You are on page 1of 2

http://gudangsoalan.blogspot.

com

SET 5
Soalan 1: Memindahkan Maklumat Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar di bawah ini.

Soalan 2: Menulis Karangan Tulis karangan tentang tajuk-tajuk di bawah ini yang panjangnya tidak kurang daripada 80 patah kata. 1 Andaikan bahawa anda dilantik sebagai Ketua Pengawas sekolah. Anda diminta menyampaikan ucapan atas pelantikan tersebut. Tulis ucapan anda itu selengkapnya. Andaikan bahawa anda pembangkang dalam pertandingan perbahasan yang bertajuk Tinggal di Rumah Lebih Baik daripada Tinggal di Asrama Sekolah. Sediakan hujah-hujah anda selengkapnya. Andaikan bahawa anda seekor burung yang dipelihara di dalam sangkar. Tulis karangan yang menarik tentang diri anda.

http://gudangsoalan.blogspot.com

http://gudangsoalan.blogspot.com

Soalan 3: Membina Ulasan Tulis nilai/pengajaran yang dapat anda peroleh daripada petikan di bawah ini. Panjangnya jawapan anda mestilah tidak kurang daripada 50 patah kata. Tulis jawapan anda dalam satu perenggan. Hari itu hari minggu. Nazim mengikut ayahnya ke pasar raya untuk membelibelah. Sepanjang perjalanan, Nazim berbual-bual dengan ayahnya tentang pelbagai perkara. Antara topik utama perbualan mereka ialah pentingnya mematuhi peraturan di jalan raya. Nazim kagum akan sikap ayahnya. Beliau bukan saja memandu dengan cermat, malah sentiasa mematuhi peraturan di jalan raya. Ayahnya tidak pernah mengherdik pemandu lain walaupun sesetengah pemandu memandu secara berbahaya dan melanggar peraturan lampu isyarat. Selain itu, Nazim kagum akan sikap ayahnya yang mudah memberikan pertolongan kepada orang lain. Misalnya, hari itu ayahnya membantu membaiki kerosakan enjin kereta seorang wanita. Walaupun wanita itu ingin memberinya wang, namun ayah menolaknya atas alasan pertolongannya itu ikhlas. Ayah Nazim bijak juga mengurus perbelanjaan. Beliau sentiasa berjimat cermat ketika berbelanja. Beliau lebih dahulu merancang barang-barang yang hendak dibeli dan menganggarkan kosnya. Sememangnya, Nazim berasa bertuah dan berbangga mempunyai ayah yang bertanggungjawab terhadap keluarganya. Nazim berazam untuk mencontoh perilaku ayahnya itu.

http://gudangsoalan.blogspot.com

You might also like