You are on page 1of 3

PEJABAT PENGURUSAN PROGRAM (INISIATIF ICT) Programme Management Office (ICT Initiative) KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Ministry Of Education

Malaysia ARAS 5, BLOK E8, KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E Level 5, Block E8, Government Complex Parcel E PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN Federal Government Administrative Centre 62604, PUTRAJAYA, MALAYSIA

TEL.: 603-88846260 FAX : 603-88846260 LAMAN WEB : http://www.moe.gov.my

1MALAYSIA : RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN

Ruj. Kami: KP(PMO-ICT)100/02/01 (71) Tarikh: 1 Jun 2013 Senarai Edaran Seperti Lampiran A YBhg Datuk/Dato/Tuan/Puan, PROJEK PERKHIDMATAN 1BESTARINET 1BESTARINET: PENGGUNAAN EMEL

Dengan segala hormatnya pihak kami ingin menarik perhatian YBhg. Datuk/Dato/Tuan/Puan mengenai perkara di atas dan pelaksanaan Projek Perkhidmatan 1BestariNet Kementerian Pelajaran Malaysia adalah berkaitan. 2. Adalah dimaklumkan bahawa setiap sekolah telah pun diedarkan emel 1BestariNet melalui pihak Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) bagi tujuan pelaksanaan Projek Perkhidmatan 1BestariNet. Emel 1BestariNet ini akan digunakan bagi segala perkara yang berkaitan 1BestariNet. Sehubungan itu, pihak sekolah diminta membuka (log in) emel yang telah diedarkan dan mengambil tindakan terhadap perkara atau maklumat yang diemelkan oleh pihak Kementerian kepada sekolah. 3. Untuk makluman pihak YBhg. Datuk/Dato/Tuan/Puan, semua nama pengguna (ID) dan kata laluan bagi Virtual Learning Environment (VLE) terkandung di dalam emel 1BestariNet. Justeru itu, setiap sekolah perlu membuka emel tersebut dan mendapatkan semua ID dan kata laluan bagi guru, murid, ibubapa dan dongle. Sayugia diingatkan pihak sekolah perlu mengedarkan semua ID dan kata laluan yang diterima dengan kadar segera untuk memudahkan mereka mengakses VLE. 4. Kerjasama dan perhatian pihak YBhg. Datuk/Dato/Tuan/Puan adalah amat diharapkan untuk memanjangkan perkara ini kepada semua sekolah di bawah kawalan pihak YBhg. Datuk/Dato/Tuan/Puan. Segala kerjasama dan tindakan adalah amat dihargai dan diucapkan terima kasih. Sekian. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Saya yang menurut perintah, (MOHD ZAIDI BIN MOHD MUSTAPA) Sekretariat Programme Management Office (Inisiatif ICT) b.p. Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia
zaidi.mustapa@moe.gov.my

Lampiran A Senarai JPN:

Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Johor Pengarah Jabatan Pelajaran Melaka Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan Pengarah Jabatan Pelajaran Selangor Pengarah Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Pengarah Jabatan Pelajaran Perak Pengarah Jabatan Pelajaran Pulau Pinang Pengarah Jabatan Pelajaran Kedah Pengarah Jabatan Pelajaran Perlis Pengarah Jabatan Pelajaran Pahang Pengarah Jabatan Pelajaran Terengganu Pengarah Jabatan Pelajaran Kelantan Pengarah Jabatan Pelajaran Sabah Pengarah Jabatan Pelajaran Sarawak

Pengarah Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Labuan

Pengarah Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Putrajaya

You might also like