You are on page 1of 5

HBPS2303_SEM JAN09/F_AH

BAHAGIAN A

ARAHAN

Bahagian A mengandungi LIMA soalan. Jawab SEMUA soalan.

SOALAN

Markah

1.

Terangkan

definisi

konsep

amalan

yang

bersesuaian

dengan

perkembangan mengikut National Association for the Education of Young Children (NAEYC). (4)

2.

Senaraikan EMPAT objektif Kurikulum Prasekolah Kebangsaan. (4)

3.

Jelaskan secara ringkas DUA kepentingan guru menyediakan Persediaan Mengajar. (4)

4.

Pengajaran dan pembelajaran yang berkesan di prasekolah melibatkan aktiviti yang berpusatkan murid. Aktiviti tersebut boleh dijalankan secara individu atau kumpulan.

Berikan DUA ciri aktiviti individu dan DUA ciri aktiviti kumpulan. (4)

5.

Pendekatan bermaksud cara pelaksanaan kurikulum dengan menggunakan teknik atau kaedah diikuti dengan aktiviti sebagai pengukuhan. Huraikan secara ringkas DUA pendekatan yang dicadangkan oleh Kurikulum Prasekolah Kebangsaan. (4)

HBPS2303_SEM JAN09/F_AH

BAHAGIAN B

ARAHAN

Bahagian B mengandungi LIMA soalan. Jawab TIGA soalan SAHAJA.

SOALAN 1. Main merupakan gudang atau kilang pemprosesan pembelajaran kerana melalui main kanak-kanak belajar memahami sesuatu konsep dengan lebih menyeluruh.

Markah

(a)

Cadangkan DUA aktiviti main konstruktif (constructive play) dan DUA aktiviti main dengan peraturan (games with rules) yang sesuai dijalankan di kelas prasekolah. (8)

(b)

Bincangkan ENAM kepentingan main terhadap perkembangan kanak-kanak. ( 12 ) (Jumlah: 20)

2.

Pendekatan projek merupakan aktiviti pengajaran berpusatkan murid yang dipengaruhi oleh teori konstruktivisme di mana kanak-kanak membina pengetahuan dan kemahiran melalui inisiatif dan pengalaman mereka.

(a)

Terangkan LIMA ciri pendekatan projek.

( 10 )

(b)

Bincangkan LIMA kebaikan aktiviti berpusatkan murid kepada murid prasekolah. ( 10 ) (Jumlah: 20)

HBPS2303_SEM JAN09/F_AH

3.

Program pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia dirancang berasaskan model-model program seperti Montessori, Head Start, Bank Street dan Reggio Emillia.

(a)

Bincangkan DUA perbezaan di antara program Montessori dan Head Start bagi setiap aspek berikut dengan menggunakan pengurusan grafik yang sesuai. (i) (ii) Matlamat program Peranan guru dan pengurusan bahan ( 10 )

(b)

Huraikan LIMA peranan guru dalam pengajaran dan pembelajaran pendekatan Reggio Emillia. ( 10 ) (Jumlah: 20)

4.

Bahan dan peralatan merupakan salah satu aspek penting dalam pendidikan awal kanak-kanak. Antaranya ialah bahan tersedia, bahan daripada sumber alam, bahan manipulatif, bahan konstruktif dan sumber komuniti.

(a)

Bincangkan TIGA aspek utama yang perlu diberi perhatian semasa memilih bahan sumber alam dan bahan manipulatif. (6)

(b)

Jelaskan TIGA jenis bahan sumber komuniti yang sesuai digunakan di prasekolah. (6)

(c)

Huraikan EMPAT faedah menggunakan bahan sumber komuniti kepada murid-murid prasekolah. (8) (Jumlah: 20)

HBPS2303_SEM JAN09/F_AH

5.

Tanggungjawab pendidik awal kanak-kanak bukan sekadar mengajar dan membimbing, malah mereka menjadi model kepada kanak-kanak.

(a)

Bincangkan LIMA sikap yang perlu dimiliki oleh pendidik awal kanak-kanak yang professional. ( 10 )

(b)

Bagaimanakah cara guru prasekolah boleh melibatkan ibu bapa dan komuniti secara aktif dengan institusi tadika? ( 10 ) (Jumlah: 20)

HBPS2303_SEM JAN09/F_AH

BAHAGIAN C ARAHAN

Bahagian C mengandungi DUA soalan. Jawab SATU soalan SAHAJA.

SOALAN

Markah

1.

Ruang di premis tadika terbahagi kepada dua iaitu ruang dalam dan ruang luar. Sebagai seorang pendidik awal kanak-kanak, bagaimanakah anda melengkapkan kedua-dua ruang tersebut dengan bahan dan peralatan yang sesuai untuk menggalakkan pembelajaran yang berkesan? Bincangkan. (Jumlah: 20)

2.

Pelbagai pendekatan pengajaran boleh digunakan di kelas prasekolah untuk membantu guru melaksanakan kurikulum yang dirancang dengan berkesan.

Rancangkan SATU aktiviti pengajaran berpusatkan murid yang lengkap dengan menggabungkan pendekatan bertema dan pendekatan bersepadu. (Jumlah: 20)

KERTAS SOALAN TAMAT

You might also like