You are on page 1of 2

Abdul Wahid Bin Mamat@Zakaria Lot 2190 , Kampung Kemat , Kuala Berang .

21700 , Kuala Berang , Hulu Terengganu

Y.B Dato Seri Haji Idris Bin Jusoh Menteri Pendidikan II , Kementerian Pendidikan Aras 18 No.2 , Menara 2 Jalan Presint P5/6 Presint 5 , 62200 Putrajaya Y.B Dato Seri, Rayauan Kemasukan Ke Tingkatan Satu (1) di Sekolah Berasrama Penuh , Kementerian Pelajaran Malaysia MUHAMMAD DANIAL ZAKWAN BIN ABDUL WAHID Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. Saya seperti nama di atas memohon jasa baik Dato Seri untuk menyokong rayuan seperti di atas.Sokongan Dato Seri ini amatlah penting kepada kami sekeluarga berdasarkan alasanalasan berikut : (i) Kami semua tinggal di Kampung Kemat yang serba kekurangan dan tertinggal dari segi kemudahan-kemudahan terutamanya kemudahan dari segi pendidikan. (ii) Walaupun Sekolah Kebangsaan Kemat yang jauh di pedalaman,kami telah berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang didalam UPSR yang lepas.Alhamdulillah usaha dan doa kami telah termakbul dengan keputusan 5A yang diperolehi. (iii) Muhammad Danial Zakwan merupakan seorang murid yang aktif dalam bidang kokurikulum mahupun bidang sukan.Beliau telah mewakili sekolah dalam sukan badminton dan menyertai Perkhemahan Unit Beruniform Pengakap pada peringkat 26 Disember 2013

negeri.Berikut dikembarkan bersama-sama sijil penyertaan beliau untuk rujukan Dato Seri. (iv) Sekiranya beliau gagal untuk ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) , sudah tentu semangat dan cita-cita beliau untuk mengubah nasib keluarga pada masa hadapan akan lumpuh kerana ini merupakan peluang keemasan yang ditunggu-tunggu oleh kami sekeluarga. (v) Sekolah Berasrama Penuh akan memberikan peluang untuk beliau bersama-sama murid-murid lain yang terpilih dan sudah tentu suasana ini akan banyak membantu beliau dari segi persaingan untuk mencapai keputusan yang cemerlang dalam pelajarannya. (vi) Sebagai anak sulung kami,kami amat berharap beliau dapat ke SBP sebagai galakan dan ganjaran diatas segala usaha dan kerja keras beliau untuk mencapai keputusan yang cemerlang di dalam UPSR yang lepas.

Mudah-mudahan dengan melanjutkan pelajaran ke Sekolah Berasrama Penuh ,beliau akan terus berjaya dan Insha Allah akan dapat mengubah nasib keluarga kami ke arah yang lebih baik.Untuk pengetahuan Dato Seri,saya merupakan seorang ahli Bomba manakala isteri saya bertugas sebagai Guru Agama KEMAS. Sekian , sokongan Dato Seri amatlah kami harapkan.Terima kasih.

Yang Benar

___________________________ (Abdul Wahid Bin Mamat@Zakaria)

You might also like