You are on page 1of 13

Pembangunan Diri Set 20

Daripada Kumpulan Fantastic 4

Tokoh

Nelson Mandela
Nelson Mandela atau nama sebenarnya Nelson Rolihlahla Mandela (18 Julai 1918 5 Disember 2013)telah dilahirkan di Mvezo, sebuah desa kecil di tepi Sungai Mbashe, di daerah Umtata, ibu kota Transkei (kini sebahagian wilayah Eastern Cape), Afrika Selatan pada 18 Julai 1918. Beliau meninggal dunia pada usia 95 tahun pada 5 Disember 2013 akibat jangkitan peparu pada di rumahnya di Houghton, Johannesburg. Kematian beliau diumumkan Presiden Jacob Zuma.

Beliau telah meninggalkan seorang balu, Graa Machel serta 6 orang cahaya mata, Madiba Thembekile Mandela, Makaziwe Mandela, Makgatho Lewanika Mandela, Makaziwe Mandela, Zenani Mandela dan Zindziswa Mandela.

Beliau merupakan Presiden Afrika Selatan yang ke 11 dan telah memegang jawatan ini selama 5 tahun dari 27 April 1994 14 Jun 1999.

Latar Belakang Pendidikan


Mandela menamatkan pendidikan menengahnya di Healdtown Methodist Boarding School dan mendapatkan ijazah sarjana muda di bidang perniagaan di Universiti Fort Hare.

Sebagai ahli Majlis Perwakilan Pelajar, beliau bersama dengan mendiang Oliver Tambo pernah menentang aparteid dengan mogok pelajar dan akhirnya dibuang dari universiti tersebut pada tahun 1940. Beliau kemudian melanjutkan pendidikan melalui program jarak jauh di University of South Africa (UNISA) di Johannesburg. Setelah mendapat ijazah dalam bidang perniagaan, dia mendaftar dalam program LLB (Sarjana Muda Undang-Undang) di University Witwatersrand.

Sistem Aparteid
Aparteid bermaksud penyisihan. Di Afrika Selatan, aparteid merujuk kepada pemisahan kaum kulit putih dari kaum bukan kulit putih Dalam dasar Aparteid, kaum bukan kulit putih (terutamanya kaum kulit hitam) dianggap sebagai lebih rendah dan diberi layanan kelas kedua dari segi politik, ekonomi, sosial, pendidikan dan kebudayaan. Semua bentuk diskriminasi perkauman adalah sah dari segi undang-undang dan undang-undang telah disalahgunakan oleh pihak pemerintah kulit putih untuk memastikan kekuasaan atau dominasi mereka ke atas kaum majoriti iaitu kaum kulit hitam.

Gaya Kepimpinan
Pembentukan Liga Pemuda Parti ANC i. Pada tahun 1944, Mandela membentuk Liga Pemuda Kongres Kebangsaan Afrika, di mana program kegiatannya telah ditetapkan oleh parti tersebut sendiri pada tahun 1949 ii. Dia telah menjelajah satu negara dalam mengobarkan semangat penentangan terhadap undang-undang aparteid. Pada tahun itu juga, Mandela bersama Tambo menubuhkan firma guaman kulit hitam yang pertama di Afrika Selatan, dengan tujuan membantu kaum kulit hitam yang ditindas oleh undang-undang kejam kaum kulit putih.

Transformasi
Parti ANC diharamkan selepas pemberontakan di Sharpeville dan ditangkap serta dipenjarakan pada tahun 1961 Mandela masih meneruskan perjuangannya dan menjalankan aktiviti bawah tanah sambil memimpin organisasi menuntut kehidupan kebangsaan yang baru, bebas daripada pengaruh aparteid. Setahun kemudian, Mandela meninggalkan tanah airnya untuk mendalami latihan ketenteraan di Algeria Setelah dia kembali, dia terus ditahan dengan alasan meninggalkan negara secara haram

Beliau dikenakan hukuman penjara selama lima tahun pada bulan November 1962. Sewaktu di penjara, dia didakwa dalam perbicaraan Rivonia , atas tuduhan melakukan sabotaj dan dipenjarakan seumur hidup. Pulau Robben, di mana dia dipenjarakan, telah dijadikan pusat perkembangan ilmu, dan Mandela merupakan orang utama mengadakan kelas pendidikan politik. Sewaktu dipenjara, Mandela tidak pernah mengkompromikan prinsip politiknya dan menjadi sumber kekuatan banduanbanduan yang lain.

Pulau Robben, di mana beliau dipenjarakan, telah dijadikan pusat perkembangan ilmu, dan Mandela merupakan orang utama mengadakan kelas pendidikan politik. Sewaktu dipenjara, Mandela tidak pernah mengkompromikan prinsip politiknya dan menjadi sumber kekuatan banduanbanduan yang lain Pada tahun 70-an, dia menolak tawaran pengurangan hukumannya sekiranya dia mengiktiraf Transkei sebagai sebuah penempatan dan bersetuju untuk tinggal di sana. Manakala pada 1980-an, dia enggan menerima tawaran Presiden Botha untuk membebaskannya dari penjara sekiranya dia menolak keganasan.

Antara Gambar Penjara Nelson Mandela

Berakhirnya Sistem Aparteid


Setelah menolak beberapa tawaran bersyarat rejim Afrika Selatan, Mandela akhirnya dibebaskan pada 11 Februari 1990. Akibat tentangan hebat parti ANC dan tekanan antarabangsa, Presiden F.W. de Klerk terpaksa akur dan membebaskan semua tahanan politik termasuk Mandela dan juga mengakhirkan pengharaman parti ANC. Pada 10 Mei 1994, Nelson Mandela dipilih sebagai Presiden kulit hitam pertama di Afrika Selatan dan berjaya memansuhkan dasar aparteid.

Kata-Kata Hikmah

Pendidikan adalah senjata paling dahsyat yang dapat kita gunakan untuk mengubah dunia.( Nelson Mandela, Presiden pertama Afrika Selatan )

You might also like