You are on page 1of 5

PROGRAM INTERVENSI TAMBAH OPSYEN ( SEJARAH )

TUGASAN 1

SEJARAH SOSIOEKONOMI MALAYSIA ( PITO 107 )

NAMA PELAJAR NO. MATRIK TARIKH HANTAR :

: :

NAZURA BINTI MOHD NASIR

10 NOVEMBER 2013

Ekonomi Tradisional Dalam sistem ekonomi tradisional, Sultan berkuasa mutlak ke atas sumber ekonomi. Sultan mengambil bahagian dalam perniagaan dan mendapat keuntungan yang lumayan. Baginda berkuasa dalam soal perburuhan, hasil pertanian, perdagangan dan pemungut cukai. Sultan berperanan menyelaras sistem cukai dalam jajahan takluknya serta mempunyai hak mendapat hasil pungutan cukai negerinya. Contohnya, Sultan Abdul Samad menerima hasil cukai (bijih timah) daerah Kelang daripada Raja Mahadi. Sultan Pahang memperoleh cukai import yang dikenakan di muara Sungai Pahang berjumlah $50,000 setahun. Dari segi pertanian sultan berhak mengerahkan rakyat bertani. Baginda mewakilkan urusan itu kepada para pembesar negeri. Selain itu, Sultan juga berkuasa melaksanakan sistem kerah. Melalui sistem ini rakyat dikerah melaksanakan sesuatu pekerjaan untuk sultan tanpa dibayar upah dalam tempoh masa yang tertentu. Antara pekerjaan yang terlibat ialah membina istana, menjadi tentera,membina jalan, membina jambatan, membina benteng pertahanan, membersih sungai dan sebagainya. Golongan bangsawan dikecualikan daripada sistem ini. Orang biasa yang berstatus tinggi juga dikecualikan dari sistem ini. Contohnya di Kedah mereka yang dikecualikan dari sistem ini ialah golongan syed (keturunan nabi), golongan baik-baik seperti haji, lebai, penghulu, kakitangan masjid dan orang suruhan istana. Sistem ini menunjukkan perbezaan status sosial dalam kalangan rakyat. Manakala bagi golongan pembesar, para pembesar berperanan dalam hal memungut cukai di kawasan pentadbirannya yang dipanggil kawasan pemakanan. Biasanya barangbarang itu dikenakan cukai 10% dan dibayar dengan barangan. Sebahagian daripada hasil cukai diberi kepada pemerintah, contoh di Perak, sultan berhak mengambil $ 6.00 dari setiap bahara (400 paun) bijih timah yang diekspot. Di Negeri Sembilan, Sungai Linggi menjadi kawasan pemungutan cukai terhadap bijih timah yang dibawa keluar dari sungai berkenaan sehingga menjadi rebutan di antara Dato Bandar dengan Dato Kelana.

Selain itu, pembesar juga menjalankan kegiatan ekonominya sendiri seperti perlombongan bijih timah, pertanian dan berdagang. Ini menyebabkan di tempat-tempat tertentu pembesar lebih kaya daripada sultan, contohnya di Perak, Long Jaafar dan Ngah Ibrahim yang menguasai daerah Larut lebih kaya daripada sultan. Pembesar juga terlibat dalam kegiatan perdagangan dengan keizinan sultan. Mereka menjadi pengeluar modal.

Perniagaan dan perdagangan pembesar diuruskan oleh wakil-wakilnya. Bagi mempastikan urusan perdagangan berjalan lancar pembesar akan menentukan timbangan dan sukatan yang betul.

Susun Lapis Sosial Tradisional

Bagi susun lapis masyarakat Melayu tradisional, masyarakat terbahagi kepada dua golongan iaitu pemerintah dan golongan yang diperintah. Golongan pemerintah terdiri daripada raja atau sultan, keluarga dan kerabat diraja, pembesar, pentadbir serta ulama istama.

Raja dan sultan

Raja dan sultan merupakan pemerintah tertinggi dalam pentadbiran negeri. Baginda mempunyai kuasa dan wibawa dalam menjalankan pemerintahan dan pentadbiran negeri. Sultan berkuasa mutlak terhadap rakyat dan melaksanakan kuasa kerajaan pusat. Konsep daulat dan derhaka mengukuhkan lagi kuasa raja. Sultan dan raja mempunyai keistimewaan tertentu iaitu warna kuning hanya untuk raja, payung putih untuk sultan dan banyak lagi.

Keluarga da kerabat diraja

Kerabat diraja merupakan kedudukan kedua selepas raja. Kerabat diraja tidak semestinya seorang putera raja yang memerintah tapi mereka yang mempunyai gelaran raja, tengku atau wan. Jawatan raja muda diberi kepada putera sulung, atau adinda sultan jika sulta tidak mempunyai putera. Mereka mempunyai keistimewaan seperti raja namun tidak melebihi keistimewaan raja.

Golongan pembesar dan bangsawan

Golongan pembesar dan bangsawan merupakan dua golongan yang berbeza. Golongan bangsawan merupakan golongan pembesar dan kaum kerabat diraja. Mereka sangat berpengaruh di kalangan pemerintah dan pentadbir. Ditugaskan untuk membantu sultan dalam urusan pemerintahan dan pentadbiran serta menjadi penasihat di daerah-daerah tertentu.

Manakala golongan pembesar terdiri daripada rakyat biasa yang dinaikkan taraf dan dilantik melalui surat tauliah oleh sultan yang bercop mohor. Mereka memegang jawatan seumur hidup dan mesti menunjukkan taat setia kepada pemerintah. Mereka berkuasa penuh dalam kawasan yang dipegang dan berkedudukan penting dalam sistem pemerintahan keraaan dan menjadi perantara sultan dengan rakyat.

Golongan di perintah

Golongan diperintah terdiri daripada golongan rakyat dan hamba. Golongan rakyat terdiri daripada petani, nelayan, pedagang dan tukag. Mereka tidak mempunyai kuasa politik dan jawatan di dalam pentadbiran. Mereka bebas menjalankan kegiatan ekomi seperti pertanian, perikanan, perlombongan dan perdagangan. Bagi rakyat asing yang berada di Tanah Melayu, mereka terlibat dalam pelbagai aktiviti sosial seperti tentera upahan kerajaan. Mereka ini tidak wajib mematuhi dan mengamalkan tradisi kebudayaan tempatan.

Bagi golongan hamba, mereka menyumbang tenaga untuk menambah harta tuannya. Mereka ini melambangkan ketinggian taraf tuannya. Terdapat tiga bahagian hamba iaitu hamba raja, hamba berhutang dan hamba biasa. Hamba raja merupakan hamba yang tertinggi dari hamba lain dan terdiri daripada bekas tawanan perang atau banduan. Hamba biasa biasanya menjadi hamba seumur hidup kepada tuannya. Manakala hamba berhutang, mereka menjadi hamba dalam tempoh tertentu hingga berjaya melangsaikan hutang dan akhirnya bebas menjadi rakyat biasa.

Kesimpulan

Kesimpulannya, dari aspek ekonomi dan susun lapis masyarakat tradisional, golongan sultan dan pembesar mempunyai kuasa yang besar. Mereka berhak ke atas rakyat yang diperintah. Manakala rakyat merupakan golongan bawahan yang boleh dikerah mengikut keperluan golongan memerintah. Namun, siatuasi ini kian berubah setelah kedatangan British di tanah Melayu memandangkan kuasa yang dipegang oleh sultan dan para pembesar mula berkurang.

Rujukan

http://fastnote.wordpress.com/struktur-sosial-masyarakat-melayu-di-tanah-melayu-sebelumbritish/

http://www.scribd.com/doc/142347606/52133819-Struktur-Masyarakat-Melayu-Tradisional

Ensiklopedia Sejarah dan Kebudayaan Melayu

You might also like