You are on page 1of 1

TUJUH SIMBOL ASAS MALAYSIA Pada 17 September 1963, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ketiga, Tuanku

Syed Putra Al-Haj Ibni Al-Marhum Syed Hassan Jamalullai, mengumumkan tujuh simbol yang menjadi asas Malaysia. Bertitah pada satu majlis perhimpunan kanakkanak, baginda menyeru semua kanak-kanak supaya mempunyai keyakinan teguh terhadap Malaysia yang baru ditubuhkan itu. Baginda bertitah bahawa simbol berkenaan ialah:BANGUNAN PARLIMEN - Ia menjadi tugu keyakinan kita terhadap demokrasi berparlimen berdasarkan pilihan rakyat.

MASJID NEGARA - Menjadi tugu kebebasan beragama kerana semua rakyat dan bangsa menyumbangkan wang bagi pembinaannya, selain wan yang diperuntukkan oleh kerajaan

KOLEJ UNIVERSITI DAN INSTITUSI PENGAJIAN LAIN - Melambangkan keyakinan kita terhadap pelajaran dan usaha memberi ilmu kepada rakyat

STADIUM MERDEKA DAN STADIUM NEGARA - Menjadi simbol tentang kepercayaan kita bahawa otak yang cergas terdapat pada tubuh yang sihat dan simbol bagu usaha mempuk persahabatan melalui sukan

TUGU NEGARA - Menjadi simbol semangat dan pengorbanan rakyat dalam mempertahankan negara

DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA - Menjadi simbol kekayaan warisan dan kedudukan istimewa Bahasa Kebangsaan, yang menjadi bahasa rasmi Malaysia.

MUZIUM NEGARA - Menjadi simbol utama usaha membina kebudayaan nasional.

You might also like