You are on page 1of 4

FACT SHEET

www.uniteagainstabuse.my

PENDERAAN KANAK-KANAK SEKILAS PANDANG


SIAPAKAH KANAK-KANAK?
Kanak-kanak adalah sesiapa di bawah usia 18 tahun menurut Konvensyen Hak Asasi Kanak-kanak (CRC) dan Akta Kanak-kanak Malaysia 2001. CRC menegaskan bahawa kanak-kanak di mana jua mempunyai hak sedia ada untuk hidup. Semua hak ini saling berkait dan sama penting kerana setiap hak ini adalah hak sejadi terhadap maruah dan perkembangan harmoni setiap kanak-kanak tanpa mengira usia, jantina atau agama.

HAK ASASI MANUSIA DAN RANGKA KERJA UNDANGUNDANG


KONVENSYEN PERSATUAN BANGSA-BANGSA BERSATU TENTANG HAK KANAK-KANAK Konvensyen Hak Kanak-kanak (CRC) merupakan perjanjian BBB yang mendapat kata sepakat semua pihak. Ia bertunggakkan empat prinsip asas: tanpa diskriminasi (artikel 2); kepentingan terbaik kanak-kanak (artikel 3); hak kanakkanak untuk hidup dan berkembang (artikel 6); dan menghormati pandangan kanak-kanak (artikel 12). Artikel 19 CRC mengandungi peruntukan am menentang keganasan dan penderaan terhadap kanak-kanak: Menegaskan pihak terlibat akan mengambil semua langkah sesuai dari segi perundangan, pentadbiran, sosial dan pendidikan untuk melindungi dari semua bentuk keganasan fizikal dan mental, kecederaan atau penganiayaan, pengabaian atau layanan mengabaikan, penganiayaan atau eksploitasi, termasuk penderaan seksual, ketika di bawah jagaan ibubapa, penjaga sah atau mana-mana individu lain yang menjaga kanak-kanak tersebut.

APAKAH PENDERAAN KANAK-KANAK?


Penderaan kanak-kanak (dan pengabaian yang dikenali oleh agensiagensi Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu sebagai penganiayaan kanak-kanak) adalah bahaya (atau risiko bahaya) terhadap kanakkanak oleh ibubapa, penjaga atau individu lain yang memiliki tanggungjawab, amanah atau kuasa ke atas kanak-kanak tersebut. Terdapat empat kategori utama penderaan kanak-kanak:

Pengabaian: kegagalan memenuhi keperluan asas kanak-kanak. Penderaan fizikal: menumbuk, memukul, menendang, menggigit,
membakar, menggoncang, menikam, mencekik, atau mencederakan kanak-kanak.

Penderaan seksual: menyentuh bahagian sulit kanak-kanak,


bersetubuh, sumbang muhrim, merogol, meliwat, mendedahkan kemaluan, dan eksploitasi komersil menerusi pelacuran atau produksi bahan-bahan lucah.

Pendedahan emosi: kritikan berterusan, ugutan, penolakan serta


ketiadaan kasih sayang, sokongan atau bimbingan. Penderaan kanak-kanak menjejaskan kesihatan, perkembangan, dan maruah kanak-kanak. Dalam kebanyakan kes, ia meninggalkan kesan emosi jangka panjang. Kanak-kanak dan remaja dengan keperluan istimewa, termasuk kanak-kanak kurang upaya dan mereka yang mengidap HIV dan AIDS khususnya lebih cenderung didera. Begitu juga dengan kanak-kanak tanpa dokumen, penghijrah dan pelarian.

UNICEF Malaysia, September 2010

FACT SHEET
www.uniteagainstabuse.my

PENDERAAN KANAK-KANAK SEKILAS PANDANG


MENGAPAKAH PENDERAAN KANAK-KANAK BERLAKU?
Kanak-kanak mungkin didera kerana beberapa faktor dan risiko. Apabila wujud pelbagai faktor dan risiko, bahaya penderaan semakin meningkat. Risiko penderaan meningkat apabila:

Ibubapa belum bersedia atau tidak tahu akan isu-isu kritikal


berhubung keibubapaan.

ADAKAH DOES CHILD PENDERAAN ABUSE HAPPEN ONLY IN SOME COUNTRIES? KANAK-KANAK HANYA BERLAKU DI SESETENGAH NEGARA? Child abuse and neglect is

Ibubapa kurang memahami peringkat perkembangan kanak-kanak


dan mempunyai jangkaan yang tidak munasabah terhadap keupayaan anak-anak. Ibubapa mungkin tidak tahu cara mendisiplin anak-anak yang paling berkesan di setiap peringkat usia.

Ibubapa mengalami banyak tekanan kewangan seperti hilang


pekerjaan, menganggur dan hilang pendapatan.

Ibubapa mengalami masalah kesihatan mental, mengidap penyakit


kronik dan kemurungan.

Ibubapa mengalami masalah perhubungan, terdedah kepada


keganasan domestik di rumah, menghadapi masalah rumahtangga, bercerai, atau mengalami tekanan sebagai ibu atau bapa tunggal, pengasingan dan kesepian.

Ibubapa bergantung pada dan ketagih dadah atau alkohol.


Keadaan ini digabung dengan cabaran sedia ada dalam mengasuh kanakkanak, mungkin menyebabkan ibubapa mencedera atau mengabaikan keperluan anak-anak.

BAGAIMANAKAH KITA MELINDUNGI KANAK-KANAK DARIPADA PENDERAAN?


Kanak-kanak mengharapkan orang dewasa untuk melindungi mereka. Sebagai orang dewasa, kita mesti:

Berjaga-jaga akan tanda-tanda penderaan. Belajar mengenali tanda penderaan: ibubapa di bawah tekanan
kronik, kanak-kanak yang menunjukkan sikap negatif dan cemas, tanda penderaan fizikal.

Galakkan keluarga yang mengalami tekanan untuk mendapatkan


perkhidmatan sokongan.

Bertindak jika anda mensyaki kanak-kanak didera. Dengarkan luahan kanak-kanak secara serius.

not limited to any one country, economic system, or Penderaan kanak-kanak dan culture. Throughout the pengabaian tidak terhad world, children particularly kepada satu negara, sistem young children are subjected ekonomi, atau budaya. Di to physical and emotional seluruh dunia, kanak-kanak violence at the hands of their khususnya yang muda parents, and often at the tertakluk kepada keganasan hands of the social fizikal dan emosi oleh institutions and cultural ibubapa sendiri, dan norms that govern seringkali oleh institusi sosial interpersonal and social dan norma budaya yang relationships. menguasai perhubungan Although all cultures antara peribadi dan sosial. maintain taboos against Walaupun semua budaya extreme physical beatings melarang pemukulan fizikal and incest, acceptable yang ekstrem dan sumbang parenting standards can muhrim, masih ramai yang include beatings and mengamalkan asuhan emotional neglect. standard seperti memukul Preventing child emosi. abuse and dan pengabaian ensuring healthy child Mencegah penderaan kanakdevelopment has long been a kanak dan memastikan public policy objective perkembangan yang sihat globally. Concern for merupakan objektif polisi childrens rights and safety awam di peringkat global. have been most visible in Keprihatinan terhadap hak recent years in the dan keselamatan kanakdevelopment and ratification kanak semakin ketara sejak of the Convention on the kebelakangan ini seiring Rights of the Child. dengan termeterainya Konvensyen Hak Asasi Kanakkanak.

UNICEF Malaysia, September 2010

FACT SHEET
www.uniteagainstabuse.my

PENDERAAN KANAK-KANAK SEKILAS PANDANG


BAGAIMANAKAH KITA MENGENALI SIMTOM DAN TANDA PENDERAAN KANAKKANAK?
Mempelajari lebih lanjut tentang tanda dan simtom penderaan, dan mengetahui cara mendapatkan bantuan atau nasihat merupakan cara terbaik untuk membantu kanak-kana yang didera. Tanda penderaan tidak terhad kepada lebam dan tulang yang patah sahaja. Awasi tabiat atau tanda emosi, atau kombinasi beberapa tanda. Contohnya, kecederaan yang tidak dapat dijelaskan disusuli perubahan sikap dalam diri kanak-kanak mungkin tanda ada sesuatu yang tidak kena. Kehadiran satu atau dua lebam tidak semestinya bererti kanak-kanak didera. Jika tanda ini hadir berulang kali atau hadir bersama simtom lain, ia mungkin menimbulkan tanda tanya. Tanda-tanda penderaan mungkin merangkumi:

BAGAIMANAKAH PENDERAAN KANAK-KANAK DICEGAH?


Usaha pencegahan berpaksikan kekuatan sekeluarga. Menerusi aktiviti pencegahan seperti pendidikan ibubapa, lawatan ke rumah, dan kumpulan sokongan ibubapa, ramai keluarga mendapat sokongan yang diperlukan untuk kekal bersama dan menjaga anak-anak mereka di rumah dan komuniti. Usaha pencegahan harus membantu ibubapa mengasah kemahiran keibubapaan, memahami kelebihan teknik mendisiplin tanpa keganasan, dan memahami serta memenuhi keperluan emosi, fizial dan perkembangan anak-anak Program pencegahan juga dapat membantu ibubapa mengenalpasti keperluan lain dan menyediakan bantuan untuk mendapatkan sokongan tambahan.

MENCEGAH PENDERAAN KANAK-KANAK YANG KITA SEDIA MAKLUM


Penderaan dan pengabaian kanak-kanak berlaku apabila individu menghadapi tekanan, tanpa bantuan komuniti dan tidak tahu cara menangani masalah tersebut. Kebanyakan kes penderaan kanak-kanak berpunca dari situasi dan keadaan yang boleh dicegah menerusi komuniti yang saling membantu. Semua warganegara harus bersama menyokong keluarga dalam membesarkan kanak-kanak di dalam persekitaran yang selamat dan positif. Program pencegahan yang berkesan mencapai kejayaan kerana adanya perkongsian di antara keluarga, agensi perkhidmatan sosial, sekolah, komuniti berasakan kepercayaan, badan NGO, agensi penguatkuasaan undang-undang, dan komuniti perniagaan.

Kesan bakar, gigitan, lebam, tulang


patah atau mata lebam yang tidak dapat dijelaskan

Kecederaan pada atau sekitar


kemaluan

Lebam atau tanda lain di peringkat


pemulihan berlainan menunjukkan pukulan atau serangan fizikal berulang kali

Keengganan ke rumah kawan atau


saudara mara tanpa sebab, contohnya, Saya tak suka dia lagi.

Beraksi secara lucah atau


menggunakan bahasa lucah yang bukan kelaziman kanak-kanak

UNICEF Malaysia, September 2010

FACT SHEET
www.uniteagainstabuse.my

PENDERAAN KANAK-KANAK SEKILAS PANDANG


Setiap pilihan yang kita buat bagi pihak kanak-kanak hari ini, mempengaruhi hari depan mereka. Dengan perhatian dan bimbingan sewajarnya, kanakkanak boleh berkembang dalam suasana yang selamat dan terlindung.

UNICEF Malaysia, September 2010

You might also like