You are on page 1of 20

PROGRAM KOKURIKULUM DI SEKOLAH

KONSEP
Aktiviti kokurikulum adalah sebahagian daripada kurikulum sekolah, dan setiap murid harus melibatkan diri. Aktiviti ini boleh dijalankan di dalam dan di luar bilik darjah, mengikut kesesuaian sesuatu aktiviti. Dengan andaian bahawa muridmurid tidak mendapat pengalaman tertentu di bilik darjah, maka aktiviti kokurikulum dapat menyediakan pelbagai pengetahuan dan pengalaman untuk perkembangan mental, minat, bakat, jasmani, rohani dan pembentukan nilainilai estetika serta sosial yang positif.

Tanggapan bahawa: 1. Semua murid harus mempunyai keseimbangan antara perkembangan mental (akademik) dengan perkembangan sahsiah yang bersepadu (sosial, jasmani dan rohani); 2. Semua murid mempunyai minat dan bakat yang boleh dikembangkan; 3. Semua murid boleh dididik, dan boleh pula mendidik diri sendiri dan rakan sebaya 4. Sekolah bertanggungjawab melahirkan murid-murid untuk keperluan masyarakat dan negara; 5. Masyarakat turut bertanggungjawab memainkan peranan mendidik murid-murid.

MATLAMAT
Matlamat utama aktiviti kokurikulum adalah untuk merealisasikan Falsafah Pendidikan Negara. Antara matlamat yang hendak dicapai ialah seperti berikut: 2.1 Menyemai kesedaran murid-murid terhadap agama dan kepercayaan kepada Tuhan; 2.2 Menyeimbangkan antara perkembangan mental dengan perkembangan rohani, jasmani dan emosi murid-murid; 2.3 Mengukuhkan perhubungan dan pergaulan di kalangan murid dalam sekolah dan di antara sekolah; 2.4 Membina dan meningkatkan minat dan bakat muridmurid dalam aktiviti yang diceburi; 2.5 Membina dan meningkatkan disiplin murid; 2.6 Mewujudkan budaya sekolah yang menarik dan menggembirakan; 2.7 Membina dan meningkatkan kerjasama dan sumbangan hubungan dua hala antara sekolah dan masyarakat; 2.8 Mewujudkan sekolah berwatak.

KEWAJIPAN PELAKSANAAN KOKURIKULUM


Sebagai sebahagian daripada Kurikulum Kebangsaan, maka pelaksanaan kokurikulum di sekolah adalah wajib. {Rujuk Seksyen 18, Akta Pendidikan 1996 (Akta 550)} Kegagalan atau keengganan melaksanakan kegiatan kokurikulum di sekolah adalah suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya {Rujuk Subseksyen 135(1) Akta Pendidikan 1996 (Akta 550)} dan jika kesalahan itu dilakukan secara berterusan, maka apabila disabitkan sedemikian, seseorang itu dikenakan hukuman denda harian yang tidak melebihi lima ratus ringgit sebagai tambahan kepada apa-apa penalti lain yang boleh dikenakan kepadanya di bawah Akta ini berkenaan dengan kesalahan itu, bagi setiap hari kesalahan itu terus dilakukan. {Rujuk Subseksyen 135(2) Akta 550}.

Matlamat gerak kerja kokurikulum yang dikehendaki ialah penyertaan oleh setiap orang pelajar yang belajar di sekolah kerajaan atau bantuan kerajaan. Setiap pelajar hendaklah mengambil bahagian sekurang-kurangnya dalam salah satu gerak kerja pakaian seragam (badan beruniform), satu kegiatan persatuan atau kelab, dan satu kegiatan sukan atau permainan. Seberapa yang boleh, peningkatan penyertaan pelajar-pelajar dalam kegiatan pakaian seragam hendaklah diusahakan. {Rujuk Subperkara 5.1 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985 KP(BS)8591/Jld. 11(29) bertarikh 2hb. Januari 1985}. Penyertaan semua guru adalah dikehendaki bagi mempastikan keberkesanan pelaksanaan gerak kerja kokurikulum di sekolah. {Rujuk Subperkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985 KP(BS)8591/Jld. 11(29) bertarikh 2hb. Januari 1985}.

Sekolah-sekolah, khususnya yang kurang kemudahan untuk menjalankan gerak kerja kokurikulum ini hendaklah menggalakkan pelajar-pelajarnya mengambil bahagian dalam membuat kerja-kerja amal untuk masyarakat setempat; bergotong royong memperbaiki kawasan sekolah; dan dalam pelbagai gerak kerja yang menekankan perpaduan kaum, ketatanegaraan, moral dan sebagainya yang sesuai bagi pendidikan menyeluruh dan pembentukan keperibadian. {Rujuk Subperkara 5.3 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985 KP(BS)8591/Jld. 11(29) bertarikh 2hb. Januari 1985}. Pelaksanaan kegiatan kokurikulum di sekolah hendaklah berasaskan prinsip penyertaan beramairamai tanpa ada unsur-unsur diskriminasi atau paksaan dan yang bercanggah dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan dan Perlembagaan Negara.

Rujuk Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 16/2000, KP(BS)8591/Jld. XVI(16) bertarikh 13 Nov. 2000.

Penyertaan pelajar dalam aktiviti kokurikulum adalah wajib. Sehubungan itu kehadiran pelajar dalam aktiviti kokurikulum mestilah direkodkan. Rujuk Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 2/1986, KP(BS)8591/Jld. 11/(41) bertarikh 15 Januari 1986. Kegiatan kokurikulum di sekolah boleh dilaksanakan dengan menggunakan penglibatan dan kepakaran anggotaanggota masyarakat setempat. Rujuk Subperkara 5.2.3 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 4/1985, KP. 8591-11(32) bertarikh 2hb Februari 1985.

STRATEGI UMUM
Untuk mencapai matlamat tersebut, berikut adalah beberapa strategi pelaksanaannya: 3.1 Memberi wajaran yang sesuai kepada aktiviti kokurikulum supaya kurikulum dan kokurikulum boleh saling melengkapi dalam proses pendidikan di sekolah; 3.2 Menambahkan bilangan pasukan pakaian seragam, persatuan/kelab, kelab sukan dan permainan serta mempelbagaikan aktiviti tersebut, dengan tujuan memberi peluang kepada semua murid melibatkan diri dengan aktif secara individu atau kumpulan; 3.3 Melibatkan murid daripada semua kaum dalam semua aktiviti kokurikulum, yang sesuai, untuk tujuan pemupukan perpaduan; 3.4 Melibatkan murid dan pihak sekolah dalam aktiviti khidmat masyarakat; 3.5 Melibatkan Jawatankuasa Bimbingan Pelajar Sekolah(JBPS), Persatuan Ibu Bapa Guru-Guru (PIBG), guru-guru dan murid-murid dalam perancangan dan pelaksanaan aktiviti kokurikulum; 3.6 Merancang dengan teliti aktiviti kokurikulum bagi mencapai matlamat yang dikehendaki; 3.7 Merekod dan menilai kemajuan aktiviti kokurikulum yang dijalankan; 3.8 Menganjur dan mengelola pertandingan yang melibatkan semua murid; 3.9 Menyelia dan menilai aktiviti secara sistematik dan berterusan; 3.10 Memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada semua pihak, dari semasa kesemasa.

PELAKSANAAN TINDAKAN
Strategi tindakan tersebut boleh dilaksanakan sebagai langkah-langkah jangka pendek dan jangka panjang.

Agenda-agenda asas yang disyorkan ialah:-

Meningkatkan motivasi guru-guru supaya lebih komited dan bertanggung jawab kepada tugas kokurikulumnya. Meningkatkan motivsi pelajar-pelajar untuk meningkatkan penglibatan dan penyertaan mereka dalam bidang-bidang kokurikulum. Meningkatkan kesedaran di kalangan ibubapa dan penjaga tentang pentingnya kokurikulum sebagai sumber pembelajaran dan kemahiran. Membina infrastruktur baru dan menyediakan kemudahan serta peralatan-peralatan latihan yang diperlukan. Mewujudkan skim-skim latihan formal dan tidak formal setempat. Mewujudkan skim pengiktirafan kecemerlangan kokurikulum dan insentif galakan untuk guru-guru dan para pelajar.

20 Tonggak Pelaksanaan Kokurikulum


1. 2. Mengetahui Dasar Pelaksanaan Kokurikulum Mengetahui undang-undang dan peraturan yang berkaitan dengan pelaksanaan kokurikulum 3. Mengetahui prinsip-prisip pelaksanaan 4. Mengetahui skema pelaksanaan yang berkesan 5. Menetapkan visi dan misi bidang kokurikulum berasaskan konsep Pendidikan Menyeluruh dan Sekolah Berwatak 6. Mewujudkan struktur dan keperluan asas pelaksanaan 7. Membangun dan mengoperasikan kepentadbiaran dan kepengurusan yang berkesan 8. Membangunkan kepakaran dan kejurulatihan 9. Membina infrastruktur dan mendapatkan perkakasan serta peralatan yang pelbagai dan mencukupi 10. Mewujudkan sumber rujukan 11. Membina jaringan kerjasama yang meluaskan dan berkesan 12. Menyediakan Rancangan kegiatan sepanjang tahun

11. Membina jaringan kerjasama yang meluaskan dan berkesan 12. Menyediakan rancangan kegiatan sepanjang tahun 13. Mewujud dan melaksanakan program pembangunan kecemerlangan (elit and excellence development) Tanpa mengabaikan penyertaan massa atau penyertaan beramai-ramai 14. Membangun dan menyebarkan kemahiran-kemahiran pelaksanaan seperti pengurusan, pengelolaan majlis, protokol dan sebagainya 15. Mewujudkan tabung/dana kewangan untuk membantu membiayai pelaksanaan 16. Sentiasa menjalankan usaha-usaha penambahbaikkan dalam semua aspek pelaksanaan 17. Mewujudkan skema peningkatan pencapaian dan pengiktirifan 18. Mewujudkan sistem penganugerahan 19. Membina pengkalan data dan dokumentasi 20. Mengembeling kerjasama ibubapa dan masyarakat sekitar

Menilai semula Pelaksanaan


1. Mengubah persepsi negatif semua pihak terhadap bidang kokurikulum 2. Mempelbagaikan kelab/persatuan dan aktiviti kokurikulum 3. Mewujudkan suasana aktiviti kokurikulum yang meriah 4. Menjalankan aktiviti atau kegiatan sepanjang tahun 5. Mewujudkan siatem dokumentasi yang kemas kini, informatif dan lengkap 6. Mewujudkan sistem penilaian dan pengiktirafan yang diperakukan, adil dan memberangsangkan 7. Menjalankan pemantauan yang berkesan dan berterusan 8. Mewujudkan sumber manusia yg berkemahiran dan komited 9. Membangunkan infrastruktur atau prasarana dan menyediakan perkakasan dan peralatan yang mengcukupi dan berkualiti 10. Menyediakan sumber maklumat, data dan informasi yang komprehensif dan kemas kini 11. Menjalankan program penyelidikan dan pembangunan yang berkesan

JAWATANKUASA PENGURUSAN KOKURIKULUM SEKOLAH


Pengetua/Guru Besar JBPS (Jawatankuasa Bimbingan Pelajar Sekolah)

GPK Kokurikulum

Setiausaha Kokurikulum

Penyelaras Pasukan Pakaian Seragam

Penyelaras Kelab / Persatuan

Penyelaras Kelab Sukan/ Permainan

Setiausaha Sukan

Guru Penasihat

Guru Penasihat

Guru Penasihat

Guru Rumah Sukan

Guru Pasukan Sekolah

Pengerusi Pasukan Pakaian Seragam, Kelab/Persatuan, Kelab Sukan/ Permainan, Ketua Rumah Sukan Dan Kapten Pasukan Sekolah (Murid-Murid)

PELAKSANAAN
UNIT BERUNIFORM KELAB PERSATUAN SUKAN DAN PERMAINAN

JENIS AKTIVITI KOKURIKULUM


PASUKAN PAKAIAN SERAGAM Kelab Judo Kelab Karate Kelab Taekwondo Pasukan Kadet Bersatu Malaysia(Darat, Laut dan Udara) Pasukan Kadet Bomba dan Penyelamat Pasukan Kadet Majlis Keselamatan Jalanraya Pasukan Kadet Pertahanan Awam (JPA 3) Pasukan Kadet Polis Pasukan Kadet Remaja Sekolah Pasukan Pancaragam/Okestera Sekolah Pergerakan Briged Putera/Briged Puteri Pergerakan Pandu Puteri Pergerakan Pengakap Pergerakan Puteri Islam Persatuan Bulan Sabit Merah Persatuan Silat Seni Persatuan Silambam Persatuan St.John Ambulans Malaysia Persatuan Wushu dan lain-lain.

PERSATUAN / KELAB
Persatuan Akademik
Persatuan Persatuan Persatuan Persatuan Persatuan Persatuan Persatuan Persatuan Persatuan Persatuan Persatuan Agama Islam Bahasa Drama dan Kesusasteraan Ekonomi Rumahtangga Geografi / Sejarah Kebudayaan Kemahiran Hidup Perdagangan Persuratan & Bahas Sains & Matematik Sains Kemasyarakatan

Persatuan Tingkatan Enam dan lain-lain

Kelab Hobi dan Rekreasi


Kelab Alat Pandang Dengar Kelab Astronomi Kelab Bina Badan Kelab Binaan / Bangunan Kelab Elektronik Kelab Equestrian Kelab Kebajikan Kelab Keceriaan Sekolah Kelab Kembara Kelab Koir Sekolah Kelab Komputer Kelab Koperasi Kelab Memancing Kelab Menaip Kelab Motor Mekanik Kelab Muzik dan Seni Suara Kelab Pelancongan Kelab Pembimbing Rakan Sebaya Kelab Pencinta Alam Kelab Pengguna Kelab Permainan Tradisional Kelab Perpustakaan / Pusat Sumber Kelab Rekreasi Kelab Seni Foto Kelab Seni Tampak/Halus Kelab Seni Tari Kelab Pandu Arah Kelab Wayang Gambar. Kelab Pencegahan Jenayah Kelab Rukun Negara Kelab Pelancongan dan lain-lain.

KELAB PERMAINAN
Kelab Kelab Kelab Kelab Kelab Kelab Kelab Kelab Kelab Kelab Kelab Kelab Kelab Badminton Bola Baling Bola Jaring Bola Keranjang Bola Sepak Bola Tampar Bowling Bowling Padang Catur Dart Gasing Pangkah Gimnastik Gimrama Kelab Kelab Kelab Kelab Kelab Kelab Kelab Kelab Kelab Kelab Kelab Golf Hoki Karum Kriket Ping Pong Ragbi Sepak Takraw Sofbol Squasy Petanque Tenis dan lain-lain.

KELAB SUKAN
Olahraga:
Kelab Berbasikal Kelab Olahraga Kelab Memanah Kelab Merentas desa Kelab Motor / Go Kart Kelab Senamrobik dan lain-lain.

Sukan Air :
Kelab Kelab Kelab Kelab Kelab Kelab Kelab Kelab Kelab Kelab Kelab Berkanu / Kayak Luncur Air Perahu Layar Perahu Naga Polo Air Renang Rowing (Berdayung) Skuba Skuter Air Snorkeling Terjun dan lain-lain

You might also like