-gilir. Setiap giliran diperuntukkan dua jam. Giliran pertama bermula pukul tujuh pagi. Aku dan kawanku Doktor Wahab mendapat giliran ke dua. Pukul 8.55 pagi aku dan Doktor Wahab mula masuk ke bilik ICU tersebut untuk mengganti tugas Doktor Raju dan Doktor Chai. Apabila mereka melihat kami masuk mereka berdua bun bersalam dengan kami dan keluar dari bilik tersebut untuk menjalankan tugas lain. Saya dan Doktor Wahab segera membaca surah Yasin sebagai persiapan menghalau makhluk halus. Masa berputar...pukul 8.00 pagi! 8.30..9.00 tiba-tiba..pintu bilik ICU terbuka. Kami berdua pun membongkokkan diri masing-masing di bawah katil. Tiba-tiba muncul Mak cik Bedah, pekerja sambilan sebagai pencuci yang hanya bertugas setiap hari Jumaat. Wanita tua itu mendekati katil keramat tersebut...dan terus mencabut soket elektrik yang membekalkan tenaga kepada alat pernafasan bantuan. Dia kemudian memasukkan soket baru untuk menghidupkan vacuum cleanernya. Kami berdua pun terus keluar daripada bawah katil tersebut dan cepat-cepat menyambung balik soket elektrik. Alhamdudillah pesakit tersebut dapat diselamatkan walaupun dalam keadaan nyawa-nyawa ikan.

BAHAGIAN B Soalan 4 : Esei Perbandingan

KELEBIHAN DAN KELEMAHAN CAMERA DSLR CANON DAN NIKON Canon merupakan salah satu sistem kamera DSLR yang popular di dunia. Canon memiliki lensa yang lengkap dari yang berkualiti rendah sampai tinggi. Kameranya juga lengkap dari untuk pemula sampai yang canggih untuk profesional kelas atas. Kamerakamera pemula jenama Canon mudah digunakan, antara muka dan menunya juga tersusun dengan baik. Kekurangan kamera pemula Canon iaitu bahannya agak murah dan tidak begitu selesa ketika memegangnya. Sejak akhir-akhir ini, Canon lebih fokus dalam pembangunan kamera DSLR yang boleh merakam video. Sehingga saat ini, hampir semua kamera DSLR Canon mengatasi pesaingnya dalam urusan merakam video. Manakala Nikon pula pesaing hebat Canon tetapi jika dibandingkan dengan harga, kamera Nikon adalah lebih murah. Sistem Nikon boleh dianggap cukup sempurna. Banyak lensa Nikon yang berkualiti tinggi dan lebih mahal dari Canon. Pengendalian bunyi di ISO cukup tinggi juga setanding kamera-kamera DSLR lain, sehingga sesuai digunakan untuk pengambilan foto dalam suasana yang gelap. Tidak seperti Canon, antara muka kamera pemula Nikon adalah kurang baik. Contohnya menu yang kurang tersusun dan juga butang-butang yang tersedia kurang untuk mengakses laras yang sering dipakai. Selain itu, kamera pemula Nikon tidak mempunyai auto fokus sehinggakan untuk beberapa lensa lama tidak boleh mengunakan auto fokus (hanya manual). Sebagai kesimpulannya kedua-dua kamera jenis ini memang mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing.

RUJUKAN Daripada Majalah: Berita Megapiksel. (2013). NIKKOR AF-S 18-35mm f/3.5-4.5G ED: reka bentuk padat dan prestasi unggul. Dunia Kamera: Velocity Media Sdn. Bhd. (ms78) Berita Megapiksel. (2013). Canon 5D Mark III: kamera bingkai penuh berkualiti profesional. Dunia Kamera: Velocity Media Sdn. Bhd. (ms82)

Daripada halaman sesawang: Wikipedia Ensiklopedia Bebas. (2013, Oktober 29). Canon Inc.. Diperolehi November 17, 2013, dari http://en.wikipedia.org/wiki/Canon_Inc. Wikipedia Ensiklopedia Bebas. (2013, November 11). Nikon. Diperolehi November 17, 2013, http://en.wikipedia.org/wiki/Nikon Toto Si Mandja. (2013, Mei 17). Kelebihan dan Kekurangan Kamera Digital. Diperolehi November 18, 2013, dari http://www.totosimandja.com/2013/05/kelebihandan-kekurangan-kamera-digital.html

Soalan 5 : Esei Proses 3. Mendaftar sesuatu perniagaan Sekiranya anda mempunyai modal untuk memulakan perniagaan, anda boleh mendaftar perniagaan anda di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (semenanjung) , pastikan anda telah mengetahui apakah nama perniagaan anda untuk didaftar (ROB) Registration Of Business dan buat carian nama untuk memastikan nama perniagaan itu telah digunapakai atau belum oleh orang lain. Daftar perniagaan, dengan beratur tulis nama, alamat, produk yang hendak dijual dan bayar RM60-RM70 sudah dikira daftar perniagaan. Contohnya nama perniagaan: Kedai Runcit Abu, Warung Kak Yam, Baiduri Enterprise, Gemilang Trading, Rahsia Hebat Resouces dan sebagainya. Semasa memilih nama perniagaan, pilihlah nama am, contohnya Gemilang Cahaya atau Kayangan Bistari, ini kerana pihak berkuasa mudah meluluskan sesuatu permohonan jika mendaftar sesuatu, contohnya apabila kite mendaftar perniagaan kedai dobi, kita tidak boleh tukar perniagaan kedai runcit pada masa akan datang. tapi jika nama am, apa sahaja perniagaan kita boleh lakukan, contohnya Warisan Unggul, tetapi kita boleh menambah dengan pihak berkuasa tempatan untuk mendaftar lesen dengan menambah Kedai Perabot Warisan Unggul. Selain itu, pastikan anda terus membuat cop syarikat untuk berurusan dengan pihak bank, pihak berkuasa tempatan. Pastikan anda membuat sekurang-kurangnya 2 cop iaitu satu cop berlamat penuh dan satu tidak beralamat tetapi mempunyai nama perniagaan, nombor pendaftaran perniagaan dan tempat menandangantangan. Setelah selesai mendaftar perniagaan, perniagaan anda perlulah mempunyai akaun, akaun diatas nama perniagaan dimana segala urusan membabitkan kewangan, kerana akaun semasa perniagaan akan dibekalkan dengan buku cek, kad atm (atm hanya untuk pemilik tunggal sahaja). Untuk membuka akaun perniagaan, selalunya sekurangkurangnya RM1000 untuk membuka akaun perniagaan bagi pemilik tunggal dan RM3000 untuk perniagaan perkongsian. Jika terdapat ahli kongsi, anda boleh memilih sama ada memerlukan 2 orang penandatangan, ataupun salah seorang memadai untuk menandatangan cek perniagaan anda. Bagi akaun perniagaan, tiada lagi buku akaun yang perlu disimpan oleh pemiliknya, pihak bank akan menghantar penyata akaun bagi setiap awal bulan bagi bulan sebelumnya. Bagi anda yang memerlukan penyata segera, anda
7

boleh terus ke kaunter bank dengan meminta pihak bank mencetak penyata terkini dengan kadar bayaran RM1-RM2 bagi setiap helaian kertas. Sebenarnya perkara paling penting untuk anda memilih bank ialah dengan mencari bank yang paling hampir dengan premis atau rumah anda, ini akan membantu anda jika anda mempunyai sebarang masalah berkaitan akaun atau cek anda nanti. Selain itu, anda juga boleh memilih bank yang memberi dividen atau perkhidmatan yang anda rasa memuaskan. Selalunya perkhidmatan dilihat dari segi kecekapan pengurusan, cepat, mudah, atau online banking yang tidak mengenakan sebarang caj-caj tahunan, sistem keselamatan online banking atau jaminan simpanan anda semasa anda berurusan dengan bank tersebut. Antara kebolehan utama seseorang usahawan yang berjaya ialah cara-cara untuk menjadi pembekal kepada agensi kerajaan, swasta dan masyarakat, format untuk membuat rancangan perniagaan, cara-cara menjadi kontraktor binaan, kontraktor pembersihan, kontraktor pembekal, membuka pernigaan kecilan-kecilan, industri sederhana dan kecil, membuka kilang dengan kelulusan dari pelbagai agensi berkaitan, mendapatkan pembekal dengan harga jauh lebih rendah, pantang-larang perniagaan dari sudut pandangan kaum cina, cara-cara untuk mempromosikan perniagaan anda, cara untuk mengesport produk anda, dan lain-lain, namun jangan sesekali mengabaikan perkara-perkara yang tidak dapat dilihat oleh orang ramai- iaitu angka-angka perniagaan anda! Kebanyakan usahawan lebih fokus kepada strategi memajukan perniagaan dengan memberi tumpuan kepada pekerja, pelanggan, produk, perkhidmatan dan pemasaran sehinggakan melupakan isu penting iaitu penyata kewangan. Anda tidak perlu menjadi pakar dalam bidang perakaunan, tetapi, apa yang penting adalah untuk anda fahami penyata kewangan anda. Tugasan mengurus penyata kewangan boleh diagihkan kepada mereka yang lebih bertauliah. Namun, sebagai usahawan yang berjaya, anda perlu memahami pengiraan wang dalam penyata kewangan anda supaya wang yang masuk tidak menjadi wang keluar sehingga menjejaskan keuntungan keseluruhan perniagaan anda! Dalam mencari premis yang sesuai, pertama sekali ialah kemampuan modal kewangan kita untuk menyewa atau membeli premis tersebut, selain kawasan yang strategik, padat, mudah dikunjungi, selamat, mempunyai sijil duduki dari pihak berkuasa.
8

Pantang-larang cina untuk memilih premis: premis tidak bertentangan dengan simpang tiga, bertentangan gunung atau bukit yang dipercayai menutup laluan rezeki mereka, mengelak mendapatkan premis bernombor 4 (bermaksud mati dalam sebutan bahasa cina) umat islam dilarang sama sekali untuk mempercayai kepercayaan-kepercayaan tersebut dan seangkatan dengannya Lesen pula boleh dipohon dengan adanya alamat premis, pendaftaran perniagaan, cop perniagaan dan mungkin sejumlah wang untuk caj perkhidmatan. Selalunya, borang untuk mendapatkan lesen disertakan sekali dengan borang papan iklan premis yang perlu dilengkapkan dan dilampirkan sekali dengan visual atau gambarajah papan iklan perniagaan anda. Merupakan satu kesalahan membuat papan iklan tanpa permit. Contohnya, permohonan lessen pengilang adalah lebih banyak prosedurnya berbanding perniagaan trading, kilang yang ingin memohon lessen untuk beroperasi perlu untuk mendapatkan surat sokongan dari pihak jabatan alam sekitar, jabatan bomba, jabatan keselamatan pekerja, kastam dan sebagainya. Contohnya pihak bomba memerlukan anda untuk memasang system pencegah kebakaran, pemadam api, ataupun pihak kastam memerlukan anda mempunyai akta jualan kastam (sila rujuk dengan kastam) , atau jabatan imegresen untuk majikan yang mempunyai pekerja asing, dan jabatan kesihatan untuk memastikan pekerja asing tidak mempunyai penyakit berjangkit. Jika pihak majikan berurusan dengan balak, banyak prosedur jabatan hutan yang perlu diikuti, sisa bahan pepejal tidak boleh dibuang sesuka hati, menurut jabatan alam sekitar hanya pihak yang ditauliahkan sahaja dibenar untuk melupuskan sisa pepejal ini, jika disabitkan kesalahan, hukuman pasti menanti. Tetapi ingat! Bukan setiap permohonan diluluskan oleh pihak berkuasa. Pastikan anda mematuhi, mengikuti peraturan atau syarat yang ditetapkan oleh pihak PBT. Kesimpulannya, mendaftar sesuatu perniagaan memerlukan banyak prosedur yang perlu dilalui oleh seorang peniaga sebelum membuka perniagaannya. Setiap peniaga haruslah bersedia menghadapi segala cabaran dan dugaan sepanjang mereka beroperasi. Pastikan setiap perniagaan yang dijalankan berjalan dengan lancar dan cemerlang disamping menjadi seorang usahawan yang berjaya pada masa akan datang.

RUJUKAN MyBizPlan. (2012, Oktober 30). Cara dan Syarat Mendaftarkan Perniagaan / Syarikat - Pendaftaran Perniagaan Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Diperoleh pada November 22, 2013, dari http://rancanganperniagaan2u.blogspot.com/2012/10/cara-dansyarat-mendaftarkan-perniagaan.html

10

You might also like