You are on page 1of 9

http://ms.wikipedia.

org/wiki/Perlembagaan_
Malaysia
09.09.09

Perlembagaan Malaysia
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, gelintar
Malaysia

Rencana ini sebahagian daripada siri:


Politik dan kerajaan
Malaysia

Kerajaan[papar]
Eksekutif[papar]
Perundangan[papar]
Badan Kehakiman[papar]
Pilihan raya[papar]
Hubungan luar[papar]
Bahagian-bahagian[papar]

· Atlas
Negara-negara lain
Portal Politik
papar • bincang • sunting

Perlembagaan Malaysia, dikenali juga sebagai Perlembagaan Persekutuan mengandungi 183


perkara, adalah undang-undang tertinggi di Malaysia. Ia merupakan satu dokumen undang-
undang bertulis yang telah dibentuk berasaskan kepada dua dokumen terdahulu iaitu Perjanjian
Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan Kemerdekaan tahun 1957.

Isi kandungan
[sorok]
• 1 Sejarah
○ 1.1 Pindaan
• 2 Organisasi
• 3 Artikel
○ 3.1 Artikel 11
○ 3.2 Artikel 152
○ 3.3 Artikel 153
○ 3.4 Artikel 160
• 4 Lihat juga
• 5 Rujukan
• 6 Pautan luar

[sunting] Sejarah
Perlembagaan ini telah dirangka berdasarkan nasihat daripada Suruhanjaya Reid yang telah
melakukan kajian dalam tahun 1956. Perlembagaan berkenaan berkuatkuasa sejurus selepas
kemerdekaan pada 31 Ogos, 1957.
Ianya bermula dari satu persidangan perlembagaan telah diadakan di London 18 Januari hingga 6
Februari 1956 yang telah dihadiri oleh satu rombongan delegasi daripada Persekutuan Malaya,
yang mengandungi empat wakil pemerintah, iaitu ketua Menteri Persekutuan (Tunku Abdul
Rahman) dan tiga menteri-menteri lain, dan juga Pesuruhjaya Tinggi British di Malaya dan
penasihat-penasihatnya.
[sunting] Pindaan
Untuk meminda perlembagaan, satu majoriti dua pertiga (2/3) bersetuju kepada pemindaan ini
memerlukan persetujuan pada kedua-dua pada kedua-dua dewan di parlimen. Merujuk kepada
pakar perlembagaan Shad Saleem Faruqi, perlembagaan ini telah dipinda 42 kali semenjak 48
tahun selepas kemerdekaan sehingga 2005. Bagaimanapun, seperti mana beberapa pindaan telah
dibuat setiap kali, beliau menganggarkan bilangan sebenar pindaan individu adalah pada sekitar
650. Beliau menjelaskan bahawa "semangat dokumen sebenar telah dicairkan".
[sunting] Organisasi
Perlembagaan ini dibahagikan kepada 15 bahagian, setiap bahagian mengandungi satu atau lebih
artikel yang relevan.
• Bahagian 1 - Negeri-negeri, agama dan undang-undang persekutuan
• Bahagian 2 - Kebebasan asasi
• Bahagian 3 - Kewarganegaraan
• Bahagian 4 - Persekutuan
• Bahagian 5 - Negeri-negeri
• Bahagian 6 - Perhubungan antara persekutuan dan negeri-negeri
• Bahagian 7 - Peruntukan-peruntukan kewangan
• Bahagian 8 - Pilihanraya
• Bahagian 9 - Kehakiman
• Bahagian 10 - Perkhidmatan awam
• Bahagian 11 - Kuasa-kuasa khas menentang kuasa subversif dan darurat
• Bahagian 12 - Am dan pelbagai
• Bahagian 13 - Peruntukan sementara
• Bahagian 14 - Perkecualian bagi kedaulatan raja-raja dan sebagainya
• Bahagian 15 - Prosiding terhadap Yang di-Pertuan Agung dan raja-raja

[sunting] Artikel
[sunting] Artikel 11
Artikel 11 Perlembagaan Malaysia menyatakan bahawa Islam merupakan Agama rasmi
Persekutuan. Sungguh pun begitu setiap orang berhak mempraktikkan agamanya sendiri.
[sunting] Artikel 152
Rencana utama: Artikel 152 Perlembagaan Malaysia
Artikel 152 Perlembagaan Malaysia menyatakan bahawa bahasa kebangsaan merupakan bahasa
Melayu. Walau bagimanapun, perlembagaan menjamin kebebasan pembelajaran dan penggunaan
bahasa-bahasa lain, kecuali di atas tujuan-tujuan rasmi. Tujuan-tujuan Rasmi di sini bermakna
apa-apa tujuan kerajaan, samada negara atau negeri, dan termasuklah apa-apa tujuan penguasaan
awam. Untuk penguatkuasaan ini, semua prosiding mahkamah dan dokumen-dokumen parlimen
dan mesyuarat-mesyuarat mesti dilakukan di dalam bahasa Melayu.
Tulisan rasmi bagi bahasa Melayu juga dinyatakan di dalam Artikel 152 sebagai rumi atau
tulisan Latin. Walau bagaimanapun, penggunaan Jawi tidak dilarang.
[sunting] Artikel 153
Rencana utama: Artikel 153 Perlembagaan Malaysia
Artikel 153 Perlembagaan Malaysia memberi hak kepada Yang di-Pertuan Agong,
bertanggungjawab menjaga hak-hak dan keistimewaan orang Melayu dan bumiputera Malaysia.
Artikel ini secara terperinci memberitahu bagaimana kerajaan persekutuan mempertahankan
kepentingan kumpulan-kumpulan ini dengan mendirikan kuota untuk kemasukan perkhidmatan
awam, biasiswa dan pendidikan awam. Ia biasa dianggap sebagai sebahagian daripada kontrak
sosial.
[sunting] Artikel 160
Rencana utama: Artikel 160 Perlembagaan Malaysia
Article 160 mendefinisikan bentuk perkataan pelbagai yang digunakan di dalam perlembagaan.
Ia memberikan impak penting pada Islam di Malaysia dan orang Melayu disebabkan definisi
seorang Melayu pada klausa 2.
[sunting] Lihat juga
• Sejarah Malaysia
• Politik Malaysia
• Pilihan Raya Umum Malaysia
• Status kebebasan agama di Malaysia

[sunting] Rujukan
• Ahmad, Zainon & Phang, Llew-Ann (Oct. 1, 2005). The all-powerful executive. The Sun.

[sunting] Pautan luar

Wikisource mempunyai teks asal berkaitan rencana ini:


Perlembagaan Persekutuan Malaysia

Rencana berkaitan Malaysia ini merupakan tunas. Anda boleh membantu Wikipedia
dengan mengembangkannya.
Diambil daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Perlembagaan_Malaysia"
Kategori: Kerajaan Malaysia | Perlembagaan | Undang-undang 1957 | Rencana tunas Malaysia

http://arifomar.blogspot.com/2009/08/melayu-dalam-perlembagaan-negara-bekas.html
10.09.09

MUKADDIMAH

SEJAK akhir ini ada kecenderungan oleh pihak-pihak tertentu yang mempertikaikan
keistimewaan yang diberikan kepada orang-orang Melayu.

Mereka menuntut kedudukan yang sama dengan orang Melayu daripada pelbagai segi padahal
keistimewaan yang diberikan kepada orang Melayu bukanlah mengambil hak kaum-kaum lain.

Ada pihak yang mempertikaikan kenapa orang Melayu diberi keistimewaan sedangkan Melayu
juga asalnya pendatang yang datang ke negara ini. Hakikatnya banyak pihak melupakan sejarah
yang mencatatkan pengorbanan orang Melayu memberi kerakyatan kepada bukan Melayu
semasa mencapai kemerdekaan.

Pertikaian tentang hak keistimewaan orang Melayu terus dibangkitkan walaupun dalam
Perlembagaan menyebut tentang hak-hak tersebut. Pada masa yang sama Perlembagaan tidak
mendiskriminasi kaum-kaum tertentu kerana Perlembagaan mendapat persetujuan semua pihak.

Kita juga memberikan pengkelasan yang tidak tepat apabila menganggap tiga kaum utama iaitu
Melayu, Cina dan India menjadi tonggak di negara ini.

Bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Noor Abdullah menjelaskan, dalam
Perlembagaan menyebut bangsa Malaysia terdiri daripada lima kaum iaitu Orang Asli, Melayu,
Bumiputera Sabah serta Bumiputera Sarawak dan kaum-kaum lain.

“Saya syorkan kita berhentilah menggunakan istilah Melayu, Cina, India ini kerana dari sudut
Perlembagaan tidak ada disebutkan kaum Cina dan India. Namun kita yang memberikan
kedudukan kepada mereka,” tegas Mohd Noor ketika diwawancara oleh wartawan Mingguan
Malaysia KU SEMAN KU HUSSAIN dan HAFIZAHRIL ABDUL HAMID Khamis lalu.

MINGGUAN: Disebabkan banyak pihak tidak faham kedudukan Melayu dalam Perlembagaan,
boleh Datuk huraikan perkara ini?

MOHD NOOR: Saya ingin terangkan dahulu perkara-perkara penting tentang orang Melayu di
dalam Perlembagaan. Saya melihat banyak NGO-NGO Melayu sekarang ini bertindak dalam
keadaan marah dan bukan menjawab mengikut undang-undang. Kerana itu pertama sekali saya
ingin menjelaskan dalam perkara satu, negara ini perlu dikenali dalam Bahasa Melayu dan
bahasa Inggeris dengan nama Malaysia. Malaysia ini asalnya dari perkataan Malaya. Malaya itu
mengikut Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dahulu adalah Persekutuan Tanah Melayu.
Sepatutnya ia habis di situ. Oleh itu negara ini dikenali dunia sebagai Tanah Melayu dan tidak
disebut sebagai Persekutuan Tanah Melayu.

Nama Malaysia adalah termasuk Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak. Itu istilah
sebenar mengikut Perlembagaan. Tidak timbul masalah apabila disebut Semenanjung, Sabah dan
Sarawak walaupun dilihat sebagai berbeza kerana sebagai sebuah negara ia akan tetap disebut
Malaysia. Contohnya Orang Asli hanya terdapat di Semenanjung seperti orang Senoi, Jakun dan
Negrito.

Orang Asli adalah aborigin bagi Semenanjung. Di Sabah dan Sarawak tidak ada Orang Asli. Ini
hakikatnya. Penduduk di Sabah dan Sarawak dipanggil native (bumiputera). Orang Melayu juga
bukan Orang Asli. Orang Melayu juga native (bumiputera). Kita sama dengan orang Sabah dan
Sarawak dalam konteks kita adalah native di Semenanjung dan setaraf dengan Bumiputera Sabah
dan Sarawak. Mereka inilah yang datang selepas Orang Asli.

Native ini jugalah yang diistilahkan indigenous people. Orang yang datang kemudian dipanggil
imigran. Semua 28 suku kaum di Sabah dan Sarawak termasuklah Iban, Penan, Dayak dan
sebagainya native. Dahulu native ini dikenali sebagai anak negeri namun kini ia dikenali sebagai
bumiputera.

Boleh Datuk terangkan perbezaan antara indigenous dan aborigin dalam Perlembagaan?

MOHD NOOR: Ada dua perbezaan yang besar antara aborigin dan indigenous . Aborigin adalah
penduduk asli negara ini dan indigenous paling sesuai untuk ditafsir ialah peribumi dan mereka
ini dilihat bersesuaian dengan keadaan dan sekeliling mereka. Oleh itu adalah jelas orang Melayu
dan native di Sabah dan Sarawak adalah sama sebagai peribumi. Maka bumiputera itu adalah
terjemahan kepada native. Oleh itu jangan kata orang yang lahir di situ adalah bumiputera tetapi
sebenarnya tidak. Begitu juga orang Cina dan India yang lahir di sini, mereka bukan bumiputera.
Ini kerana bumiputera bukan sahaja lahir di sini tetapi keadaan hidupnya adalah bersesuaian
dengan keadaan sekelilingnya.

Apakah yang lebih tepat untuk mengkelaskan misalnya Melayu, Cina dan India di negara ini
dalam konteks Perlembagaan?

MOHD NOOR: Kesilapan besar kita ialah hanya mengenali bangsa sebagai Melayu, Cina dan
India. Apakah kerana orang Melayu datang dahulu kemudian orang Cina dan kemudian India?
Atau kerana orang Melayu paling ramai kemudian diikuti Cina dan India? Beritahu saya
manakah negara yang tidak ada bangsa? Sama ada bangsa itu integral iaitu ada bangsa lain yang
menumpang tetapi masih lagi disebut sebagai bangsa seperti bangsa Indonesia, bangsa Filipina,
bangsa British, Perancis, Jerman dan sebagainya.

Menurut Perlembagaan, bangsa Malaysia terdiri daripada lima kaum. Maka bangsa Melayu itu
diturun taraf kepada kaum. Namun kaum Melayu adalah teras di negara ini dan kita ajak kaum
lain untuk bekerjasama sebagai bangsa Malaysia. Lima kaum itu terdiri daripada, pertama Orang
Asli, kedua orang Melayu, ketiga kaum bumiputera Sarawak, keempat kaum bumiputera Sabah
dan kelima adalah kaum-kaum lain.

Apabila menurunkan taraf orang Melayu kepada kaum, orang Cina dan India juga diturunkan
taraf kepada “kaum-kaum lain”. Saya bercakap mengikut Perlembagaan dan jika kita
menganggap teras negara ini terdiri dari kaum Melayu, Cina dan India, itu adalah salah. Di mana
definasi Cina dan India di dalam Perlembagaan? Dalam Perlembagaan ada disebut orang
Melayu, Bumiputera Sabah dan Bumiputera Sarawak.

Macam mana hendak definisikan Cina dan India di negara ini jika sudah terdapat negara asal
mereka dan keturunan mereka di sana. Oleh itu maknanya mereka ini bangsa Malaysia yang ada
hubung kaitnya dengan soal bahasa, budaya, keturunan dan sebagainya dengan negara asal
mereka. Sama ada mereka hendak terima atau tidak, itu adalah hakikatnya. Orang Melayu pun
jatuh nombor dua dan bumiputera di tempat ketiga. Ini berlaku kerana dari segi sejarahnya Orang
Asli ini lebih dahulu sampai, lepas orang Melayu barulah kaum-kaum lain sampai ke negara ini.

Tidak lama dulu ada pihak menghujahkan bahawa Melayu juga pendatang kerana penduduk asal
adalah Orang Asli. Apa komen Datuk?

MOHD NOOR: Semasa empayar China dahulu kalau berpindah dari Han ke Chin atau dari
Beijing pergi ke selatan hingga ke Mongolia adakah mereka berpindah dari satu negeri ke satu
negeri? Mereka tidak berpindah tetapi hanya bergerak sekitar empayarnya. Begitu juga orang
Melayu hanya berada di alam Melayu.

Sejak kerajaan Sri Wijaya dahulu kita pernah mempunyai satu empayar agung yang meliputi
Indonesia, Brunei, Filipina sebagai satu dunia Melayu. Oleh itu kita tidak berpindah hanya
bergerak sekitar dunia Melayu. Namun apa yang berlaku sekarang ini adalah akibat penjajah
Barat yang memecah-belahkan dunia Melayu. Indonesia diberi kepada Belanda, Tanah Melayu
diberi kepada Inggeris. Jika tidak dipecahkan, dunia Melayu bersatu tetapi akibat penjajahan
Barat ini kita berpecah belah. Jadi kenapa ada pihak berkata Melayu datang dari luar? Melayu
hanya bergerak berkelompok di sekitar dunia Melayu ini.

Tetapi yang pasti orang Cina dan India bukan dari kelompok itu. Jika mereka kata Melayu seperti
mereka, itu tidak benar. Yang sebenarnya adalah agama. Memang orang Melayu dulu beragama
Hindu namun kemudian memeluk agama Islam tetapi bukan berasal dari India. Orang Melayu di
sini kita gunakan istilah Nusantara yang bermaksud nusa antara nusa-nusa.

Jadi, maksud Datuk kita mesti melihat dari sejarah dan bukan keadaan sekarang yang dipisah-
pisahkan?

MOHD NOOR: Orang Indonesia berhijrah ke Malaysia dari satu alam Melayu ke satu alam
Melayu yang lain. Saya ingin bertanya adakah orang India yang berpindah dari Tamil Nadu ke
Goa boleh dikatakan pendatang? Bukankah pelik jika orang Melayu yang bergerak dari
Indonesia ke Tanah Melayu jadi pendatang? Kita kena melihat dari segi sejarah bukan pada masa
sekarang. Jika sekarang sudah tentu berdasarkan undang-undang imigresen dianggap sebagai
pendatang.

Jika kita lihat sebelum penjajah memecah- belahkan kita, dunia sebelah sini adalah alam Melayu.
Namun kini hakikatnya orang dari semua lima kaum tadi, kedudukan Orang Asli, orang Melayu
dan bumiputera termasuklah bumiputera Sabah dan Sarawak terpinggir berbanding kaum-kaum
lain. Itulah yang saya sedihkan. Oleh itu kita berhentilah menggunakan istilah Melayu, Cina,
India ini kerana dari sudut Perlembagaan tidak ada disebutkan kaum Cina dan India. Namun kita
yang memberikan kedudukan kepada mereka.

Yang disebut ialah kedudukan orang Melayu dan Melayu disebut sebanyak 54 kali dalam
Perlembagaan. Cina dan India langsung tidak disebut dalam Perlembagaan. Mereka harus sedar
tentang perkara ini. Oleh itu kita harus sebut dengan jelas kedudukan ini, sama ada kita semua
adalah bangsa Malaysia atau pun mereka hanyalah sekadar kaum-kaum lain saja.

Adakah Perlembagaan kita mendiskriminasikan kedudukan kaum-kaum lain ini?

MOHD NOOR: Perkara ini tidak berlaku kerana Perlembagaan ini dipersetujui oleh semua pihak
ketika mula-mula digubal. Maknanya tidak ada diskriminasi jika semua pihak bersetuju. Perkara
ini tidak patut timbul sama sekali malahan mereka patut akur bahawa Perlembagaan tidak
langsung menyebut tentang kaum Cina dan India.

Kita ambil contoh Barack Obama, beliau memperkenalkan dirinya sebagai African-American.
Cuba beritahu yang mana penting dalam istilah tersebut? Jika kita melihat kepada nahu bahasa,
adjektif adalah yang menerangkan kata nama. Jika kita lihat ada kaum Cina mengaku mereka
sebagai Malaysian Chinese, Malaysia yang menjadi adjektif dan Chinese menjadi kata kerja. Jika
dilihat kata kerja itu lebih penting dari adjektif. Oleh itu kita dapat lihat nama Chinese lebih
penting daripada nama Malaysian. Ini menunjukkan mereka lebih berbangga dengan nama
Chinese diletakkan di depan bukan Malaysian.
Apa mesej Datuk daripada contoh di atas?

MOHD NOOR: Bagi mereka nama Chinese yang lebih penting daripada Malaysian. Orang Cina
sangat berbangga dengan tamadun mereka yang maju. Oleh itu, di mana mereka berada mereka
lebih berbangga dengan kedudukan dan tamadun mereka. Maka kita harus memberitahu mereka
ini bahawa mereka adalah Chinese Malaysian supaya mereka tahu mereka menghargai negara ini
dan bertindak sebagai bangsa Malaysia.

Bagaimana dengan kedudukan raja-raja Melayu?

MOHD NOOR: Raja-raja Melayu ini merupakan yang empunya Semenanjung Tanah Melayu.
Mereka ini memerintah secara mutlak. Walaupun mereka memerintah tetapi tetap ada penasihat
seperti bendahara, temenggung dan sebagainya. Namun akibat dari peranan penjajah semua ini
dimanipulasi hinggalah kita mencapai kemerdekaan.

Sebenarnya raja yang memerintah. Kuasa memerintah terletak kepada raja dan bukan Perdana
Menteri. Raja yang memerintah dan Perdana Menteri mengurus tadbir negara. Cara
pemerintahan itu ialah pertama raja sendiri yang memerintah. Kedua raja memerintah mengikut
nasihat. Ketiga raja memerintah melalui Perdana Menteri. Namun raja adalah berperlembagaan
dan tidak lagi seperti dahulu. Kini kuasa raja hanya terhad kepada tiga sahaja iaitu yang pertama
melantik Perdana Menteri. Kedua, raja yang memperkenankan pembubaran Parlimen. Ketiga
apabila raja ingin mengadakan Persidangan Majlis Raja-Raja maka mereka mempunyai kuasa
untuk memanggil mesyuarat tersebut.

Bagaimana pula dengan kontrak sosial yang membawa kepada kemerdekaan negara ini?

MOHD NOOR: Kontrak sosial bukanlah istilah undang-undang. Ia satu perjanjian antara kaum-
kaum di negara ini di mana orang Melayu memberi kerakyatan sebanyak 800,000 kepada orang
Cina dan India semasa kita menuntut kemerdekaan dahulu. Mereka ini subject to British colony
di Pulau Pinang, Melaka dan Singapura.

Mereka ini bukan warganegara negara ini ketika itu. Maka penjajah British memberi syarat jika
mahukan kemerdekaan mereka ini perlu diberi kewarganegaraan. Oleh itu sebagai balasan, orang
Melayu perlu diakui mempunyai kedudukan istimewa sebagai peribumi di negara ini. Tiga
keistimewaan harus diberi kepada orang Melayu iaitu pentadbiran negara ini diberi kepada orang
Melayu.

Pelajaran dan biasiswa diberi kepada orang Melayu dan permit dan perniagaan diberikan kepada
orang Melayu. Ini kerana orang Melayu keciciran dalam banyak bidang. Dahulu penjajah buat
sekolah di kawasan bandar. Oleh sebab itu orang Cina ramai yang pandai manakala orang
Melayu pula ramai yang tinggal di kampung, asalkan dapat makan pakai serta dapat mereka
beribadat, itu sudah cukup. Namun apabila merdeka orang Melayu ini tidak mahu lagi keciciran
dalam semua segi.

Bagaimana pula dengan hak keistimewaan orang Melayu selepas 52 tahun merdeka?

MOHD NOOR: Jika kita lihat raja-raja kita dahulu berpandangan jauh telah memikirkan untuk
menubuhkan Rejimen Askar Melayu untuk menjaga keselamatan orang Melayu kemudian
ditubuhkan pula undang-undang rezab tanah Melayu. Semua ini dilakukan atas nama
kebimbangan sekiranya sesuatu berlaku terhadap orang Melayu. Saya istilahkan dua tiga
serangkai, rangkai pertama ini saya namakan warisan orang Melayu iaitu Raja Berperlembagaan,
agama Islam dan Bahasa Melayu. Definisi orang Melayu ialah orang beragama Islam, bertutur
dalam bahasa Melayu dan adat Melayu yang mewakili raja-raja Melayu.

Seterusnya rangkai yang satu lagi saya namakan pusaka orang Melayu. Pertamanya ialah Askar
Melayu, kedua tanah rezab Melayu dan yang terakhir kedudukan istimewa orang Melayu. Ia
dinamakan pusaka kerana ini merupakan peninggalan pemimpin kita dahulu. Oleh itu semua
usaha ini perlu diteruskan dan dipertahankan oleh semua orang Melayu.

You might also like