You are on page 1of 2

REFLEKSI Bagi pendapat saya, matlamat utama pelaksanaan Pengalaman Berasaskan Sekolah ini membolehkan pelajar-pelajar dibimbing untuk

menaakul, memilih strategi pelaksanaan tugasan dan seterusnya membuat penilaian kendiri. Amalan refleksi ini membolehkan pelajar menghayati dan meningkatkan profesionalisme keguruan secara efektif. Melalui refleksi, saya dapat mengesan keberkesanan pelaksanaan setiap tugasan yang dilaksanakan. Selain itu, saya juga dapat menjadikan refleksi sebagai asas untuk penambahbaikan dan meningkatkan kualiti setiap tugasan secara berterusan dan mampu memperkembangkan keupayaan celik akal bagi melahirkan kreativiti dan inovasi dalam setiap tugasan yang dijalankan. Secara tidak langsung, refleksi juga dapat meningkatkan kualiti insan guru yang mempunyai ilmu professional keguruan yang tinggi. Antara isu atau perkara yang difokuskan oleh saya sepanjang melaksanakan PBS ini ialah berkaitan dengan penguasaan murid dalam bacaan Iqra. Saya telah melaksanakan suatu aktiviti iaitu Ujian IQRA. Antara topik atau tajuk yang difokuskan dalam aktiviti ini ialah berkaitan dengan cara bacaan dan bunyi baris asas iaitu baris satu di atas, baris satu di bawah dan baris satu di hadapan. Kaedah pelaksanaan adalah dengan menggunakan kaedah tadarus dalam kumpulan yang telah di tetapkan dalam kumpulan masing-masing. Melalui analisis aktiviti yang telah dilaksanakan ini terdapat beberapa kekuatan serta kekurangan yang perlu diambil perhatian. Antara kekuatan-kekuatan yang ada melalui perkara yang difokuskan ini ialah murid-murid yang menguasai bacaan Iqra akan dapat membaca perkataan yang berbentuk bahasa arab dan jawi dengan baik dan jelas serta merupakan asas kepada Al-Quran yang berkaitan amalan harian bagi seorang Muslim. Murid juga dapat mengaplikasi pembelajaran secara teori dalam kehidupan harian. Selain itu juga, sepanjang aktiviti PBS ini saya dapat melihat dan mempelajari cara menguruskan sesuatu program ini dengan baik serta semangat kerjasama dalam pasukan amat penting dalam menjayakan sesuatu program. Ini kerana tanpa sokongan dari semua pihak amat mustahil untuk saya melaksanakan tugasan ini dengan jayanya. Sepanjang pemerhatian saya juga, buku rekod kedatangan murid merupakan satu perkara dan bukti sokongan tambahan dalam memastikan kelancaran sesuatu

aktiviti itu agar ianya berjalan lancar dan sempurna. Ini dapat dilihat, selepas habis waktu persekolahan murid-murid yang berkaitan pada hari itu akan terus masuk ke kelas yang telah ditetapkan oleh guru untuk membaca al-Quran atau tasmik. Guru akan mengambil kehadiran murid dan kemudian merekod bacaan mereka didalam fail yang disediakan. Tujuannya adalah untuk memastikan agar murid sentiasa berterusan membaca al-Quran, memperbetulkan bacaan mereka, dan membantu murid-murid yang masih membaca iqra dengan menggunakan bahan bantu belajar yang sesuai. Manakala bagi fail tasmik dan fail 6 bulan khatam al-Quran merupakan bahan dokumen yang penting bukti kepada pelaksanaan yang dijalankan di sekolah. Berdasarkan kepada fail ini, kita dapat melihat sejauh mana tahap pembacaan murid-murid di dalam sesuatu kumpulan. Saya telah menemu ramah beberapa orang guru mengenai sistem pemfailan ini. Rata-ratanya mengakui bahawa untuk mengetahui tahap pembacaan dan penguasaan murid-murid harus di rujuk pada fail fail yang telah disediakan. Ini mempamerkan kepada orang lain terutamanya Nazir, pegawai dari Jabatan Pelajaran Negeri dan Pendidikan Daerah satu corak pengurusan yang teratur, sistematik dan kemas. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa perkara yang menjadi kelemahan bagi aktiviti ini yang perlu diperbaiki. Antaranya ialah sebahagian murid tidak dapat menguasai bacaan dengan baik. Murid-murid masih memerlukan bimbingan daripada guru untuk menguasai tanda-tanda asas dalam bacaan tertentu terutamanya bagi bacaan Iqra. Ibu bapa dan orang yang berada disekelilingnya amat penting dalam pembentukan sahsiah murid tersebut. Oleh itu, antara cadangan bagai penambahbaikan untuk aktiviti ini ialah guru perlu mempergiatkan lagi usaha dalam penguasaan murid berkaitan bacaan Iqra. Guru perlu memberikan lebih banyak latih tubi secara pengulangan yang berterusan kepada murid-murid bagi mempertingkatkan daya ingatan dan kefahaman mereka. Kesimpulannya, aktiviti Pengalaman Berasaskan Sekolah yang telah saya laksanakan selama 2 minggu ini telah membolehkan saya untuk mendapatkan sedikit input yang berguna di samping membentuk sikap positif dalam diri, memupuk jati diri yang kuat, memperkasakan minda supaya berfikiran jauh ke hadapan untuk terus mendidik dan membimbing generasi-generasi ini pada masa hadapan sesuai dengan saranan daripada pihak Kementerian Pelajaran Malaysia ini.

You might also like