You are on page 1of 3

ASAL USUL BAHASA MELAYU

Apabila kita ingin mengetahui asal usul sesuatu bahasa, kita perlu mengetahui
asal bangsa yang menjadi penutur utama bahasa tersebut. Hal ini demikian
adalah kerana bahasa itu dilahirkan oleh sesuatu masyarakat penggunanya dan
pengguna bahasa itu membawa bahasanya ke mana pun ia pergi. Demikianlah
juga halnya dengan bahasa Melayu. Oleh itu , jika kita ingin mengetahui asal
usul bahasa Melayu, maka kita perlu menyusurgaluri asal usul bangsa Melayu.
Walaupun sudah ada beberapa kajian dilakukan terhadap asal usul bangsa
Melayu, tetapi kata sepakat para ahli belum dicapai Bagaimanapun terdapat
beberapa bukti sejarah yang cuba mengaitkan asal-usul bahasa Melayu, seperti
catatan orang China yang menyatakan bahawa sebuah kerajaan Mo-lo-yeu
mempersembahkan hasil bumi kepada raja China sekitar 644-645
Masihi.Dikatakan orang Mo-lo-yeu mengirimkan Utusan ke negara China untuk
mempersembahkan hasil-hasil bumi kepada raja China.Ada yang mempercayai
kerajaan Mo-lo-yeu berpusat di daerah Jambi, Sumatera , daripada sebatang
sungai yang deras alirannya, iitu Sungai Melayu. Satu lagi catatan orang China
ialah catatan rahib Buddha bernama I-Tsing yang menggunakan kata ma-lo-yu
tentang dua buah kerajaan yang dilawatinya sekitar 675 Masihi.Dalam bahasa
Jawa Kuno, perkataan ``Mlayu'' bermaksud berlari atau mengembara. Hal ini
boleh dipadankan dengan orang Indo-Melayu (Austonesia) yang bergerak dari
Yunan. Kumpulan pertama dikenali sebagai Melayu Proto , berpindah ke Asia
Tenggara pada Zaman Batu Baru (2500 Sebelum Masihi). Keturunannya ialah
Orang Asli di Semenanjung Malaysia, Dayak di Sarawak dan Batak di Sumatera.
Kumpulan kedua dikenali sebagai Melayu Deutro berpindah ke Asia Tenggara
pada Zaman Logam kira-kira 1500 Sebelum Massihi. Keturunannya ialah orang
Melayu di Malaysia yang dikatakan lebih bijak dan dan mahir daripada Melayu
Proto. Mereka lebih bijak dalam bidang astronomi, pelayaran dan bercucuk
tanam dan bilangan lebih banyak daripada Melayu Proto serta menduduki
kawasan pantai dan lembah di Asia Tenggara.Orang ini, kumpulan pertama dan
kedua, dikenali sebagai Austronesia. Bahasa-bahasa yang terdapat di Nusantara
sekarang berpunca daripada bahasa Austronesia ini. Menurut Nik Safiah Karim ,
menerangkan bahawa bahasa Austronesia ialah satu rumpun bahasa dalam
filum bahasa Austris bersama-sama dengan rumpun bahasa Austroasia dan
Tibet-China. Bahasa Melayu termasuk dalam bahasa-bahasa Golongan
Sumatera bersama-sama dengan bahasa-bahasa Acheh, Batak, Minangkabau,
Nias, Lampung dan Orang Laut.
CIRI – CIRI BAHASA MELAYU

Bahasa sebagai satu sistem.


Bahasa sebagai satu sistem bermaksud bahasa itu mempunyai kaedah untuk
diujarkan atau dituliskan. Sistem itu pula bersifat berperaturan. Hal ini bermaksud
bentuk perkataan dan kedudukan perkataan yang lain dalam ayat adalah secara
teratur. Bahasa apa pun mempunyai sejumlah unit-unit (seperti fonem, morfem,
kata, rangkai kata, klausa dan ayat) dan tiap-tiap bahasa itu merupakan hasil
dari percantuman unit-unit tersebut. Percantuman unit-unit itu pula terjadi
menurut dasar-dasar tertentu. Dari bilangan unit yang begitu banyak dalam
sesuatu bahasa, percantuman tidak boleh terjadi tetapi ada cara-cara dan
peraturan-peraturan mengenainya. Tugas sistem ini ialah satu aturan yang telah
ditetapkan oleh susunan bahasa itu.

Bahasa sebagai satu simbol

Bahasa sebagai alat komunikasi


Bahasa bersifat arbitrari
Bahasa bersifat unik.
Unik bermaksud ciri khusus yang spesifik yang tiada pada yang lain. Ciri khusus
menyangkut sistem bunyi , pembentukan kata dan pembentukan ayat. Antara ciri
keunikan bahasa melayu ialah tekanan kata tidak bersifat morfemis , tetapi
bersifat sintaksis. Ini bermakna tekanan pada kata , tidak meroboh makna kata
tetapi merobah seluruh ayat. Contohnya ,
• Orang itu menjolok buah.
• Orang itu menjolok buah.
• Orang itu menjolok buah.
Bahasa bersifat dinamis
Bahasa bersifat variasi

You might also like