You are on page 1of 7

Math is Fun

you don't know how fun it is unless you do it!!

Wednesday, 16 May 2012


MASALAH DAN PENYELESAIAN MASALAH

Penyelesaian masalah merupakan bentuk pembelajaran pada tahap tertinggi (Gagne,1985). Menurut Krulik dan Rudnick(1989), penyelesaian masalah adalah merupakan satu proses yang kompleks dan sukar dipelajari. Ianya mengandungi satu siri tugasan dan proses pemikiran yang berkait rapat untuk membentuk satu set corak pemikiran heuristic. Ianya merupakan satu keadaan dimana pelajar mesti melaluinya untuk menyelesaikan masalah dalam matematik. Heuristic ialah satu kaedah umum yang mana dapat diaplikasikan kepada semua jenis masalah. Terdapat beberapa model penyelesaian masalah yang sering digunakan dalam matematik seperti Model Polya (1973), Model Lester (1975), Model Mayer (1983), Model schoenfield (1985). Dalam KSSR, Model Polya adalah model utama yang digunakan dalam kurikulum matematik dimana ianya mempunyai empat langkah yang mudah difahami dan sering digunakan dalam penyelidikan matematik di Malaysia.

JENIS-JENIS MASALAH

MASALAH RUTIN

Masalah rutin (routine problem) ialah jenis masalah matematik secara mekanikal iaitu pengiraan, ianya bertujuan untuk melatih pelajar untuk menguasai kemahiran asas terutamanya kemahiran aritmatik yang melibatkan empat operasi dalam matematik iaitu penambahan, penolakan, pendaraban dan pembahagian. Aplikasi secara terus(direct) yang menggunakan formula matematik, mengikut prinsip matematik, secara teori dan persamaan. Secara umumnya masalah rutin ini ialah jenis penyelasaian masalah dalam matematik yang paling mudah atau asas ianya bertujuan untuk memudahkan pelajar menguasai konsep algoritma. Masalah-

masalah rutin hanya memerlukan pelajar memahami masalah, memilih operasi yang sesuai serta mempraktikkan algoritma-algoritma yang telah dipelajari. Prosedur penyelesaiannya diketahui oleh pelajar. Walaubagaimanapun masalah-masalah matematik yang rutin ada fungsinya kerana ia memberi latihan dalam ingatan faktafakta asas dan langkah-langkah yang berturutan.

MASALAH BUKAN RUTIN

Masalah bukan rutin (non-routine problem) pula ialah penyelesaian yang unik dimana memerlukan pelajar mengaplikasikan kemahiran dan konsep atau prinsip dalam matematik yang telah dipelajari dan dikuasai, kaedah penyelesaian masalah bukan rutin dalam matematik tidak boleh dihafal atau dicongak tidak seperti mana menjawab soalan yang berbentuk pengiraan. Proses penyelesaian masalah ini memerlukan satu set aktiviti yang sistematik dimana ianya mempunyai perancangan yang logik termasuk strategi yang hendak digunakan serta pemilihan kaedah yang sesuai untuk melaksanakannya. Dalam penyelesaian masalah dalam matematik, lebih daripada satu strategi digunakan untuk memperolehi penyelesaiannya. Sudah tentu masalah-masalah bukan rutin memerlukan proses-proses yang lebih tinggi daripada yang terlibat dalam penyelesaian masalah-masalah rutin. Masalahmasalah bukan rutin biasanya diselesaikan dengan pelbagai cara yang memerlukan proses pemikiran yang berbeza-beza. Nyata sekali pelajar dikehendaki

menggunakan kemahiran kritis dan kreatif dalam penyelesaian masalah bukan rutin.

PERBEZAAN ANTARA MASALAH RUTIN DAN MASALAH BUKAN RUTIN


MASALAH RUTIN Masalah dalam kehidupan sebenar Melibatkan satu operasi matematik MASALAH BUKAN RUTIN Masalah yang kompleks Memerlukan lebih daripada satu operasi matematik Menggunakan kemahiran asas dan proses-proses yang berurutan Memerlukan kefahaman, mendapatkan Menggunakan pemikiran yang kritis dan kreatif Memerlukan kefahaman, mendapatkan

maklumat, memilih operasi dan algoritma Menyelesaikan masalah melalui bercerita dan kaitkan dengan kehidupan sebenar. Contoh masalah : Setiap boneka mengambil masa selama 15 minit untuk berlakon. Berapa lamakah 4 boneka akan mengambil masa untuk berlakon?

maklumat, memilih operasi dan algoritma Pelbagai strategi dan cara untuk menyelesaikan masalah. Contoh masalah: Dewasa : RM 8.29 seorang Kanak-kanak : RM 5.49 seorang Keluarga Amir ingin menaiki kereta api. Mereka membeli 3 tiket untuk dewasa dan 3 tiket untuk kanak-kanak. Berapakah harga tiket untuk kesuluruhannya

PENYELESAIAN: 4 boneka mengambil masa selama 1 jam

PENYELESAIAN: Tiket dewasa : RM 8 Tiket kanak-kanak : RM 5 Tiket dewasa : 3 x RM8 = RM24 Tiket kanak-kanak : 3 x RM5 = RM15 Jumlah kesuluruhan tiket : RM24+RM15=RM39 Sekarang, selesaikan masalah dengan cara yang sama : 3 x RM8.29 = RM24.87

KERJA SECARA SONSANG Ada beberapa masalah yang memberikan syarat-syarat akhir sesuatu tindakan dan anda dikehendaki menentukan apa yang berlaku sebelumya. Dalam masalah yang sedemikian, anda boleh menentukan syarat-syarat akhir itu terlebih dahulu dan kemudiannya menggunakan strategi kerja secara sonsang (work backwards). Strategi bekerja secara sonsang melibatkan bermula dengan keputusan akhir dan menterbalikkan langkah-langkah yang perlu untuk mendapatkan jawapan kepada masalah ini. Terdapat sekurang-kurangnya 2 jenis masalah yang boleh diselesaikan dengan strategi ini iaitu : 1. Apabila mempunyai satu matlamat tetapi pelbagai cara untuk mencapainya.

2. Apabila keputusan akhir diberikan atau dikenalpasti dalam soalan dan anda diminta mencari keadaan awalnya.

SOALAN

Ali dan bapanya pergi ke Kelab Athletic untuk bermain dalam kejohanan bola keranjang. Permainan akan bermula pada 7:30 p.m. Mereka mengambil masa kira-kira 35 minit untuk berjalan ke perhentian bas Kajang. Bas manakah yang patut mereka ambil untuk sampai ke kelab itu ? Jadual Laluan Bas Perhentian Bas Perpustakaan Negeri Pasaraya tesco Kelab Athletic Masa 3.00 pm 3.10 pm 3.32 pm Masa 6.30 pm 6.40 pm 7.02 pm Masa 7.00 pm 7.10 pm 7.32 pm

Penyelesaian : Langkah 1: Memahami masalah


Ali dan bapanya mahu bermain bola keranjang pada pukul 7.30 pm Dia dan bapanya mahu menaiki bas dan mereka harus sampai di Kelab Athletic sebelum 7.30 pm

Pukul berapakah Ali dan bapanya harus menaiki bas untuk sampai sebelum 7.30 pm

Langkah 2 : merancang rancangan Kita boleh menggunakan kerja secara sonsang untuk menyelesaikan masalah ini. Kita boleh menggunakan jadual bas yang diberikan. Mulakan dengan mencari bas terakhir yang boleh tiba di Kelab Athletic sebelum 7.30 pm

Langkah 3 : menjalankan rancangan Bas tiba di Kelab Athletic pada 7.02 pm. Bas meninggalkan perpustakaan negeri pada pukul 6.30 pm. Kemudian cari masa bagi Ali dan bapanya untuk meninggalkan rumah.

Masa bas bergerak dari perhentian bas : 6.30 pm Masa berlalu : 35 minit (masa untuk berjalan dari rumah ke perhentian bas) Masa Ali dan bapanya mula bergerak dari rumah : 5.55 pm *mereka harus mengambil bas pada 6.30 pm dan meninggalkan rumah pada 5.55 pm.

Langkah 4 : semak semula Gerak dari rumah : 5.55 pm Masa dari rumah ke perhentian bas : 35 minit Sampai ke perhentian bas : 6.30 pm Sampai ke kelab : 7.02 pm Jawapan : 6.30 pm- 35 minit =5.55 pm

TEKA DAN UJI


Dalam strategi teka dan uji, kita akan meneka penyelesaian pada awalnya dengan tekaan yang munasabah sesuai dengan kehendak soalan. Maka kita akan memeriksa untuk melihat sama ada tekaan kita betul atau tidak. Jika tidak, langkah itu adalah untuk mempelajari sebanyak mungkin tentang penyelesaian berdasarkan tekaan sebelum membuat tekaan seterusnya. Strategi ini boleh dianggap sebagai satu bentuk percubaan dan kesilapan, di mana maklumat mengenai ralat membantu kita memilih apa untuk percubaan seterusnya.

Langkah 1: memahami masalah


Ali dan bapanya mahu bermain bola keranjang pada pukul 7.30 pm Dia dan bapanya mahu menaiki bas dan mereka harus sampai di Kelab Athletic sebelum 7.30 pm

Pukul berapakah Ali dan bapanya harus menaiki bas untuk sampai sebelum 7.30 pm

Langkah 2 : membuat rancangan Strategi yang berkemungkinan :

Teka dan uji

Algebra

Langkah 3 : melaksanakan rancangan 1) Mengambil kira semua waktu perjalanan bas dari perhentian kajang ke Kelab Athletic. (3.00 pm / 6.30 pm / 7.00 pm) 2) Mencari waktu yang sesuai supaya dapat sampai ke kelab sebelum 7.30 pm (6.30 pm) 3) Memastikan bila harus bertolak dari rumah supaya dapat sampai ke perhentian bas sebelum bas bertolak (6.30pm 35 minit = 5.55pm)

Langkah 4 : lihat kembali atau semak penyelesaian

Jika bertolak dari rumah pada 5.55 pm, ali dan bapanya akan sampai ke perhentian bas pada pukul 6.30 pm

Ketika 6.30 pm bas akan bertolak ke perpustakaan negeri dan akan sampai ke Kelab Athletic pada pukul 7.02 pm

Maka ali dan bapanya akan sempat sampai sebelum 7.30 pm

Posted by mathisfun at 09:33 Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook No comments: Post a Comment Newer Post Home Subscribe to: Post Comments (Atom)

Gratisan Musik

Blog Archive

2012 (2) o May (2)

Model Penyele... MASALAH DAN PENYELESAIAN MASALAH

Penyelesai...

About Me

mathisfun View my complete profile Awesome Inc. template. Template images by molotovcoketail. Powered by Blogger.
S

You might also like