You are on page 1of 12

BAB 5 : SISTEM PENGENDALIAN BAGASI

5.1 Pengenalan

Sistem pengendalian bagasi ialah sejenis sistem yang terdapat di terminal


lapangan terbang selain daripada sistem yang lain seperti sistem hidraulik dan
sebagainya. Tujuan utama sistem kendalian bagasi ini dibuat adalah untuk
memudahkan para penumpang mengangkut barang dari bahagian kargo ke bahagian
bagasi kapal terbang. Sistem kendalian bagasi ini terdiri daripada tiga jenis iaitu
‘Enplanning’ ( menggunakan bidai getah warna hitam ), ‘Deplanning’
( menggunakan tali pengangkut warna hijau ) dan ‘Weight Scale’ ( alat skala
timbangan ). Untuk jenis ‘Deplanning’, ia terbahagi kepada dua bahagian iaitu
‘Conveyer Belt’ dan ‘Conveyer’ 90º.

Sistem kendalian bagasi ini beroperasi pada satu motor yang berkuasa 240
volt dengan kelajuan 10 km/j. Di bawah ‘Conveyer’ ini terdapat satu rantai dan roda
untuk menggerakkan ‘Conveyer Belt’ tersebut. Antara bahagian – bahagian yang

68
terdapat pada ‘Conveyer Belt’ ialah seperti roda, rantai, getah ‘Conveyer Belt’,
‘Sprocket’, Motor, Bearing dan ‘Cover’ untuk ‘Conveyer Belt’.

Sungguhpun sistem kendalian bagasi ini sudah lama dan tidak mampu untuk
beroperasi selama beberapa tahun lagi, tetapi kerja–kerja menservis dan
menyelenggara sentiasa dilakukan supaya ia dapat bertahan dan beroperasi tanpa
sebarang masalah. Sistem kendalian bagasi ini diservis dan diselenggara mengikut
masa yang ditetapkan seperti pemeriksaan mingguan, bulanan, dan tahunan.

Untuk kerja–kerja pemeriksaan mingguan adalah seperti mengetatkan bolt


dan nat yang longgar, melakukan pengimbangan dan memastikan semua komponen
‘Conveyer; berada dalam baik. Untuk pemeriksaan bulanan adalah seperti
melakukan penggrissan pada benda–benda yang bergerak dan bergesel dan
melakukan pembersihan pada ‘Conveyer Belt’ dimana terdapat banyak sampah sarap
yang berada di bawah ‘Conveyer’ tersebut. Manakala untuk pemeriksaan tahunan
adalah seperti memeriksa getah ;Conveyer Belt’ tersebut, motor dan bahagian–
bahagian yang sensitif.

5.2 Spesifikasi Sistem Pengendalian Bagasi

Sistem kendalian bagasi ini beroperasi pada satu motor yang berkuasa 240
volt dengan kelajuan 10 km/j. Di bawah ‘conveyor’ ini terdapat satu rantai dan roda
untuk menggerakkan ‘Conveyor Belt’ tersebut. Antara bahagian-bahagian yang
terdapat pada ‘Conveyer Belt’ ialah seperti roda, rantai, getah ‘Conveyor Belt’,
‘Sprocket’, Motor, Bearing dan ‘Cover’ untuk ‘Conveyor Belt’.

69
5.3 Penyenggaraan

Sungguhpun sistem pengendalian bagasi ini sudah lama dan tidak mampu
untuk beroperasi selama beberapa tahun lagi, tetapi kerja–kerja servis dan
menyelenggara sentiasa dilakukan supaya ia dapat bertahan dan beroperasi tanpa
sebarang masalah. Sistem pengendalian bagasi ini diservis dan diselenggara
mengikut masa yang ditetapkan seperti pemeriksaan mingguan, bulanan, dan
tahunan.

Untuk kerja–kerja pemeriksaan mingguan adalah seperti mengetatkan bolt


dan nat yang longgar, melakukan pengimbangan dan memastikan semua komponen
‘Conveyor’ berada dalam baik. Untuk pemeriksaan bulanan pula adalah seperti
melakukan penggrissan pada benda–benda yang bergerak dan bergesel dan
melakukan pembersihan pada ‘Conveyer Belt’ dimana terdapat banyak sampah sarap
yang berada di bawah ‘Conveyor’ tersebut. Manakala untuk pemeriksaan tahunan
adalah seperti memeriksa getah ‘Conveyor Belt’ tersebut, motor dan bahagian–
bahagian yang sensitif.

5.4 Kerja–Kerja Pembaikian ‘Conveyer Belt’ 90º

Kerja–kerja pembaikian pada ‘Conveyor Belt’ hendaklah dilakukan supaya ia


tidak mencacatkan operasi pengalihan dan pengangkutan barang-barang penumpang.
Tambahan pula, kerja-kerja membaik pulih ‘Conveyer belt’ ini dilakukan kerana ia
sudah lama tidak beroperasi disebabkan pelbagai masalah. Antara masalah yang
sering berlaku pada ‘Conveyor Belt’ ini adalah seperti rantai selalu putus, rantai
terlepas dari landasan, selalu tersangkut disebabkan sampah sarap yang melekat pada
roda dan yang paling baru ini, lubang untuk meletakkan nat pada kulit getah
‘Conveyor Belt’ sudah koyak.

70
5.4.1 Peralatan Yang Digunakan Ketika Kerja Pembaikian

Antara peralatan dan bahan yang digunakan ketika kerja pembaikian adalah
seperti berikut :

i. Sepana Boleh Laras

ii. Ricet

iii. Pemutar Skru

iv. Penyapu

v. Penyedok

vi. Lankey

vii. Pena Ujian

viii. Tukul

71
5.4.2 Langkah–langkah Kerja Pembaikian

i. Pertama sekali, pastikan kawasan sekeliling berada dalam keadaan


selamat sebelum memulakan kerja– kerja pembaikian.

ii. Alihkan semua benda-benda yang boleh menghalang pergerakan ketika


bekerja.

iii. Buka dahulu pelindung rantai ‘Conveyor Belt’ tersebut.

iv. Longgarkan kesemua bolt dan nat ketika kerja pembaikian dilakukan
seperti nat pada kaki ‘Conveyor Belt’.

v. Tanda dan ukur dahulu bahagian yang hendak ditebuk lubang iaitu
diantara lubang ke lubang.

vi. Setelah di tanda dan diukur, tebuk lubang tersebut dengan menggunakan
alat penebuk lubang.

vii. Setelah di tebuk, ‘Conveyer Belt’ tersebut di alih ke kawasan yang lapang
bagi memudahkan pemasangan bolt dan nat pada lubang yang baru.

viii. Masukkan rantai pada landasannya sendiri dan sambungkan bolt dan nat
dari rantai ke lubang yang baru. Bahagian atas dipasangkan dahulu bagi
memudahkan kerja-kerja pembaikian. Sambungkan rantai yang putus
tersebut.

ix. Setelah siap pasang, ‘Conveyor Belt’ ini diangkat dan didirikan untuk
memudahkan pemasangan rantai pada bahagian belakang kerana terdapat
landasannya sendiri.

72
x. Selepas itu, masukkan kesemua bolt dan nat pada lubang–lubang yang
sudah ditebuk.

xi. Kesemua skru yang longgar pada bearing ‘Conveyor’ bahagian belakang
diketatkan.

xii. Rebahkan ‘Conveyor’ tersebut dan lakukan kerja–kerja penggrisan pada


rantai tersebut.

xiii. Alihkan ‘Conveyor Belt’ tersebut ke tempat asalnya dan pastikan kaki
‘Conveyor’ menepati pada lubang besi yang mencengkam mesin
‘Conveyor’ tersebut.

xiv. Ketatkan kesemua skru pada kaki tersebut.

xv. Setelah selesai, pengujian dilakukan ke atas ‘Conveyor Belt’ tersebut


sebelum pelindung rantai di pasang.

xvi. Pemeriksaan dilakukan pada ‘Conveyor Belt’ supaya tiada sebarang


masalah berlaku lagi.

xvii. Pelindung rantai tersebut dipasang dan skrunya diketatkan.

xviii. Pengujian dan pemeriksaan dilakukan buat kali terakhir sebelum


melakukan kerja –kerja pembersihan.

xix. Didapati ‘Conveyor’ berada dalam keadaab baik dan dapat beroperasi
dengan sempurna.

xx. Akhir sekali, kerja–kerja pembersihan dilakukan pada kawasan tempat


bekerja.

73
Rajah 5.1 : Rajah menunjukan kerja membuka penutup bahagian rantai.

Rajah 5.2 : Anah panah menunjukan Skru Pengikat yang perlu dibuka.

74
Rajah 5.3 : Rajah menunjukan ‘Conveyor Set’ dibawa ke kawasan yang lapang.

Rajah 5.4 : ‘Conveyor Set’ didirikan(Anak panah menunjukkan penutup sebelah


bawah ‘Conveyor’).

75
Rajah 5.5 : Kerja pembersihan bahagian bawah ‘Conveyor Set’ dilakukan setelah
penutup dibuka.

Rajah 5.6 : Anak panah menunjukkan lubang baru ditebuk yang bersaiz duit syilling
10sen.

76
Rajah 5.7 :Rajah menunjukan rantai yang putus dan ini merupakan punca
‘Conveyor Belt’ tidak berfungsi.

Rajah 5.8 : Rajah menunjukan bahagian belakang ‘Conveyor Belt’.

77
Rajah 5.3 : Kedua-dua rajah menunjukan bahagian yang perlu diketatkan.

i. Salah satu komponen yang penting pada ‘Conveyor Celt’ iaitu bearing.

ii. Ia perlu diketatkan supaya rantai tidak terkeluar dari landasannya.

iii. Sekiranya tidak diketatkan, rantai akan putus selain daripada terkeluar
dari landasan.

78
5.5 Kesimpulan

Secara kesimpulan hasil dari kerja–kerja pembaikan ini ialah ‘Conveyor Belt’
ini sudah boleh digunakan. Selain itu, saya telah mengetahui dan mempelajari cara
membaiki ‘Conveyer Belt’ ini mengikut prosedur yang di tetapkan.

Malah saya juga mempelajari apa itu ‘Conveyor Belt’ dan jenis – jenis
‘Conveyor Belt’ yang terdapat di terminal lapangan terbang. Selain itu saya juga
diperkenalkan kepada komponen–komponen yang penting pada sesebuah ‘Conveyor
Belt’.

Kerja – kerja pembaikian dan pembersihan juga penting supaya ia beroperasi


dengan baik dan tidak berlaku sebarang masalah. Kesemua ‘Conveyer Belt’ ini akan
ditukar dengan yang baru apabila terminal lapangan terbang Sibu akan dibuat baru
kelak.

Oleh itu, kerja-kerja pembaikian dilakukan sekiranya berlaku sebarang


masalah pada ‘Conveyor Belt’ dan ini merupakan salah satu bahagian kerja-kerja
kejuruteraan mekanikal di lapangan terbang.

79

You might also like