You are on page 1of 13

PERNIAGAAN RUNCIT PASAR MALAM DI TAMAN RIA JAYA, SUNGAI PETANI, KEDAH

NAMA KELAS SEKOLAH

: NUR AFIFAH BINTI ABDUL RAOF : 3A4 : SEKOLAH MENENGAH SAINS SULTAN MOHAMAD JIWA

NAMA GURU

: PUAN HAJAH MARLINA BINTI AHMAD

TARIKH HANTAR :

SENARAI KANDUNGAN
1) 2) 3) 4) 5) 6) 7) 8) 9) 10) Penghargaan Pendahuluan Objektif Kajian Kawasan Kajian Kaedah Kajian Dapatan Kajian Rumusan Lampiran Rujukan Bukti

PENGHARGAAN
Terima kasih kepada pengetua Sekolah Menengah Sains Sultan Mohamad Jiwa, En. Pesol bin Md. Saad kerana telah memberi kebenaran kepada saya untuk menjalankan kerja kursus ini. Ucapan terima kasih juga kepada Puan Hajah Marlina binti Ahmad merangkap guru matapelajaran Geografi saya yang telah banyak memberikan tunjuk ajar dan nasihat kepada saya sepanjang kajian ini dijalankan. Tidak dilupakan juga kepada kedua-dua ibu dan bapa saya, Puan Meriam binti Sharif dan Tuan Abdul Raof bin Md. Zain yang memberikan sokongan dan dorongan kepada saya untuk menyiapkan kerja kursus ini. Terima kasih juga kepada rakan-rakan saya yang turut membantu saya dalam kerja kursus ini.

PENDAHULUAN
Saya telah memilih untuk membuat kajian tentang perniagaan runcit iaitu pasar malam yang diadakan pada setiap hari selasa malam rabu di Taman Ria Jaya, Sungai Petani, Kedah. Saya memilih perniagaan runcit kerana terdapat banyak kegiatan perniagaan runcit di lokasi tempat tinggal saya. Di tempat tinggal saya terdapat banyak petempatan yang padat dan kawasan perniagaan runcit yang sering sesak dengan pengunjung. Selain itu juga, terdapat banyak sampa sarap selepas selesainya perniagaan runcit di kawasan tempat tinggal saya. Untuk melengkapkan kajian ini, saya telah menjalankannya selepas masa persekolahan. Masa yang diperuntukkan untuk menyiapkan kerja kursus ini iala dari bulan Februari hingga bulan Julai. Setiap pelajar perlu menulis laporan sendiri berdasarkan maklumat yang dikumpulkan.

OBJEKTIF KAJIAN
Antara objektif-objektif kajian yang tela saya jalankan :1) Mendefinisikan konsep dan jenis perniagaan runcit di pasar malam Taman Ria Jaya. 2) Menghuraikan dan menjelaskan kepentingan perniagaan runcit di Taman Ria Jaya. 3) Menghuraikan dan menjelaskan faktor yang mempengaruhi perniagaan runcit di Taman Ria Jaya. 4) Menghuraikan kesan negative perniagaan runcit di Taman Ria Jaya. 5) Mencadangkan langkah untuk mengurangkan kesan-kesan negatif perniagaan runcit di Taman Ria Jaya 6) Memupuk nilai mencintai alam sekitar dan meningkatkan semangat kerjasama untuk mengatasi masalah kesan negatif perniagaan runcit di Taman Ria Jaya.

KAWASAN KAJIAN
1) Kajian ini tela dijalankan di Taman Ria Jaya, Sungai Petani, Kedah. 2) Pasar mala mini diadakan pada setiap hari selasa malam rabu bermula pada jam 5.00 petang hingga ke 10.00 malam. Pelbagai jenis barangan dijual seperti bahan-bahan mentah seperti ikan, pakaian dan lain-lain. 3) Lokasi pasar mala mini ialah di Taman Ria Jaya, Sungai Petani, Kedah. 4) Taman Ria Jaya merupakan kawasan petempatan yang padat dengan penduduk. Pekerjaan utama penduduk di sini ialah dalam sektor pendidikan dan sesetengah dalam sektor pertanian. 5) Lokasi kajian terletak kira-kira 12 kilometer dari pusat bandar Sungai Petani dan kira-kira 5 kilometer dari kawasan tempat tinggal saya.

PETA KAJIAN

KAEDAH KAJIAN
1) PEMERHATIAN = saya telah membuat pemerhatian di pasar malam mini untuk mendapatkan maklumat tentang kajian yang dijalankan 2) TEMU BUAL = seterusnya saya telah menemubual beberapa orang penduduk untuk mendapatkan maklumat yang lebih padat tentang kajian ini. 3) SOAL SELIDIK = saya telah menyediakan 20 borang soal selidik yang perlu diisi oleh penduduk yang telah saya temu bual. 4) RUJUKAN = selain itu, saya juga membuat rujukan di perpustakaan dan melayari internet untuk mendapat maklumat tambahan untuk kajian untuk dijalankan.

DAPATAN KAJIAN
8.1 Konsep dan jenis perniagaan runcit di kawasan kajian Menurut buku teks perdagangan tingkatan empat, perniagaan runcit ialah perniagaan yang menjalankan urusniaga menjual kepada pengguna terakhir dalam kuantiti yang sedikit untuk kegunaan harian seseorang insan. Jenis perniagaan runcit yang terdapat di kawasan kajian ini ialah perniagaan runcit secara kecil-kecilan sahaja. Sebagai contohnya perniagaan pakaian, perniagaan makanan mentah dan lain-lain.

8.2 Kepentingan perniagaan runcit di kawasan kajian. 1) Menyediakan peluang pekerjaan -perniagaan pasar malam ini dapat menyediakan peluang pekerjaan kepada peniaga-peniaga kecil yang masih tiada tapak untuk berniaga. 2) Meningkatkan taraf hidup penduduk -perniagaan pasar malam ini dapat member peluang kepada peniaga untuk meniaga taraf hidup mereka dari segi pendapatan. 3) Memudahkan penduduk tempatan membeli barangan -pasar malam ini menyediakan pelbagai barangan dan pembeli tidak perlu lagi pusat Bandar Sungai Petani untuk membeli barangan keperluan. -pasar malam ini juga dapat menjimatkan kos dan masa penduduk. 4) Membolehkan penduduk tempatan memasarkan barangan jualan -pasar malam ini memberi peluang kepada penduduk tempatan untuk memasarkan barangan mereka untuk dijual.

5) Menyediakan barangan segar -pasar malam ini menjual barangan segar seperti ikan, sayur-sayuran dan buah-buahan dengan harga yang berpatutan.

8.3 Faktor yang mempengaruhi perniagaan runcit di kawasan kajian. 1) Governan -Kerajaan telah menyediakan tapak-tapak perniagaan kepada peniaga yang ingin menjalankan perniagaan. 2) Modal -Pasar malam ini tidak memerlukan modal yang besar. Kebanyakan peniaga mengeluarkan yang kecil antara RM200-RM300 untuk berniaga di pasar malam ini. 3) Infrastruktur -Antaranya tapak pembinaan yang selesa dan strategik, tempat meletak kenderaan yang luas dan tempat pembuangan sampah yang sistematik. 4) Pertambahan penduduk -Kebiasaannya pasar malam ini menjadi tumpuan penduduk untuk membeli barangan. Ini disebabkan oleh bilangan penduduk di kawasan ini semakin bertambah.

5) Darjah ketersampaian -Lokasi pasar malam ini sangat strategik kerana terletak di tengah-tengah Taman Ria Jaya dan mempunyai kemudahan jalan raya yang selesa. 6) Kesesuaian waktu berniaga -Pasar malam ini menjalankan pada hari selasa

You might also like