You are on page 1of 8

SOALAN TUGASAN PSK KISSM NOV 2012 ________________________________________________________________

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KURSUS INDUKSI SISTEM SARAAN MALAYSIA 2012

BUKU TUGASAN
PENILAIAN SEPANJANG KURSUS PISMP AMBILAN JANUARI 2009 KPLI (SM) AMBILAN JANUARI 2012 B.Ed (TESL)/ TESOL (SR) AMBILAN JULAI 2007 KPLI LPBS RUMAH PANJANG AMBILAN NOV 2011
Arahan Kepada Calon: 1. Buku Tugasan ini terdiri daripada 2 Bahagian: Bahagian A: Tugasan Individu : 3 Tugasan Bahagian B: Tugasan Kumpulan : 4 Tugasan 2. Anda dikehendaki menjawab mana-mana dua tugasan dalam Bahagian A secara individu dan mana-mana dua tugasan dalam Bahagian B secara kumpulan (4-5 orang satu kumpulan). Jawapan anda hendaklah dalam bentuk esei yang panjangnya lebih kurang 500 patah perkataan bagi tugasan individu dan lebih kurang 750 patah perkataan bagi tugasan kumpulan. Buku soalan ini akan diberikan pada hari taklimat kursus Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia dan dikutip pada hari pertama Kursus Induksi. Buku Soalan ini mengandungi 8
1

3.

4.

muka surat bercetak.

SOALAN TUGASAN PSK KISSM NOV 2012

BAHAGIAN A TUGASAN INDIVIDU

KOMPONEN I (Perintah Am) Tugasan 1 Soalan 1A:

Guru A telah didapati tidak hadir bertugas dan tidak memohon sebarang bentuk cuti selama satu bulan. Beliau juga tidak dapat dikesan walaupun telah cuba dihubungi. Tindakan Guru A telah dianggap melanggar peraturan tatatertib penjawat awam.

a. Jelaskan tindakan yang perlu diambil oleh Ketua Jabatannya terhadap salah laku pegawai tersebut. . b. Huraikan 4 (empat) jenis hukuman tatatertib yang terdapat dalam peraturan tatatertib penjawat awam atau Soalan 1B

Guru K telah dinaikkan pangkat ke Gred DG44 (Hakiki).Beliau telah ditempatkan ke sebuah sekolah di kawasan pedalaman dan telah diberi kebenaran untuk mendiami rumah kerajaan

yang terdapat di situ .

a. Nyatakan kriteria kenaikan pangkat seperti yang terdapat dalam perintah Am Bab A untuk memperakukan kenaikan pangkat guru tersebut. b. Bincangkan tindakan dari aspek tanggungjawab dan larangan yang perlu dipatuhi oleh Guru K semasa menduduki rumah biasa kerajaan.

SOALAN TUGASAN PSK KISSM NOV 2012 KOMPONEN II ( Nilai Murni dan Etika Dalam Perkhidmatan Awam) Tugasan 2

Soalan 2A Sejajar dengan dasar Kepimpinan Melalui Teladan, seseorang Ketua Jabatan perlulah memiliki nilai kepimpinan dan nilai peribadi asas yang boleh dijadikan teladan kepada kakitangan dalam organisasinya. a. Huraikan berserta contoh, LIMA nilai kepimpinan yang boleh ditunjukkan oleh seseorang Ketua Jabatan untuk mengelakkan dirinya daripada berlaku tidak adil kepada kakitangannya. b. Merujuk contoh yang relevan, jelaskan LIMA nilai peribadi asas yang perlu ada pada seseorang Ketua Jabatan, dan nyatakan kesannya terhadap organisasi yang dipimpinnya. atau Soalan 2B Maklumat yang berikut merujuk kandungan laporan lawatan Jemaah Nazir Jaminan Kualiti terhadap guru-guru sebuah sekolah rendah di kawasan pedalaman; Berpuas hati dengan kedudukan yang sedia ada Takut menemui kegagalan Memandang remeh usaha orang lain Pemikiran tidak dinamik Mempertahankan status-quo secara membuta tuli Tidak suka akan pembaharuan Tidak sabar dalam penciptaan baru Berdasarkan laporan yang di atas, jelaskan elemen-elemen Tonggak Dua Belas yang boleh diaplikasikan oleh Guru Besar untuk memperbaiki amalan negatif tersebut.

SOALAN TUGASAN PSK KISSM NOV 2012

KOMPONEN III ( Arahan Perkhidmatan & Arahan Keselamatan ) Tugasan 3

Soalan 3A: Encik M baharu sahaja ditukarkan ke Jabatan P dan dipertanggungjawabkan untuk mengurus sistem fail di sebuah jabatan. Beliau mendapati amat sukar untuk mengesan fail-fail tertentu dengan cepat. Beliau juga mendapati beberapa fail yang hilang dan tidak dapat dikesan. a. Jelaskan sebab-sebab berlakunya masalah tersebut. b. Nyatakan tindakan-tindakan yang perlu diambil oleh En. M untuk mengatasi masalah tersebut.

atau Soalan 3B: Keputusan mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan sebuah organisasi mempersetujui bahawa salah satu langkah untuk menjamin keselamatan dokumen adalah dengan mempertingkatkan keselamatan fizikal organisasi tersebut. Jelaskan beserta dengan contoh, aspek keselamatan fizikal yang perlu diberikan perhatian oleh organisasi tersebut untuk menjamin keselamatan dokumen.

SOALAN TUGASAN PSK KISSM NOV 2012

BAHAGIAN B TUGASAN KUMPULAN


KOMPONEN 1 (PEKELILING KEMAJUAN PERKHIDMATAN AWAM) Tugasan 1 Soalan 1A: Manual Prosedur Kerja dan Fail Meja diperkenalkan untuk mengatasi masalah penyelesaian ke atas sesuatu tugas dengan cepat , cekap dan berkesan yang disebabkan pekerja-pekerja menjalankan tugas tanpa mengetahui cara-cara bekerja dengan betul dan tidak jelas . Mereka hanya melaksanakan tugas masing-masing berasaskan pengetahuan yang dipelajari dari pengalaman dan tunjuk ajar pekerja-pekerja lama. a. Berdasarkan pernyataan di atas, bandingkan antara Manual Prosedur Kerja dan Fail Meja. b. Penjawat awam mesti mempunyai Fail Meja sendiri. Nyatakan apakah yang sepatutnya terkandung di dalam sesebuah Fail meja. atau Soalan 1B: Kami warga Kementerian Pelajaran Malaysia dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk: Meningkatkan kegemilangan dan martabat profesion keguruan untuk menarik individu-individu yang terbaik menyertai perkhidmatan pendidikan.

Petikan di atas merupakan salah satu daripada Piagam Pelanggan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Berdasarkan petikan Piagam Pelanggan di atas, huraikan tindakan serta kesannya kepada KPM untuk menunaikan janji-janjinya bagi mencapai piagam tersebut.

SOALAN TUGASAN PSK KISSM NOV 2012 KOMPONEN II (Dasar-Dasar Kerajaan) Tugasan 2 Soalan 2A

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) di atas, huraikan elemenelemen dalam FPK dan implikasinya terhadap pendidikan. atau Soalan 2B Tahun Peristiwa Perkara/Fokus Menubuhkan satu sistem pendidikan yang akan dapat memenuhi keperluan negara dan menggalakkan perkembangan kebudayaan, sosial, ekonomi dan politiknya. Usaha melahirkan insan yang berilmu dan berakhlak, memberi sumbangan kepada keharmonian, kemakmuran masyarakat dan negara.

1961

Akta Pelajaran

1988

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Jadual di atas menunjukkan dua peristiwa penting dalam sejarah perkembangan Sistem Pendidikan Kebangsaan. Huraikan strategi untuk mencapai matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan seperti yang dinyatakan dalam kedua-dua dokumen penting di atas. b. Sebagai seorang guru, huraikan peranan anda dapat membantu dalam mencapai matlamat pembangunan modal insan.
6

SOALAN TUGASAN PSK KISSM NOV 2012 KOMPONEN III (Pengurusan Am) Tugasan 3 Soalan 3A Kewujudan sesebuah organisasi turut dipengaruhi oleh persekitarannya. Di antara persekitaran yang wujud ialah persekitaran kerja, persekitaran masyarakat, dan persekitaran dalaman. Terangkan maksud persekitaran kerja, persekitaran masyarakat, dan persekitaran dalaman dengan memberikan contoh yang relevan.

atau Soalan 3B Seorang pemimpin organisasi atau Ketua Jabatan mempunyai corak kepimpinan yang pelbagai untuk memastikan organisasi pimpinan dapat berfungsi dengan baik dan menjalinkan perhubungan mesra. Adanya

elemen kepimpinan dan komunikasi yang baik ini akan membawa kesan yang positif terhadap organisasi. a. Huraikan gaya kepimpinan berasaskan kuasa yang diamalkan dalam pengurusan organisasi.

b. berdasarkan pernyataan di atas, huraikan kesan kepimpinan yang baik terhadap sesebuah organisasi.

SOALAN TUGASAN PSK KISSM NOV 2012 KOMPONEN IV ( PENGURUSAN KEWANGAN ) Tugasan 4

Soalan 4A

Sebagai seorang pentadbir sekolah, anda telah mendapat peruntukan kewangan untuk membina sebuah makmal komputer sekolah tersebut. Bagaimanakah pelaksanaan proses tender tersebut dilakukan?

atau Soalan 4B. Encik Adam dan Encik Ali ialah pegawai kanan di sebuah jabatan kerajaan, dilantik sebagai Ahli Lembaga Pemeriksa untuk melupuskan aset di jabatannya. (a) Jelaskan justifikasi pelupusan terhadap barangan di jabatannya itu.
(b) Huraikan

kaedah-kaedah yang boleh disyorkan oleh mereka pelupusan barang-barang tersebut.

terhadap

Hak Cipta Terpelihara 2012 Kerajaan Malaysia

You might also like