You are on page 1of 5

MAJLIS SUKAN SEKOLAH SEKOLAH SELANGOR UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN BOLA JARING MINI

Undang-undang dan peraturan permainan bola jaring mini diubahsuai daripada permainan bola jaring asal agar lebih mudah dan memberi keseronokan kepada pemain yang berumur 10 tahun dan ke bawah. 1. KELENGKAPAN 1.1 Gelanggang 1.1.1 Panjang gelanggang 21.3 meter (70 kaki) dan lebar 12.20 meter ( 40 kaki). 1.1.2 Panjang kawasan gol 6.1 meter (20 kaki) dan panjang kawasan tengah 9.1 meter (30 kaki) 1.1.3 Bulatan gol jejarinya 4.27 meter ( 14 kaki) di tanda dikeduadua kawasan gol 1.1.4 Bulatan tengah 0.46 meter (1.5 kaki ) jejari ditengah kawasan gelanggang. 1.1.5 Lebar garisan disekeliling ialah 2 inci. 1.1.6 Kotak penggantian- panjang 1.2 meter (4 kaki) dan lebar 0.6 meter (2 kaki) di buat ditepi gelanggang sebagai zon pertukaran pemain. 20 kaki 30 kaki 20 kaki

Kawasan Gol

Kawasan Tengah

Kawasan Gol

40 kaki

Bulatan Gol

1.5 kaki

14 kaki

2 kaki 4 kaki 1.2 Tiang 1.2.1 Tinggi tiang 8 kaki 1.2.2 Tiang hendaklah dibalut bagi mengelakkan kecederaan kepada pemain. Bola 1.3.1 1.3.2

1.3

Bola jaring saiz 4 Diperbuat dari kulit, getah atau bahan yang serupa. [1]

2. 2.1

PERATURAN PERMAINAN. Pasukan Satu pasukan mengandungi 5 orang pemain dan 3 orang pemain simpanan, seorang pengurus pasukan dan seorang jurulatih. Pemain berumur 10 tahun ke bawah. Tempoh masa permainan. Masa bermain adalah 6:1:6. Masa bagi setiap separuh masa ialah 6 minit dengan 6 minit lagi pada separuh masa kedua. 1 minit adalah rehat. Memulakan permainan 2.3.1 Semua pemain bebas berada di mana-mana kawasan kecuali kawasan tengah sewaktu hendak memulakan permainan. 2.3.2 Permainan dimulakan apabila air horn dibunyikan. 2.3.3 Pemain mestilah menerima bola di kawasan tengah bagi memulakan permainan. Setelah bola diterima hantaran seterusnya boleh dibuat terus ke dalam bulatan gol. 2.3.3 Hantaran tengah diambil secara bergilir-gilir. 2.3.4 Tempoh masa setiap suku permainan ditamatkan apabila air horn dibunyikan. Bergerak Dengan Bola 2.4.1 Seorang pemain TIDAK dibenarkan bergerak dengan bola. 2.4.2 Pemain hanya dibenarkan menggerakkan kaki untuk mendapatkan imbangan dan bukan bergerak ke arah rakan atau bulatan gol. 2.4.3 Pemain dibenarkan pivot (berpusing dengan 2 kaki ) untuk menghantar bola. 2.4.4 Pemain dibenarkan melangkah untuk menjaringkan gol dengan menggantung salah satu kaki. Penggantian 2.5.1 Penggantian boleh dilakukan pada bila-bila masa. 2.5.2 Hanya seorang pemain sahaja dibenarkan setiap kali penggantian. 2.5.3 Penggantian hendaklah dilakukan di dalam kawasan petak penggantian yang disediakan. Hantaran percuma akan diberikan sekiranya gagal mematuhi peraturan. Kawasan Permainan 2.6.1 Semua pemain bebas bergerak di dalam kawasan permainan kecuali di dalam bulatan gol. 2.6.2 Hanya 2 orang pemain dari setiap pasukan dibenarkan berada dalam bulatan gol. 2.6.3 Pemain tidak dibenarkan menghantar bola dari kawasan gol ke kawasan gol. Hantaran percuma akan diberikan kepada pihak lawan sekiranya gagal mematuhi peraturan.

2.2

2. 3

2.4

2.5

2.6

[2]

2.7

Memegang Bola 2.7.1 Seorang pemain dibenarkan memegang bola selama 6 saat sebelum membuat hantaran. 2.7.2 Bola tidak dibenarkan dihantar dari tangan ke tangan (short pass). 2.7.2 Hantaran percuma akan diberikan kepada kesalahan memegang bola. Menghalang 2.8.1 Seorang pemain boleh menghalang pemain lain yang memegang bola pada jarak 4 kaki. 2.8.2 Hantaran percuma akan diberikan pada kesalahan halangan. Sentuhan 2.9.1 Seorang pemain tidak dibenarkan melakukan sentuhan yang keterlaluan. 2.9.2 Hantaran percuma akan diberikan pada kesalahan sentuhan . Menjaring 2.10.1 Semua pemain boleh menjaringkan gol. 2.10.2 Hanya 2 orang pemain dari setiap pasukan dibenarkan berada dalam bulatan gol. 2.10.3 Jaringan tidak akan dikira sekiranya pasukan yang menjaring mempunyai lebih pemain dalam bulatan gol. Hantaran percuma diberikan kepada pihak lawan. 2.10.4 Sekiranya pasukan lawan mempunyai lebih dari 2 orang pemain (menghadang) dalam bulatan gol , hantaran/ jaringan penalti diberikan kepada pihak penjaring di tempat berlaku kesalahan dalam bulatan gol. 2.10.5 Jaringan hanya boleh dibuat dalam bulatan gol, Pakaian 2.11.1 Semua pemain hendaklah memakai baju atau bib yang bernombor. 2.11.2 Seluar tights tidak dibenarkan. Pakaian mestilah seragam.

2.8

2.9

2.10

2.11

3. 3.1

SISTEM PERTANDINGAN Liga Kumpulan Pertandingan dijalankan secara liga kumpulan yang melibatkan 10 buah daerah. Cara memberi mata : Menang Seri Kalah 3 mata 1 mata 0 mata

3.2

[3]

3.3

Format Pertandingan Sistem liga - Kemenangan bagi pertandingan secara LIGA ditentukan daripada jumlah mata yang terbanyak tetapi jika berlaku seri pada jumlah mata maka keputusan akan di tentukan melalui : 3.3.1 Pasukan yang mendapat perbezaan gol terbanyak dikira sebagai pemenang. Jumlah jaringan tolak jumlah kena. (jaringan-kena). 3.3.2 Jika masih seri pasukan yang mendapat bilangan gol terbanyak dikira sebagai pemenang. 3.3.3 Jika masih berlaku seri, undian akan dijalankan oleh pihak penganjur bagi menentukan pemenang.

4. 4.1

KELEWATAN DAN MENARIK DIRI 6 minit akan diberikan untuk masa kelewatan. Jika selepas masa itu sesuatu pasukan tidak dapat hadir dengan sekurang-kurangnya 3 pemain , pasukan itu dikira menyerah kalah dengan sengaja. Pasukan yang tiba lewat atau gagal untuk bermain pada masa yang ditetapkan maka kemenangan percuma diberikan kepada pasukan lawan dengan jaringan 5 0. Pasukan berkenaan dibenarkan bertanding di dalam pertandingan yang seterusnya. Bagi pasukan yang menarik diri atau dibatalkan, semua mata yang diperolehi oleh pasukan itu dan pasukan lawannya akan digugurkan.

4.2

4.3

5. 5.1

BANTAHAN Bantahan bertulis yang ditandatangani oleh seorang pegawai pasukan berdaftar hendaklah diserahkan kepada Setiausaha Jawatankuasa Pengelola Pertandingan atau wakilnya tidak lewat daripada 10 minit selepas permainan tamat dengan disertakan wang pertaruhan sebanyak RM 150 (Ringgit Malaysia Satu Ratus lima Puluh Ringgit). Wang pertaruhan tidak akan dikembalikan sekiranya bantahan dibuat. Semua bantahan akan dikaji oleh Jawatankusa Teknikal MSSS di mana keputusannya adalah muktamad.

5.2 5.3

6.

GANGGUAN SEMASA PERMAINAN Sekiranya permainan terpaksa dihentikan berdasarkan kepada cuaca maka yang berikut akan dilaksanakan:Sekiranya permainan dihentikan selepas separuh masa permainan maka ia akan disambung tidak semestinya di padang yang sama dengan gol jaringan terkini. Sekiranya permainan dihentikan sebelum separuh masa permainan maka ia akan dimulakan semula, tidak semestinya dalam padang yang sama. Jika perlawanan pusingan pertama tidak dapat dihabiskan oleh kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, Jawatankuasa Pengelola berhak menukar sistem pertandingan. [4]

6.1

6.2

6.3

7. 7.1

PEMBERIAN HADIAH Penyampaian hadiah diberikan kepada pasukan: i Johan ii Naib Johan iiiKetiga ivKeempat Hadiah lain yang diberikan : i Pemain Terbaik Keseluruhan ii Penjaring Terbanyak

7.2

8.

LAIN-LAIN Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam Peraturan Am ini dan Peraturan Permainan berkenaan akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola Kejohanan yang berkenaan dan keputusan adalah muktamad.

Disediakan oleh, JAWATANKUASA TEKNIKAL DAN PEMBANGUNAN BOLA JARING MINI, MSS SELANGOR 2012.

[5]

You might also like