You are on page 1of 3

LAPORAN AJK MAKANAN NORSHAHIDA BINTI MOHD ARSHAD

Selaku ahli jawatankuasa makanan yang telah dilantik dan dipersetujui oleh semua pihak, saya mengambil tugas ini dengan hati yang terbuka. Semasa memikul tanggungjawab sebagai ahli jawatankuasa makanan saya telah membuat perancangan terlebih dahulu supaya semasa Program Bina Insan Guru iaitu proram anak angkat di Kampung Chandek Kura di Langkawi berjalan dengan lancar dan tidak berhadapan dengan pelbagai masalah kerana jarak dari institut dengan destinasi tersebut agak jauh. Sepanjang program bina insan guru ini berlangsung, saya tidak mengalami banyak masalah untuk menyediakan makanan untuk guru-guru pelatih kerana mereka makan bersama-sama keluarga angkat di rumah masing-masing. Ini memudahkan bahagian pengurusan bagi program ini dan aktiviti-aktiviti yang telah dirancangkan dapat dijalankan dengan sempurna dan tepat pada masanya. Penyediaan makanan hanya disediakan semasa aktiviti sukaneka, kelas intensif dan malam kebudayaan. Semasa sukaneka berlangsung, saya hanya menyediakan minuman dan sedikit makanan ringan untuk semua peserta dan penduduk kampung. Penyediaan dilakukan sepenuhnya di rumah keluarga angkat saya kerana aktiviti sukaneka dijalankan disitu.

Makanan semasa kelas intensif pula, saya menyediakan kek pisang sahaja yang telah dibungkus terlebih dahulu untuk memudahkan proses pemberian makanan kepada murid-murid tahap 1 dan tahap 2. Kelas intensif itu telah mendapat sambutan yang baik dan semua ibu bapa member kerjasama yang baik. Makanan yang disediakan juga mencukupi dengan bilangan murid yang hadir.

Semasa majlis malam kebudayaan berlangsung saya juga menyediakan makanan iaitu makanan ringan hasil daripada duit lebihan yang masih ada dan juga minuman. Semasa setiap keluarga masing-masing membuat persembahan, mereka dapat menjamu selera terlebih dahulu supaya dapat menampilkan persembahan yang menarik dan bertenaga.

Sekian sahaja laporan dari ahli jawankuasa makanan semasa Program Bina Insan Guru Siri 4 bagi tahu 2011 yang telah diadakan di Kampung Chandek Kura, Mukim Kedawang yang terletak di Langkawi Kedah.

Yang menjalankan tugas, ____________________________ (NORSHAHIDA BINTI MOHD ARSHAD) Ahli Jawatankuasa Makanan, Bina Insan Guru Siri 4/2011, Kampung Chandek Kura, Langkawi.

You might also like