You are on page 1of 1

Persamaan antara Perdagangan Dalam Negeri dengan Perdagangan Antarabangsa

1.Mengamalkan pengkhususan
perdagangan dalam negeri dan perdagangan antarabangsa mendorong sesebuah negara
untuk mengamalkan pengkhususan. Sesetengah kawasan di Malaysia seperti Dataran
Kedah dan Delta Kelantan mengkhusus dalam pengeluaran padi. Tanah Tinggi Cameron
pula terkenal dengan penanaman teh dan sayur-sayuran. Pada peringkat antarabangsa,
Malaysia mengkhusus dalam pengeluaran minyak sawit dan getah, Jepun mengkhusus
dalam pengeluaran kereta, sementara Amerika Syarikat pula mengkhusus dalam
pengeluaran kapal terbang dan alat perubatan.

2.Mendapat keuntungan
Perdagangan dalam negeri dan perdagangan antarabangsa diwujudkan bertujuan
mendapatkan keuntungan Firma dalam negeri akan membeli atau mengeluarkan barang
dan perkhidmatan dengan kos yang rendah dan menjualnya pada harga yang lebih
tinggi. Negara yang menjalankan perdagangan antarabangsa pula akan mengeksport
barang dan perkhidmatan pada harga lebih rendah serta mengimport barang dan
perkhidmatan lain pada harga yang lebih tinggi untuk memperoleh keuntungan.

3.Memenuhi keperluan dan kehendak pengguna


Firma yang mengusahakan perdagangan dalam negeri dan perdagangan antarabangsa akan
mengeluarkan barang dan perkhidmatan untuk memenuhi keperluan serta kehendak para
pengguna. Pengguna boleh membeli keperluan asas seperti pakaian, rumah dan makanan
di pasaran tempatan atau mengimport keperluan seperti gandum, susu, dan gula dari
luar negara.

4.Meningkatkan taraf hidup rakyat


Perdagangan dalam negeri dan perdagangan antarabangsa membolehkan firma menawarkan
pelbagai jenis barang dan perkhidmatan kepada rakyat. Melalui pengkhususan, firma
dapat mengeluarkan pelbagai barang dan perkhidmatan dengan harga yang lebih murah
dan dengan mutu yang lebih baik. Dengan itu, kuasa beli masyarakat akan meningkat
dan memungkinkannya mendapat pilihan barang yang lebih benyak. Keadaan ini akan
meningkatkan taraf hidup rakyat.

5.Memerlukan perkhidmatan sokongan yang sama


Kedua-dua aktiviti perdagangan dalam negeri dan perdagangan antarabangsa
memerlukan perkhidmatan sokongan yang sama untuk melicinkan urusan perdagangan.
Antara contoh perkhidmatan sokongan itu termasuklah perkhidmatan bank, insurans,
pengangkutan, pergudangan, komunikasi dan promosi.

6.Melibatkan penggunaan dokumen


Perdagangan dalam negeri dan perdagangan antarabangsa melibatkan penggunaan
dokumen untuk memastikan segala urus niaga direkodkan secara sistematik. Dokumen
perniagaan yang digunakan dalam perdagangan dalam negeri adalah seperti invois dan
nota kredit, nota debit, penyata akaun perdagangan antarabangsa pula dokumen
perniagaan yang digunakan adalah seperti bil muatan, invois konsular, sijil asal
usul dan borang pengakuan kastam

You might also like