You are on page 1of 9

EDC 1033 MUZIK DAN NYANYIAN KANAK-KANAK

TOPIK 2 ASAS MUZIK LANJUTAN


Disediakan oleh: Cik Nurulhuda Abdul Rahman

Unsur-unsur Muzik
Melodi Dikenali juga sebagai irama lagu Bergerak dalam tiga arah iatu di atas, di bawah dan melintang (berulang-ulang ton). Pengajaran bagi pendidikan awal kanak-kanak boleh membantu kanak-kanak untuk menemui konsep melodi melalui aktiviti muzik yang berunsur main.

Sambungan Ritma

Rentaknya dan nada tetap yang menggerakkan melodi. Kanak-kanak dilahirkan dengan kepekaan ritma semulajadi. Kanak-kanak mempunyai reaksi spontan terhadap ritma muzik. Contoh: berjalan, berlari dan melompat.

Sambungan Tempo

Kelajuan relatif lagu. Lagu kanak-kanak mempunyai tempo yang cepat dan lambat. Kanak-kanak boleh memahami konsep tempo dengan menyanyi lagu yang biasa kedengaran yang kedengaran cepat dan menyanyi sekali dengan yang lambat.

Sambungan..
Harmoni Bunyi yang dihasilkan melalui gabungan ton-ton muzik. Sesuai dipersembahkan dengan memainkan kod di piano atau gitar sebagai iringan dan pengayaan kepada melodi.

Sambungan Bentuk Gabungan dan susunan unsur-unsur yang lain kepada rupa dan struktur yang dikenali. Idea yang bersifat muzik dalam melodi disebut frasa. Konsep permulaan tentang bentuk melibatkan kanak-kanak terhadap persamaan (perulangan), keserasian (ririasi) dan perbezaan (kontras) di antara frasa muzik dalam lagu yang kebiasaan kedengaran di taska atau tadika.

Sambungan Notasi Simbol bertulis yang mewakili pic jangka masa dan susunan berirama ton muzik. Bahasa tulis untuk bunyi muzik. Kanak-kanak dapat memahami dan meguasai satu gambaran ciri tertentu tentang muzik yang dihasilkan atau didengari. Kaitan pandang dengar (audio visual) begini merupakan perkenalan logik kepada notasi muzik.

Harmoni Harmoni ialah gabungan dua @ lebih not yang dimainkan/ dibunyikan bersama atau serentak. Gabungan not-not tersebut akan membentuk kord yang digunakan untuk mengiringi melodi. Kord yang mengandungi tiga not dikenali sebagai triad. Not yang digunakan untuk membentuk triad ialah not pertama, ketiga dan kelima dari sesuatu skel.

Sambungan a) Triad Tonik Tonik ialah not pertama Triad bermaksud tiga Triad tonik terdiri daripada not pertama, ketiga dan kelima.

b) Pergerakan Kord Apabila satu kod bergerak ke satu kod yang lain, ianya disebut sebagai pergerakan kord. Pergerakan kord yang lazim digunakan ialah pergerakan Kord I-IV-V. Kord-kord ini dikenali sebagai Kord Primer.

You might also like