You are on page 1of 3

Sikap cerewet sebenarnya bukanlah perkara baru.

Lebih-lebih lagi antaranya yang suka berlagak diva atau perasan dirinya bagus daripada orang lain. Perangai cerewet tak tentu fasal ini boleh membuatkan orang meluat. Biasanya, orang cerewet tidak akan menyedari dirinya cerewet, namun orang di sekitar yang biasanya menjadi korban tempias kata-kata sinis dan bebelan yang tiada henti itu. erewet sebenarnya adalah satu bentuk kemarahan yang dilontarkan dengan cara perlakuan atau percakapan dan dilakukan seseorang kepada orang lain. Selain itu, ia juga boleh diungkapkan sebagai rasa tidak puas hati terhadap sesuatu kerana ia tidak mencapai tujuan dan kepuasan dirinya. !einginan yang tidak dipenuhi juga menjadi faktor utama sikap ini. "enjadi seorang yang cerewet ini ada baik dan ada buruknya. #ang baik akan terkena ke atas tuan empunya badan dan yang buruknya pergi kepada orang sekeliling. $amun keadaan ini bergantung. Sekiranya orang di sekeliling juga jenis cerewet ataupun tak kisah, pastilah dia tak akan rasa menyusahkan. %api jika berdepan dengan individu berbe&a yang perwatakan lebih rileks, si cerewet tadi akan dilihat menjengkelkan. 'ikatakan, sikap cerewet yang timbul mungkin kerana seseorang itu menginginkan sesuatu dalam keadaan sempurna sedangkan manusia dicipta dengan serba kekurangan.

Siapa lebih cerewet( )ika disebut pasal cerewet, sinonimnya akan dikaitkan dengan wanita. !ebiasaan yang selalu kita dengar, wanita dikatakan cerewet berkaitan perihal kecantikan dan penampilan diri, kebersihan, kekemasan rumah dan termasuklah pemilihan keperluan seperti pakaian dan barang keperluan. %api bagaimana pula lelaki( )angan pura-pura merasakan diri seorang yang sederhana, wahai jejaka* Sebenarnya, ramai juga lelaki perwatakan cerewet. %etapi mereka jarang menonjolkan sikap ini kerana ia hanya boleh dilihat dalam situasi tertentu. ontohnya, cerewet dalam hal berkaitan kenderaan adalah biasa. $amun lebih menarik apabila ada sebahagian daripada mereka lebih cerewet daripada wanita. +su seterika baju hingga perlu timbulkan garisan sering disuarakan si isteri, isu masakan kurang sedap juga menjadi cabaran bagi mereka yang sudah berkeluarga. Bukan orang dewasa saja, kanak-kanak juga tidak terkecuali daripada sikap ini. ,da berpendapat, si kecil hari ini lebih cerewet daripada orang dewasa dalam memilih makanan( -alaupun si ibu menyediakan masakan yang sedap, si kecil akan menolak ke tepi dan tetap berkeras enggan memakannya. )ika menjamah pun hanya sedikit manakala selebihnya dibuang begitu saja.

$amun dalam sesetengah hal, perlu ada sikap ini dalam diri. Sebagai pengguna, kita harus cerewet dalam membeli dan pentingkan kualiti supaya tidak sewenangwenangnya ditindas peniaga. Sikap seperti ini yang banyak dipraktikkan masyarakat .ropah, sekali gus menjadikan mereka sebagai pendesak yang kuat untuk mengelakkan kenaikan harga barang pada musim perayaan contohnya. ,pa perlu buat( ,da kalanya untuk menghadapi teman yang cerewet, suka mengatur atau mengarah itu ini boleh buatkan kita kesal dan meluat. 'aripada marah dan bermasam muka, kajian dilakukan !olej Baruch, ity /niversity of $ew #ork menyarankan cara terbaik untuk menghadapi orang yang menjengkelkan adalah dengan mendiamkan diri. ,lihkan pandangan dengan ubah topik lain atau anda lakukan aktiviti lain seperti menonton televisyen dan sebagainya. 'ikatakan, kondisi mental seseorang akan lebih sihat jika dia mendiamkan diri atau berusaha untuk menghentikan pembicaraan dengan mendiamkan diri daripada terus berbicara dan melayan kerenah orang yang membuatkannya berasa jengkel. Selain itu, difahamkan, si cerewet selalunya cenderung bercakap laju tetapi lambat bertindak. Sejak kecil hingga dewasa kita selalu diajar orang tua, guru dan motivator untuk sentiasa berusaha jadi pemenang, namun dalam situasi berdepan dengan si cerewet, tak ada salahnya untuk mengalah. )ika si dia membebel tak puas hati itu ini, seeloknya ambil tindakan yang boleh redakan ketidakpuasan hatinya. "engalah tak bermaksud anda kalah. Berjaya membuat keadaan kembali normal tanpa ada pertengkaran atau pergaduhan, itu menjadikan anda seorang pemenang tanpa disedari. uba elak Semua orang mempunyai sikap cerewet terhadap sesetengah perkara. )ika ia bersebab dan munasabah seperti perihal makanan dan kebersihan, tak akan ada yang melenting dan mempersoalkannya. $amun elakkan diri untuk terjebak dengan sikap cerewet yang tak berasas contohnya cepat bengang sekiranya rakan sekeliling berborak panjang atau mudah menyinga sekiranya makanan dipesan lambat siap. ,pabila banyak bergaul dengan orang sekeliling maka kita akan bertemu dengan pelbagai kerenah manusia. ,da yang nampak baik, tapi bila ada hal sensitif akan terus melenting, tak kurang juga yang cerewet. Pendek kata sebut pasal sikap, ada pelbagai sikap positif dan negatif dan cerewet banyak dikaitkan dengan negatif. /mpamanya, jika tidak berkenan di mata semua benda akan dikritik. Pada pandangan penulis, memang tidak salah menegur untuk kebaikan, namun janganlah semuanya dilihat salah. Sama juga dalam hal pemberian. ,pabila pemberian orang lain tidak berkenan di hati maka dia akan mengata itu ini dan bukannya mahu bersyukur atau berterima kasih kepada orang yang sudi memberi. Sikap seperti ini boleh dikategorikan sebagai melampau dan kita perlu elakkan supaya tidak sebati dalam diri. )ika kita benci melihat orang cerewet terhadap sesuatu tak

relevan dan remeh, janganlah kita pula bersikap sedemikian jika tidak mahu dipandang jelek. !adang-kadang apabila diri terlalu cerewet kita akan terpinggir. 0rang sekeliling akan menjauhkan diri. 0leh itu dalam menjaga persahabatan atau perhubungan dengan keluarga atau masyarakat, janganlah terlalu menunjukkan kita ini begitu dominan.

You might also like