You are on page 1of 3

PERHIMPUNAN MINGGUAN

Selamat pagi, salam sejahtera, salam 1 Malaysia diucapkan kepada yang dihormati Tuan Guru Besar, En. Joseph Suat, semua guru penolong kanan, guru-guru, kakitangan sokongan dan rakan-rakan sekalian. Bagi memulakan perhimpunan pada pagi ini, diminta semua guru dan rakan-rakan berdiri tegak bagi menghormati lagu Negaraku, Ibu Pertiwiku dan lagu sekolah Mansang Batang Ai, Mansang dengan iringan muzik. (Baris...Baris~Sedia!)

Nyanyian lagu sekolah tanpa iringan muzik sedia, 1, 2, 3, nyanyi.

Guru-guru dijemput duduk, Terima Kasih

Seterusnya bacaan ikrar murid diikuti dengan Rukun Negara akan diketuai oleh (...............) (Ap!) Kami Berikrar, akan menumpukan, penuh taat setia kami, Kepada sekolah, guru-guru, dan ibu bapa kami, Kami berjanji, akan mematuhi, peraturan sekolah, dan menjaga, Nama baik sekolah, dimana-mana sahaja, Kami berjanji, akan menjadi, pelajar berdisiplin, berilmu dan berjaya, demi masyarakat, guru-guru dan sekolah kami, Rukun Negara, Maka kami, rakyat Malaysia berikrar, akan menumpukan, Seluruh tenaga dan usaha kami, berdasarkan 5 prinsip berikut, Kepercayaan kepada Tuhan, Kesetiaan kepada Raja dan Negara Keluhuran Perlembagaan Kedaulatan undang-undang Kesopanan dan kesusilaan (Ap!) Sekian, Terima Kasih

Bagi meneruskan perhimpunan kita pada pagi ini, majlis mempersilakan guru bertugas pada minggu ini (...............) untuk menyampaikan ucapan beliau. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

(Baris...Senang~Diri!)

Terima kasih di atas pesanan dan nasihat daripada guru bertugas minggu ini. Seterusnya, majlis menjemput guru penolong kanan bertugas pada minggu ini (............) untuk menyampaikan amanat beliau, Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada guru penolong kanan bertugas pada minggu ini di atas amanat beliau. Perhimpunan pada pagi ini tidak akan sempurna tanpa mendengar amanat dan nasihat oleh Tuan Guru Besar. Dengan itu, majlis dengan segala hormatnya menjemput Tuan Guru Besar En. Joseph Suat untuk menyampaikan amanat beliau, dipersilakan.

Dengan berakhirnya ucapan Tuan Guru Besar sebentar tadi, maka berakhirlah perhimpunan kita pada pagi ini. Diminta semua rakan-rakan bersurai dalam barisan bersama dengan pengawas kelas masing-masing. Sekian , Terima Kasih. Majlis Bersurai. (Baris...Baris~Sedia!) (Baris...Keluar~Baris!)

Tarikh : Pengerusi Majlis : Menaikkan bendera Malaysia : Menaikkan bendera Sarawak : Bacaan Ikrar : Guru Bertugas : Penolong Kanan Bertugas :

Tarikh : Pengerusi Majlis : Menaikkan bendera Malaysia : Menaikkan bendera Sarawak : Bacaan Ikrar : Guru Bertugas : Penolong Kanan Bertugas :

Tarikh : Pengerusi Majlis : Menaikkan bendera Malaysia : Menaikkan bendera Sarawak : Bacaan Ikrar : Guru Bertugas : Penolong Kanan Bertugas :

Tarikh : Pengerusi Majlis : Menaikkan bendera Malaysia : Menaikkan bendera Sarawak : Bacaan Ikrar : Guru Bertugas : Penolong Kanan Bertugas :

You might also like