You are on page 1of 4

AUTHORWARE Authorware adalah merupakan perisian multimedia yang berasaskan ikon dan cartalir yang digunakan untuk membangunkan

program multimedia yang interaktif. Untuk membina program multimedia dengan menggunakan Anda boleh mengabungkan segala elemen multimedia; teks, audio, video, grafik, interaktiviti dan animasi, ke dalam program yang anda bina dengan hanya klik dan heret ikon-ikon ke cartalir yang disediakan. Authorware juga membenarkan anda mengimport fail-fail teks yang berformat rtf dan fail yang dibina dalam perisian Director ke dalamnya. Dengan menggunakan Authorware, anda boleh membina sebarang program multimedia yang ringkas seperti persembahan multimedia hinggalah kepada program multimedia yang canggih seperti modul pembelajaran berkomputer yang interaktif. Ciri-ciri yang dinyatakan di atas telah menyebabkan Authorware kini semakin mendapat sambutan yang hangat terutamanya di kalangan pendidik dalam membina program-program pembelajaran yang interaktif. Keupayaan AUTHORWARE Authorware merupakan satu perisian yang berkeupayaan tinggi dalam membina sebarang program multimedia yang interaktif. Authorware membolehkan anda membina program-program berikut: Modul Pembelajaran Rangkaian Interaktif dan juga Modul Kiosk Majalah dan Katalog yang Interaktif Stimulasi dan Prototype Persembahan Multimedia Serangkaian Modul Pembelajaran yang boleh disebarkan menerusi Internet melalui teknologi Shockwave. Encyclopedia yang Interaktif Animasi 2 dimensi Interaktif Video Pembelajaran.

Paparan screen shoot

You might also like