You are on page 1of 2

SEKOLAH MENENGAH AGAMA HAJI MOHD YATIM TEKS JURUACARA PERHIMPUNAN SEKOLAH 1.

ALUAN JURUACARA Yang berbahagia, Tuan Haji Solahuddin bin Abd Rahman, Pengetua Sekolah Menengah Agama Haji Mohd Yatim Yang berusaha, Tuan Haji Ahmad bin Abdullah, Guru Penolong Kanan Pentadbiran Yang berusaha, Ustaz Suhaimi bin Mohd Isa, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Yang berusaha, Tuan Haji Salleh bin Kasim, Guru Penolong Kanan Kokurikulum Guru-Guru Kanan Mata Pelajaran, Kaunselor Sekolah, barisan pendidik, kepimpinan pelajar, serta rakan-rakan seperjuangan sekalian. Bersyukur kita kepada Allah subhanahu wa taala kerana memberikan peluang kepada kita pada hari ini untuk berhimpun di dataran SMA Haji Mohd Yatim. 2. NYANYIAN LAGU NEGARAKU Majlis kita pada hari ini dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku. Guru-guru dipersilakan berdiri. 3. NYANYIAN LAGU KEBESARAN NEGERI SEMBILAN Sekarang marilah kita menyanyikan lagu Kebesaran Negeri Sembilan. 4. NYANYIAN LAGU SEKOLAH Sekarang marilah kita menyanyikan lagu sekolah. 5. BACAAN IKRAR Seterusnya majlis mempersilakan saudara/i .................................... untuk memimpin bacaan ikrar Rukunegara. Majlis seterusnya mempersilakan saudara/i .................................... untuk memimpin bacaan ikrar pelajar, visi dan misi sekolah. Majlis mengucapkan terima kasih atas ikrar yang telah dibacakan sebentar tadi. Guru-guru dipersilakan duduk. 6. BACAAN DOA Hadirin sekalian, bagi menambah lagi keberkatan majlis kita pada hari ini, saya mempersilakan saudara .......................... untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.

7. NASYID ASMAUL HUSNA Sekarang marilah kita menasyidkan asmaul husna. 8. LAPORAN GURU BERTUGAS MINGGUAN Guru-guru dan rakan-rakan yang saya kasihi sekalian, guru bertugas pada minggu yang lalu ialah Encik/Puan .......................... Majlis dengan sukacitanya menjemput Encik/Puan .......................... ke hadapan untuk menyampaikan laporan mingguan. Dipersilakan. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas laporan yang telah disampaikan sebentar tadi. 9. UCAPAN GURU Seterusnya dijemput Encik/Puan .......................... untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi. 10. UCAPAN PENTADBIR Seterusnya majlis mempersilakan, Tuan Haji Ahmad bin Abdullah, Guru Penolong Kanan Pentadbiran, untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan. Seterusnya majlis mempersilakan, Ustaz Suhaimi bin Mohd Isa, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan. Sekarang, majlis mempersilakan, Tuan Haji Solahuddin bin Abd Rahman, Pengetua Sekolah Menengah Agama Haji Mohd Yatim, untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan. Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi. 11. PENUTUP Para guru dan rakan-rakan sekalian, dengan ini berakhirlah perhimpunan kita pada pagi ini. Marilah kita mengambil pengajaran atas segala nasihat dan panduan yang telah disampaikan sebentar tadi. Saya bagi pihak majlis memohon ampun dan maaf atas segala kekurangan sepanjang mengendalikan perhimpunan ini. Marilah kita menutup majlis dengan membaca tasbih kaffarah dan surah Al-Asr. Sekian. Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Teks disediakan oleh : En. Mohamad Hafiz bin Md Ngisum Guru Penyelaras (II) Perhimpunan Dikemaskini pada 02 Januari 2014

You might also like