You are on page 1of 2

http://gudangsoalan.blogspot.

com

SET 4
Soalan 1: Memindahkan Maklumat Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar di bawah ini.

Soalan 2: Menulis Karangan Tulis karangan tentang tajuk-tajuk di bawah ini yang panjangnya tidak kurang daripada 80 patah kata. 1 Sewaktu anda dalam perjalanan pulang ke rumah, anda terpandang akan seekor anak kucing yang basah kuyup di tepi jalan. Ceritakan tindakan yang anda ambil terhadap anak kucing itu dan peristiwa yang berlaku seterusnya. Anda baru saja menerima sepucuk surat daripada rakan lama anda yang telah berpindah ke sekolah lain. Rakan anda ingin mengetahui perkembangan sekolah lamanya daripada anda. Balas surat rakan lama anda itu. Anda bersetuju dengan pendapat sesetengah orang bahawa belajar bersendirian lebih baik daripada belajar secara berkumpulan. Tulis pendapat anda itu selengkapnya.

http://gudangsoalan.blogspot.com

http://gudangsoalan.blogspot.com Soalan 3: Membina Ulasan Tulis nilai/pengajaran yang dapat anda peroleh daripada petikan di bawah ini. Panjangnya jawapan anda mestilah tidak kurang daripada 50 patah kata. Tulis jawapan anda dalam satu perenggan.

Negeri Hang Tuah indah ceria, Pantainya bersih tiada sampah; Bertuah kita rakyat Malaysia, Buminya indah khazanah melimpah. Turun-temurun, hidup bersatu, Rakyat Malaysia pelbagai kaum; Sukar digugat perpaduan jitu, Pelancong asing berasa kagum. Spesies haruan, toman, dan keli, Terdapat banyak di Tasik Bera; Kekalkan kemakmuran kukuhkan ekonomi, Pergiat usaha makmurkan negara. Pangkor dan Tioman tumpuan pengunjung, Perairannya jernih bagai cermin; Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung, Amalkan sentiasa kesejahteraan terjamin.

http://gudangsoalan.blogspot.com

You might also like