You are on page 1of 15

SME 3023 : TRENDS AND ISSUES IN EDUCATION FOR MATHEMATICAL SCIENCES TAJUK : PERBEZAAN PENCAPAIAN PELAJAR NAMA PENSYARAH

: PROF. DR. MARZITA PUTEH DISEDIAKAN OLEH :


Nama Ayuni Amalina bt Mukhtar Azrina Rafiq bt Mohd Adikan Wan Masturah bt Wan Mad Mohtar Nur Ain bt Ahmad Fikri Nasirah bt Che Daud No matrik D20081032369 D20081033205 D20081032356 D20081032311 D20081032296

1.0

Pendahuluan

Perbezaan pencapaian Matematik seringkali mendapat perhatian masyarakat dalam dunia pendidikan. Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4, perbezaan bermaksud beza, kelainan dan ketidaksamaan. Pencapaian pula bermaksud apa yang telah dicapai, dihasilkan atau diperoleh serta prestasi. Perkataan Matematik pula bermaksud ilmu pengetahuan mengenai nombor, bentuk, susunan, hubungan dan lain-lain dengan menggunakan simbol. Justeru, dapat dirumuskan di sini bahawa perbezaan pencapaian dalam pendidikan Matematik ialah ketidaksamaan dalam prestasi serta pengetahuan mengenai ilmu kira-kira.

Menurut John Dewey (1977), pendidikan merupakan satu proses pertumbuhan atau perkembangan yang merupakan daya usaha mengatur pengetahuan yang sedia ada pada seseorang individu. Matematik merupakan ilmu Hisab moden dan antara subjek penting dalam sistem pendidikan di Malaysia. Subjek ini diajar bermula peringkat awal persekolahan iaitu daripada tadika, seterusnya ke peringkat sekolah rendah, sekolah menengah dan terus ke peringkat tinggi. Di bawah perlaksanaan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM), Matematik diajar di sekolah dengan tujuan untuk memberikan pengetahuan kira-kira secara spontan kepada pelajar (Yew, 1994).

Penggunaan Matematik pada masa kini telah berkembang luas dalam semua lapisan masyarakat. Menurut Unit Matematik Menengah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, matlamat utama pendidikan Matematik adalah bagi membentuk individu yang berpemikiran Matematik dan berketerampilan, mengaplikasikan pengetahuan Matematik dengan berkesan dan bertanggungjawab dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan supaya berupaya menangani cabaran dalam kehidupan harian hasil perkembangan Sains dan Teknologi.

Kajian berkaitan perbezaan pencapaian dalam subjek Matematik telah banyak dijalankan. Abdullah Mohd Noor (1999), menerusi kajiannya yang bertajuk pengaruh latar belakang sosial keluarga terhadap pencapaian Sains dan Matematik dalam kalangan murid sekolah rendah telah mendapati bahawa latar belakang sosial seperti persekitaran keluarga, pekerjaan ibu bapa serta pendidikan ibu bapa mempunyai kaitan rapat dengan pencapaian anak anak mereka. Boocock

(1972) dalam bukunya, Sociology of Learning menyatakan antara pengaruh-pengaruh dalam pencapaian akademik seseorang murid termasuklah persekitaran sosial seperti jenis keluarga, aspirasi keluarga, taraf pendidikan keluarga, jenis pekerjaan ibu bapa, pendapatan keluarga dan faktor keupayaan individu yang lahir dalam keluarga tersebut.

2.0

Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Perbezaan Pencapaian Pelajar

Terdapat dalam kalangan

banyak faktor yang boleh menyebabkan perbezaan pencapaian Matematik pelajar antaranya termasuklah faktor sosioekonomi, jantina dan faktor

pengaruh rakan sebaya. Sosioekonomi melibatkan faktor-faktor kemasyarakatan dan ekonomi (Kamus Dewan Edisi ke-4). Pengaruh latar belakang keluarga didapati mempengaruhi tahap pencapaian pelajar. Kajian mendapati bahawa status sosioekonomi, penglibatan ibu bapa dan saiz keluarga merupakan faktor keluarga yang penting (Majoribanks, 1996). Sementara itu, Majoribanks (1996) menyatakan bahawa latar belakang keluarga merupakan kunci bagi

kehidupan pelajar. Berada di luar sekolah merupakan pengaruh penting terhadap pembelajaran pelajar dan ini termasuklah faktor-faktor seperti status sosioekonomi, dua ibu bapa berbanding satu ibu bapa, penceraian, amalan keibubapaan dan aspirasi, ciri-ciri keibuan, saiz keluarga dan jiran-jiran sekelilng.

2.1

Faktor Status Sosioekonomi

Status sosioekonomi pada anak-anak secara keseluruhannya ditentukan melalui gabungan tahap pendidikan ibu bapa, status pekerjaan dan tahap pendapatan (Jeynes, 2002). Pelajar-pelajar yang mempunyai status sosioekonomi yang rendah memperoleh skor kajian yang lebih rendah berbanding pelajar-pelajar yang mempunyai status sosioekonomi yang tinggi, dan lebih cenderung mengalami keciciran dalam persekolahan . Selain itu, status ekonomi yang dimiliki

mengelakkan akses terhadap sumber-sumber pelajaran yang penting dan menyebabkan tekanan tambahan di rumah (Eamon, 2005).

Status sosioekonomi terdiri daripada beberapa aspek, antaranya ialah tahap pendidikan ibu bapa, sikap ibubapa, pendapatan keluarga, pekerjaan ibu bapa serta kestabilan keluarga. Aspek tahap pendidikan ibu bapa tidak dinafikan menjadi penyumbang utama dalam memastikan pencapaian cemerlang anak-anak. Menurut Saifuddin Hj. Masduki (1977), terdapat hubungan yang signifikan antara pencapaian akademik pelajar dengan tahap pendidikan ibu bapa. Semakin tinggi pendapatan ibu bapa dan tahap pendidikan mereka, semakin tinggi tahap pencapaian anakanak mereka. Noraini (dalam Zarinah Arshat dan Rozumah Baharudin, 1999) mendapati anak-anak daripada keluarga yang mempunyai status sosioekonomi yang tinggi adalah lebih maju dalam persekolahan dan memperolehi gred pencapaian yang lebih tinggi berbanding anakanak dari keluarga yang mempunyai status sosioekonomi yang rendah.

Aspek sikap ibu bapa juga merupakan faktor yang penting dalam mencorakkan masa depan anak-anak. Menurut sebuah kajian kes yang dijalankan mengenai Keciciran di Sekolah Menengah (BPPDP, 1996), beberapa sikap negatif ibu bapa telah digariskan, antaranya tidak mengambil berat terhadap pendidikan anak-anak, kurang kesedaran tentang kepentingan pelajaran, lebih suka anak bekerja daripada bersekolah, membiarkan anak ponteng sekolah serta membiarkan atau tidak mengambil tindakan terhadap tingkah laku anak yang nakal (Dr. Faridah Abu Hassan, 1996). Sementara itu, kajian Drop-Out & Low Achievement Case studies in Malaysia (EPRD, 1994) mendapati pelajar yang tercicir dan berpencapaian rendah adalah daripada keluarga yang kurang mengawasi kemajuan pelajaran anak-anak, tidak menyemak kerja sekolah, menyerahkan tugas membantu pelajaran kepada anak yang lebih tua dan lebih suka anak menolong kerja di rumah berbanding bersekolah (Dr Faridah Abu Hassan, 1996).

Kajian mendapati bahawa ibu bapa yang mempraktikkan diri mereka sebagai pendengar dan penyokong yang positif untuk anak-anak akan mempengaruhi pencapaian akademik anakanak. Menurut Majoribanks (2005), aspirasi ibu bapa yang tinggi boleh meningkatkan minat

pelajar dalam pendidikan. Justeru, ibu bapa seharusnya mengubah sikap bagi memastikan pendidikan anak-anak tidak terabai.

Selain faktor pendidikan ibu bapa, aspek sosioekonomi yang dilihat berkait rapat dengan aspek tahap pendidikan ibu bapa yang mempengaruhi tahap pencapaian pelajar adalah jenis pekerjaan ibu bapa dan jumlah pendapatan ibu bapa keluarga tersebut. Satu kajian telah dilakukan oleh Aida Binti Baharuddin yang bertajuk Hubungan Antara Faktor Sosioekonomi Dan Persekitaran Keluarga Terhadap Sikap Dan Pencapaian Matematik Pelajar Tingkatan 4 Sekolah Menengah Kebangsaan Keroh, Kuala Krai, Kelantan. Aida mendapati rata-rata ibu bapa yang mendapat pendidikan hanya sehingga sekolah menengah tidak mampu untuk mendapatkan pekerjaan yang baik. Majoriti ibu bapa pelajar yang mendapat pendidikan hanya sehingga sekolah menengah hanya mampu untuk bekerja sebagai buruh, nelayan, petani dan pesara. Hasil dapatan kajian Aida juga mendapati bahawa terdapat ibu yang tidak bekerja dan bapa hanya seorang pesara.

Melalui dapatan kajian mengenai pekerjaan ibu bapa pelajar, kita dapat membuat kesimpulan di mana majoriti ibu bapa pelajar mempunyai pendapatan kurang daripada RM500 satu bulan. Berasaskan pendapatan kurang daripada RM500, ibu bapa perlu menyara seluruh ahli keluarga mereka. Pendapatan kurang darripada RM500 dilihat kurang mencukupi untuk menampung ahli keluarga dari segi barang keperluan harian apatah lagi untuk memenuhi keperluan pendidikan anak-anak. Situasi hari ini menunjukkan seorang pelajar memerlukan wang yang mencukupi untuk memenuhi keperluan pendidikan mereka. Kadang-kala, ibu bapa pelajar yang berasal daripada golongan berpendapatan rendah ini tidak mampu untuk membayar yuran persekolahan anak-anak mereka. Hal ini berbeza dengan pelajar yang berasal daripada golongan berpendapatan tinggi. Ibu bapa pelajar ini dengan mudah dapat memenuhi permintaan anak-anak. Selain daripada itu, ibu bapa yang berpendapatan tinggi dapat membeli bahan rujukan tambahan seperti buku rujukan, permainan berasaskan pendidikan kepada anak-anak dengan tujuan untuk memperkukuh ilmu pengetahuan anak-anak mereka.

Selain membeli bahan rujukan tambahan, ibu bapa yang berpendapatan tinggi dapat menghantar anak-anak mereka ke pusat tuisyen untuk menambah ilmu pengetahuan pelajar tersebut. terdapat juga ibu bapa yang mengupah guru tuisyen persendirian untuk anak mereka. Hal ini kerana ibu bapa ingin guru tuisyen tersebut memberi fokus kepada anak mereka sahaja. Berbeza dengan pelajar yang berasal daripada keluarga berpendapatan rendah. Pelajar daripada golongan ini hanya mendapatkan pendidikan sepenuhnya di sekolah. Pelajar ini tidak mampu untuk membeli bahan rujukan tambahan apatah lagi menghadiri kelas tuisyen yang mengenakan yuran pengajian yang tinggi dan tidak mampu dibayar oleh ibu bapa mereka.

Situasi lain yang biasa kita lihat adalah pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah kebiasaannya akan membantu ibu bapa mereka untuk menampung perbelanjaan ahli keluarga. Situasi sebenar yang selalu kita lihat, sekiranya pelajar tersebut bersekolah di waktu pagi. Maka, apabila pulang dari sekolah, pelajar tersebut akan bekerja membantu ibu bapa. Hal yang sama berlaku kepada pelajar yang bersekolah di waktu petang. Pada waktu pagi, pelajar tersebut akan membantu ibu bapa bekerja seperti menorah getah, menjual kuih dan berbagai lagi. Hal ini akan menyebabkan pelajar mempunyai waktu yang terhad untuk mengulangkaji pelajaran di rumah.

Apabila pelajar bekerja dan bersekolah, dapat dilihat pelajar tersebut kurang memberi fokus ketika proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan di sekolah. Maka, pelajar akan ketinggalan pelajarannya. Jika dibandingkan dengan pelajar yang berasal daripada keluarga berpendapatan tinggi, masa untuk mengulangkaji pelajaran tidak terhad kerana mereka hanya menuju ke sekolah di waktu pagi dan waktu petang adalah masa lapang bagi mereka. Jadi, mereka boleh mengulangkaji pelajaran sewaktu masa lapang tersebut atau mereka akan pergi ke kelas tuisyen untuk menambah ilmu pengetahuan mereka selain ilmu yang didapati di sekolah.

Daripada apa yang telah dibincangkan, dapat dirumuskan bahawa taraf sosioekonomi sesebuah keluarga merupakan faktor yang mempengaruhi pencapaian pelajar. Perbezaan pencapaian pelajar akan dapat diatasi sekiranya semua pihak yang berkenaan memainkan peranan dalam membantu pelajar yang berasal daripada keluarga berpendapatan rendah. Antara

golongan yang perlu memainkan peranan adalah ibu bapa dan pelajar itu sendiri. Ibu bapa dan pelajar perlu mempunyai nilai motivasi yang tinggi di dalam diri sendiri. Kerajaan dilihat telah memainkan peranan dalam membantu pelajar yang berasal daripada keluarga berpendapatan rendah ini dengan memberi pinjaman buku teks kepada semua pelajar di seluruh Malaysia. Perkara tersebut dilihat sebagai satu bantuan yang amat bermakna bagi keluarga berpendapatan rendah.

2.2

Faktor Pengaruh Rakan Sebaya

Faktor kedua yang menyebabkan berlakunya perbezaan pencapaian matematik adalah pengaruh rakan sebaya. Pengaruh adalah daya yang ada atau timbul dari sesuatu (orang atau benda) yang ikut membentuk watak, kepercayaan dan perbuatan seseorang. Rakan sebaya merujuk pada remaja yang sama umur ataupun sama paras kematangan. Justeru, pengaruh rakan sebaya boleh ditafsirkan sebagai daya yang ada pada seseorang yang sama umur atau paras kematangan yang ikut membentuk watak, kepercayaan, dan perbuatan seseorang.

Rakan sebaya di alam persekolahan adalah kumpulan rujukan pelajar yang memberikan sokongan moral dalam mencari identiti diri dan dan pembentukan imej (Pomberi,1990; Mahmood,1991). Biasanya, pada zaman remaja, rakan sebaya mempunyai pengaruh yang besar terhadap pelajar. Segala gerak-geri dan tingkah laku akan ditiru atau diikuti oleh rakan sebayanya. Menurut Syarifah Alwiah Alsagoff (1988), rakan sebaya turut berperanan dalam mempengaruhi pencapaian akademik pelajar. Kajian tentang kumpulan sebaya banyak membawa kesan terhadap pencapaian dan aspirasi pelajar jika dibandingkan dengan latar belakang atau komposis sekolah.

Terdapat empat punca mengapa rakan sebaya boleh mempengaruhi seseorang pelajar dalam pencapaian akademik mereka. Petama adalah mereka menghabiskan masa yang banyak bersama. Seseorang pelajar akan bertemu rakan sebaya mereka semasa di sekolah, di pusat

tuisyen dan kelas tambahan. Oleh itu, rakan sebaya mempunyai banyak peluang untuk mempengaruhi sikap pelajar dan pencapaian mereka.

Selain itu, pelajar mempunyai sifat ingin mencuba. Pelajar cenderung untuk bersaing dengan rakan sebaya dalam apa jua perkara. Jika mereka melihat rakan mereka belajar dengan tekun dan mencapai markah tinggi, mereka juga akan cenderung untuk mencuba dan bersaing bagi mendapatkan markah tinggi. Tetapi jika pelajar melihat rakan sebaya ponteng sekolah atau tidak membuat kerja rumah, pelajar akan rasa ingin mencuba dan ini akan membawa kepada kemerosotan pencapaian pelajar.

Rakan sebaya juga memainkan peranan yang penting bagi membentuk konsep diri, sikap dan pandangan seseorang pada dirinya sendiri sama ada dirinya dihargai ataupun tidak di mata kumpulan masyarakat sekelilingnya. Contohnya, cara berpakaian, hobi, aktiviti-aktiviti sosial, jenis permainan, kumpulan belajar dan sebagainya. Sekiranya kumpulan sebaya yang dipilih cenderung berbuat baik, maka pelajar ini terpengaruh untuk menjalankan aktiviti yang sihat. Pelbagai perkara positif yang dapat dipelajari menerusi rakan sebaya. Contohnya, rajin belajar seperti berbincang berkaitan pelajaran sekolah dan pelajar berkenaan turut rajin belajar bagi meningkatkan pencapaian pelajar itu sendiri. Sebaliknya, sekiranya rakan sebaya ini cenderung melakukan aktiviti yang kurang sihat seperti merokok, meniru dalam peperiksaan dan lain-lain, ini akan menjejaskan pelajaran mereka.

Rakan sebaya juga dianggap lebih memahami. Memandangkan rakan sebaya berada pada usia yang lebih kurang sama dan menghadapi perkara yang sama dengan seseorang pelajar, maka seseorang pelajar itu lebih cenderung untuk mengikut kata-kata dan ajakan rakan sebaya berbanding orang lain. Ini kerana mereka berpendapat rakan sebaya sahaja yang memahami mereka, bukan ibu bapa, keluarga atau guru.

Pelajar juga mudah dipengaruhi rakan sebaya kerana ingin diri mereka diterima. Tekanan rakan sebaya adalah pengaruh dan tekanan yang dirasai oleh remaja daripada rakannya

(Artwater,1998). Remaja memerlukan rakan sebaya bagi mendapatkan pengiktirafan dan sokongan. Kumpulan rakan sebaya menyediakan peluang kepada remaja mempraktikkan tingkah laku yang baru serta mengembangkan kemahiran sosial yang perlu bagi interaksi pada masa hadapan. Tekanan rakan sebaya mungkin bersifat positif seperti dalam pencapaian akademik dan sukan ataupun negatif seperti penagihan dadah dan alkohol. Menurut Freud (dalam Fiest dan Fiest, 1936), peringkat latensi merupakan peringkat senyap dalam kehidupan seksual remaja. Pada peringkat latensi ini, remaja dapat membentuk cara hidup, kefahaman dan cara berhubung dengan rakan sebaya atau masyarakat.

Perubahan ini tidak akan merungsingkan sangat kalau teknik-teknik pertukaran itu dialami sedikit demi sedikit. Remaja ingin dirinya diterima oleh rakan-rakan. Dengan itu, mereka sentiasa sanggup melakukan apa sahaja supaya diterima oleh ahli kumpulannya. Remaja yang berasal daripada keluarga yang bermasalah mudah dipengaruhi oleh rakan sebaya yang mungkin senasib dengannya dan membentuk kumpulan sendiri. Kumpulan ini mudah terpengaruh dengan anasir-anasir jahat.

Masalah yang dihadapi oleh remaja khususnya pelajar sekolah dilihat umpama sebongkah iceberg. Bahagian atas yang timbul dan nampak kelihatan adalah hanya sebahagian kecil daripada struktur iceberg tersebut manakala sebahagian besar iceberg akan tenggelam kebawah permukaan lautan. Jika ditafsirkan Pencapaian akademik adalah perkara yang dapat dilihat dengan jelas, tetapi punca kepada masalah sebenar. Justeru itu, punca masalah pencapaian akademik pelajar perlu dikaji terlebih dahulu sebelum menjatuhkan hukuman kepada pelajar.

Pengaruh rakan sebaya ialah salah satu faktor kemerosotan akademik pelajar. Merujuk kepada faktor yang menyebabkan pelajar terpengaruh dengan rakan sebaya, salah satunya disebabkan oleh kegagalan institusi kekeluargaan. Hal ini berlaku apabila timbulnya konflik antara remaja dan ibu bapa. Asmah Bee (1994) mengatakan bahawa persekitaran rumah tangga yang tidak terurus, tiada peraturan dan hubungan suami isteri yang tidak harmoni boleh mwnimbulkan konflik antara ibu bapa dan anak-anak. Oleh sobab itu, anak-anak lebih suka menghabiskan masa di luar dan akhirnya berkawan dengan remaja yang bermasalah.

Melihat kepada perkara-perkara di atas, ia dapat simpulkan punca sebenar masalah pengaruh rakan sebaya adalah disebabkan oleh institusi keluarga yang tidak harmoni. Justeru itu, ibu bapa perlulah menjadi ibu bapa yang ideal kepada anak-anak. Antara cara-caranya ialah, member kasih saying yang mencukupi kepada anak-anak. Kasih sayang yang diberi perlulah memnuhi dua syarat, iaitu kasih sayang berterusan dan kasih sayang yang tiada bersyarat. Anakanak mempelajari bahawa kasih sayang yang diberi perlu ditunjukkan melalui pelukan dan ciuman daipada ibu bapa.

Selain daripada itu, ibu bapa perlu meluangkan masa bersama anak-anak. Waktu bersama dengan keluarga ialah waktu yang paling berharga. Masa yang ada boleh diluangkan dengan aktiviti bermain bersama-sama, berbual dan bersama-sama dalah mengerakan aktiviti dirumah seperti bergotong royong. Sesebuah keluarga juga perlu mempunyai disiplin yang kukuh. Apabila wujud kasih sayang kepada anak-anak, bimbingan dan panduan perlu ada. Asmah Bee ada mengatakan bahawa isipli yang digunakan harus bersifat positif. Contohnnya, selain daripada mengatakn jangan buat begitu, ibu bapa boleh menggunakan ayat buat macam ini.

Amat penting bagi ibu bapa memberi didikan yang baik dan bukan sebaliknya. Hal-hal berkaitan dengan agama, milai dan moral dalam masyarakat perlu diterapkan dalam diri anakanak. Cara didikan amat penting dalam pembentkan sesebuah keluarga. Cara didikan yang demokatik amat sesuai untuk para remaja. Selain itu, ibu bapa perlu memberi layanan mesra kepada anak-anak kerana ini akan mebuatkan keluarga merasakan diri mereka bersatu dan saling memerlukan. Erikson (1968) mendapati kegagalandalam mewujudkan kemesraan dalam keluarga akan menimbulkan sikap yang kurang diingini dalam pembentukan konsep kendiri remaja. Kanak-kanak akan merasakan diri mereka tidak mempunyai tempat dalam keluarga jika mereka gagal mendapat kemesraan dalam keluarga.

Ibu bapa bukannya satu pihak yang perlu disalahkan jika berlakunya masalah disiplin pelajar di sekolah. Pihak sekolah juga perlu memainkan peranan mereka kerana masalah sosial remaja adalah tanggungjawab semua pihak. Seperti yang telah dibincangkan diatas, masalah

remaja diibaratkan seperti iceberg. Oleh itu, guru-guru perlu bijak menilai dan mencari punca kepada setiap masalah yang berlaku dan bukan sebaliknya dimana kebiasaannya guru-guru lebih cenderung untuk menghukum setiap perilaku remaja yang tidak disukai oleh mereka. Untuk mencari punca dan penyelesaian kepada masalah remaja, remaja berkenaan perlu diberi sesi kaunseling. Menurut bekas ketua menteri Serawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, Kemahiran dalam bidang bimbingan dan kaunseling di kalangan remaja dan beliapenting bagi mengatasi pengaruh rakan sebaya agar tidak terlibat dalam aktiviti anti sosial.

2.3

Faktor Jantina

Perbezaan pencapaian antara jantina sebenarnya telah lama diperbincangkan. Ia telah bermula sejak tahun 10970-an lagi. Pada ketika itu pencapaian pelajar perempuan adalah lebih rendah berbanding pelajar lelaki. Namun, pada tahun 1990 pencapaian rendah pelajar lelaki mula diperkatakan. Di Malaysia pencapaian rendah pelajar lelaki berterusan hingga sekarang. Perbezaan pencapaian antara pelajar lelaki dan perempuan kini semakin mendapat perhatian dari segenap golongan masyarakat. Hal ini adalah ekoran daripada bilangan pelajar perempuan yang lebih ramai berbanding pelajar lelaki di institut pengajian tinggi awam mahupun swasta.

Jurnal pendidikan yang bertajuk Prestasi Akedemik Mengikut Gender di Malaysia oleh Jamil Ahmad et. al (2001) telah menjalankan kajian tentang perbezaan prestasi berdasarkan jantina. Menurut kajian beliau dan rakan-rakanya terhadap 3000 orang pelajar dalam

peperiksaan awam dari tahun 1996 hingga 2000. Peperiksaan awam tersebut adalah Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pencapaian Malaysia (SPM). Mereka mendapati prestasi pelajar perempuan adalah lebih baik berbanding pelajar lelaki dalam ketiga-tiga ujian awam itu.

Kajian Kedua pula telah dijalankan oleh oleh Bhasah Hj. Abu Bakar dan rakan-rakan (2009). Dalam kajian mereka bertajuk Pencapaian Dan Penguasaan Konsep Dalam Matematik Peringkat SPM. Kajian dilakukan bertujuan untuk mengenalpasti pencapaian dan penguasaan konsep matematik dalam peperiksaan SPM mengikut jantina, aliran dan jenis sekolah. Kajian beliau mendapati bahawa pencapaian lelaki adalah lebih tinggi berbanding pelajar perempuan. Beliau menjalankan kajian beliau mengunakan kertas dua matematik SPM. Beliau berpendapat prestasi lelaki lebih baik kerana kebanyakan kertas dua mengandungi soalan topik yang diminati oleh pelajar lelaki. Sabagai contohnya soalan tentang unjuran ortogon. Tidak hairanlah mengapa prestasi mereka lebih tinggi berbanding pelajar perempuan.

Menurut Wahid Hashim (2005, 17 Jun).

dalam artikelnya yang dipetik dari Portal

Pendidikan Utusan yang bertajuk Matematik- Senario Aneh di Malaysia. Dalam artikel menyebut pelajar perempuan lebih menguasai subjek Matematik berbanding lelaki. Ini dapat diperhatikan daripada pelajar yang mengambil jurusan Matematik di Universiti Malaya. Pelajar Perempuan adalah lebih cemerlang berbanding pelajar lelaki. Ken.yataan sama dikeluarkan oleh Rosliza Mohd Taha dalam akhbar Berita Harian. Beliau mengulas tentang prestasi pelajar perempuan yang cemerlang dalam SPM dan bilangan pelajar perempuan yang lebih ramai di institut pengajian tinggi tanah air

Terapat tiga faktor yang menyebabkan pencapaian pelajar antara jantina adalah berbeza. Antara faktornya adalah pelajar, guru dan rakan sebaya. Faktor pertama yang akan dibincangkan adalah faktor pelajar itu sendiri. Seperti kita tahu pelajar lelaki mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza. Menurut Dr. Zalizan Mohd Jelas (2001), dalam kajiannya tentang gaya pembelajaran, beliau menyatakan bahawa pelajar perempuan mengamalkan gaya pembelajaran yang lebih concrete sequential dalam proses pembelajaran berbanding pelajar lelaki. Pelajar perempuan lebih suka belajar secara berterusan berbanding pelajar lelaki. Hal demikian, mereka lebih menguasai pembelajaran berbanding pelajar lelaki. Selain itu, ia juga disebabkan oleh sikap pelajar perempuan yang lebih gigih berbanding pelajar lelaki.

Faktor kedua adalah Guru. Kaedah pengajaran guru yang kurang baik amat mempengaruhi pelajar untuk belajar. Kajian mendapati bahawa pelajar lelaki mudah hilang fokus berbanding pelajar perempuan yang boleh menerima segala bentuk pengajaran guru. Hal yang demikian pelajar perempuan lebih dapat menumpukan perhatian berbanding pelajar lelaki. Seterusnya, pelajar perempuan akan lebih cemerlang berbanding pelajar lelaki. Selain itu ia juga disebabkan sikap guru yang pilih kasih menyebabkan pelajar tidak berminat untuk belajar.

Faktor ketiga adalah rakan sebaya. Menurut kajian, pelajar perempuan lebih selesa berkawan dengan rakan sekelas. Berbeza dengan pelajar lelaki kerana mereka lebih suka berkawan dengan mereka yang lebih matang. Menurut Syarifah Alwiah Alsagoff (1988), segala gerak-geri dan tingkah laku akan ditiru atau diikuti oleh rakan sebaya. Hal yang demikian mereka akan meniru gerak geri kawan mereka tanpa berfikir panjang. Contohnya memonteng, merokok dan banyak lagi. Seterusnya, mereka akan ketinggalan dalam pembelajaran.

Antara langkah yang boleh diambil bagi mengatasi masalah pencapaian lelaki yang lebih rendah berbandng pelajar perempuan adalah dengan mewujudkan suasana pembelajaran interaktif. Ia penting bagi menarik minat pelajar lelaki. Selain itu, guru juga perlu mempelbagaikan teknik pengajaran agar pembelajaran menjadi lebih menarik dan ceria. Disamping itu, guru juga perlu memberi perhatian sama rata terhadap pelajar lelaki dan perempuan agar mereka tidak rasa terasing dan seronok untuk belajar. Ibu bapa pula haruslah memainkan peranan mereka dalam mengawal aktiviti serta pergaulan anak mereka. Hal ini penting supaya mereka tidak mudah terjebak dengan masalah sosial yang seterusnya akan menyebabkan minat mereka terhadap pembelajaran semakin berkurangan.

3.0 Penutup

Daripada apa yang telah dibincangkan, dapat dirumuskan bahawa terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi pencapaian pelajar. Perbezaan pencapaian pelajar akan dapat diatasi sekiranya

semua pihak yang berkenaan memainkan peranan dalam membantu pelajar yang berasal daripada keluarga berpendapatan rendah. Antara golongan yang perlu memainkan peranan adalah ibu bapa dan pelajar itu sendiri. Ibu bapa dan pelajar perlu mempunyai nilai motivasi yang tinggi di dalam diri sendiri.

Rujukan : 1. Quek Miow Leng (2006), Hubungan antara Sikap, Minat, Pengajaran Guru dan Pengaruh Rakan Sebaya dengan Pencapaian Matematik di Kalangan Pelajar Tingkatan Empat di Daerah Batu Pahat, Johor http://www.scribd.com/doc/26716720/Peer-Effects-on-Academic-Achievement http://sites.williams.edu/wpehe/

2. Kamus Dewan Edisi Ke-4 (2005). Pusat Rujukan Persuratan Bahasa Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka. Diperoleh pada September 24, 2011 daripada http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=matematik

3. Unit Matematik Menengah, Bahagian Pembangunan Kurikulum (2010). Bengkel Pendidikan Sains dan Matematik untuk pihak Berkepentingan 2010. Diperoleh pada 24 September, 2011 daripada Error! Hyperlink reference not valid.

4. Jennifer Barry (2005). The Effect of Socio-economic Status on Academic Achievement. Diperoleh pada September 24, 2011 daripada http://soar.wichita.edu/dspace/ bitstream /handle/10057/616/Barry_Jennifer.pdf?sequence=1

5. Majoribanks, Kevin (1996). Family Learning Environments and Students Outcomes : A

Review. Journal of Comparative Family Studies 27(2), 373-394.

6. Eamon, Mary. Keegen (2005). Social Demographic, school, neighbourhood and parenting influences on academic achievement of Latino young adolescents. Journal of Youth and Adolescence, 34(2), 163-175.

7. Abdullah Mohd Noor (1999). Pengaruh Latar Belakang Sosial Keluarga Terhadap Pencapaian Sains dan Matematik Dikalangan Murid Sekolah Rendah. Diperoleh pada Spetember 24, 2011 daripada

You might also like