You are on page 1of 2

Info saman

TOLONG BACA, FAHAM & SEBARKAN........


Saman (rujuk Seksyen 53(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987) ialah perintah/notis supaya
hadir ke Mahkamah. Di dalam setiap Saman akan disebut begini :
"KAMU DENGAN INI DIPERINTAHKAN supaya hadir sendiri atau melalui peguam di
hadapan Majistret di ....................."
Tidak ada sepatah ayat di dalam saman memerintahkan penerima saman untuk bayar
saman. Denda atau hukuman hanya boleh diperintahkan oleh Mahkamah bukan JPJ atau
PDRM.
Saman & Saman Ekor adalah dua (2) perkara yg berlainan. Saman Ekor bukan saman
tetapi hanya Notis Permintaan Butir-Butir Pemandu di bwh Seksyen 115 Akta
Pengangkutan Jalan 1987.
Kompaun (rujuk Seksyen 120 Akta Pengangkutan Jalan 1987) ialah tawaran
menyelesaikan kes saman. Jika tidak mahu ke Mahkamah maka boleh dibayar kompaun
dan kes dianggap selesai.
Di dalam Saman disebutkan begini :
"Kesalahan ini adalah kesalahan yang boleh dikompaun dan kamu boleh membayar
kompaun sebanyak RM300 pada atau sebelum .................."
Kompaun tidak wajib dibayar walau berapa jumlah sekalipun. Jika kompaun tidak
dibayar, maka penerima saman hendaklah ke Mahkamah. Kata kuncinya ialah
"BOLEH".. kamu "boleh" membayar kompaun sebanyak RM..... tak sebut kamu
hendaklah membayar kompaun.....
Adakah tak bayar akan disenaraihitam??
Tak perlu risau samada akan disekat (senarai hitam) apabila hendak memperbaharui
Lesen Kenderaan (cukai jalan) atau lesen memandu kerana tiada pihak boleh berbuat
demikian selagi kes/saman tidak dibawa ke mahkamah.
Kuasa senarai hitam hanya pd JPJ (Rujuk Seksyen 17(1)(d), Seksyen 29(1A) & Seksyen
119B Akta engangkutan Jalan 1987) hanya boleh halang transaksi jika ada perkara yang
belum selesai. Perkara yang belum selesai mesti melalui proses Mahkamah bkn semata2
ada saman.
Waran Tangkap dikeluarkan hanya oleh Mahkamah apabila yang menerima Saman tidak
hadir Mahkamah (rujuk Seksyen 53(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987). Waran Tangkap
tidak dikeluarkan jika saman tak didaftarkan & disebut di Mahkamah.

Harap Maklum.
Zulhazmi Shariff
27 November 2013

You might also like