You are on page 1of 2

Dari Abu Sa'id r.a katanya: (Pada suatu hari) Rasulullah s.a.

w masuk ke tempat
sembahyangnya, lalu dilihatnya beberapa orang sedang gelak ketawa,

Baginda s.a.w pun menegur mereka dengan bersabda:

"Ketahuilah! Sesungguhnya kalau kamu banyak menyebut dan mengingati perkara yang
memusnah dan menghilangkan perasaan kesenangan tentulah peringatan mengenainya
akan menghalang kamu daripada melakukan apa yang aku lihat ini, maka hendaklah
kamu selalu mengingati dan menyebut perkara yang memusnah dan menghilangkan
perasaan kesenangan, iaitulah maut, kerana sesungguhnya pada tiap-tiap hari kubur
menyeru, katanya: "Akulah rumah dagang, akulah rumah yang sunyi sepi, akulah rumah
yang penuh dengan tanah, akulah rumah yang penuh dengan ulat". Maka apabila hamba
Allah yang mukmin dikebumikan, berkatalah kubur kepadanya: "Dipersilakan dengan
segala hormatnya! Ketahuilah sebenarnya adalah engkau - kepada ku - sekasih-kasih
orang yang berjalan atas ku, oleh itu apabila engkau sampai kepadaku dan
diserahkan urusanmu kepadaku pada hari ini, maka engkau akan melihat layananku
kepadamu'; Kubur itu pun menjadi lapang baginya seluas mata memandang, serta
dibukakan baginya sebuah pintu ke Syurga, (lalu datang kepadanya sebahagian dari
bau Syurga dan udaranya, serta ia dapat mencium dari baunya yang semerbak harum
dan merasa senang hati dari segala yang dilihatnya dalam Syurga itu).

Dan sebaliknya apabila orang yang berdosa atau orang kafir dikebumikan, berkatalah
kubur kepadanya: "Tidak layak engkau disambut dan dipersilakan; ketahuilah
sebenarnya engkau - kepada ku - adalah sebenci-benci orang yang berjalan atasku;
oleh itu apabila engkau sampai kepadaku dan diserahkan urusanmu kepada aku pada
hari ini, maka engkau akan melihat apa yang aku buat kepadamu". Nabi s.a.w
bersabda lagi: "Kubur itupun mengepitnya sehingga berselisih tulang-tulang
rusuknya".

Kata rawi hadis ini: Nabi s.a.w , (sambil bersabda menerangkan yang demikian, lalu
Baginda s.a.w) memasukkan jari-jari sebelah tangannya dicelah jari-jari yang
sebelah lagi, kemudian Baginda s.a.w bersabda lagi: "Dan dilepaskan kepada orang
itu tujuh puluh ekor ular besar yang kalaulah seekor di antaranya menghembuskan
nafasnya di bumi nescaya tidak akan tumbuh sesuatu pun dari tumbuh-tumbuhan atau
tanaman selagi dunia ini masih wujud, kemudian ular-ular itu akan mematuk-matuknya
dan meluka-lukakannya sehingga ia dibawa untuk dihisab (dan menerima balasan)".

Kata rawi hadis ini: Nabi s.a.w bersabda lagi: "Bahawa sesungguhnya kubur itu
adalah sebuah taman dari taman-taman Syurga atau sebuah gaung-gaung Neraka".

Baginda rasulullah pernah bersabda : �Sesungguhnya aku pernah melarang kamu


menziarahi kubur maka sekarang ziarahilah ia� (hadith sahih riwayat Muslim no. 977
dan Abu Daud, Nasaie dan lain-lain).

Hadith di atas menunjukkan kebolehan menziarahinya namun sama sekali tidak


membenarkan perbuatan bid�ah dan kejahilan yang dilakukan oleh masyarakat Melayu.

Tiga kemuliaan mengingati kematian

* Jumaat, September 15, 2006 � 6:28 am


* Dikirim dalam Pelbagai
* Tagged Renungan Kehidupan
Look Through My Eyes ~Phil Collins~
Originally uploaded by Infinity Rain.

ALLAH berfirman bermaksud: �(Allah) yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia
menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkara
lagi Maha Pengampun.� (Surah al-Mulk ayat 2).

Allah memulakan ayat ini dengan menyebut perkataan �mati� terlebih dulu sebelum
menyebut perkataan �hidup�. Apabila seseorang itu sentiasa mengingati mati, maka
dia akan lebih tenang menghadapi segala ujian Allah. Ujian itu hanya proses untuk
mendapat kejayaan daripada Allah.

Kematian adalah suatu perkara yang tidak dapat dihindari dengan apa cara
sekalipun. Mati adalah perpisahan nyawa daripada jasad seseorang yang
menjadikannya musnah dan hancur dimakan ulat dan tanah.

Kematian bukanlah suatu kesudahan daripada segala-galanya. Sebenarnya ia adalah


proses perpindahan dari alam dunia ke alam barzakh (kubur) dan suatu kehidupan
manusia dalam bentuk yang lain.

Mengingati saat kematian akan menenangkan manusia dan mengingatkan kita bahawa
setiap yang hidup akan kembali kepada Allah. Segala detik hidup yang sedang
dilalui ini adalah bersifat sementara. Proses kehidupan ini amat singkat sebelum
berpindah ke alam lain.

Islam menganjurkan manusia supaya sentiasa mengingati mati dan mempelajari pula
hakikat mati itu supaya kita dapat menempuh mati dengan penuh pengertian dan
kesedaran.

Hakikatnya kematian memisahkan manusia daripada segala yang dikasihi dan dimiliki
seperti anak-anak, harta benda dan kemewahan hidup. Bekalan yang dapat dibawa
hanyalah amal salih yang dikerjakan ketika hidup di dunia ini. Sungguh rugi jika
tidak melakukan amal ibadat ketika hidup di dunia ini.

Ketahuilah Allah akan mengazabkan sesiapa saja yang lalai mengerjakan perintah-
Nya. Allah berfirman bermaksud: �Tiap-tiap yang hidup akan merasai mati. Kami akan
menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan (yang sebenar-
benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan.� (Surah al-
Anbia, ayat 35).

Mengingati mati banyak hikmahnya. Antaranya dapat mencegah seseorang daripada


melakukan maksiat. Ia juga mampu melembutkan hati yang keras. Saat-saat kematian
jarang sekali diingat seseorang yang sedang mengalami kesenangan dalam hidupnya,
melainkan dia akan merasakan kesempitan hidup.

Sesiapa yang banyak mengenang perihal kematian akan diberi tiga sifat kemuliaan.
Pertama, sentiasa bersegera melakukan taubat. Kedua, tidak tamak terhadap
keduniaan. Ketiga, akan memiliki kesungguhan dan motivasi untuk beribadat.

Sebaliknya, sesiapa mengabaikan perihal kematian, dia akan menerima tiga seksaan
pedih atau tiga sifat kehinaan. Pertama, sentiasa menangguhkan taubat. Kedua,
tidak memiliki sifat reda dan ketiga, malas melakukan amal ibadat.

You might also like