You are on page 1of 4

Format menjawab soalan PA2 Bahagian D Contoh soalan: (dipetik daripada Lembaran Praktis 900/2 Pengajian Am STPM, latihan

34 m/s 54) Berdasarkan maklumat yang diberikan, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan tangkapan bagi kesalahan imigresen warganegara asing dari negara-negara terpilih bagi setiap warganegara yang ditangkap pada tahun 1995, 2000 dan 2005, dan jumlah keseluruhan kompaun yang dipungut pada setiap tahun yang dilaporkan. Sebelum bermula, mari kita tafsirkan cara menjawab soalan ini dengan melihat kehendak soalan. Berdasarkan maklumat yang diberikan, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan tangkapan bagi kesalahan imigresen warganegara asing dari negara-negara terpilih bagi setiap warganegara yang ditangkap (1) pada tahun 1995, 2000 dan 2005, dan (2) jumlah keseluruhan kompaun yang dipungut (3) pada setiap tahun yang dilaporkan. (1) - Tajuk untuk jadual yang pertama. Grafnya adalah graf bar kompaun kerana perkataan jumlah tidak dinyatakan dalam soalan. (2) - menandakan jenis graf : graf gabungan (3) - Tajuk untuk jadual yang kedua. Perhatian: walaupun terdapat perkataan 'kompaun' dalam tajuk tersebut, graf yang kedua ini merupakan graf garis di mana 'jumlah keseluruhan kompaun' merupakan pembolehubah. Kedua-dua jadual adalah di dalam tempoh yang dinyatakan, iaitu pada tahun 1995, 2000 dan 2005. ---------------------------------------------------------------------------------1. Contoh jawapan jadual:

Petunjuk:

Tajuk jadual - saya telah membahagi tajuk kepada 2 jadual berasingan untuk menyenangkan kiraan. Anda juga boleh gabungkan tajuk kedua-dua jadual untuk menyenangkan pindahan maklumat ke dalam graf untuk bahagian kedua soalan ini, (..) tetapi pastikan bahawa jadual masih ditulis secara berasingan. Graf bar yang digunakan dalam soalan ini merupakan graf bar kompaun (teres). Oleh itu, penulisan jumlah tidak dimestikan seperti yang terdapat dalam graf bar komponen (kondo)

---------------------------------------------------------------------------------2. Contoh jawapan graf

Petunjuk:

Pastikan perkara-perkara penting yang perlu berada di dalam jawapan:

1. Tajuk Graf : Gabungan 2 tajuk jadual, i.e tajuk jadual pertama dan tajuk jadual kedua 2. Perkara dan skala Paksi X (mendatar) dan 2 paksi Y (menegak) serta unitnya 3. Petunjuk: graf bar + graf garis (berasingan) 4. Sumber

Pastikan bahawa keluasan kawasan graf yang digunakan haruslah sekurangkurangnya 3/4 daripada kertas. Oleh itu, pilih skala yang paling sesuai untuk tujuan memenuhi ruang kertas graf. Pastikan bahawa jenis lorekan yang digunakan adalah jelas dan tidak mengelirukan.

You might also like