You are on page 1of 1

Beberapa hari kebelakangan ini, orang ramai mula heboh memperkatakan mengenai fenomena ponteng sekolah dalam kalangan

pelajar. Isu ini mula mendapat tempat di media massa kini dan menjadi kebimbangan dalam kalangan masyarakat terutamanya ibu bapa dan golongan pendidik. Antara sebab- sebab berlakunya gejala ponteng sekolah ialah kurangnya kemudahan di sekolah. Walaupun Malaysia merupakan Negara yang sedang membangun, namun terdapat sebilangan sekolah yang kurang kemudahan seperti padang, dewan, dan sebagainya yang memberi kesenangan kepada pelajar. Hal ini akan membuatkan pelajar merasa tidak puas hati dan bosan untuk berada di sekolah. Untuk memuaskan hati, mereka mengambil keputusan untuk ponteng sekolah. Selain itu, kerja sekolah yang terlalu banyak merupakan salah satu factor gejala ini terjadi. Guru di sekolah sering memberikan kerja sekoalh yang banyak kepada pelajar, dengan ini pelajar akan merasa terbeban untuk menyiapkannya sehingga tiada masa untuk bermain. Oleh sebab itu pelajar akan memilih untuk ponteng daripada menyiapkan kerja yang diberikan kepada mereka Di samping itu, sikap ibu bapa yang kurang prihatin merupakan salah satu punca besar terjadinya gejala ini. Kebanyakan ibu bapa sibuk mencari nafkah untuk menjamin keselesaan hidup mereka sekeluarga sehingga tidak mengambil peduli tentang perkembangan anak-anak mereka. Anak-anak akan merasa bahawa ibu bapa tidak peduli akan mereka. Oleh sebab itu, anak-anak akan menggunakan cara negatif semata-mata untuk memperoleh kasih sayang daripada ibu bapa. Akhir sekali, sebab terjadinya gejala ponteng ialah kerana factor guru disisplin yang garang. Terdapat sesetengah guru disiplin yang sangat garang yang suka mengambil keputusan terburu-buru untuk menghukum seseorng pljr tnpa menyiasat terlebih dahulu. Selain daripada itu, ada sesetgah pelajar yang datang lewat akan mengambil keputusan untuk ponteng kerana takut didenda oleh guru didiplin kerana kesalahan mereka itu. Konklusinya terdapat banyak sebab gejala ponteng sekolah ii berlaku dlm kalnagan pljr di Malaysia, namun semua pihak haruslah berganding bahu bergabng tenaga supaya gejala ini dapat dihapuskan agar kita dpt hidup dengan aman dlm Negara Malaysia yang tercinta.

You might also like