You are on page 1of 5

1. Adakah anda pernah mendengar tentang program pembangunan lestari?

YA 20 TIDAK 5

Berdasarkan jawapan yang diperoleh, kebanyakan responden menyatakan bahawa mereka pernah mendengar mengenai program pembagunan lestari, manakala selebihnya 25 orang responden menyatakan bahawa mereka tidak pernah mendengar mengenai program pembagunan lestari. 2. Adakah anda sedar tentang kepentingan program pembagunan lestari? YA 18 TIDAK 7

Akibat daripada pendedahan awal mengenai program pembangunan lestari, kebanyakan responden iaitu seramai 18 orang menjawab ya manakala 7 orang menjawab tidak. 3. Adakah anda telah bersedia untuk mengubah gaya hidup anda ke arah kelestarian? YA 21 TIDAK 4

Kebanyakan warga IPG boleh dikatakan bersedia untuk menjalani kehidupan kearah kelestarian memandangkan lebih daripada separuh responden menjawab ya manakala hanya 4 orang responden menjawab masih tidak bersedia untuk menjalani kehidupan kearah kelestarian. 4. Adakah anda merasakan bahawa satu tindakan positif untuk IPG KPP melancarkan kampus berkonsepkan pembangunan lestari? SETUJU 25 TIDAK SETUJU -

Semua responden bersetuju bahawa pelancaran kampus berkonsepkan pembangunan lestari merupakakn satu tindakan positif.

5. Adakah anda merasakan persekitaran hijau dalam kampus merupakan salah satu ciri dalam pembagunan lestari? YA 23 TIDAK 2

Majoriti menjawab ya bahawa persekitaran hijau merupakan salah satu ciri dalam pembangunan lestari. Manakala hanya 2 orang sahaja yang menjawab tidak. 6. Adakah anda bersetuju bahawa kitar semula adalah sebahagian daripada program pembangunan lestari? SETUJU 24 TIDAK SETUJU 1

Seramai 24 orang menjawab ya bahawa kitar semula merupakan sebahagian daripada program pembangunan lestari dan hanya seorang responden tidah bersetuju bahawa kitar semula merupakan sebahagian daripada program pembagunan lestari. 7. Adakah anda tahu kebaikan-kebaikan mengamalkan aktiviti kitar semula? YA 24 TIDAK 1

24 orang responden tahu mengenai kebaikan mengamalkan kitar semula manakala hanya seorang responden tidak mengetahui mengenai kebaikan amalan kitar semula. 8. Adakah anda mengamalkan amalan kitar semula dalam kehidupan seharian? YA 12 TIDAK 13

Bilangan responden boleh dikatakan seimbang antara yang menjawab ya dan juga tidak. Seramai 12 orang menjawab ya manakala 13 orang menjawab tidak. Majoriti daripada responden menjawab tidak.

9. Jika IPG KPP menjalankan program kitar semula, adakah anda akan menyertai program kitar semula ini? YA 24 TIDAK 1

Majoriti seramai 24 orang menjawab ya, mereka akan menyertai program kitar semula jika program ini dijlankan di kampus manakala hanya seorang responden tidak mahu menyertai program kitar semula. 10. Program pembangunan lestari menekankan amalan 5R. Pernahkah anda mendengar tentang 5R? YA 8 TIDAK 17

Kebanyakan responden tidak pernah mendengar mengenai 5R. Sebanyak 17 oarang menjawab tidak dan hanya 8 orang responden menjawab ya. 11. Adakah anda tahu apa itu 5R? YA 6 TIDAK 19

Responden tidak mengetahui apa itu kandungan yang terdapat dalam 5R. Daripada 25 orang respoden, hanya 6 orang menjawab ya manakala selebihnya menjawab tidak. 12. Jika ya, senaraikan 5R tersebut. 6 orang responden yang menjawab ya dapat menyenaraikan dengan betul elemen 5R. 13. Apakah warna tong kitar semula untuk kaca? COKLAT 24 JINGGA 1 BIRU 0

Berdasarkan survey yang dijalankan, majoriti pelajar mengetahui warna tong kitar semula untuk kaca iaitu coklat. Seramai 24 orang memberi jawapan tong berwarna coklat. Manakala, hanya seorang saja yang memberikan jawapan yang salah iaitu tong berwarna jingga.

14) Apakah warna tong kitar semula untuk kertas? COKLAT 1 JINGGA o BIRU 24

Seramai 24 orang memberi jawapan yang betul iaitu warna tong untuk kitar semula kertas ialah tong berwarna biru. Manakala, hanya seorang saja yang memberikan jawapan yang salah iaitu tong berwarna coklat. Berdasarkan survey yang dijalankan, majoriti pelajar mengetahui warna tong kitar semula untuk kertas iaitu biru.

15) Adakah barang-barang yang diperbuat daripada polisterin boleh dikitar semula. YA 5 TIDAK 20

Berdasarkan survey, majoriti pelajar mengetahui bahawa barang-barang yang diperbuat daripada polisterin tidak boleh dikitar semula. Ini menunjukkan mereka mempunyai pengetahuan asas berkaitan kitar semula. Seramai 20 orang memberi jawapan bahawa barang-barang yang diperbuat daripada polisterin tidak boleh dikitar semula. Manakala, hanya 5 orang saja yang memberikan jawapan barangbarang yang diperbuat daripada polisterin boleh dikitar semula

16) Adakah barang-barang kitar semula boleh dijadikan sebagai sumber bahan mentah untuk industri perkilangan dan pembuatan. YA 7 TIDAK 18

Seramai 18 orang memberi jawapan bahawa barang-barang kitar semula tidak boleh dijadikan sebagai sumber bahan mentah untuk industri perkilangan dan pembuatan. Manakala, hanya 7 orang saja yang memberikan jawapan barang-barang kitar semula boleh dijadikan sebagai sumber bahan mentah untuk industri perkilangan dan pembuatan.

Ini menujukkan majoriti pelajar masih tidak mengetahui bahawa barang-barang kitar semula sebenarnya boleh dijadikan sebagai sumber bahan mentah untuk industri perkilangan dan pembuatan. Sebagai contoh, terdapat kilang tisu yang menggunakan kertas-kertas terpakai sebagai bahan mentah untuk menghasilkan tisu.

You might also like