You are on page 1of 17

2.0 Pengurusan Gerak Kerja Kokurikulum 2.

1 Konsep Kegiatan kokurikulum ertinya apa-apa kegiatan yang dirancang daripada proses pengajaran dan pembelajaran di luar bilik darjah (kurikulum) yang memberikan murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari di bilik darjah." Pada asasnya gerakerja ko-kurikulum adalah sebahagian daripada kurikulum sekolah. Sebagai satu bidang pendidikan, setiap murid harus melibatkan diri. Gerak kerja ini boleh dijalankan di dalam dan di luar bilik darjah mengikut kesesuaian sesuatu gerak kerja itu. Gerak kerja ko-kurikulum boleh menyediakan pengalaman-pengalaman tertentu bagi perkembangan mental, minat dan bakat, sosial serta rohani mereka. Sebagai satu bidang pendidikan, penglibatan semua murid dan ahli masyarakat adalah perlu berasaskan kepada anggapan bahawa: Semua murid harus mempunyai perseimbangan antara perkembangan mental dengan perkembangan sosial, jasmani dan rohani. Semua murid mempunyal minat dan bakat yang boleh dimajukan. Semua murid boleh dididik dan boleh mendidik diri sendiri.

Sekolah bertanggungjawab bagi melahirkan murid-murid untuk keperluan masyarakat. Masyarakat juga bertanggungjawab dan boleh memainkan peranan mereka dalam mendidik murid-murid, termasuklah pendidikan kemasyarakatan. 2.2 MATLAMAT Di antara matlamat gerak kerja ko-kurikulum yang hendak dicapai adalah: 1) Perseimbangan antara perkembangan mental denganperkembangan sosial, jasmani dan rohani murid. Pengukuhan interaksi dan integrasi di kalangan murid di sekolah. Peningkatan minat, bakat dan kemahiran murid dalam gerak kerja yang diceburi serta perluasan pengalaman murid dalam bidang tertentu. 4) Pengukuhan dan pengkayaan perkara-perkara yang dipelajari dalam bilik darjah serta perluasan pengalaman murid dalam bidang tertentu. 5) Pengisian masa lapang murid dengan berfaedah, memberi kegembiraan serta pembinaan kesihatan dan kesejahteraan diri. 6) Peningkatan disiplin murid melalui penyemaian dan pemupukan nilai dan sikap positif 1

2) 3)

selaras dengan hasrat Rukun Negara. 7) 8) Peningkatan suasana sekolah yang menarik dan menggembirakan murid. Peningkatan penglibatan kerjasama dan sumbangan dua hala antara sekolah dan ibubapa serta masyarakat setempat. 2.3 STRATEGI Untuk mencapai matlamat-matlamat tersebut, berikut adalah beberapa strategi perlaksanaannya : 1) Memperseimbangkan gerak kerja ko-kurikulum dengan pelajaran akademik yang dijalankan dalam bilik darjah. Kedua-duanya adalah proses pendidikan yang saling lengkap-melengkapi. Menambahkan lagi bilangan pasukan pakaian seragam dan kelab / persatuan serta mempelbagai gerak kerja ini termasuklah gerak kerja sukan bagi tujuan memberi peluang kepada semua murid melibatkan diri dengan aktif secara individu, kumpulan dan beramai-ramai. Melibatkan murid atau pihak sekolah dalam gerak kerja khidmat masyarakat. Melibatkan Jawatankuasa Bimbingan Pelajar Sekolah (JBPS), Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG), guru-guru dan murid-murid dalam perancangan dan pelaksanaan gerak kerja. 5) Merancang gerak kerja kokurikulum yang teliti dengan menetapkan matlamatmatlamat yang hendak dicapai. 6) 7) Merekod dan menilai segala gerak kerja dan kemajuan yang dijalankan dan dicapai. Mengadakan penilaian secara berterusan dan memberi penghargaan kepada murid dan pihak-pihak lain dari semasa ke semasa. 2.4 Penubuhan Unit Kokurikulum Dalam penubuhan unit kokurikulm terdapat beberapa prosedur yang penting.Antaranya adalah perasatuan tidak mempunyai badan induk seperti persatuan Bahasa Melayu,kelab bola sepak dan lain-lain.Ia hanya ditubuhkan di peringkat sekolah sahaja dan tidak mempunyai badan induk untuk membuat penyelarasan aktiviti dan pentadbiran.Persatuan yang bergabung dan mempunyai badan induk untuk mengelola,mendaftar dan menyelaraskan diperingkat daerah,negeri atau pusat.Seperti unit-unit beruniform Pengakap,PBSM : Perbincangan dengan badan induk 2

2)

3) 4)

Mengisi borang permohonan dan menyediakan maklumat yang diperlukan. Menghantar borang kepada setiausaha atau pesuruhanjaya didaerah,negeri untuk diproses. Pengumuman pendaftaran boleh dibuat kepada murid untuk menjadi ahli secara rasmi. Melaksanakan dan menjalankan aktiviti Perlembagaan dan undang-undang mesti diluluskan dalam mesyuarat agung. Persatuan yang mempunyai badan induk,perlembagaan bergantung kepada badan induk.

2.5 Carta Organisasi Carta organisasi merupakan satu bentuk rajah grafik yang menunjukkan struktur susunan , kedudukan tempat atau posisi seseorang individu dalam sesuatu organisasi selaras dengan bidang kuasa , tugas dan tanggungjawabnya. Carta Organisasi bukan sekadar bertujuan

memaparkan bagaimana sesebuah organisasi itu perlu ditadbirkan mengikut struktur operasi organisasi itu tetapi carta itu menggariskan dengan jelas bidang tanggungjawab tiap-tiap

anggota organisasi itu. Setiap individu itu perlulah diberikan peranan yang khusus supaya tidak berlaku pertindihan tugas dan kekliruan yang akan menghalang dan mejejaskan kelicinan perjalanan organisasi itu.

Carta organisasi ini terdiri daripada beberapa jawatan yang paling utama iaitu Penaung,Pengerusi,Setiausaha, Ketua Penyelaras Kokurikulum ,Penasihat Kelab dan Persatuan, Sukan dan Permainan dan Unit Beruniform.Segala jawatan ini merangkumi deskripsi tugasan yang tertentu iaitu :

Tugas Penaung

Memastikan setiap perancangan aktiviti kokurikulum adalah berdasarkan Dasar Kementerian Pelajaran dan Surat Pekeliling Ikhtisas. Memantau, menilai dan memperbaiki aktiviti kokurikulum sekolah

Tugas Pengerusi

Menentukan objektif gerak kerja kokurikulum sekolah tercapai Memajukan aktiviti kokurikulum di peringkat sekolah

Mewakili guru besar menjalankan segala tugas yang diagihkan termasuk mempengerusikan mesyuarat ahli jawatankuasa kokurikulum

Tugas Setiausaha

Menyelaras semua aktiviti kokurikulum Memastikan keseimbangan agihan ahli pelajar dalam setiap persatuan, kelab, unit dan pasukan Menyediakan jadual mesyuarat agung dan perjumpaan bagi semua unit kokurikulum Menyediakan laporan dan minit mesyuarat

Tugas Ketua Penyelaras Kokurikulum

Membantu setiusaha untuk menyediakan jadual aktiviti kokurikulum tahunan berdasarkan perbincangan dan keputusan mesyuarat semua guru penasihat kokurikulum Bertanggungjawab dalam pelaksanaan program kokurikulum berjalan lancer tanpa masalah

Tugas Penasihat Kelab dan Persatuan, Sukan dan Permainan dan Unit Beruniform

Bertindak sebagai penasihat, pembimbing, pengurus, penyelia, penilai dan pelapor Memastikan aktiviti selaras dengan objektif sekolah Merancang aktiviti tahunan dengan pelajar

Secara umumnya jelaslah bahawa organisasi itu adalah satu kumpulan manusia yang kompleks . Tiap-tiap individu yang menganggotai sesebuah organisai itu perlulah memahami perjalanan organisasinya , mengetahui tugas dan tanggunggjawab serta bidang kuasanya . Struktur organisasi itu perlulah dipandang secara objektif . Kesimpulannya sesebuah organisasi itu lebih dari apa yang digambarkan di dalam carta organisasi.

2.6 Surat Pekeliling Ikhtisas

Kegiatan kokurikulum di peringkat persekolahan hendaklah dilaksanakan berdasarkan Akta dan Peraturan yang dikuatkuasakan serta Surat Pekeliling Ikhtisas yang diedarkan dari semasa ke semasa.Mengikut Peraturan dalam Pelajaran 1956 (Kursus-Kursus Pengajian 4

Sekolah),kegiatan kokurikulum telah dimasukkan sebagai salah satu aktiviti tambahan dalam kurikulum sekolah dan peruntukan masa untuk aktiviti tambahan telah ditetapkan iaitu dijalankan selepas waktu pelajaran sekolah. Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaran Malaysia merupakan satu bentuk dokumen rasmi yang memperincikan perkara-perkara yang diwartakan di dalam Akta Pendidikan dan dikeluarkan oleh mana-mana Bahagian di bawah Kementerian Pelajaran untuk edaran kepada Bahagaian-Bahagian dan Jabatan-Jabatan Pelajaran Negeri di Malaysia. Surat Pekeliling Ikhtisas yang dikeluarkan adalah dalam bentuk arahan pentadbiran yang mengandungi peraturan, garis panduan, tatacara dan kaedah bagi melaksanakan sesuatu program, aktiviti sama ada dalam bentuk kurikulum atau bukan kurikulum mengikut seksyen yang termaktub di dalam Akta Pendidikan dan Peraturan-Peraturan Pendidikan.

Surat Pekeliling Ikhtisas merupakan punca kuasa dan sumber rujukan yang harus digunapakai dalam menentukan kewajaran dan kesesuaian pelaksanaan setiap program atau aktiviti yang hendak dilaksanakan khususnya yang melibatkan institusi pendidikan di bawah Kementerian Pelajaran. Status atau taraf Surat Pekeliling Ikhtisas ini adalah sama seperti Surat Pekeliling Perkhidmatan Awam yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam dan pelanggaran atau ketidakakuran kepada Surat Pekeliling Ikhtisas boleh dikenakan tindakan tatatertib. Dalam memastikan keberkesanan pelaksanaan dasar-dasar pendidikan oleh semua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia, Sektor Pengoperasian Dasar dan Keurusetiaan bertanggungjawab sepenuhnya memastikan semua Surat Pekeliling Ikhtisas sentiasa dikemaskinikan. Sektor ini bertanggungjawab untuk mengenalpasti, menyemak, menyelaras dan mengemaskini Surat Pekeliling Ikhtisas bersama wakil-wakil daripada semua Jabatan Pelajaran Negeri di dalam beberapa siri Mesyuarat Penyelarasan Surat Pekeliling Ikhtisas agar dapat digunapakai mengikut perubahan, kehendak semasa dan tidak terpesong daripada apa yang termaktub di dalam Akta Pendidikan. Pembatalan dan pemansuhan Surat Pekeliling Ikhtisas adalah berasaskan kepada kehendak semasa atau sekiranya surat Pekeliling Ikhtisas itu tidak lagi relevan atau berlaku pertindihan mengenai sesesuatu perkara yang sama, ia dilakukan dengan kelulusan daripada pejabat KPM.

2.7 Surat panggilan mesyuarat Surat panggilan mesyuarat merupakan suatu dokumen bertulis yang sah di keluarkan untuk memaklumkan bahawa mesyuarat tersebut akan diadakan seperti ketentuan berikut: Tarikh Masa Tempat Pengerusi

Selain daripada ini maklumat mengenai agenda mesyuarat juga akan dinyatakan dalam surat panggilan ini supaya ia mudah menyampaikan maklumat penting dan akan melicinkan perjalanan mesyuarat.

2.8 Pengurusan fail

Fail merupakan seutas benang untuk mengikat dokumen supaya tidak tercicir.Ia juga merupakan satu folder dimana di dalamnya surat-suratan di susun dengan cermat dan teratur,diberi tajuk,nombor daftar dan indeks.Alat yang dinomborkan dan didaftarkan mengikut kaedah tertentu dan digunakan untuk menyimpan dokumen yang berkaitan dengan satu perkara atau subjek. Sistem fail didefinisikan sebagai proses menyimpan segala rekod dan dokumen untuk simpan selamat atau satu rantaian aktiviti yang bermula dan berakhir.Satu proses klasifikasi penyusunan,penyimpanan dan pelupusan rekod supaya mudah diperolehi dengan cepat bila dikhendaki.Definisi fail adalah mengandungi dokumen,surat dan catatan minit.Manakala SPF didefinisikan sebagai meliputi pembukaan,pendaftaran,pergerakan,penyimpanan,pemindahan dan pelupusan. Tujuan sistem fail adalah untuk membantu agensi awam melaksanakan urusan pentadbiran pejabat dengan lebih cekap,teratur dan berkesan.Ia memperkemaskan arahan perkhidmatan sedia ada supaya sentiasa relevan dan dapat dijadikan panduan kepada agensi awam.Sistem fail mewujudkan sistem pengurusan rekod yang sistematik,cekap dan berkesan di jabatan dan membantu pegawai atau staff yang terlibat dengan fail dan surat dalam kerja-kerja mereka.Disamping itu pengurusan fail yang cekap akan mendapat pengiktirafan kerajaan dalam Anugerah MS ISO.Ia digubal berasaskan arahan perkhidmatan dan ditambah baik dengan mengambil kira kemajuan teknologi maklumat dan multimedia di samping mengekalkan kaedah pelaksanaan tugas secara tradisional terutamanya di jabatan atau agensi yang kecil.Rujukan

hendaklah dibuat pada pekeliling ,suratpekeliling atau peraturan lain yang berkuatkuasa dari semasa ke semasa berkaitan dengan panduan pengurusan pejabat. Reka bentuk kulit fail terbahagi kepada beberapa jenis iaitu: Terbuka (AM 435-pin.1/80) Sampul kecil (AM 435 A-pin.1/82) Terhad (tanda terhad) Sulit (AM 436) hijau Rahsia (AM 437) Rahsia besar (AM 438)

Kepentingan fail adalah ia membolehkan maklumat yang terkandung di dalamnya dikawal dan dicapai dengan cepat dan tepat apabila diperlukan.Fail mesti diuruskan dengan sistematik mengikut piawaian dan prosedur pengurusan rekod yang ditetapkan oleh Jabatan Arkib Negara.

3.0 PELAKSANAAN Setiap murid wajib menyertai satu bahagian yang berikut: Kelab /Persatuan

Sukan / Permainan

Unit Beruniform

Kegiatan ko-kurikulum ini melibatkan semua murid Tahun 4, 5 dan 6 sahaja. Selain daripada perjumpaan mingguan, sekolah juga menyediakan beberapa aktiviti tahunannya seperti : Temasya sukan tahunan sekolah Perkhemahan tahunan badan beruniform Menghantar pasukan sekolah menyertai pertandingan anjuran PPD / MSSD / MSSM.

Selain daripada waktu aktiviti mingguan, latihan bagi pasukan sekolah juga diadakan pada waktu petang hari persekolahan.

3.1 SUKAN / PERMAINAN 1. Sukan untuk semua Setiap murid hendaklah didedahkan dengan pengetahuan danpengalaman mengenai sesuatu permainan yang ditawarkan.Menggalakkan murid menyertai jenis sukan tertentu dan aktiviti kecergasan yang diminati sebagai pengisi masa dan kesejahteraan diri. 2. Sukan untuk kecemerlangan Mengenal pasti murid yang berpotensi untuk cemerlang dalam pertandingan antara rumah sukan / kelas. Murid berpotensi diikhtiarkan untuk mendapat latihan yang secukupnya. 3.1.1 Gerak kerja Sukan / Permainan yang diadakan ialah

Olahraga

Sepak takraw

Hoki Bola jaring Bola tampar Boling padang Bola sepak Bola baling Badminton Ping pong Gimnastik artistik

3.2 KELAB / PERSATUAN Penyertaan murid-murid adalah ditentukan oleh pihak sekolah untuk mengelakkan penyertaan murid untuk satu-satu kelab atau persatuan tidak terlalu ramai atau terlalu sedikit bilangannya. Keahlian sebaik-baiknya tidak melebihi 100 orang yang terdiri daripada murid tahun 4, 5 dan 6. Murid-murid daripada tahun 4, tahun 5 dan tahun 6 mempunyai Ahli Jawatankuasa masing-masing untuk menentukan kesinambungan dari segi kepimpinan dan pengurusan persatuan. Gerak kerja Kelab / Persatuan yang diadakan ialah:

3.3 UNIT BERUNIFORM Setiap murid wajib menyertainya dan diberi peluang mendapat pengalaman dalam pasukan Unit Beruniform. Gerak kerja Unit Beruniform yang diadakan ialah:

3.4 FUNGSI GERAK KERJA KOKURIKULUM

1)

Pengukuhan dan penggayaan Pengetahuan yang diperolehi daripada pelajaran akademik dapat dikukuh dalam gerak kerja kokurikulum. Khidmat Masyarakat Guru, kakitangan dan pelajar boleh memberi bimbingan kepada masyarakat setempat dan sebaliknya bagi memupuk hubungan dua hala serta menyemai semangat berkhidmat, bekerjasama dan saling bantu-membantu. Hobi dan Rekreasi Melalui gerak kerja kokurikulum, pelajar dapat mengisi masa lapang mereka dengan berfaedah serta membina kesihatan mental dan fizikal. Kerjaya Gerak kerja kokurikulum dapat memberi asas kerja kepada pelajar. Pengetahuan dan kemahiran ini sangat berguna apabila mereka memasuki dunia pekerjaan kelak.

2)

3)

4)

5)

Perkembangan diri individu Semua gerak kerja kokurikulum dapat memberi peluang kepada murid melatih diri sendiri untuk kesihatan diri, disiplin dan menyesuaikan semangat supaya dapat dihayati nilai perpaduan dan kewarganegaraan. 10

4.0 PENILAIAN AKTIVITI KOKURIKULUM Aspek-aspek yang dinilai: Dalam setiap jenis aktiviti kokurikulum yang dianggotai oleh seseorang murid ada empat aspek yang dinilai iaitu: Kehadiran Pencapaian Penglibatan Jawatan disandang

Bagi keempat-empat aspek ini peratus markah yang diperuntukkan adalah seperti berikut:

Aspek Penilaian Kehadiran Pencapaian Penglibatan Jawatan disandang

Markah (%) 50 20 20 10

Markah aspek kehadiran dianggap sebagai markah yang tertinggi. Ini bertujuan untuk menggalakkan murid hadir pada setiapaktiviti yang dijalankan. Bilangan kehadiran yang maksimumberasaskan kepada jumlah minggu persekolahan setahun danmengambil kira bahawa setiap jenis aktiviti kokurikulum dijalankansekali seminggu dan dengan peruntukan 2 jam. Pengecualiankehadiran hanya dipertimbangkan jika murid sakit, menyertai kegiatanlain dengan kelulusan dan sebab-sebab lain yang munasabah.Ketidakhadiran ini perlulah dengan pengetahuan pihak sekolah.Perkiraan markah kehadiran adalah seperti berikut :

Markah kehadiran

Bilangan kehadiran x 50 Jumlah hari kegiatan

Markah aspek pencapaian adalah 20%. Markah ini adalah pencapaian murid dalam pertandingan di peringkat Sekolah, Zon / Daerah, Negeri, Kebangsaan dan Antarabangsa. Pencapaian yang dinilai hanyalah pada kedudukan johan, naib johan dan ketiga. Dalam aspek pencapaian markah bagi individu dan kumpulan adalah sama. Markah-markah pencapaian adalah seperti berikut: 11

PERINGKAT PERTANDINGAN Sekolah Zon / Daerah Negeri Kebangsaan Antarabangsa

MARKAH JOHAN 3 5 10 15 20 N. JOHAN 2 4 8 13 18 KETIGA 1 3 6 11 16

Markah aspek penglibatan adalah 20%. Markah ini diberi kepada semua ahli berdasarkan sumbangan dan komitmen mereka di dalam semua aktiviti yang dijalankan dan tahap penglibatan yang disertai. Markah penglibatan bagi individu dan pasukan atau kumpulan adalah sama. Markah-markah yang dicadangkan adalah seperti berikut : PENGLIBATAN Sekolah Zon / Daerah Peringkat Negeri Kebangsaan Antarabangsa MARKAH 3 5 10 15 20

Markah aspek jawatan disandang hanya 10% yang mana peratusan markah ini akan diberikan kepada individu yang memegang sesuatu jawatan yang tertinggi dalam kegiatan kokurikulum. Sungguhpun begitu ahli-ahli biasa dan jawatan-jawatan yang lain juga diperuntukkan markah mengikut jenis jawatan yang disandang. Agihan markah bagi jawatan yang disandang adalah seperti berikut:

JAWATAN DISANDANG Pengakap Diraja / PWI / Sub-Inspektor / Drum Mejar / Pengerusi / Naib Pengerusi dan Jawatan-jawatan / Pangkat-pangkat lain yang difikirkan sama taraf. PEWII / Staf Sar an / Sarjan Mejar / Ketua Trup / Setiausaha dan Jawatan-jawatan / Pangkat-pangkat lain yang difikirkan sama taraf. Sar an Penolong Trup / Bendahari dan Jawatanjawatan Pangkat-pangkat lain yang difikirkan sama taraf. Koperal Lans Koperal Ketua Patrol / Penolong Ketua Patrol / AJK dan Jawatan-jawatan / Pangkat-pangkat lain yang difikirkan sama taraf. Konstabel / Prebet / Ahli biasa

MARKAH 10 %

10%

7%

5%

3%

12

Setiap pemberian markah dalam aspek-aspek yang dinilai adalah berdasarkan markah tertinggi yang diperolehi oleh seseorang murid. Umpamanya seorang murid mewakili daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa, markah aspek pencapaian yang diambil kira hanyalah pencapaian di peringkat antarabangsa. (20 markah) Gred penilaian setiap markah yang diperolehi adalah seperti berikut : GRED A B C D E MARKAH Antara 80% hingga 100% Antara 60% hingga 79% Antara 40% hingga 59% Antara 20% hingga 39% 19% dan ke bawah

Gred Keseluruhan Gred keseluruhan bermaksud gred yang diperolehi oleh seseorang murid dalam ketiga-tiga jenis kegiatan kokurikulum yang dianggotainya. Gred keseluruhan boleh diperolehi dengan mencampurkan jumlah markah ketiga-tiga kegiatan kokurikulum yang diperolehi dan mendapatkan purata bagi ketiga-tiga markah tersebut. 4.1 Proses Penilaian Rekod kehadiran dicatat sepanjang tahun dalam buku log. Guru Pemimpin melengkapkan buku laporan Gerak Kerja Kokurikulum pelajar di hujung tahun Guru kelas memberi ulasan dan menandatangani buku laporan Guru Kelas (Thn. 6) mengenal pasti tahun penilaian terbaik GPK Kokurikulum mengesahkan buku laporan tersebut Buku laporan diedarkan kepada murid-murid untuk ditandatangani oleh ibubapa / penjaga.

5.0 SENARAI TUGAS 5.1 Setiausaha Kokurikulum Membantu GPK Kokurikulum merancang aktiviti kokurikulum sekolah. Memanggil mesyuarat sekurang-kurang dua kali setahun. Memastikan penglibatan murid-murid menyeluruh. Menentukan takwim, jadual aktiviti dan peraturan kokurikulum sekolah berjalan mengikut perancangan Memastikan sekolah mengambil bahagian dalam kegiatan kokurikulum Peringkat Zon / MSSD / MSSS / MSSM.

13

Memastikan konsep SUKAN untuk SEMUA dan SUKAN untuk ELIT dilaksanakan di sekolah. Membuat anggaran perbelanjaan dan menentukan peruntukan kewangan yang akan digunakan. Merekod setiap pencapaian murid dan menyediakan senarai nama guru dan murid yang akan menerima pengiktirafan dan penghargaan atas prestasi cemerlang dalam bidang masing-masing. Menilai aktiviti kokurikulum dan membuat laporan tahunan.

5.1.1 Setiausaha / Penyelaras Sukan Merancangkan program sukan sekolah secara am. Mentadbir dan menguruskan program sukan. Menyelaraskan dan menyelia semua kegiatan sukan antara kelas antara rumah antara sekolah Majlis Sukan Sekolah-sekolah Memanggil mesyuarat Majlis Sukan Sekolah, Majlis Kerja Sukan, guru-guru rumah dan guru-guru permainan. Mewakili Guru Besar / GPK Kokurikulum menghadiri mesyuarat di peringkat daerah dan negeri bila dan di mana perlu Mengurus dan melaksanakan kejohanan-kejohanan Merentas Desa dan Sukan Tabunan. Mengurus dan menentukan tempat-tempat dan alat-alat permainan, gelanggang, padang, tiang-tiang gol dan lain-lain dalam, keadaan selamat dan mengikut peraturan pertandingan. Menyelia dan memastikan segala kemudahan dan alat-alat sukan diselenggarakan dengan baik. Menyimpan serta menyelenggarakan stok sukan dengan sempurna dan kemaskini. Menasihati dan memberi bantuan yang perlu kepada guru-guru rumah sukan. Memastikan kebenaran secara bertulis didapati daripada ibubapa / penjaga untuk muridmurid menyertai kegiatan luar. Memastikan bahawa langkah-langkah keselamatan telah diambil untuk semua kegiatan sukan. Menyediakan satu jadual tugas guru-guru dan jadual untuk semua permainan dan olahraga. Menyediakan dan menyelenggarakan sebuah papan kenyataan yang besar untuk memberi maklumat berkenaan dengan aktiviti-aktiviti sukan sekolah. 14

Menyimpan rekod yang lengkap segala jenis perlawanan samada di peringkat sekolah, antara sekolah atau di peringkat MSSS.

5.1.2 Guru Sukan / Permainan Memajukan kemahiran dan minat pelajar-pelajar dalam permainan yang dijaganya dengan melatih mereka mengikut jadual yang ditetapkan oleh pihak Majlis Sukan Sekolah. Mengaturkan seberapa banyak permainan persahabatanyang boleh. Membentuk pasukan sekolah mengikut kumpulan umur. Mengadakan pemilihan dan latihan. Mengiring dan menjaga disiplin pemain-pemain pada masa latihan ataupun perlawanan. Menyediakan segala peralatan perubatan yang perlu. Menguruskan pengangkutan dan surat kebenaran dari ibubapa / penjaga bagi murid yang mewakili sekolah. Membahagi dan mengumpul semua alat-alat sukan yang diberi kepada pemain-pemain dan bertanggungjawab di atas keselamatan segala peralatan tersebut. Menjadi pengerusi penganjur permainan semasa Program Pertandingan Antara Rumah Sukan. Menjadi setiausaha penganjur daerah jika sekolah dipilih menjadi pengerusi peringkat sekolah. Mewakili Guru-Besar / GPK Kokurikulum menghadiri mesyuarat di peringkat daerah. Menyimpan rekod-rekod pertandingan di semua peringkat dan melaporkannya kepada setiausaha sukan.

5.1.3 Guru Rumah Sukan Bertanggungjawab seperluhnya tentang keupayaan dan kejayaan Rumah Sukan di bawah jagaannya. Membuat pendaftaran mengikut kategori kumpulan umur. Mengadakan mesyuarat Agung dan melantik ahli jawatankuasa bagi rumah sukan sendiri. Menyediakan program dan jadual latihan serta jadual tugas guru-guru dalam rumah sukan. Menyelia latihan rumah sukan dan memastikan kehadiran guru dan pelajar semasa latihan. Menyediakan pasukan untuk menyertai kejohanansukan tahunan dan pertandingan permainan antara rumah sukan.

15

5.1.4 Guru Kelab / Persatuan / Unit Beruniform Bertanggungjawab di atas segala kegiatan dan kecemerlangan kelab persatuan / badan beruniform. Mengadakan mesyuarat Agung kelab / persatuan / badan beruniform dan melantik Ahli jawatan kuasa. Merancang dan melaksanakan aktiviti sepanjang tahun. bertanggung jawab terhadap sebarang kutipan yuran. Kebenaran dari ibubapa / penjaga hendaklah diperolehi jika mengadakan aktiviti di luar kawasan sekolah atau di luar waktu persekolahan. Sebarang surat kepada pihak luar hendaklah ditandatangani oleh Guru Besar. Mencatat kehadiran guru dan ahli di dalam buku log setiap kali Perjumpaan. Menyimpan rekod-rekod aktiviti sepanjang tahun dan membuat laporan bertulis setiap akhir tahun.

6.0 PROSEDUR PENGURUSAN DAN PELAKSANAAN GERAK KERJA KOKURIKULUM Menerima buku panduan pengurusan Gerak kerja Kokurikulum daripada Jabatan Pendidikan Negeri. Meneliti dan mengkaji kandungan Buku Panduan Pengurusan Gerakerja Kokurikulum. Memberi taklimat dan berbincang dengan guru-guru dari Jawatankuasa Bimbingan Pelajar Sekolah (JBPS) mengenai gerak kerja kokurikulum. Menyediakan takwim dan jadual waktu kegiatan sekolah. Menetapkan tenag pengawas dan pengajar. Memberikan taklimat kepada murid-murid mengenai gerak kerja kokurikulum. Mengedar dan mendapatkan surat kebenaran ibubapa / penjaga murid untuk menyertal gerak kerja kokurikulum. Mengedar dan menganalisa borang menyertai gerak kerja kokurikulum kepada murid. Mengadakan Mesyuarat Agung dan melantik ahli jawatankuasa di kalangan murid-murid bagi setiap gerak kerja kokurikulum. Menyediakan aktiviti mingguan untuk sepanjang tahun. Menjalankan aktiviti dan membuat laporan mingguan serta mengisi buku gerko murid.

6.1 Penyeliaan Memastikan gerak kerja kokurikulum berjalan mengikut jadual. Memastikan langkah-langkah keselamatan telah diambil. Menyediakan laporan tahunan bagi setiap gerak kerja yang dijalankan.

6.2 Penilaian Menilai keseluruhan program gerak kerja kokurikulum. Mengisi buku laporan gerak kerja murid. 16

Kesimpulan Pengurusan bidang kokurikulum ini dapat membantu guru-guru mengumpul maklumat dan pengetahuan sekaligus bagi mengembangkan idea dan potensi mereka dalam menguruskan sesuatu aktiviti kokurikulum dan menerapkan nilai-nilai murni,jati diri,integrasi dan tanggungjawab.

17

You might also like