You are on page 1of 2

POST MORTEM PERMAINAN TRADISIONAL (PERMAINAN TRADISIONAL BATU SEREMBAN)

KEKURANGAN Ketika menjalan aktiviti permainan tradisional ini terdapat beberapa kelemahan yang telah saya dan rakan saya hadapi. Saya serta rakan saya telah menjalankan permainan tradisional batu seremban. Ketika saya sampai di sekolah tersebut saya agak terkejut kerana, permainan batu seremban tidak disediakan tempat yang khusus untuk bermain, permainan batu seremban tersebut tidak mempunyai tempat yang permukaannya yang rata, hal ini disebabkan pihak sekolah hanya menyediakan padang bagi setiap permainan tradisional tersebut. Pelajar-pelajar yang tidak mengetahui permainan tradisional batu seremban ini, agak menyukarkan permainan tersebut dijalankan. Hal ini disebabkan, pelajar-pelajar ini mempunyai cara permainan yang tersendiri mengikut kefahaman masing-masing.

KEKUATAN Setiap fasilitator kumpulan telah memberikan kerjasama yang baik kepada ajk permainan tradisional. Fasilitator ini juga turut membantu ajk permainan untuk mengawal ahli-ahlinya untuk bermain secara berdisiplin dan mengikut peraturan yang telah ditetapkan. Walaupun ada pelajar-pelajar yang kurang memahami peraturan permainan ini, mereka tidak berputus asa untuk mencuba. Selaku ajk bagi permainan ini, kami telah memberikan kelonggaran kepada pelajar-pelajar ini untuk bermain mengikut kefahaman mereka sendiri. Selain dapat memberikan semangat untuk terus bermain, mereka juga dapat memupuk semangat berpasukan yang tinggi di kalangan ahli kumpulan untuk bergelar juara.

Cadangan penambahbaikan Saya perlu berfikir lebih ke hadapan dan sentiasa bersedia dengan apa sahaja kemungkinan dan masalah yang akan dihadapi semasa hari pengelolaan permainan tradisional supaya tidak berlaku masalah di saat- saat akhir seperti tidak mencukupi peralatan dan sebagainya. saya dapat menyelesaikan masalah ini dengan

menggunakan kreativiti untuk menggunakan apa sahaja yang ada untuk menjadi pelapik untuk murid- murid duduk sambil bermain iaitu menyambungkan plastik- plastik hitam yang besar dan membentuk satu tikar untuk dijadikan alas murid- murid untuk bermain permainan batu seremban. Saya juga perlu mempunyai pelan kedua supaya sentiasa bersedia menghadapi kemungkinan murid- murid tidak tahu bermain dengan mennyediakan peraturan yang lebih mudah dan corak permainan yang sedikit berbeza mengikut kemampuan murid- murid.

You might also like