You are on page 1of 12

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN Tahun Masa Bilangan pelajar Tema Tajuk Bidang Pembelajaran (LA) Objektif Umum(LO) : : : : : : 3 60 minit

4 orang Haiwan Ciri-ciri haiwan Alam kehidupan 1. Murid boleh mengenalpasti ciri-ciri haiwan. 2. Murid boleh mengelaskan haiwan berdasarkan ciri pengelasan yang dipilih. Hasil Pembelajaran(LOT) :

Di akhir pengajaran dan pembelajaran tajuk ini murid dapat: 1. Murid dapat membezakan haiwan mengikut kumpulan berdasarkan ciricirinya.

Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran Strategi Pengetahuan Sedia Ada

Konstruktivisme

:Aktiviti `Hands-on` , Simulasi, Perbincangan. : Murid tahu nama haiwan.

Kemahiran Proses Sains :

Memerhati, Mengelas & Membuat Inferens

Nilai Murni :

Rasional & Kerjasama

Sumber Pengajaran :

Kertas putih, Pensel, Bahan maujud haiwan, Puzzle haiwan, Komputer riba dan VCD.

Fasa Pengajaran Set Induksi /Orientasi (5 minit)

Isi Kandungan Menayang video haiwan dan memaparkan gambar haiwan

Aktiviti P&P

Catatan

Penggunaan ICT 1. Guru memaparkan gambar-gambar haiwan dengan menggunakan slide Powerpoint dan menayangkan video haiwan. 2. Guru menyoal murid tentang gambar atau video yang ditunjukkan.

BBM: Komputer riba, VCD.

Kemahiran Proses Sains: Memerhati

Kemahiran Berfikir: Membuat gambaran mental

Nilai Murni: Bekerjasama, minat, sifat ingin tahu tentang alam sekeliling Membanding beza: Pelbagai Keadaan fizikal Kecerdasan: Visual dan pergerakan

kinestatik Sesi soal jawab. i) Ceritakan apa yang dapat kamu lihat? Perkembang an Langkah 1 Pencetusan Idea 5 minit Mengenal pasti ciri-ciri yang terdapat di bahan maujud haiwan. Soalan Apakah perbezaan ciri-ciri yang terdapat pada haiwan? Soalan Haiwan manakah yang mempunyai ekor? Murid menjalankan pengelasan berdasarkan ciri-ciri yang terdapat pada haiwan. 1. Murid-murid diberi bahan maujud haiwan. 2. Murid memerhati ciriciri yang terdapat pada bahan maujud haiwan itu. 3. Murid menjawab soalan yang ditanya oleh guru. 4. 4 gambar puzzle haiwan diberikan kepada murid yang telah di bahagikan kepada 4 kumpulan. Sistematik dan berfikir secara rasional Tahap Kognitif: Pengetahuan, pemahaman Nilai Murni: Kemahiran Proses Sains: Mengelas Kemahiran Berfikir: menghubungkait dan meramal BBM: Bahan maujud haiwan Tahap Kognitif: Pengetahuan

Soalan Haiwan manakah yang menpunyai 4 kaki?

Langkah 2

Menguji pemahaman murid

Jenis aktiviti : Hands-on

BBM: Kertas putih dan pensel.

Pengstruktur an idea

tentang ciriciri yang terdapat pada

1. Murid berbincang dengan ahli kumpulan untuk mengkategorikan kumpulan haiwan

Kemahiran Proses Sains: Memerhati, inferens, mengelas, dan komunikasi Kemahiran

17 minit

haiwan. Guru meminta murid mengelaska n haiwan yang mempunyai ciri-ciri yang sama dalam satu kumpulan.

yang mempunyai ciri- Berfikir: ciri yang sama. 2. Murid melukis haiwan mengikut kreativiti kumpulan masing-masing. membanding dan membeza, serta mengumpul Nilai Murni: Jujur dalam merekod, sabar dalam menjalani sesuatu perkara, kritis dan analitis, serta kerjasama Tahap Kognitif:

Pengetahuan Langkah 3 Laporan hasil dapatan 15 minit (lukisan) Jenis aktiviti : Pembentangan 1. Wakil daripada setiap kumpulan melaporkan hasil lukisan. 2. Murid membuat Pengstruktur an idea perbandingan jawapan dengan ramalan yang telah dibuat. 3. Guru membuat perbandingan hasil dapatan antara kumpulan dengan menggunakan jadual. Pelbagai Kecerdasan: interpersonal Nilai Murni: Berani, yakin dan berdikari Kemahiran Proses Sains: komunikasi

Langkah 4

Guru memberi pendapat

Jenis aktiviti : Perbincangan tajuk: ciri-ciri haiwan 1. Guru membimbing murid menyenaraikan haiwan berdasarkan ciri-ciri yang telah dikelaskan. 2. Murid mengelaskan ciri-ciri yang terdapat

BBM: Pensel

8 minit

tentang hasil lukisan murid.

Kemahiran Proses Sains: komunikasi

Aplikasi idea Guru bertanya murid mengapa haiwan yang

Kemahiran Berfikir: menilai dan membuat kesimpulan

disenaraikan dalam kumpulan yang sama.

pada haiwan ikut kumpulan. Nilai Murni: Berfikir secara rasional

Aplikasi dan penilaian Penutup Lakonan murid 5 minit Jenis aktiviti : Simulasi 1. Seorang murid melakon di hadapan kelas, murid-murid lain meneka apakah haiwan yang dilakon oleh murid itu? Refleksi Penilaian 5 minit Lembaran kerja 1. Murid menjawab soalan yang diberikan. Kemahiran Berfikir: menilai dan membuat kesimpulan

Penentuan objektif dan Hasil pembelajaran: Bagi memastikan objektif pembelajaran tercapai, saya telah menjalankan perancangan ke atas topik pengajaran kali ini. Empat aktiviti yang dijalankan iaitu hands-on, pembentangan, perbincangan dan simulasi. Aktiviti Hands-on bertujuan bukan untuk menguji kemahiran melukis murid tetapi untuk menguji kemahiran memerhati murid terhadap ciri-ciri yang terdapat pada haiwan. Contohnya murid hanya melukis tanduk yang terdapat pada lembu, murid ini dianggap faham tentang kehendak guru dan memahami ciri-ciri yang terdapat pada haiwan. Aktiviti Pembentangan digunakan untuk menguji pemahaman murid tentang ciri-ciri yang terdapat haiwan. Murid akan lebih berani mengemukakan pendapat mereka. Contohnya murid akan bercakap tentang ciri-ciri haiwan yang pernah dilihat oleh mereka semasa di Zoo atau kehidupan harian mereka. Aktivit Perbincangan digunakan untuk menguji pemahaman murid dan berkongsi idea untuk berbincang tentang ciri-ciri yang terdapat pada haiwan. Contohnya murid akan menyoal dan berkongsi idea dengan murid lain. Aktiviti Simulasi dijalankan bagi memberi peluang kepada murid melakon dan mengingat kembali apa ciri-ciri yang terdapat pada haiwan yang disebut oleh guru, seterusnya mereka cuba mentafsir dan mengaplikasikan idea dan maklumat yang mereka pelajari.

Perancangan Pengajaran Makro: Untuk memulakan perancangan pengajaran makro, saya menggunakan kaedah pengajaran yang sistematik, terancang dan teratur. Bagi memudahkan pembelajaran murid terhadap pengajaran saya. Saya memulakan pengajaran saya dengan menayangkan video berkaitan haiwan. Selepas menayangkan video haiwan, saya menyoal murid apakah ciri-ciri yang terdapat pada haiwan yang dilihat oleh murid tadi. Penggunaan ICT sebagai bahan bantu mengajar saya memudahkan pengajaran saya di dalam kelas. Murid-murid akan tertarik dengan bunyi video dan gambar haiwan yang dipaparkan. Secara langsung murid akan berminat dengan topik yang akan diajar oleh saya di dalam kelas iaitu ciri-ciri haiwan. Soalan yang ditanya oleh saya berkaitan dengan ciri-ciri yang terdapat pada haiwan. Murid akan memerhati ciri-ciri yang terdapat pada haiwan. Seterusnya, saya cuba mencetuskan idea untuk membantu murid lebih memahami objektif pengajaran saya iaitu mengenalpasti ciri-ciri haiwan dan mengelaskan haiwan berdasarkan ciri-ciri yang dipilih supaya hasil pembelajaran murid dicapai iaitu murid dapat membezakan haiwan mengikut kumpulan berdasarkan ciri-cirinya. Bahan maujud haiwan digunakan sebagai bahan bantu mengajar saya kerana murid berpeluang untuk memerhati dengan lebih teliti dan dapat sentuh haiwan mainan itu. Murid akan berasa lebih seronok semasa aktivit ini dijalankan. Semasa penstrukturan idea, murid diminta melukis gambar haiwan di kertas putih. Tujuan melukis gambar haiwan bukanlah untuk menguji bakat melukis murid tetapi adalah untuk menguji pemahaman murid terhadap ciri-ciri haiwan yang dilukis oleh murid. Kemudian, murid diminta membentang hasil lukisannya. Tujuannya ialah untuk melatih murid mengeluarkan pendapat yang bernas. Semasa membentang saya memerhati murid dengan sikap dan keyakinan murid semasa membentang hasil lukisannya. Murid yang

membentang akan disoal soalan mengenai ciri-ciri haiwan yang dilukisnya.

Semasa aktiviti perbincangan dijalankan, murid dapat aplikasi idea. Kaedah perbincangan merupakan aktiviti kumpulan, dimana murid berinteraksi sesama mereka dan membincangkan sesuatu isu atau masalah. Manakala saya sebagai pembimbing murid sepanjang sesi perbincangan. Saya akan

mengemukakan soalan-soalan divergen dan menggakkan mereka menyoal kembali idea dari rakan-rakan mereka. Aktiviti perbincangan akan menghasilkan murid yang mahir berkomunikasi dan yakin dalam menyampaikan buah fikirannya kepada orang lain. Aktiviti perbincangan juga menolong murid memahami sesuatu perkara dengan lebih jelas dan membantu guru mengesan sejauh mana kefahaman mereka. Perbincangan boleh digunakan untuk mencapai objektif-objektif kognitif dan afektif. Dalam domain kognitif,

perbincangan boleh menggalakkan murid-murid menganalisis idea-idea dan fakta-fakta dari pelajaran baru dan mengaitkannya dengan pelajaran lampau. Dari domain afektif, perbincangan menggalakkan murid-murid meninjau

pendapat-pendapat mereka, berinteraksi dan menilai idea-idea murid lain serta mengembangkan kemahiran mendengar dengan baik. Aktiviti simulasi dijalankan bagi memastikan murid dapat mengingat kembali apa yang diajar oleh saya. Murid melakon ciri-ciri yang terdapat pada haiwan dan murid-murid meneka apa yang cuba disampaikan oleh rakan mereka. Akhirnya lembaran kerja diberikan kepada murid berdasarkan tahap kebolehan murid untuk menilai dan mengetahui kefahaman murid terhadap topik yang diajar oleh saya. Refleksi Saya berasa sangat gembira kerana objektif pembelajaran saya mencapai 80%. Hanya seorang murid sahaja masih memerlukan bimbingan bagi memperkukuhkan murid tentang ciri-ciri yang terdapat pada haiwan dan mengelas ciri-ciri yang terdapat pada haiwan. Murid ini akan diajar semula dibawah bimbingan guru. Jika murid ini masih tidak memahami topik yang diajar oleh guru, aktiviti pemulihan dijalankan bagi memastikan murid ini menguasai mata pelajaran yang diajar oelh guru. Murid juga berasa seronok dan gembira

kerana dapat melibatkan diri secara aktif semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan.

Kekuatan Murid-murid tertarik dengan video persembahan yang ditayangkan. Muridmurid menunjukkan minat semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Hal ini dapat dilihat semasa video ditayangkan semua murid berfokus kepada video yang ditayangkan. Selain itu, murid-murid melibatkan diri secara aktif semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Hal ini dapat dilihat semasa aktiviti perbincangan kumpulan dijalankan, murid berinteraksi dan berbincang sesuatu masalah. Hubungan guru dan murid akan lebih mesra kerana guru dan murid saling berkomunikasi dan bertukar pendapat. Murid-murid juga menunjukkan sikap bekerjasama semasa menjalankan perbincangan. Nilai hormat-menghormati di kalangan ahli diperhatikan oleh saya semasa aktivit perbincangan dijalankan. Contohnya ketua kumpulan tidak memaksa ahli menerima cadangan atau pendapatnya.

Kelemahan Salah satu kelemahan proses pengajaran dan pembelajaran yang dihadapi oleh saya semasa menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran saya ialah penggunaan masa yang tidak mencukupi. Keadaan ini disebabkan oleh murid mengambil masa banyak untuk mencari idea dan pendapat tentang tugasan yang diberikan. Walaupun kebiasaannya saya telah menetapkan masa yang sesuai kepada murid dalam mencari idea tetapi masih terdapat murid yang tidak mampu memberi idea seperti yang diminta oleh saya. Semasa aktiviti perbincangan dijalankan, saya dapati murid yang cemerlang lebih aktif dan fokus kepada pembelajaran tetapi murid yang lemah bersikap pasif dan kurang memberikan fokus semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran dijalankan.

Penggunaan bahasa Melayu semasa pengajaran dijalankan. Disebabkan sekolah saya 90% murid tidak fasih berbahasa Cina maka saya terpaksa memberi penjelasan dengan menggunakan bahasa ibunda murid untuk menjelaskan topik yang diajar.

Penambahbaikan/ Tindakan susulan Saya akan memberi bimbingan khas kepada murid yang belum menguasai kemahiran ini. Selepas itu, memberikan tugasan yang sesuai dengan tahap kebolehan murid. Pemilihan strategi secara bijaksana mampu menjamin kelicinan serta keberkesanan penyampaian maklumat saya. Contohnya semasa aktiviti perbincangan dijalankan, teknik ini lebih mendatangkan kebaikan kepada murid yang cemerlang. Jadi saya harus banyak fokus kepada murid yang lemah semasa aktiviti ini dijalankan dan aktivit pengayaan diberikan kepada murid yang lebih cemerlang. Saya harus mengaturkan lembaran kerja yang sesuai dengan tahap murid di sekolah saya. Contohnya saya memberikan lembaran kerja yang lebih mudah kepada murid yang lemah. Bagi murid yang sederhana dan cemerlang diberi lembaran kerja yang lebih mencabar. Penggunaan bahasa Melayu semasa mengajaran.dikurangkan kerana murid menjawab bahasa Cina di kertas soalan Sains. Murid harus berusaha memahami dan menguasai bahasa Cina sebelum belajar istilah atau nama haiwan yang ditulis dalam bahasa Cina.

Lampiran Lembaran kerja yang diberi

Kumpulan 1(Murid yang cemerlang)

Kumpulan 2 (Murid yang lemah)

Semasa perbincangan antara ahli kumpulan dijalankan.

You might also like