You are on page 1of 3

Laporan : Pada masa kini, unsur-unsur tradisi yang dikekalkan itu amatlah memainkan peranan yang sangat penting

bagi memastikan kesejahteraan bangsa terutamanya bagi kaum Melayu. Pada masa kini, pelbagai masalah perpaduan yang telah berlaku dan banyak menggoncangkan perpaduan antara pelbagai kaum di Negara kita. Seperti yang kita ketahui, peristiwa hitam 13 Mei 1969 adalah merupakan salah satu peristiwa yang telah menggoncangkan perpaduan yang telah dibina semenjak zaman penjajahan lagi. Namun, apa yang telah berlaku membuktikan kepada kita bahawa tempoh masa itu bukanlah sesuatu jaminan kepada rakyat Negara kita bahawa tidak akan berlaku lagi rusuhan kaum seperti yang berlaku pada 13 Mei 1969. Daripada ketiga-tiga unsur yang telah dinyatakan sebelum ini iaitu agama, bahasa dan juga hak istimewa, saya berpendapat bahawa bahasa adalah merupakan satu eleman yang sangat penting untuk memastikan hubungan antara kaum di negara kita ini semakin erat dan kukuh. Ini kerana daripada bahasa Melayu itu semua kaum di Negara ini boleh bergabung dan menggunakan satu bahasa yang sama. Ini dapat meningkatkan lagi perpaduan dalam kalangan etnik di Negara kita. Seterusnya, apabila kanak-kanak yang berbangsa Cina dan India diberi didikan yang sama sewaktu di sekolah rendah iaitu menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar sewaktu di sekolah, ini akan dapat meningkatkan kefahaman dalam kalangan murid itu sendiri. Apabila murid-murid ini sudah dewasa, mereka akan menjadikan bahasa melayu sebagai bahasa pengantar utama dan juga seperti yang kita ketahui bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi di Negara ini dan kaum-kaum lain akan menguasai bahasa Melayu demi memperlihatkan kesetiaan kepada Negara kita Malaysia. Dengan ini, setiap kaum akan menggunakan satu bahasa yang sama iaitu bahasa Melayu dan semestinya dalam tidak kita sedari, perpaduan akan semakin meningkat.

REFLEKSI : Melalui tajuk ini, saya dapat membincangkan mengenai kepentingan unsur-unsur tradisi dalam konteks hubungan etnik pada hari ini. Saya juga dapat menghuraikan permasalahan yang berlaku pada masa kini yang berpunca daripada ketidaksefahaman dan juga ada perasaan tidak berpuas hati dengan unsur-unsur yang telah diperlembagakan ini. Selain itu, saya juga dapat membincangkan bagaimana sekiranya semua kaum di Negara ini mempunyai satu bahasa yang sama iaitu menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pertuturan harian dan digunakan dalam semua aktiviti. Ini akan dapat meningkatkan lagi perpaduan dalam kalangan masyarakat di Negara kita dan seterusnya dapat mempertahankan kemerdekaan Negara kita.

UNSUR-UNSUR TRADISI DI DALAM KONTRAK SOSIAL PENGENALAN Kebanyakan Perlembagaan Persekutuan mengandungi amalan yang diwarisi daripada zaman penjajahan, kecuali peruntukan tentang pentadbiran, parlimen dan kewarganegaran.Terdapat fasal-fasal yang diwarisi sejak zaman penjajahan dan masih dikekalkan dalam Perlembagaan Persekutuan. Unsurunsur tradisi sebenarnya telah wujud sejak ratusan tahun yang lalu sebelum pembentukan perlembagaan pada tahun 1957. Ia dianggap sebagai satu kontrak sosial yang meliputi 4 aspek termasuklah institusi beraja, agama islam, bahasa melayu dan kedudukan istimewa orang Melayu. (Mohd Salleh Abas, 1985) Keempat-empat unsur tradisi ini diserap menjadi sebahagian daripada kandungan penting perlembagaan persekutuan. Ia berperanan menstabilkan sistem politik negara dan laporan yang dibuat oleh Suruhanjaya Reid menekankan betapa pentingnya perlembagaan mengambil kira faktor-faktor sejarah, tradisi, ekonomi dan sosial yang wujud sebelum tahun 1957. (Mohamed Suffian Hashim, 1987). Ini menunjukkan betapa pentingnya unsur-unsur tradisi sehingga dilindungi di bawah Akta Hasutan dan dianggap sebagai isu-isu sensitif yang dilarang daripada dijadikan isu perbincangan awam. Ia juga merupakan satu pra-syarat dan permuafakatan yang telah dipersetujui dan diterima oleh orang Melayu dan bukan Melayu. Ini bermakna, orang Melayu diberikan hak istimewa, Islam menjadi agama persekutuan dan Bahasa Melayu diterima sebagai bahasa kebangsaan sebagai pra-syarat penerimaan hak kewarganegaraan oleh etnik bukan Melayu. (Mohd Salleh Abbas, 1985). Pra-syarat ini menunjukkan bahawa pemimpin terdahulu telah menerima satu formula bagi menyelesaikan masalah yang wujud tanpa melibatkan konflik antara etnik di Tanah Melayu pada ketika itu. Kontrak sosial adalah persetujuan yang dicapai sebelum merdeka di kalangan para pemimpin Melayu, Cina dan India dan parti-parti yang mereka wakili, UMNO, MCA dan MIC. Bagaimanapun, kontrak sosial harus dianggap sebagai satu persetujuan di kalangan masyarakat berbilang kaum, bukan hanya pemimpin atau kumpulan elit tertentu. Permuafakatan itu mendapat sokongan rakyat sebagaimana yang terbukti melalui kemenangan Perikatan dalam pilihan raya 1955. Rakyat perlu memahami fakta sejarah bahawa kontrak sosial dicapai melalui proses muafakat dan musyawarah. (Sumber: Laman Web Tun Mahathir) Kontrak sosial bukan istilah yang wujud dalam Perlembagaan Persekutuan pada tahun 1957 tetapi permuafakatan yang mewakili semangat Perlembagaan. Dengan adanya kontrak sosial ketika proses ke arah mencapai kemerdekaan, usaha telah dapat dilakukan untuk menggubal Perlembagaan. Ia merupakan muafakat antara kaum yang mewarnai Perlembagaan, persepakatan yang diterjemahkan ke dalam Perlembagaan. Walaupun istilah kontrak sosial tidak ada dalam Perlembagaan tetapi semangatnya ada pada ciri-ciri perlembagaan itu. Ini bermaksud Unsur-unsur tradisi dalam kontrak sosial telah disepakati semasa menggubal undang-undang persekutuan. Oleh itu pembentukan kontrak

sosial dimaktubkan dalam pertama, Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dan seterusnya Malaysia. Untuk mengatakan yang ianya tidak wujud samalah dengan menidakkan kandungan Perlembagaan yang diasaskan kepada penerimaan oleh pemimpin-pemimpin ketiga-tiga kaum terhadap kontrak sosial yang asal. (Mohamed Jauhar Hassan, 1996) Kontrak sosial sebenarnya merupakan watikah asas keadilan sosial untuk Negara. Keadilan sosial yang terkandung dalam perjanjian ini merangkumi bukan sahaja soal keadilan ekonomi tetapi juga keadilan politik dan keadilan kebudayaan. Oleh itu, kontrak sosial yang dipersetujui perlu dijadikan rujukan asas segala usaha untuk menegakkan keadilan sosial di Negara ini. Pengajaran utama yang harus dipelajari oleh kaum bukan melayu ialah peristiwa rusuhan 13 Mei 1960 kerana mencabar kedudukan orang melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia. Teori kontrak sosial menurut pandangan ahli teori demokratik eropah seperti Thomas Hobbes (Leviathan, 1651) dan John Locke (Two Treaties of Goverment, 1690) ialah bahawa manusia mewujudkan Negara sebagai satu perjanjian bersama di mana setiap individu itu bersetuju kepadanya. Kontrak ini bererti individu-individu yang bebas bersetuju untuk menyerahkan haknya untuk memerintah diri sendiri itu kepada satu institusi bersama yang berkuasa dan berdaulat. Menurut bahasa, kontrak boleh didefinisikan sebagai perjanjian formal dengan syarat tertentu antara dua pihak. Ia juga boleh bermaksud dokumen yang mengandungi syarat-syarat perjanjian atau undang-undang yang berkaitan dengan kontrak. Sosial pula boleh ditakrifkan sebagai yang berkaitan dengan masyarakat dan kemasyarakatan. Oleh itu, kontrak sosial boleh ditakrifkan sebagai satu bentuk perjanjian atau permuafakatan yang ditulis dan ditetapkan oleh undang-undang perlembagaan yang melibatkan semua masyarakat disesebuah Negara. Kontrak sosial di Malaysia lebih merujuk kepada permuafakatan dan perkongsian hidup bersama secara aman harmoni antara penduduk dalam masyarakat majmuk di Negara ini. Kontrak atau perjanjian tidak boleh diubah secara satu pihak sahaja. Semua yang terlibat dalam perjanjian itu mesti setuju kepada perubahan dan pindaan. Apatah lagi kontrak sosial itu telah diinstitusikan dengan menyuratkannya ke dalam Perlembagaan Persekutuan.

You might also like