You are on page 1of 10

1.

Item objektif terdiri daripada soalan yang memerlukan jawapan yang pendek dan tepat seperti soalan betul-salah, aneka pilihan, padanan dan ujian kloz. a Tiga prinsip soalan objektif aneka pilihan i ii iii iv Aras kesukaran setiap soalan perlulah setara Soalan dan jawapan hendaklah ditulis secara padat dan jelas Perkataan sepunya tidak diulang-ulang dalam setiap pilihan jawapan Taburan jawapan perlu dibuat secara rawak untuk mengelakkan murid meneka jawapan Arahan mestilah jelas sama ada murid perlu memilih jawapan yang betul atau paling tepat Tulis setiap pilihan jawapan secara menarik supaya jawapan yang diberikan munasabah

vi

[Pilih tiga pilihan jawapan sahaja atau terima jawapan lain yang relevan]

Dua kelebihan item-item subjektif i. ii. iii iv Item mudah dibina Boleh menguji tahap tinggi Boleh mengelak daripada tekaan Dapat mengukur hasil pembelajaran yang kompleks

[Pilih dua pilihan jawapan sahaja atau terima jawapan lain yang relevan]

2.

Cikgu Ravi mengajarkan Bahasa Melayu kepada murid-murid tahun 5 Murni dan 5 Bakti. Selepas tiga bulan mengajar, Cikgu Ravi berhasrat untuk menjalankan ujian kemajuan dan ujian kefasihan. a Dua tujuan ujian kemajuan dijalankan i Menentukan kemajuan murid dan tahapnya dari semasa ke semasa di sepanjang pembelajaran mereka. Mengukur keupayaan dan kecekapan murid melakukan sesuatu tugas berasaskan satu-satu tajuk tertentu.

ii

Enam elemen yang boleh dinilai semasa menjalankan ujian kefasihan. i ii iii iv penyebutan dan pengucapan yang betul serta terang kadar kelajuan bacaan yang sesuai dengan bahan yang dibaca intonasi dan nada yang betul pemilihan ungkapan yang betul

mimik muka yang jelas sesuai untuk membayangkan sesuatu maksud dengan jelas posisi tubuh yang betul kedudukan buku yang betul pergerakan mata (mata pembaca yang lemah akan berhenti untuk menyerap perkataan) pecahan ayat ( memecahkan ayat-ayat yang panjang menjadi bahagian-bahagian kecil)

vi vii viii

ix

[Pilih enam pilihan jawapan sahaja atau terima jawapan lain yang relevan]

3.

Cikgu Saiful sedang merancang untuk melaksanakan penilaian melalui kontrak pembelajaran kepada para pelajarnya. Berdasarkan situasi di atas, jelaskan tiga prinsip pelaksanaan penilaian melalui kontrak pembelajaran. i ii iii iv Murid akan bertanggungjawab terhadap strategi pembelajarannya Murid menyatakan gred akademik yang diharapkan dalam kontraknya Gred terakhir boleh dibincangkan dan kompromi antara guru dan murid Jenis dan bentuk hasil pembelajaran telah ditentukan terlebih dahulu oleh guru Sistem penggredan dan kaedah penilaian keseluruhannya ditentukan oleh guru Murid merangka beberapa objektif dan akan memilihnya setelah berbincang dengan guru Objektif ditentukan oleh guru sementara murid menetapkan strategi pelaksanaannya Beberapa set objektif dipilih oleh guru dan murid kemudiannya memilih sendiri objektif yang sesuai Penilaian dibuat oleh individu berkenaan dan rakan sebaya. Guru hanya memantau dan membuat kata putus tentang pemberian gred

vi

vii

viii

ix

[Pilih tiga pilihan jawapan sahaja atau terima jawapan lain yang relevan ]

Penilaian melalui pemerhatian dilakukan secara berterusan mengikut jangka masa yang diperlukan bagi membantu guru memperoleh maklum balas tentang keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

Nyatakan dua strategi yang sesuai digunakan oleh guru untuk melaksanakan penilaian melalui pemerhatian.

i.

Maklum balas diperoleh melalui pemerhatian guru dan tindak balas murid Refleksi tentang pemerhatian pengalaman boleh dikategorikan sebagai

ii.

iii.

Jangka masa pemerhatian hendaklah disesuaikan dengan keadaan dan keperluan Pemerhatian boleh dilaksanakan secara global atau analitik mengikut objektif dan tujuan pemerhatian Pelaksanaan penilaian dibuat secara berterusan mengikut keperluan yang telah dikenal pasti atau dirancang Tindakan susulan terhadap hasil atau pemerhatian hendaklah dibuat selepas mengkaji kesan atau implikasi ke atas murid Proses merekod dan menganalisis boleh dibuat dengan menggunakan pensel dan kertas atau secara berkomputer mengikut keperluan dan kesesuaian Penilaian boleh dibuat dengan menggunakan senarai semak atau alat pengujian lain seperti rekod anekdot yang meliputi aspek kognitif, afektif, psikomotor, bahan dan persekitaran

iv.

v.

vi.

vii.

viii.

[Pilih dua pilihan jawapan sahaja atau terima jawapan lain yang relevan ]

Terdapat dua jenis bacaan yang dapat dilaksanakan oleh guru untuk meningkatkan kemahiran membaca murid, iaitu bacaan intensif dan bacaan ekstensif. Terangkan beserta contoh jenis-jenis bacaan tersebut.

Bacaan Intensif bertujuan untuk memperkembangkan kebolehan dalam menilai, memahami, dan mentafsir dengan tepat perkara yang dibaca mengkaji ciri-ciri tatabahasa seperti struktur ayat, frasa atau klausa meneliti pembentukan dan penggunaan perkataan serta maksud atau pengertiannya dalam konteks-konteks yang berlainan Contoh : (i) (ii) mencari isi-isi penting berdasarkan petikan menjawab soalan pemahaman berdasarkan teks

Bacaan Ekstensif pembacaan yang dilakukan di luar bilik darjah bahan bacaan seperti majalah, surat khabar, jurnal, ensaiklopedia dan buku-buku rujukan yang lain di luar masa persekolahan tanpa bimbingan guru Contoh : (i) (ii) membaca cerpen atau majalah kanak kanak membuat rujukan berdasarkan kamus bergambar atau ensaiklopedia kanak-kanak.

Terdapat beberapa teknik untuk menguji kemahiran mendengar dalam kalangan pelajar. Salah satunya ialah ujian imlak. Bina enam langkah yang terlibat untuk menjalankan ujian ini di dalam kelas i ii iii iv v vi Guru membaca petikan atau paragraf sebanyak 3 kali. Bacaan kali pertama, pelajar diminta mendengar isi petikan dan memahaminya. Semasa bacaan kali kedua pula, pelajar diminta menulis perkataan yang didengarnya. Guru perlu membaca mengikut tanda bacaan, jeda dan intonasi yang betul. Guru perlu memberitahu atau menyebutkan kepada pelajar tanda bacaan yang digunakan. Semasa bacaan kali ketiga, pelajar diminta menyemak semula hasil penulisan mereka.

[Pilih enam pilihan jawapan sahaja atau terima jawapan lain yang relevan ]

BAHAGIAN C 1. Terdapat dua jenis ujian utama, iaitu ujian sumatif dan ujian formatif. Jelaskan sepuluh aspek yang membezakan ujian sumatif dan ujian formatif.

Aspek Perbezaan Definisi

Formatif Ujian yang dijalankan secara formal dan tidak formal untuk mengesan penguasaan dan kemajuan pelajaran di kelas Menjalankan ujian formal dan tidak formal semasa sesi pelajaran secara individu, kumpulan atau kelas

Sumatif Ujian formal yang dijalankan untuk mengesan pencapaian dalam sesuatu tahap persekolahan Mengesan pencapaian murid berdasarkan beberapa unit pembelajaran dan pemeringkatan gred murid

Tujuan

Aktiviti

Menjalankan ujian formal atau Menjalankan ujian formal dalam tidak formal semasa waktu beberapa waktu pelajaran secara pelajaran secara individu, kelas kumpulan atau kelas Semasa mengajar sesuatu atau Selepas mengajar beberapa unit beberapa kemahiran pembelajaran dan pemeringkatan Tidak formal (pemerhatian atau Formal seperti ujian penselsoal jawab) atau formal (ujian kertas atau ujian lisan dalam pensel-kertas dalam masa yang masa yang sesuai singkat) Secara individu, kumpulan atau Secara kelas keseluruhan kelas Meliputi sesuatu kemahiran (ujian Meliputi beberapa unit tidak formal) atau beberapa pembelajaran atau sesuatu tahap kemahiran (ujian formal) persekolahan Kognitif, psikomotor dan afektif Terhad kepada tugasan Berubah-ubah Rujukan kriteria Kognitif sahaja Beraneka jenis Senang, sederhana dan sukar Rujukan norma

Masa

Bentuk

Sasaran

Liputan

Penekanan Sifat Aras kesukaran Jenis ujian Rekod

Tiada (bagi ujian tidak formal dan Penggunaan rekod profil atau penggunaan senarai semak / persijilan rekod prestasi bagi ujian formal)

Tindakan

Membetulkan kelemahan dengan serta-merta atau menjalankan aktiviti pemulihan / pengayaan dalam kelas

Menempatkan murid dalam kumpulan / kelas yang sesuai, merancang dan mengubah suai pelajaran atau kurikulum, member sijil berdasarkan pencapaian dalam peperiksaan

[Pilih sepuluh pilihan jawapan sahaja atau terima jawapan lain yang relevan]

2.

Kaedah penilaian bahasa merupakan satu kaedah yang digunakan untuk mengesan kemajuan murid-murid bertujuan untuk menguji dan mengukur perubahan tingkah laku bahasa mereka.

Berdasarkan pernyataan di atas, terangkan lima fungsi bagi setiap daripada dua kaedah penilaian bahasa yang boleh digunakan oleh seseorang guru.

Fungsi Kaedah Penilaian Bahasa

Portfolio

kaedah yang digunakan guru untuk mengumpul dan merekodkan pencapaian pelajar

bukti

membolehkan guru menggunakan bukti portfolio bersama rekod anekdot guru untuk menghasilkan penilaian holistik

mengekalkan galakan pelajar untuk mengawal dan membantu perkembangan kendiri, menentukan matlamat dan berasa bangga dengan hasil pencapaiannya

memberi peluang kepada pelajar membuat refleksi dan penilaian kendiri

membolehkan guru memantau perkembangan pembelajaran pelajar menggunakan peta perkembangan pembelajaran pelajar - aspek kemahiran, pengetahuan dan kefahaman

mempelbagaikan bukti penilaian seperti rekod pemerhatian dan penilaian, nota anekdot, rekod pelaksanaan tugas dan kadar pencapaian hasil pelajar

membolehkan penilaian dalam bidang afektif tentang usaha dan aplikasi dapatan melalui pemerhatian tingkah laku, penglibatan dalam kelas, inisiatif, kerjasama, ketabahan dan komitmen sewaktu membina portfolio.

Pemerhatian penilaian dilakukan secara berterusan mengikut jangka waktu yang ditentukan bagi membantu guru mendapat maklum balas tentang keberkesanan pengajaran dan pembelajaran membantu guru dan pelajar membuat refleksi masing-masing membantu guru mengikuti perkembangan individu / kumpulan dalam sesuatu proses pembelajaran pelajar atau kumpulan dapat melihat pencapaian diri sendiri atau rakan sebaya dalam sesuatu pembelajaran pelajar atau kumpulan boleh menilai tahap pencapaian diri sendiri atau rakan sebaya dalam sesuatu pembelajaran guru atau pelajar dapat menyusun , merancang tindak susul yang sesuai dengan proses pembelajaran guru dan pelajar berpeluang memerhati perkembangan psikomotor, kognitif dan afektif pelajar membantu guru mengetahui sejauh mana minat pelajar terhadap pelajaran yang diajarkan Projek projek dijalankan dalam satu tempoh masa yang tertentu dengan aktiviti yang melibatkan kutipan dan analisis data menggalakkan pelajar bekerjasama dan memikul tanggungjawab memberikan kebebasan pelajar untuk menunjukkan kreativiti dan inovasi

memberi peluang pelajar menggunakan bahan sumber yang terdapat di luar bilik darjah

memberi motivasi untuk belajar memberi peluang pelajar memainkan peranan sebagai pemimpin membenarkan pelajar untuk menentukan peranan membenarkan pelajar dengan minat dan kebolehan yang sama bekerja pada kadar yang setaraf dengan kemampuan

memberi satu suasana pembelajaran untuk pelajar yang segan dan malu menunjukkan kebolehan sepenuhnya

Kontrak Pembelajaran merupakan suatu persetujuan atau kontrak yang dibuat antara guru dengan pelajarnya berhubung dengan sesuatu tugasan secara bertulis membolehkan pelajar mengenal pasti dan merekodkan maklumat pembelajaran menetapkan objektif dan matlamat pembelajaran kendiri mengenal pasti kaedah-kaedah yang akan diambil untuk mencapai matlamat tersebut menetapkan jangka masa pelaksanaan dan penghasilannya menetapkan bukti yang menunjukkan bahawa objektif telah tercapai menentukan bagaimana dan pada tahap mana pencapaian matlamat pembelajaran dan tugasan akan dinilai memberi peluang kepada pelajar untuk menentukan matlamat pembelajaran masing-masing mengikut minat dan keupayaan sendiri menghasilkan kerja yang terancang membantu pelajar membuat refleksi bukan sahaja pada akhir tugasan tetapi juga pada sepanjang proses kerjanya dari awal hingga siap

3.

Skema pemarkahan amat penting dalam menilai ujian-ujian bercorak esei. Terdapat dua jenis skema pemarkahan yang biasa digunakan untuk menilai kemahiran menulis dan mengarang iaitu kaedah holistik dan kaedah analitikal. Pada pendapat anda, wajarkah kaedah holistik digunakan untuk menilai karangan pelajar ? Berikan alasan atau hujah untuk menyokong pendapat anda. i a Tidak wajar Setiap hasil karangan perlu dinilai secara lebih terperinci mengikut aspek dan subkemahiran yang telah ditetapkan. Contoh: Aspek-aspek yang perlu dinilai termasuklah tatabahasa, perbendaharaan kata, olahan, kelancaran dan aspek mekanis.

Penilaian yang dibuat oleh pemeriksa lebih bersifat subjektif. Contoh: Penilaian hanya berdasarkan tanggapan / impression pemeriksa dan tanpa skema pemarkahan yang seragam.

Memerlukan pemeriksa yang pakar, berpengalaman dan mahir dalam menilai karangan. Contoh: Pemeriksa yang kurang berpengalaman / guru baharu kurang mampu memeriksa karangan mengikut cara ini iaitu lebih spontan dalam memberi markah.

d.

Perlu menjalankan mesyuarat penyelarasan antara pemeriksa supaya perselisihan dalam pemberian markah dapat dikurangkan. Contoh: Mesyuarat penyelarasan perlu diadakan dan akan memakan masa.

e.

Unsur nasib dan peluang serta prasangka terdapat dalam kaedah pemarkahan jenis ini. Contoh: Cara penilaian berbeza antara seorang pemeriksa yang lain.

[Terima jawapan lain yang relevan] ii. Wajar a. Mudah dilaksanakan kerana contoh jawapan dan skema pemarkahan tidak disediakan. Contoh: Keputusan gred akan dibuat berdasarkan kriteria yang ditentukan terlebih dahulu. Misalnya, A = Cemerlang, B = Kepujian, C = Lulus dan D = Gagal b. Menjimatkan masa pemeriksa.

Contoh:

Pemeriksa hanya menilai karangan secara impression sahaja dan tidak melibatkan sebarang skema pemarkahan.

c.

Sesuai dilaksanakan apabila melibatkan skrip peperiksaan yang banyak. Contoh: Sangat praktikal bagi penilaian jenis sumatif yang melibatkan bilangan skrip yang banyak.

d.

Sesuai dilaksanakan untuk memeriksa jenis karangan terbuka dan sambutan diperluas. Contoh: Bentuk karangan yang memberi kebebasan luas kepada murid, seperti karangan bertajuk Faedah Membaca.

e.

Hanya perlu menyediakan model karangan sebagai panduan. Contoh: Hanya model-model karangan yang memenuhi ciri-ciri karangan yang dianggap cemerlang, baik, sederhana dan lemah yang perlu disediakan sebagai panduan.

[Terima jawapan lain yang relevan]

You might also like