You are on page 1of 2

Assalamualaikum waramatullahhiwabaratuh dan selamat pagi..

Yang berusaha, Encik Rusli bin Hashim pengetua SMK Teluk Kumbar 2, Yang dihormati Encik Mohamed Yunus bin Mohamed Yusoff.Encik Ismail bin Hassan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Puan Faridah binti Mohd Daud Penolong Kanan Ko kurikulum, Puan Norlinda binti Ibrahim. Para guru seterusnya para pelajar yang dikasihi sekalian..

Alhamdullilah bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia serta inayahnya dapat kita berkumpul pada pagi yang mulia ini untuk sama-sama menjayakan satu ceramah serta pameran daripada Jabatan Alam Sekitar yang diadakan sempena program Hari Bumi peringkat Sekolah. Untuk makluman semua, pameran ini diadakan adalah untuk menyuntik kesedaran kepada para pelajar tentang kepentingan memelihara dan memulihara alam sekitar. Pelajar harus mempunyai semangat cintakan alam sekitar dalam diri mereka. Baiklah sementara menunggu ketibaan penceramah jemputan kita pada hari ini, kita akan dihiburkan dengan beberapa persembahan

Oleh itu dengan ini dijemput______________________________________________________________________________

Baiklah, majlis mengalu-alukan kedatangan penceramah jemputan kita pada hari ini iaitu Encik Suffian Julmahamad daripada Jabatan Alam Sekitar Pulau Pinang. Untuk Makluman semua, Encik Suffian Julmahamad merupakan pegawai Kawalan Alam sekitar, Unit Pendidikan dan Sebaran Maklumat , Jabatan Alam sekitar Negeri Pulau Pinang.

Baiklah tanpa membuang masa,majlis dengan ini mempersilakan Encik Suffian Julmahamad untuk menyampaikan ceramah beliau, dipersilakan..

Terima kasih diucapkan kepada Encik Suffian Julmahamad atas ceramah yang disampaikan sebentar tadi..diharapkan apa yang disampaikan oleh beliau sebentar tadi akan memberikan maklumat kepada semua pelajar.

Baiklah, sebagai tanda penghargaan dan ucapan terima kasih, majlis dengan ini menjemput _____________________untuk menyampaikan sedikit cenderahati daripada pihak sekolah kepada Encik Suffian Julmahamad daripada jabatan Alam Sekitar.

Majlis juga dengan segala hormatnya mempersilakan encik Suffian menikmati jamuan ringan yang disediakan di kantin sekolah dengan diiringi barisan pentadbir, dipersilakan..

You might also like