You are on page 1of 2

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TENGKU LAKSAMANA SEJARAH 3 (SEJARAH MALAYSIA DAN ASIA TENGGARA ) jamilnor@gmail.

com BAHAGIAN A: SEJARAH MALAYSIA Tema 1 : Masyarakat 1.1 Institusi pemerintahan 1.1.1 Raja ( Konsep dan peranan raja )
Konsep Raja - Mengetuai sesebuah negeri - Unit politik paling terbesar dalam sistem pemerintahan - Secara teorinya raja berkuasa mutlak - Berkedudukan paling tinggi dan berdaulat - Semua perintah raja adalah undang-undang - Mengengkari perintah raja dianggap sebagai penderhaka - Penderhaka akan dihukum bunuh atau terkena tulah. - Raja dikukuhkan dengan konsep daulat (kebolehan istimewa) - Raja mempunyai pelbagai keistimewaan untuk mengukuhkan kedudukan raja : bahasa, warna, peralatan, lambang kebesaran, perhiasan, adat istiadat, muzik. cap mohor - Selepas kedatangan Islam raja dikenali sebagai sultan yang dianggap sebagai Amirul Mukminin (Pemimpin Orang-orang Mukmin) Peranan Raja # Politik - ketua kerajaan dan mempunyai kuasa mutlak - rakyat tidak boleh mempersoalkan hak dan kewibawaan seseorang raja. - berkuasa melantik pembesar - berkuasa menjatuhi hukuman mati dan memberi pengampunan. - raja sedaya-upaya memerintah dengan adil, saksama dan bijaksana - mewujudkan negeri yang aman dan sejahtera. # Ekonomi - raja menguasai sumber ekonomi kawasannya : berkuasa ke atas tanah, mengutip cukai, pertanian, pelombongan, perdagangan - mengeluarkan surat kebenaran menjual, membeli, memajak cukai dan menjalankan kegiatan perdagangan. - menyerahkan tanah kepada pembesar untuk diusahakan - memajukan ekonomi negeri dalam pelbagai bidang. # Sosial - bertanggungjawab dalam kemajuan dan pembangunan negeri - memastikan perpaduan dan keharmonian rakyat - dianggap lambang perpaduan dan penyatuan rakyat - kemakmuran hidup rakyat - kuasa untuk melaksanakan sistem kerah : mengerahkan rakyat membuat kerja membina istana, menjadi tentera, membina jambatan # Agama - ketua agama Islam - dianggap sebagai khalifah Allah di muka bumi. - dianggap suci dan kudus. titah sultan tidak boleh disanggah. - segala urusan pemerintahan raja adalah perintah Allah. # Ketenteraan - ketua angkatan tentera. - Mengetuai angkatan tentera jika berlaku peperangan - Menyediakan kubu dan tentera - Mengatur strategi peperangan

STPM 2013/14

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TENGKU LAKSAMANA SEJARAH 3 (SEJARAH MALAYSIA DAN ASIA TENGGARA ) jamilnor@gmail.com
Contoh : (Selangor) Sultan Abd Samad menerima cukai hasil bijih dari Kelang daripada Raja Mahadi. Peranan raja selepas campur tangan British # Politik - Sistem Residen selepas Perjanjian Pangkor 1874 - Sultan mentadbir dengan dinasihati oleh residen - Sultan terpaksa mematuhi dan melaksanakan nasihat residen : Contoh Sultan Abdullah di Perak - Sistem pentadbiran British bercorak birokrasi diperkenalkan - Pentadbiran dikuasai oleh residen dan pegawai-pegawai British - Penubuhan jabatan-jabatan pentadbiran yang dikuasai oleh pegawai British - Sultan kehilangan kuasa : tiada lagi kuasa mutlak atau kuasa menjatuhkan hukuman bunuh - Undang-undang barat diperkenalkan - Majlis Mesyuarat negeri dibentuk yang dikuasai oleh Residen - Residen campur tangan dalam pemilihan sultan. # Ekonomi - Sultan kehilangan kuasa - Kuasa ekonomi dipegang oleh Residen - Melantik Pegawai Majistret dan Pemungut Hasil untuk mengutip cukai - Pengenalan pelbagai jenis cukai - Residen menguasai semua urusan ekonomi negeri # Sosial - Sistem perhambaan dihapuskan - Sultan tidak berkuasa ke atas sistem serah dan kerah - Adat istiadat Melayu dikuasai oleh sultan # Agama - Sultan hanya berkuasa ke atas agama Islam sahaja.

STPM 2013/14

You might also like