You are on page 1of 10

Pembinaan Negara Bangsa

Bagi negara yang terdiri daripada berbilang bangsa dan agama seperti Malaysia usaha membina Negara Bangsa adalah sangat penting untuk memastikan rakyatnya hidup bersatu padu dalam aman dan damai. Dalam era globalisasi dan perkembangan ICT yang pesat usaha ini menjadi penting kerana pengaliran secara bebas dan pantas bukan sahaja maklumat, modal serta manusia tetapi juga sistem nilai, budaya dan kepercayaan daripada pelbagai negara. Ini boleh menjejaskan perpaduan negara. PIPP menggambarkan Bangsa Malaysia terdiri daripada individu dan masyarakat yang mempunyai keyakinan tinggi, jati diri kukuh, berpegang teguh kepada ajaran agama dan nilai moral, dapat hidup sebagai sebuah masyarakat yang penyayang, demokratik, liberal dan bertolak ansur serta berfikiran dan berbudaya saintifik.

Matlamat dan dasar yang hasratkan dalam teras membina Negara Bangsa adalah untuk memastikan rakyat Malaysia memiliki jati diri yang kukuh, patriotik, berpegang teguh kepada ajaran agama dan nilai moral, hidup sebagai sebuah masyarakat yang penyayang, demokratik, liberal bertolak ansur, berfikiran dan berbudaya saintifik serta bersatu padu. Sehubungan dengan itu, adalah menjadi tanggungjawab KPM menyediakan pendidikan yang dapat menyemai nilai-nilai ini bermula di peringkat awal pendidikan kanak-kanak lagi. Pendidikan mesti memainkan peranan untuk memupuk dan mengekalkan semangat perpaduan di kalangan rakyat melalui aktiviti kurikulum, kokurikulum dan sukan.

Justeru, bagi memastikan langkah pembinaan negara bangsa sejajar dengan konsep Satu Malaysia yang diwar-warkan oleh Perdana Menteri Malaysia, beberapa penekanan perlu diberi perhatian. Ini termasuklah

pengukuhan terhadap penggunaan bahasa kebangsaan, integrasi nasional, kewarganegaraan, patriotisme dan demokrasi.

Penggunaan Bahasa Kebangsaan Sebagai Bahasa Pengantar Utama

Selaras dengan matlamat utama Dasar Pendidikan Kebangsaan, iaitu menyatupadukan masyarakat pelbagai kaum, bahasa Malaysia telah diiktiraf sebagai bahasa bahasa rasmi dalam segala urusan dan menjadi bahasa kebangsaan. Hal Ini telah pun termaktub dalam Seksyen 17, Akta Pendidikan 1996, yang antara lain menyatakan: Bahasa kebangsaan (bahasa Malaysia) hendaklah menjadi bahasa pengantar utama di semua institusi pendidikan dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan kecuali sekolah jenis kebangsaan yang ditubuhkan di bawah seksyen 28 atau mana-mana institusi pendidikan lain yang dikecualikan oleh Menteri daripada subseksyen ini. (Akta Pendidikan, 1996) Ini bermakna, walaupun sekolah terdiri dari berbagai aliran, Bahasa Malaysia dijadikan sebagai satu mata pelajaran yang wajib diajar di sekolah.

Memantapkan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional

Fokus kedua teras membina Negara Bangsa adalah memantapkan perpaduan negara dan integrasi nasional. Antara strategi pelaksanaan yang dicadangkan oleh PIPP bagi memantapkan perpaduan negara dan integrasi nasional adalah meningkatkan taap kesedaran dan kefahaman rakyat Malaysia supaya menghormati perlembagaan Malaysia, meningkatkan semangat patriotik melalui Kelab Rukun Negara, menanamkan semangat hormat menghormati dan peka terhadap sensitiviti masyarakat pelbagai kaum, memberi kefahaman tentang pentingnya semangan kejiranan ke arah perpaduan dan integrasi nasional dan mempergiatkan aktiviti RIMUP iaitu Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan.

Dalam usaha membina Negara Bangsa seperti yang dihasratkan dalam Wawasan 2020, tanggungjawab pemimpin institusi pendidikan, pensyarah dan guru adalah memastikan semangat perpaduan dan intergrasi nasional dapat 2

dimantapkan di kalangan pelajar-pelajar dan murid-murid pada semua peringkat pendidikan. Pihak sekolah dan institusi pendidikan perlu berusaha

membangunkan persekitaran sosial yang menggalakkan komunikasi dan interaksi antara pelajar-pelajar dan murid-murid daripada kaum, latar belakang, budaya yang berbeza bagi mewujudkan satu identiti nasional Malaysia yang dapat dibanggakan. Pemimpin institusi pendidikan, pensyarah dan guru juga perlu mengadakan perancangan strategik melalui aktiviti kurikulum, kokurikulum dan sukan supaya usaha memupuk dan mengekalkan semangat perpaduan dapat terus ditingkatkan. Walaupun, perpaduan dan semangat patriotisme tidak dapat dinilai dengan tepat, namun diharapkan impak yang positif dapat dilihat melalui modal insan minda kelas pertama yang dihasilkan dari sistem pendidikan negara kita.

Mengadakan Kurikulum Dan Sistem Peperiksaan Yang Sama

Ini dilakukan dengan menyelaraskan sukatan dan rancangan yang hendak diajar oleh guru terhadap pelajar sekolah. Sukatan ini diselaraskan tanpa mengira jenis dan kategori sekolah. Tujuan dilakukan penyelarasan ini ialah untuk menghasilkan pelajar yang mempunyai tahap kemampuan dan kebolehan yang sama. Kurikulum Kebangsaan yang diselaraskan ini wajib diguna oleh semua pihak. Perkara ini telahpun disentuh dalam Seksyen 18 (1), Akta Pendidikan (1996).

Menteri hendaklah menetapkan suatu kurikulum yang dikenali sebagai Kurikulum Kebangsaan yang, tertakluk kepada subseksyen (3), hendaklah digunakan oleh semua sekolah dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan.

Selain itu, bahasa Malaysia juga dijadikan ukuran untuk menilai pencapaian yang diperolehi oleh pelajar dalam peperiksaan awam. Di peringkat pengajian tinggi, kedudukan Bahasa Malaysia juga sama dengan apa yang

berlaku di sekolah. Setiap pelajar institusi pengajian tinggi wajib mengambil peperiksaan Bahasa Malaysia sebagai satu syarat untuk mendapat pengijazahan.

Mendemokrasikan Pendidikan

Usaha mendemokrasikan pendidikan telah dilakukan sekitar tahun 1980an. Matlamatnya adalah bagi memastikan mutu pendidikan dipertingkatkan dan dengan mengagihkan peruntukan secara adil. Ini dilakukan dengan dengan menambahkan kemudahan fizikal dan infrastruktur terutama di luar bandar. Ini adalah selaras dengan Dasar Ekonomi Baru yang ingin menyusun semula masyarakat dengan mengurangkan jurang perbezaan peluang pendidikan antara golongan kaya dengan miskin, program sokongan pendidikan seperti Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT), Televisyen Pendidikan, Sekolah Berasrama Penuh (SBP), asrama desa dan asrama harian, biasiswa, Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dan program kesihatan dipertingkatkan.

Mempertingkatkan Pendidikan Islam, Kerohanian, Moral Dan Disiplin

Mata pelajaran Pendidikan Islam diperluaskan di semua sekolah tanpa mengira jenis dan kategori. Disamping itu ianya juga menjadi mata pelajaran teras yang wajib diambil oleh semua pelajar yang beragama Islam. Ini termaktub dalam Akta Pendidikan (1996), Seksyen 50. Manakala pelajar bukan Islam pula diberi pendidikan dari segi moral melalui Pendidikan Moral. Tujuan mata pelajaran ini diperluaskan dan menjadi mata pelajaran teras ialah untuk melahirkan insan yang percaya dan patuh kepada Tuhan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berbakti dan memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu.

Faktor-Faktor Ancaman Kepada Pembinaan Negara Bangsa. Globalisme Dikenali sebagai kesejagatan ataupun dunia tanpa sempadan. Menurut Kenichi Ohmae, globalisasi adalah dunia tanpa sempadan dengan setiap negara terpaut kepada jaringan aliran maklumat secara global yang ditunjangi kecanggihan teknologi. Pertukaran maklumat yang cepat dan pantas menjadikan dunia begitu kecil tanpa sempadan (Ohmae,1995). Pada pendapat beliau sempadan negara bangsa akan berakhir. Kenyataan tersebut memberi gambaran betapa globalisasi adalah suatu ancaman besar kepada kepada konsep negara bangsa yang sedia ada. Ini tidak dinafikan tetapi sekiranya ditangani secara bijak, globalisasi adalah suatu hal yang memberi manfaat besar kepada setiap negara bangsa tanpa terkorbannya konsep negara bangsa yang sedia wujud. Ancaman diimbangi dengan memastikan kekuatan nasionalisme dan patriotisme sebagai benteng terakhir yang kukuh demi mempertahankan negara bangsa. Kebimbangan ini disuarakan juga oleh cetusan penulisan oleh Aziz Ishak,Utusan Malaysia 2001, terhadap golongan muda melalui ulasan beliau iaitu Dunia mereka tidak lagi tanah air atau Negara ibunda, tetapi dunia globalisasi. Dunia globalisasi menuntut lebih banyak persamaan, seolah-olah menafikan kelainan. Namun sebagai bangsa yang bermaruah generasi muda Malaysia wajar kembali kepada acuan budaya kita sendiri. Justeru, melalui budaya kita sendiri, kita dapat mengekalkan jati diri serta sikap yang tidak mengenang budi dan melupakan jasa-jasa pejuang kemerdekaan terhindar terus daripada minda mereka. Globalisasi telah, sedang dan akan terus memaksakan proses perubahan demografi, teknologi, penghapusan sempadan, penembusan budaya,

perkahwinan bahasa dan pelbagai lagi ke atas umat manusia. Konsep yang ibarat hantu raya tidak bertuan itu sedang menelan konsep negara-bangsa, yang diperkenalkan oleh ahli falsafah Jerman, Johann Fichte (1762-1814). Ia sedang dalam perjalanan untuk mencipta kuasa-kuasa supranasional, yang bakal 5

menenggelamkan kuasa negara-negara yang dibentuk oleh negeri-negeri kecil pada zaman penaklukan dan penjajahan. Globalisasi menjanjikan kehidupan yang lebih mudah dan cemerlang. Ia akan mencabut nilai-nilai kebangsaan dan kenegaraan, lalu menggantikannya pula dengan konsep kesejagatan. Kepelbagaian Budaya Pembentukkan masyarakat majmuk dalam proses perkembangan

sesebuah negara sering kali mewujudkan dilema baru kepada penduduk negara tersebut. Tidak dapat tidak akan wujud kepelbagaian budaya hasil daripada perbezaan cara hidup dan kepercayaan. Kewujudan kepelbagaian aliran kebudayaan yang menjadi amalan penduduk di sesebuah negara bermasyarakat majmuk tidak dapat dinafikan boleh mewujudkan ancaman besar kepada proses pembinaan sesebuah negara bangsa. Terdapat beberapa pandangan tentang ancaman yang perlu dihadapi dalam pembentukan negara bangsa dalam konteks sedemikian iaitu :Pertama, menurut Ibn Khaldun tentang teori jiwa hamba yang dimiliki oleh bangsa yang pernah dijajah, yang akan menganggap kuasa bekas penjajah mereka sebagai suatu bangsa yang maju dan agung, yang patut ditiru oleh bangsa yang pernah dijajah. Kedua, berkenaan menteliti sesetengah masyarakat Malaysia yang terlalu mengagumi atau pro terhadap nilai-nilai barat ( Syed Hussein al-Attas, 2005, hlm 2-7) iaitu : a) Sikap yang suka meniru secara tidak rasional terhadap semua nilai daripada barat. b) Tidak mampu menimbulkan idea ataupun pendekatan baru bagi menanggani persoalan hidup, sebaliknya lebih suka meneruskan warisan tinggalan penjajah.

c) Mendapat pendidikan langsung daripada institusi pendidikan barat dan sering taksub dengan teori dan bahan bacaan daripada barat. d) Tidak mengamalkan sikap kritikal dan tidak membantah apa-apa yang disajikan kepada mereka daripada sumber barat. e) Tidak menyedari kelemahan sikap mereka yang terlalu menuruti normanorma barat.. Justeru, nilai budaya Malaysia harus menjadi asas kepada kemajuan negara dan bangsa. Dalam sebuah negara bangsa, rakyatnya berkongsi identiti, lambang, kebudayaan, nilai dan semangat yang menjadi ciri dan hasrat negara bangsa tersebut. Warga global yang kita hasratkan ialah warga yang berakar nasional dan berakal internasional, maksudnya di samping kita hebat dalam negara, kita juga berperanan di arena antarabangsa. Akar kita berpaksi di kota dan desa, namun akal kita menerjah ke serata dunia. Warga glokal bertunjangkan budaya Malaysia dan ajaran Agama yang suci. Dimensi baru kita menuntut kita melonjak ke hadapan dengan memperkukuh daya saing bangsa untuk menjadi antara yang terbaik di pentas dunia. Kita semakin bersinar dalam dunia yang serba mencabar. Kita inginkan Malaysia sebagai contoh, menjadi jenama antarabangsa. Kejayaan inilah menjadi asas untuk menjana warga glokal seterusnya. - (Dato Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak Perhimpunan Agung UMNO, 2005) Seperti mana globalisme, ancaman ini harus ditangani dengan bijak di mana kebimbangan terhadap ancaman perpecahan itu dapat diimbangi dengan menggunakan kekuatan kepelbagaian budaya yang wujud sebagai suatu cara melahirkan bangsa yang maju dan berjaya serta berdaya saing. Oleh yang demikian, keperluan kepada suatu budaya kebangsaan yang dapat diterima oleh semua kelompok atau kaum adalah suatu kewajipan yang tidak dapat dielakkan

serta perlu dipupuk dan dimajukan sehingga ia diterima secara terbuka oleh semua kaum sebagai suatu identiti kebangsaan. Pluralisme Pluralisme atau sifat kepelbagaian yang terbentuk daripada proses kepelbagaian penduduk. Biasanya, ia terbina hasil daripada proses penjajahan disesebuah negara. Dasar-dasar penjajahan yang telah dijalankan keatas negara yang yang dijajah seperti Divide and Rule ataupun Pecah dan Perintah sering kali mewujudkan pembahagian kaum daripada segi

penempatan sosial, kegiatan ekonomi,jenis pekerjaan dan juga politik berbentuk perkauman. Dasar ini dilakukan sebagai memenuhi pinsip kolonialisme bagi menghalang sebarang penyatuan yang memungkinkan pemberontakan massa. Akibat daripada dasar ini, maka secara tidak langsung telah mewujudkan suatu permasalahan dalaman yang kompleks kepada negara yang terjajah apabila di merdekakan. Ini secara jelas menjadi ancaman kepada konsep kesatuan dalam pembinaan negara bangsa. Bagi menangani permasalahan tersebut,

pelaksanaan dasar-dasar yang mantap serta berkesan dapat menyusun semula masyarakat, mengurangkan ataupun merapatkan sebarang jurang perbezaan yang wujud sama ada dari segi ekonomi, politik atau pun sosial dikalangan rakyat. Neo-Feudalisme Merujuk kepada sistem konservatif berkaitan pemerintahan yang

terbentuk dalam cara baru masa kini. Sistem feudalisme yang dirujuk ialah sistem pemerintahan oleh golongan elit yang menguasai segala aspek ekonomi, politik dan sosial sesebuah negara. Sekiranya wujud sistem pemerintahan yang sedemikian dibimbangi tercetusnya pemerintahan yang penuh dengan

penyalahgunaan kuasa, penyelewengan, penipuan dan kuku besi. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh pengawalan secara mutlak oleh satu pihak dalam

pemerintahan tanpa ada faktor pengimbang. Keadaan sedemikian jelas menggambarkan ancaman yang boleh lahir daripada sistem tersebut. Kebijaksanaan menangani kewujudannya akan dapat membantu proses pembinaan negara bangsa tanpa mengetepikan faktor ini. Pertahanan yang kukuh diperlukan bagi menghadapinya iaitu dengan kewujudan perlembagaan dan undang-undang yang sentiasa kebal dalam mempertahankan keadilan. Liberalisme Secara umumnya bermaksud kesederhanaan ataupun keterbukaan. Ia merupakan suatu keperluan yang nyata bagi kewujudan sesebuah negara bangsa. Walaubagaimana negara pun itu keterbukaan sendiri. tersebut dibimbangi tanpa had akan dan

merosakkan memanipulasi

bangsa

Keterbukaan

keadaan

sedemikian

akan

menjerumuskan

kepada

penyelewengan dan perkara-perkara yang akan menggangu gugat kemakmuran serta kelicinan pentadbiran dan sekali gus menggugat perkembangan negara. Justeri itu, rakyat perlu dipersiapkan dengan ketahanan daripada keadaan sedemikian supaya sikap liberalisme yang terlampau dapat dielakkan serta mengukuhkan semangat nasionalisme dan patriotisme demi kepentingan nasional. Kesimpulan Pembinaan negara bangsa amat penting bagi memastikan identiti nasional yang dihasratkan tercapai. Ia memerlukan usaha yang gigih dan kerjasama yang erat daripada semua pihak. Semangat bersatu padu, cinta dan kesetiaan kepada negara, patriotisme, berorientasi glokal, keharmonian dan toleransi, berbudi bahasa dan beradab serta memahami, menyanjung budaya dan seni bangsa bukan saja perlu difahami tetapi diamalkan sepenuhnya. Pendidikan ialah pemangkin kepada pembinaan negara bangsa terutama bagi menyemai semangat kenegaraan khususnya pada peringkat awal

perkembangan pelajar dan diteruskan pada peringkat pendidikan yang lebih 9

tinggi. Kepimpinan yang sedia ada harus berusaha untuk terus memperkukuh perpaduan melalui aktiviti-aktiviti yang melibatkan pelbagai kaum dan etnik di Malaysia. Ia merupakan satu proses yang panjang tetapi satu keperluan Malaysia. Pembinaan negara bangsa perlukan penyertaan menyeluruh setiap anggota masyarakat dan jentera kerajaan. Faktor pemangkin perlu difahami, dihayati, diaplikasikan untuk mengukukuhkan usaha pembinaan bangsa Malaysia. Ancaman perlu ditangani dengan bijak sebagai satu kelebihan. Satu nilai dikongsi bersama perlu diwujudkan dan dihargai oleh seluruh warganegara Malaysia

10

You might also like