You are on page 1of 0

3 SOALAN ULANGKJI SPM 2012

Bahasa Melayu
Analysis
[1103/1]
[1103/2]
ANALISIS SOALAN RUMUSAN SPM
TAHUN 2007 2008 2009 2010 2011
TAJUK Langkah-langkah
mengatasi salah laku
pelajar
Faedah-faedah
penerokaan angkasa
lepas
Tidur dari segi
saintifk
Faedah-faedah
makan choklat
Kepentingan bahasa
kebangsaan

ANALISIS SOALAN 2007 2011
TAHUN SOALAN (a) SOALAN (b)
Nov 2007 Huraikan persoalan maruah Cara watak utama menyelesaikan konfik
Nov 2008 Dua sebab bahagian permulaan novel menarik minat
anda
Bandingkan persamaan dan perbezaan satu latar
masyarakat dalam dua buah novel yang dipelajari
Nov 2009 Ketabahan watak utama Nilai kasih-sayang berdasarkan dua buah novel
Nov 2010 Sebab-sebab novel memberi kesedaran Nilai keberanian berdasarkan dua buah novel
Nov 2011 Perwatakan watak utama Persoalan


SENARI NOVEL TINGKTAN 4 DAN TINGKTAN 5 MENGIKUT ZON
TINGKTAN 4 TINGKTAN 5 ZON
AZFA HANANI
(Halis Azhan Mohd Hanafah)
KEMBAR AMIR
(Amer Hamzah L. Kadir)
ZON 1
Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak
PAPA...AKHIRNYA KU
TEWAS JUA
(Deana Yusof )
KONSERTO TERKHIR
(Abdullah Husain)
ZON 2
Selangor, Wil. Persekutuan Kuala Lumpur,
Wil. Persekutuan Putrajaya, Negeri Sembilan
RENYAH
(Gunawan Mohamad)
SUTER DALAM LUKISAN
(Abd Talib Hassan)
ZON 3
Melaka, Pahang, Terengganu, Kelantan
MELUNAS RINDU
(Hartini Hamzah)
KBUS DI PERBUKITAN
(Muhamad Kholid Hamzah)
ZON 4
Johor, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan
Labuan
http://edu.joshuatly.com/
http://fb.me/edu.joshuatly
4 SOALAN ULANGKJI SPM 2012
Bahasa Melayu Kertas 1 [1103/1]
Bahagian A
[30 markah]
[Masa dicadangkan 45 minit]
Arahan: Berdasarkan ilustrasi di bawah, huraikan pendapat anda tentang Kepentingan Semangat Berpasukan dalam Kalangan
Pelajar. Panjang huraian anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.
Bahagian B
[100 markah]
[Masa dicadangkan 1 jam 30 minit]
Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada 350 patah perkataan.
1. Kempen kitar semula merupakan aktiviti yang mampu menanam kesedaran dalam kalangan remaja agar lebih berdisiplin dan
menyayangi alam sekitar. Nyatakan peranan remaja dalam menjayakan program ini.
2. Unit beruniform sekolah anda bercadang untuk mengadakan aktiviti perkhemahan di Taman Negara Pahang. Selaku setiausaha
persatuan, anda diminta menulis sepucuk surat kebenaran daripada pengetua sekolah anda.
Tulis surat anda itu selengkapnya.
3. Anda berhasrat untuk menyertai satu pertandingan ceramah yang bertajuk Penerapan Semangat Patriotik dalam Kalangan
Generasi Muda Kini. Sediakan teks ceramah anda selengkapnya.
4. Program Cuti-cuti Malaysia telah banyak menarik minat sama ada pelancong domestik mahupun luar negara. Nyatakan faedah-
faedah yang negara kita peroleh hasil daripada kegiatan pelancongan ini.

5. Tulis sebuah cerpen yang pengakhirnya seperti berikut ...Akhirnya mereka terpinga-pinga dan memandang satu sama lain
dengan penuh kehairanan.
http://edu.joshuatly.com/
http://fb.me/edu.joshuatly
5 SOALAN ULANGKJI SPM 2012
Bahasa Melayu Kertas 2 [1103/2]
Soalan 1: Rumusan (30 Markah)
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan berkenaaan implikasi hubungan kekeluargaan semakin renggang
dan langkah mengatasinya.
Dalam era pascainovasi ini, negara Malaysia sedang mengalami anjakan paradigma daripada sebuah negara yang sedang
membangun kepada sebuah negara yang pesat dan rancak pembangunannya. Namun, sejajar dengan arus pembangunan negara,
perkara yang acap kali merimaskan jiwa masyarakat sarwajagat ialah isu hubungan kekeluargaan yang semakin renggang yang mula
berakar umbi malah, kesannya tidak lagi diendahkan oleh masyarakat.
Memang tidak dapat dinafkan bahawa hubungan kekeluargaan yang semakin renggang mampu menzahirkan pelbagai senario,
antaranya kegagalan ahli keluarga dalam memahami serta saling menghormati. Hubungan keluarga yang semakin renggang boleh
mencetuskan beberapa siri kejadian jenayah seperti sumbang mahram, penderaan, dan pergaduhan.
Seandainya hubungan kekeluargaan semakin renggang, ahli-ahli keluarga akan menghadapi masalah untuk berkomunikasi dan
saling bertukar fkiran. Hal ini demikian kerana hubungan yang renggang ini telah memusnahkan jalinan kekeluargaan yang akrab
dan erat. Oleh itu, ahli-ahli keluarga tidak memahami antara satu sama lain dan seterusnya konfik dan perselisihan faham mudah
berlaku. Kejadian ini akan mengakibatkan pergaduhan dan sekaligus ahli-ahli keluarga bermusuhan sesama sendiri.
Keluarga merupakan aset yang paling signifkan dan tidak dapat ditukar beli dengan wang ringgit. Akan tetapi, golongan ibu bapa
yang lebih mementingkan kerjaya semata-mata untuk kepuasan dan keselesaan diri sendiri telah mengabaikan anak-anak mereka
dengan menggantikan kasih sayang dengan sogokan wang ringgit. Anak-anak ini telah kehilangan satu wahana untuk bertukar
fkiran dan pendapat dengan ibu bapa mereka. Mereka bertindak mencari rakan sebaya dan meluahkan segala isi hati dengan rakan
yang dipercayai berupaya membantu mereka. Bertitik-tolak dari sinilah gejala sosial mula berlaku dan menular tanpa mencapai titik
noktahnya.
Isu ini yang diumpamakan seperti bangkai gajah yang ditutup dengan nyiru haruslah ditangani dengan segera. Ibu bapa, pihak
sekolah, dan masyarakat perlulah berganding bahu sama ada dalam memberi kesedaran tentang kepentingan hubungan kekeluargaan
yang erat atau dalam menghargai hubungan kekeluargaan agar pergolakan maupun konfik tidak timbul dalam kalangan ahli
keluarga. Sebagai intihanya, komitmen untuk membentuk generasi yang jitu dan padu haruslah diberikan oleh semua pihak sejak
awal lagi kerana remaja merupakan pemangkin dan pelopor kepada kepimpinan negara kelak, bak kata pepatah Melentur buluh
biarlah dari rebungnya..

Dipetik daripada Hubungan Kekeluargaan Semakin Renggang
sumber daripada blogspot.com/2006 - Cikgu Tan C L

Soalan 2: Pemahaman (35 Markah)
Soalan 2 (a) Petikan Umum
Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
i. Berikan maksud menzahirkan pelbagai senario. [2 markah]

ii. Nyatakan faktor-faktor yang menyebabkan hubungan kekeluargaan semakin renggang dalam kalangan masyarakat?
[3 markah]
iii. Cadangkan beberapa langkah untuk memulihkan hubungan kekeluargaan yang semakin renggang akhir-akhir ini.
Jelaskan dua langkah. [4 markah]
http://edu.joshuatly.com/
http://fb.me/edu.joshuatly
6 SOALAN ULANGKJI SPM 2012
Soalan 2 (b) Petikan Drama
Baca petikan drama di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya menggunakan ayat anda sendiri.

SABARIAH: Hoi, engkau ni nak pergi ke parti mana? Huh!
SALMAH: Eh, kakak! Bila kakak balik?
SABARIAH: Engkau belum jawab pertanyaan aku lagi. Hendak ke parti mana?
SALMAH: Apa ni, kak? Sal belum pun duduk lagi sudah kena seranah. Kalau ia pun sedih bapa kita hilang janganlah nak marah
tidak tentu fasal.
SABARIAH: Oh ... Engkau tahu bapa hilang? Aku ingat engkau tidak tahu. Ini, engkau tahu, sudah berapa hari bapa hilang di laut
itu? Baru sekarang teringin hendak balik? Sudahlah begitu, pakaian engkau ini tidak ubah macam orang hendak pergi parti. Aku ini
tinggal di London, tahu. Kota London! Engkau baru dekat pekan Ipoh. Mengalahkan orang kulit putih di London. Tak malukah?
Pusat terjojol! Telinga bertindik kalahkan langsir tingkap. Kenapa engkau ini, Sal?
SALMAH: Kakak ini kan, tak berubah-ubah dari dulu lagilah. Sal bukan anak-anak kecil lagi. Salahkah pakai pakaian macam ini?
SABARIAH: Ini cara engkau hendak hadap mayat bapa? Sudah, engkau tukar pakaian gila kau itu dulu. Kalau tidak engkau pergi
balik ke Ipoh. Jangan hendak semakan lagi otak aku ni.
SALMAH: Yalah... Merungut saja. (Masuk ke dalam dan muncul semula) Mak mana, kak?
SABARIAH: Tukar dulu pakaian engkau itu. Sudah tukar baru tanya emak di mana.
Dipetik daripada drama Tiang Cengal Dinding Sayung
oleh Suriani Mohd Yusuf dalam Antologi Dirgahayu Bahasaku, DBP
i. Apakah pendapat Sabariah berkenaan pakaian adiknya Salmah.? [2 markah]
ii. Pada pendapat anda wajarkah Sabariah menegur perbuatan adiknya yang memakai pakaian yang mencolok mata pada saat
ibunya bersedih kerana kehilangan bapanya? Nyatakan alasan anda. [3 markah]
iii. Nyatakan satu persoalan yang terdapat dalam petikan, dan satu persoalan lain yang terdapat dalam keseluruhan cerpen.
[4 markah]
Soalan 2 (c) Petikan Prosa Klasik
Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya menggunakan ayat anda sendiri.
Hata maka hari pun petanglah lalu ia tidur dua laki isteri. Setelah keesokan harinya maka raksasa yang laki-laki itu pun pergilah
mencari kijang putih bertandukkan emas. Maka raksasa yang perempuan itu pun pergilah ia ke tepi laut menyucikan kain tuan
puteri yang hitam itu hendak dijadikan putih.
Setelah itu maka Indera Nata dan tuan puteri yang tujuh itu pun turunlah ia dari atas mahligai menunggang gajah itu. Maka
segala perkakasan di dalam mahligai itu pun habislah dibawanya.
Setelah sudah maka Indera Nata pun berjalanlah di tanah menghelakan gajah itu. Bermula adapun tuan puteri yang tujuh orang
itu duduklah di atas gajah itu dan tiada berapa antaranya berjalan itu masuk hutan terbit hutan keluar padang masuk padang maka ia
pun sampailah ke tepi laut.
Sebermula maka tersebutlah perkataan raksasa mencari kijang putih itu. Maka ia pun tiadalah bertemu dan beberapa gunung
yang besar-besar habislah dijalaninya daripada sakit hatinya mencari kijang itu. Setelah demikian maka ia pun marahlah akan
tuan puteri itu lalulah ia segera berjalan pulang melihat isterinya yang membasuh kain hitam itu. Maka didapatinya lagi isterinya
membasuh kain hitam itu. Mula-mula habislah koyak-koyak tiada juga mahu putih.
(Dipetik daripada cerita Hikayat Indera Nata dalam
Antologi Harga Remaja, DBP)
i. Berikan maksud segala perkakasan di dalam mahligai. [2 markah]
ii. Mengapakah raksasa laki-laki begitu marah akan tuan puteri? [3 markah]
iii. Pada pendapat anda, apakah bekalan yang perlu ada dalam diri seseorang remaja untuk mengelakkan diri
daripada diperdaya oleh orang yang tidak bertanggungjawab. [3 markah]
http://edu.joshuatly.com/
http://fb.me/edu.joshuatly
7 SOALAN ULANGKJI SPM 2012
Soalan 2 (d) Sajak
Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Adat Sezaman
i. Apakah yang dimaksudkan oleh penyajak dengan
adat sezaman ditinggal jauh
adat agama dipandang remeh
adat kuning jadi ikutan [3 markah]
ii. Adat nenek moyang kita yang semakin dilupakan oleh generasi masa kini.
Cadangkan beberapa langkah untuk menghidupkan kembali adat tersebut.
[3 markah]
iii. Nyatakan tiga pengajaran yang terdapat dalam sajak di atas. [3 markah]
Peradaban zaman semakin berlalu
meninggalkan kesan mendalam
terlalu indah apabila dipandang
terlalu mulia apabila diselidik
santun si dara jadi idaman
warak si teruna jadi ikatan
si tua tersenyum mesra
memandang teruna dara
sama cantik sama padan
berganding bersama
di singgahsana...
Masa itu telah jauh
zaman sudah berlalu
santun si dara
dan warak sang teruna telah
lenyap
si tua berduka lara
memandang teruna dara
berganding tanpa silu
tanpa hormat
tanpa batasan
adat sezaman ditinggal jauh
adat agama dipandang remeh
adat kuning jadi ikutan.

Wan Nazihah Wan Abdullah
Annyss Sophilea, 1997 DBP
Soalan 3: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa [30 Markah]
Jawab semua soalan.
(a) Tulis satu ayat daripada kata kerja transitif di bawah ini supaya jelas menunjukkan maksudnya. Anda tidak boleh
menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan, serta menggunakan kata itu sebagai peribahasa dan kata nama khas.
i. mengadakan
ii. menggariskan
iii. menggabungkan
iv. menyokong
v. mengembangkan
vi. membangunkan [6 markah]
(b) Baca ayat di bawah dengan teliti, kemudian tentukan jenis ayat perintah yang sesuai sama ada Ayat silaan, Ayat larangan, Ayat
permintaan atau Ayat suruhan.
i. Usahlah kamu bersedih, gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya.
ii. Masukkan biskut itu ke dalam balang yang kedap udara supaya biskut tidak lemau.
iii. Jemputlah makan, hanya inilah hidangan yang dapat saya sediakan pada hari ini.
[6 markah]
(c) Dalam petikan di bawah terdapat tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan
kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan penggunaan
imbuhan. Anda tidak perlu menyalin petikan itu semula.

i. Satu kajian sainstifk telah dijalankan terhadap pegaga dan terdapat bahawa pegaga berkesan dalam merangsang
pembentukan kolojen, iaitu sejenis serat yang memainkan peranan penting di dalam tisu menyambung kulit. Kajian juga
menunjukan bahawa pegaga banyak terkandung vitamin dan galian, khususnya Vitamin C dan Vitamin E. Satu cara
mudah untuk memanfaatkannya adalah dengan cara membuat jus. [6 markah]
http://edu.joshuatly.com/
http://fb.me/edu.joshuatly
8 SOALAN ULANGKJI SPM 2012
(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa.
Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat anda tidak boleh meyenaraikan lebih daripada satu
kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

i. Dia bercita-cita agar menjadi pakar bina suatu hari nanti.
ii. Sekumpulan dayang-dayang tidak membenarkan sesiapa masuk ke peraduan tuan puteri kerana dia sedang bersiram.
iii. Hutan Lipur Taman Rimba Templer merupakan tempat rekreasi yang teramat cantik sekali di Malaysia.
[6 markah]
(e) Bina satu ayat daripada peribahasa di bawah ini.

i. Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji pecah semua
ii. Bak cendawan tumbuh selepas hujan
iii. Memerah otak [6 markah]
Soalan 4: Novel [15 markah]
Jawab soalan di bawah. Jawapan anda hendaklah berdasarkan novel-novel yang anda pelajari.
i. Azfa Hanani karya Halis Azhan Mohd Hanafah
ii. Papa... Akhirnya Kau Tewas Jua karya Deana Yusof
iii. Renyah karya Gunawan Mohamad
iv. Melunas Rindu karya Hartini Hamzah
v. Konserto Terakhir karya Abdullah Hussain
vi. Kabus Di Perbukitan karya Muhamad Kholid Hamzah
vii. Kembara Amira karya Amer Hamzah L. Kadir
viii. Sutera Dalam Lukisan karya Abd. Talib Hassan
(a) Latar masyarakat banyak memberikan pengajaran kepada pembaca. Berdasarkan salah satu daripada novel yang anda kaji,
nyatakan dua perbuatan latar masyarakat yang mendatangkan keinsafan.
[7 markah]
(b) Huraikan satu teknik penceritaan yang digunakan oleh pengarang dalam dua buah novel yang anda kaji.
[8 markah]
KERTAS SOALAN TAMAT
http://edu.joshuatly.com/
http://fb.me/edu.joshuatly
SOALAN ULANGKJI SPM 2012 SOALAN ULANGKJI SPM 2012
Bahasa Melayu
Jawapan
Bahasa Melayu Kertas 1
http://edu.joshuatly.com/
http://fb.me/edu.joshuatly
SOALAN ULANGKJI SPM 2012
http://edu.joshuatly.com/
http://fb.me/edu.joshuatly
SOALAN ULANGKJI SPM 2012 SOALAN ULANGKJI SPM 2012
Bahasa Melayu Kertas 2
http://edu.joshuatly.com/
http://fb.me/edu.joshuatly
SOALAN ULANGKJI SPM 2012
http://edu.joshuatly.com/
http://fb.me/edu.joshuatly
SOALAN ULANGKJI SPM 2012 SOALAN ULANGKJI SPM 2012
http://edu.joshuatly.com/
http://fb.me/edu.joshuatly
SOALAN ULANGKJI SPM 2012
http://edu.joshuatly.com/
http://fb.me/edu.joshuatly
SOALAN ULANGKJI SPM 2012 SOALAN ULANGKJI SPM 2012
http://edu.joshuatly.com/
http://fb.me/edu.joshuatly
SOALAN ULANGKJI SPM 2012
http://edu.joshuatly.com/
http://fb.me/edu.joshuatly
SOALAN ULANGKJI SPM 2012 SOALAN ULANGKJI SPM 2012
http://edu.joshuatly.com/
http://fb.me/edu.joshuatly

You might also like