Professional Documents
Culture Documents
Internet Dan Pembelajaran
Internet Dan Pembelajaran
Pengenalan
Internet adalah nama khas yang merujuk kepada rangkaian komputer yang dibina dengan menggunakan protokol rangkaian atau 'bahasa rangkaian' yang dikenali sebagai TCP/IP (Transmission Control Protocol/Internet Protocol). Rangkaian ini diasaskan oleh sekumpulan komputer yang dihubungkan bersama-sama pada tahun 1960-an melalui sebuah projek penyelidikan yang diberi nama ARPA (Advanced Research Project Agency) oleh Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat. Matlamat asalnya ialah untuk menghasilkan satu jaringan yang membolehkan proses pemindahan data yang selamat di antara komputer-komputer tentera yang terletak di tempattempat yang berbeza dengan menggunakan beberapa laluan komunikasi yang berlainan. Semenjak pertengahan 1980-an, satu agensi kerajaan Amerika Syarikat, National Science Foundation (NSF) dan lain-lain badan kerajaan diberi kuasa mengawal capaian kepada Internet. Dalam tahun 1991, pihak NSF mula longgarkan peraturan dan membenarkan kegunaan Internet untuk tujuan komersial. Pada April tahun 1995, kerajaan Amerika Syarikat seterusnya menyerahkan kawalan Internet kepada suatu badan bebas dan sekaligus menghapuskan sekatan capaian Internet. Di Malaysia, Internet bermula pada 1987 melalui Rangkaian Komputer Malaysia (RangKoM) yang telah disambungkan kepada rangkaian Internet. Universiti tempatan merupakan pengguna RangKoM pada peringat awal. Kini, Internet telah mendapat sambutan hangat di kalangan masyarakat menerusi aplikasinya yang menarik menyerlah sebagai sumber maklumat perdana. Mengikut statistik, pengguna Internet di Malaysia pada tahun 1990 dan 1995 masing-masing ialah 18 000 dan 778 000.. Peningkatan ini disebabkan Internet telah mewujudkan pelbagai ruang untuk beraktiviti dan memainkan peranan sebagai agen perubahan masyarakat dalam kurikulum pendidikan negara. Revolusi teknologi maklumat yang bakal mempengaruhi persekitaran pendidikan semasa di Malaysia akan cuba dieksplotasikan melalui penubuhan sekolah bestari dan Internet menjadi salah satu kemudahan yang bakal memainkan peranan penting dalam mencorakkan sekolah yang berwajah baru di seluruh negara.
Kings http://www.ppdbesut.net
dunia. Menerusi projek ini, guru boleh memasukkan aktiviti-aktiviti kreatif dan inovatif yang berasaskan teknologi maklumat. Di dalam projek ini juga, terdapat kemudahan mailing list (kumpulan perbincangan berasaskan topik yang menggunakan e-mel sebagai kaedah komunikasi) yang menyediakan kemudahan listserv atau senarai perkhidmatan dan terdapat lebih 3000 listserv di dalam Internet yang boleh difikirkan oleh manusia (Jamaludin Badusah et. al 2000).
E-Tuisyen
Jika proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah sebelum ini hanya berkisar antara guru dan pelajar, kini Internet tidak ketinggalan turut dimanfaatkan sebagai alat bantu mengajar yang berkesan dan selari dengan kemajuan teknologi semasa.. E-Tuisyen adalah sejenis perisian kursus yang disalurkan menerusi Internet dengan menggunakan alamat www.e-tuisyen.com. Perisian kursus berkenaan dibina berdasarkan sukatan pelajaran Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Melalui eTuisyen, pelajar berpeluang mengikuti kemudahan pembelajaran interaktif menerusi Internet untuk 28 mata pelajaran, iaitu 5 subjek UPSR, PMR (8) dan SPM (15) yang disampaikan dengan Bahasa Melayu. Lebih menarik lagi, kesemua pelajaran terbabit disertakan dengan pelbagai unsur multimedia seperti animasi, video, grafik, teks dan disampaikan secara interaktif. Malah, perisian kursus yang membabitkan kos kira-kira RM 13 juta itu turut dilengkapi dengan kemudahan tambahan seperti pangkalan data ujian dan kad laporan elektronik. E-Tuisyen ini dapat membantu mempertingkatkan keberkesanan proses pembelajaran pelajar kerana melalui teknologi Internet, e-Tuisyen boleh diakses secara mudah dan pada bila-bila masa sekaligus mendedahkan pelajar untuk belajar secara sendiri. Tambahan pula, dengan adanya unsur-unsur multimedia pelajar akan dapat lebih memahami pengajaran mata pelajaran yang agak sukar dijelaskan seperti Matematik.
Kings http://www.ppdbesut.net
Bukti kepentingan Internet dalam Pendidikan Di Britain beribu-ribu buah sekolah telah menikmati kemudahan Internet. Di Kanada dan Amerika Syarikat, sekolah-sekolah telah dihubungkan dengan Internet sejak beberapa tahun dahulu. Berdasarkan kajian yang dibuat oleh sebuah pertubuhan di Amerika Syarikat, CAST telah mendapati pelajar yang mencapai Internet mampu menghasilkan projek sekolah yang lebih baik berbanding dengan para pelajar yang tidak memiliki Internet (Jamaludin Badusah et al. 2000). Ini membuktikan peranan Internet dalam pendidikan adalah sangat besar. Sesungguhnya, Internet berupaya mengangkat kemampuan dan kecermelangan para pelajar dalam pelajaran dan pembelajaran pelajar di Malaysia. Sehubungan itu, pendekatan Sekolah Bestari yang digubal dan Persekitaran Pembelajaran Bestari sebagai susulan daripadanya ditujukan khusus kepada pelajar-pelajar. Program yang digubal oleh Kementerian Pendidikan dengan kerjasama pihak pengamal dan penggalak seperti MIMOS ini bertujuan untuk menggalakkan pembelajaran dengan Internet yang memerupakan pembelajaran sepanjang hayat. Galakkan ini diharapkan menjadi dasar ke arah melahirkan manusia yang cekap dalam menerima ilmu melalui penggunaan Internet. Penutup
Berdasarkan kepada perkembangan semasa, kemudahan Internet di peringkat sekolah di negara ini masih lagi terhad dan baru di tahap permulaan. Walaupun demikian persekitaran sekolah dijangka memberikan suasana yang sesuai dalam usaha mengintegrasi teknologi maklumat dalam budaya masyarakat kita. Sekiranya kemudahan Internet ingin dieksploitasikan sepenuhnya dalam memperkayakan lagi sumber-sumber pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah di negara ini, sudah sewajahnya pihak-pihak yang berkenaan memberikan latihan yang mencukupi kepasa golongan guru dan pelajar. Kita tidak mahu melihat segala kemudahan yang akan dibekalkan nanti ibarat gajah putih kerana penggunanya ketandusan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang berkenaan. Sehubungan itu, banyak lagi perkara yang perlu diteliti dan dilaksanakan bagi memastikan peluang yang tersedia dimaanfaatkan sepenuhnya dan boleh dikecapi oleh setiap individu yang terlibat dalam sektor pendidikan negara. Kini pendidikan adalah isu global yang perlu diberi perhatian memandangkan kepentingannya membawa Malaysia ke arah pencapaian yang lebih cermelang. Untuk membekalkan kualiti pendidikan yang bertaraf antarabangsa demi melahirkan generasi baru yang bersifat inovasi, berfikiran saintifik serta berupaya berinteraksi secara efektif melalui teknologi-teknologi terbaru, khususnya Internet, sekolah-sekolah dan institusi pengajian tinggi perlu sentiasa bertindak balas positif terhadap pembangunan teknologi terutama dalam pembinaan struktur pengajaran. Keperluan kepada penggunaan teknologi pendidikan berasaskan internet jelas menggambarkan betapa pentingnya pemelajaran elektronik dalam pendidikan kerana hal ni berperanan mentranformasikan Malaysia menjadi negara maju yang berorientasikan teknologi maklumat dan komunikasi.
Rujukan Jamaludin Badusah, Muhammad Hussin & Abd, Rasid Johar. 2000. Inovasi dan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Selangor: AJM Publishing Enterprise. Kurland, J.D. & Sharp, R.M. 1997. Introduction to the internet for education. USA: Wadsworth Publishing. Lasarendo, J. 1997. Wired for learning. USA: Macmillan Computer Publishing. Rasihidi Azizan & Abd Razak. 1998. Pengajaran dalam bilik darjah kaedah dan strategi. Kajang: Masa Enterprise. *dipetik dan diubahsuai.
Kings http://www.ppdbesut.net