You are on page 1of 13

KPT 6044 - PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB

TUGASAN 3: TINJAUAN PENGGUNAAN BLOG DIKALANGAN PELAJAR DALAM BIDANG PENDIDIKAN

DISEDIAKAN OLEH :
NAMA : SHARINA BINTI SOBRI MATRIK NO. : M 20102000969 DISEMAK OLEH : PM DR ABD LATIF HJ GAPOR TARIKH HANTAR : 20 NOVEMBER 2012

KPT 6044 : Pembelajaran Berasaskan Elektronik dan Web

TINJAUAN PENGGUNAAN BLOG DIKALANGAN PELAJAR DALAM BIDANG PENDIDIKAN

PENGENALAN Dalam menempuh dunia globalisasi masa kini Malaysia juga tidak terkecuali dalam perkembangan persekitaran digital global dalam semua bidang termasuklah bidang pendidikan. Seiring dengan zaman teknologi, penggunaan media dan elektronik sebagai satu usaha membangunkan negara yang berdaya saing. Kemajuan dalam Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) yang semakin meningkat memberi kesan yang besar dalam bidang pendidikan. ICT merupakan satu penunjuk utama dalam proses membangunkan sistem

pendidikan bagi meningkatkan amalan penggunaan elektronik dan web dalam kalangan semua guru dan pelajar. diperluaskan dan Amalan penggunaan ICT dalam bidang pendidikan perlu bagi memastikan semua institusi pendidikan

dipertingkatkan

mengaplikasikan penggunaan elektronik dan web dalam pengajaran dan pembelajaran. Menurut Osborne and Hennessy (2001), ICT telah berjaya meningkatkan keberkesanan di dalam penyampaian maklumat dan merangsang minat pelajar untuk belajar. Elemen penggunaan teknologi yang dimasukkan dalam kurikulum sekolah adalah satu usaha untuk mengembangkan teknologi dan untuk memastikan teknologi diaplikasikan di sekolah. Penggunaan internet dalam proses pengajaran dan pembelajaran semakin membantu dan dapat meningkatkan kualiti pengajaran. Internet adalah singkatan bagi perkataan inter network dan merupakan jalinan rangkaian dengan komputer lain di seluruh dunia. Melalui penggunaan internet, seseorang boleh berinteraksi, berhubung, bertukar maklumat, berkongsi ilmu dan pelbagai kemudahan diperoleh. Begitu juga dengan weblog atau blog yang

merupakan laman jurnal peribadi atau laman yang mudah diguna dengan menggunakan paparan antara muka grafik yang sudah disediakan dalam perisian blog. Blog ini boleh digunakan tanpa dikenakan bayaran dan tidak memerlukan sebarang kemahiran teknikal kerana pengguna boleh mempelajari sendiri dari semasa ke semasa. Dalam bidang

pendidikan kini, kebanyakan guru dan pelajar telah menggunakan alternatif ini untuk berhubung antara satu sama lain. Penggunaan blog ini telah dapat membantu pelajar untuk

KPT 6044 : Pembelajaran Berasaskan Elektronik dan Web

berhubung secara atas talian dengan guru dan rakan-rakan pada bila-bila masa. Mereka menggunakan blog untuk mendapatkan nota dan menjawab soalan latihan yang disediakan guru. Selain itu, medium ini juga digunakan untuk mencari maklumat, mencari bahan

pembelajaran dan berkongsi pendapat atau idea dengan pengguna blog yang lain.

PERNYATAAN MASALAH

Dalam mengamalkan penggunaan elektronik dan web dalam kalangan institusi pendidikan, terdapat pelbagai persoalan yang ditimbulkan dari segi tahap pengetahuan, cara penggunaan, kelebihan dan kelemahan penggunaan internet dalam kehidupan seharian. Pada masa kini terdapat pelbagai perantara yang boleh digunakan seperti Facebook, twitter, Skype blog, e-mel dan sebagainya. Istilah weblog telah dicipta oleh Jorn Barge pada 17 Disember 1997 dan singkatan blog telah dicipta oleh Peter Merholz yang memisahkan perkataan weblog kepada blog. Menurut sebuah tinjauan yang dilakukan oleh PEW Internet dan American Life Project, pada tahun 2004 sebanyak 58% pembaca blog meningkat dari 29,500 pada tahun 2005 menjadi 5,340,00 pada tahun 2005. Ini menunjukkan satu peningkatan yang tinggi dan merupakan salah satu teknologi yang paling mudah dan cepat. Menurut Kennedy (2003), blog merupakan dimensi baru untuk pengajar dan pelajar bagi membentuk satu alat penerbitan yang interaktif dan segera. Ia boleh menjadi medium di mana pelajar dapat mengutip, menyunting, menaksir dan menerbitkan untuk dibaca oleh pembaca maya. Kebanyakan pelajar menggunakan blog untuk menyampaikan maklumat, berkongsi idea, bertukar-tukar pendapat serta mendapatkan pelbagai maklumat lain antara pengguna blog. Oleh itu, pengkaji ingin melihat sejauh mana tahap pengetahuan am pelajar mengenai blog, kelebihan dan kelemahan blog serta mengenal pasti adakah blog dapat membantu pelajar dalam mendapatkan maklumat.

KPT 6044 : Pembelajaran Berasaskan Elektronik dan Web

PERSOALAN KAJIAN

Terdapat beberapa persoalan kajian yang telah dikemukakan, iaitu :1. Apakah blog? 2. Mengapakah blog sangat digemari oleh pengguna elektronik masa kini? 3. Apakah faktor penggunaan blog secara meluas dalam bidang pendidikan? 4. Berikan kelebihan blog. 5. Berikan kelemahan blog.

REKA BENTUK KAJIAN

Pengkaji menggunakan kaedah tinjauan dengan menggunakan soal selidik. Kaedah tinjauan digunakan untuk mendapatkan maklumat daripada responden.

POPULASI DAN SAMPEL

Populasi kajian adalah terdiri daripada pelajar sekolah tingkatan empat di negeri Selangor. Seramai 9 orang sampel dipilih untuk dijadikan sampel kajian. Instrumen yang digunakan bagi mendapatkan data dari sampel ialah melalui soal selidik.

KPT 6044 : Pembelajaran Berasaskan Elektronik dan Web

DAPATAN KAJIAN

Pengetahuan Am Mengenai Blog

Blog adalah satu jenis laman web yang sedikit berbeza dari laman web biasa di mana penggunanya perlu mengemas kini maklumat-maklumat terbaru dari semasa ke semasa. Kebiasaannya, pengguna akan mengemas kini blog setiap minggu ada juga yang rajin mengemas kini setiap hari. Blog juga lebih popular berbanding media yang lain kerana tujuan blog dibangunkan adalah untuk dijadikan diari dan catatan harian, tempat berkongsi ilmu pengetahuan, berbicara mengenai isu-isu semasa dan ada juga yang menambah sumber pendapatan dengan menjual secara atas talian. Hasil tinjauan yang dibuat, para pelajar menyatakan blog adalah salah satu media yang berasakan elektronik dan media di mana ia merujuk kepada satu halaman yang membincangkan atau memperkatakan tentang sesuatu topik atau berperanan lebih sebagai buku harian peribadi dalam talian. Blog juga adalah media perantaraan yang digunakan oleh penggemar IT untuk menyampaikan maklumat, berkongsi cerita, menunjukkan kreativiti dan sebagai tempat untuk menambah pendapatan. Mereka juga berpendapat blog boleh

digunakan untuk mencari kenalan, memudahkan perhubungan, meluahkan perasaan, mengisi masa lapang yang terluang dan mereka bersetuju bahawa blog merupakan trend zaman sekarang. Selain itu, kebanyakan pelajar membina blog berdasarkan inspirasi diri dan minat pelajar masing-masing seperti pelajar yang meminati bidang fesyen, muzik, seni, fotografi dan sebagainya. Ini memberi ruang kepada pelajar untuk meneroka dan mencari maklumat dan dimasukkan dalam blog mereka. Melalui blog juga, pelajar dapat membuat pautan pada mana-mana laman web yang lain yang disukai mereka.

KPT 6044 : Pembelajaran Berasaskan Elektronik dan Web

Pendapat Pelajar Mengenai Blog Hasil kajian menunjukkan para pelajar ini menyatakan blog adalah medium perantaraan yang dapat membantu pelajar berhubung secara atas talian dengan guru dan rakan-rakan. Mereka juga menggunakan blog sebagai tempat untuk mencari maklumat dan bertukar-tukar pendapat serta berkongsi idea dengan pengguna yang lain. Kesemua pelajar menyatakan blog lebih mudah untuk dikendalikan berbanding dengan media lain yang memerlukan banyak penggunaan wang untuk tujuan penyebaran maklumat. Selain itu,

mereka berpendapat blog turut digunakan sebagai buku harian peribadi untuk menceritakan perjalanan dan pengalaman harian masing-masing. Penggunaan blog sangat wajar kerana melalui blog dapat melahirkan generasi yang celik IT, kreatif dan berinovasi dalam menyenggara komputer. Selain itu, mereka menyatakan penggunaan blog dapat membantu mencari data dan maklumat yang diperlukan dengan segera, sebagai bahan rujukan pengajaran dan pembelajaran serta dapat membincangkan atau memperkatakan tentang sesuatu topik dengan lebih mudah melalui ruang komen yang disediakan. Oleh itu, adalah wajar sesuatu blog yang dibangunkan dapat memberikan maklumat yang betul dan tepat bagi membantu pengguna mendapatkan pelbagai maklumat dan menurut Ahmad Muhaimin (2004), faktor yang menentukan baik dan buruknya sesuatu laman web itu adalah dari aspek reka bentuk isi kandungan, reka bentuk interaktiviti dan reka bentuk antara muka dan perkara ini perlu dititikberatkan kerana penggunaan internet dalam bidang pendidikan perlu diberi perhatian khususnya dari segi ketepatan maklumat.

Penggunaan Blog dalam Bidang Pendidikan Pengajaran dan pembelajaran berasaskan laman web ini dilihat sebagai salah satu kaedah yang dapat menjamin keupayaan pelajar untuk berfikir dan meningkatkan daya imaginasi pelajar untuk menghasilkan persekitaran pembelajaran yang pelbagai. Ia juga

untuk mengubah corak pembelajaran tradisional kepada moden maka disebabkan itulah wujudnya blog-blog pendidikan. Namun begitu, laman web berasaskan pendidikan perlulah meliputi beberapa aspek penting seperti mengandungi mesra pengguna bagi memudahkan

KPT 6044 : Pembelajaran Berasaskan Elektronik dan Web

pelajar mengakses bahan, penggunaan bahan yang menarik dan sejajar dengan perkembangan teknologi terkini. Cabrera (2002), perkongsian ilmu merupakan satu aktiviti di mana ilmu (maklumat, kemahiran atau kepakaran) ditukar dalam kalangan pengguna, rakan-rakan, ahli keluarga, komuniti atau sesebuah organisasi Hasil kajian mendapati blog sangat diminati kerana blog-blog pendidikan yang dihasilkan dihiasi dengan pelbagai grafik seperti reka bentuk yang menarik, elemen muzik yang dimasukkan, visual yang menarik dan sebagainya yang mampu menarik minat pelajar untuk melayarinya. Pelajar teruja jika bahan yang dimasukkan dapat diakses dengan mudah. Selain itu, blog juga boleh dikunjungi pada bila-bila masa dan di mana sahaja yang membolehkan pelajar tidak terikat dengan masa yang terhad. Melalui blog juga pelajar tidak akan dikenakan bayaran di samping data dan maklumat yang dimasukkan dalam blog dapat disunting, dikutip dan ditaksir oleh pelajar. Pelajar juga menyatakan pendapat bahan-bahan pembelajaran yang dimasukkan banyak membantu pelajar untuk meningkatkan pemahaman pada sesuatu topik. Ini kerana pelajar dapat meneroka pautan-pautan lain yang terdapat pada blog tersebut dan ia memudahkan pelajar untuk mendapatkan bahan tambahan lain. Oleh itu, penggunaan blog dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah perlu bagi mentransformasikan pengajaran tradisional kepada moden yang menggunakan ICT seiring dengan peredaran zaman. Dapatan juga mendapati pelajar lebih gemar menggunakan blog kerana pelajar dapat mengumpul banyak maklumat berkaitan sesuatu topik di samping dapat memberi komen dan berkongsi idea pada ruangan yang disediakan. Bagi pelajar yang menjadi pengikut sesuatu blog mereka akan menerima maklumat-maklumat terbaru yang akan dihantar melalui e-mel. Ini memudahkan pelajar mendapatkan maklumat-maklumat terbaru dari semasa ke semasa. Menurut NurAzza (2009), penggunaan blog sebagai medium penghubung yang

membolehkan maklumat atau bertukar pendapat dengan pengguna yang lain tanpa sempada atau kekangan masa. Untuk memastikan penggunaan blog dalam bidang pendidikan

dilaksanakan maka guru perlu mengoptimumkan penggunaan blog sebagai perantara komunikasi antara guru dan pelajar. Menurut Kuroptawa (2005), penggunaan blog di dalam kelas mempunyai potensi yang tinggi untuk mempengaruhi pelajar dalam banyak cara positif antaranya medium permulaan memperkenalkan konsep baharu, forum untuk perbincangan da

KPT 6044 : Pembelajaran Berasaskan Elektronik dan Web

menjawab kuiz di atas talian. Oleh itu, penggunaan blog pada masa kini sangat membantu dalam sistem pendidikan di negara kita.

Kelebihan dan Kelemahan Blog KELEBIHAN 1) Satu alternatif untuk menyimpan idea atau tugasan untuk dijadikan rujukan pada masa akan datang. KELEMAHAN 1) Bahan yang disimpan belum tentu kesahihannya kerana ada maklumat yang dimasukkan belum di semak dan dipantau. 2) Dapat melatih kemahiran kreativiti dalam mengubahsuai blog 2) Menyebabkan berlaku penyamaran identiti kerana menggunakan blog yang sedia ada dan biasanya pengguna akan tertipu kerana sebenar tidak didedahkan. 3) Melatih kemahiran menulis dalam pelbagai bahasa dan dapat meningkatkan pembelajaran kendiri. 3) Penulisan yang dimasukkan mungkin menggunakan ayat-ayat atau perkataan yang memburuk-burukkan bangsa, agama, masyarakat atau negara. 4) Dapat berkongsi maklumat dan idea dengan rakan-rakan dan guru-guru mengenai bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran seperti nota, gambar, video dan sebagainya. 5) Proses pembelajaran lebih mudah dan fleksibel kerana pelajar boleh belajar di mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja. 4) Blogger yang berniat jahat akan berlaku penyebaran maklumat yang negatif, gambar lucah, video lucah atau bahanbahan terlarang lain yang sangat mudah didapati melalui internet. 5) Proses pembelajaran agak sukar kerana ada segelintir pelajar lebih meminati pembelajaran di dalam bilik darjah berbanding tempat lain kerana pelajar mahu dipantau dan dibantu oleh guru.

KPT 6044 : Pembelajaran Berasaskan Elektronik dan Web

6) Komen yang terdapat pada ruang blog membolehkan pengunjung memberi komen sama ada dari segi pujian atau pun kritikan untuk penambahbaikan.

6) Penggunaannya terhad kerana tidak semua pelajar mempunyai talian internet di rumah dan peluang untuk mengakses hanya di rumah. Oleh itu, terdapat pelajar yang tidak dapat memberi komen atau kritikan.

7) Dapat mentransformasikan pengajaran dan pembelajaran berpusatkan guru kepada berorientasikan pengalaman pelajar di mana pelajar mendapatkan sendiri semua bahan di blog guru mereka. 8) Pelajar juga akan menjadi aktif kerana pembelajaran lebih menarik dan ia tidak terhad kepada penggunaan buku teks sahaja. Pelajar akan meneroka bahan dengan lebih banyak menerusi carian di internet. 9) Membantu pelajar untuk memperbaiki penulisan dan memudahkan pelajar melihat hasil daripada guru dan rakan-rakan.

7) Pembelajaran berorientasikan guru di mana guru mengedarkan nota dan bahan daripada blog kepada pelajar kerana pelajar tiada inisiatif untuk mendapatkan bahan dari blog guru. 8) Pelajar yang aktif akan sentiasa ke hadapan untuk mengambil bahagian manakala yang pasif akan mendengar sahaja jawapan atau pendapat yang diberikan rakan.

9) Kadangkala guru gagal memantau jawapan yang diberikan pelajar menyebabkan jawapan yang diberikan kurang tepat dan tidak sesuai dikongsi oleh pelajar lain.

10) Mencetuskan pemikiran secara kreatif dan kritis.

10) Boleh berlaku copy right di mana akan berlaku peniruan maklumat, idea dan pendapat kerana pelajar yang malas berfikir akan menggunakan jawapan dan maklumat yang ada sebagai jawapannya.

11) Menggalakkan guru dan pelajar berkolaborasi melalui bertukar-tukar pendapat, berkongsi idea dan komen-

11) Semua idea, pendapat dan maklumat menjadi kurang formal kerana ia dapat di akses oleh sesiapa sahaja pada bila-bila

KPT 6044 : Pembelajaran Berasaskan Elektronik dan Web

komen yang positif.

masa dan menyebabkan ada komenkomen atau kritikan yang menggunakan ayat-ayat yang tidak baik.

12) Perkongsian pendapat antara guru dan pelajar akan dapat meningkatkan profesion dan prestasi akademik pelajar.

12) Kekangan guru yang tidak mengambil tahu tentang teknologi, tidak mahu mempelajari perkara baharu dan kesibukan dengan kelas dan aktiviti lain menyebabkan pengajaran masih berada di takuk lama dan profesion guru tidak dapat ditingkatkan.

KESIMPULAN

Zaman masa kini, bidang pendidikan adalah satu bidang yang sangat dititikberatkan memandangkan pendidikan adalah aras penentu masa depan generasi akan datang. Semakin jauh melangkah maka makin meningkat bilangan golongan cerdik pandai dalam pelbagai bidang. Maka, pada zaman teknologi maklumat ini adalah perlu untuk semua guru Ini untuk memastikan

meningkatkan pengetahuan dan ilmu dalam bidang teknologi.

pendidikan berasaskan teknologi ini diaplikasikan secara optimum dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Justeru, adalah perlu sistem pendidikan di transformasikan kepada

pendidikan moden di mana pengajaran berasaskan teknologi dirancang dengan baik. Pembangunan penggunaan teknologi boleh dicapai menerusi penggunaan internet secara menyeluruh dalam bidang pengajaran. Blog yang merupakan salah satu media sosial yang berkembang secara meluas pada masa kini dan merupakan satu transformasi yang mampu menarik perhatian untuk menyampaikan maklumat secara rasmi atau pun tidak rasmi. Penggunaan blog sebagai medium perantara antara guru dan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat memberi impak yang baik dalam perkembangan ICT.

10

KPT 6044 : Pembelajaran Berasaskan Elektronik dan Web

Melalui blog pelajar lebih mudah berinteraksi, memberi komen dan bertanya soalan berkaitan pembelajaran. Penggunaan blog dalam pengajaran telah dapat menimbulkan minat di

kalangan pelajar kerana selain ia memudahkan dan ia juga merupakan satu trend yang diminati oleh para pelajar zaman sekarang yang lebih mahukan teknologi berbanding tradisional yang lebih berpusatkan guru. Selain itu, ia juga dapat meningkatkan pembelajaran kendiri kerana pelajar akan meneroka dan mencari maklumat, menyunting, menaksir dan menerbitkan sendiri maklumat yang diperoleh. Guru juga perlu merancang dengan teliti untuk memastikan penggunaan blog di aplikasikan sepenuhnya dalam pengajaran. Guru perlu menggunakan bahan dan sumber yang betul untuk memastikan pelajar dapat menerima pembelajaran dengan baik. Guru perlu mempunyai panduan atau menggunakan model pengajaran yang dapat membantu guru membuat perancangan pengajaran dengan betul. Terdapat beberapa model yang telah Heinrich, M.

diperkenalkan namun model ASSURE yang telah direkabentuk oleh R.

Molenda, J Rusell dan S. Smaldino telah diambil untuk dijadikan panduan oleh guru dalam merancang pengajaran dan pembelajaran. Model ini mambantu guru mengenalpasti

menggunakan alat dan bahan bantu mengajar yang sesuai untuk memastikan objektif pengajaran tercapai dan murid dapat menguasai kandungan mata pelajaran. Terdapat enem elemen utama model ini iaitu A = Analyse Leaner (Analisis Pelajar), S = State objective (Nyatakan objektif), S = Select, modify or make media (pilih kaedah, media dan bahan), U = Utilise media and material (guna media dan bahan), R = Require Leaner Participation (dorong penglibatan pelajar) dan E = Evaluate and Revise (menilai dan menyemak semula).

S A
Analisis pelajar

S
Nyataka n objektif

U
Guna media dan bahan

R
Pengliba tan pelajar dalam pembela jaran

Pilih kaedah, media dan bahan

E
Nilai bahan

RAJAH 1 : MODEL ASSURE

11

KPT 6044 : Pembelajaran Berasaskan Elektronik dan Web

Model ini membantu guru untuk merancang pengajaran dan memilih media, bahan dan sumber yang betul dalam melaksanakan pengajaran berasaskan teknologi. Keberkesanan penggunaan media dalam pengajaran adalah bergantung sepenuhnya ke atas guru sendiri. Oleh itu, adalah perlu guru mendalami ilmu teknologi bagi memastikan penggunaan teknologi dapat dipelbagaikan sejajar dengan perkembangan pendidikan masa kini. Blog salah satu cara mudah untuk memperoleh ilmu atau berkongsi maklumat dengan orang lain. Penggunaan blog juga sebagai salah satu altenatif bahan bantu mengajar yang dapat membantu pelajar untuk mendapatkan maklumat dan bahan pembelajaran. Aplikasi blog dalam pengajaran dan pembelajaran dapat memberikan ruang interaksi sosial antara guru dan pelajar untuk membuat refleksi dan mendapatkan maklum balas berkaitan sesuatu topik. Oleh itu, adalah wajar guru-guru mengaplikasikan blog untuk tujuan pengajaran bagi memastikan pelajar dapat meningkatkan kualiti pembelajaran.

12

KPT 6044 : Pembelajaran Berasaskan Elektronik dan Web

RUJUKAN Ahmad Zamzuri Mohamad Ali (2012). Pembelajaran Berasaskan Web : Isu dan Trend, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Noorfazlinda Binti Othman (2010). Kajian Penggunaan Blog Dalam Kalangan Pelajar Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia, Tesis Universiti Teknologi Malaysia. http://blogs.iium.edu.my/marzuki/files/2009/05/model-assure.pdf http://cikguwanupsi.blogspot.com/2010/08/1.html http://edu3105-amin.blogspot.com/2011/06/model-assure_28.html http://en.wikipedia.org/wiki/Blog http://mohdruzzi.blogspot.com/2008/08/strategi-pengajaran-dan-pembelajaran.html http://suhairi87.wordpress.com/kesan-ict-dalam-pengajaran-dan-pembelajaran/ http://www.fp.utm.my/ePusatSumber/pdffail/ptkghdfwP/Noor%20Fazlinda%20Othman%20 MPP091028ttp.pdf

13

You might also like