You are on page 1of 7

INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KAMPUS KOTA BHARU, PENGKALAN CHEPA 16109 KOTA BHARU, KELANTAN.

LAPORAN PERTANDINGAN ABAKUS SEMPENA KARNIVAL SAINS DAN MATEMATIK SERTA INOVASI 2013
TEMPAT: DEWAN WAWASAN, IPG KAMPUS KOTA BHARU

TARIKH: 1 JULAI 2013

Laporan Pertandingan Abakus

1.0

Pengenalan Pertandingan Abakus kali ini dianjurkan sempena karnival Sains dan

Matematik serta Inovasi 2013. Penggunaan abakus kian meluas pada masa kini dengan modul penggunaannya telah diterapkan di dalam sukatan mata pelajaran sekolah rendah. Penggunaan abacus mampu meningkat penguasaan mental seseorang individu sekali gus mampu memudahkan tugasan seharian mereka.

2.0

Latar Belakang Pertandingan Abakus ini telah berlangsung pada hari pertama Karnival

Sains dan Matematik Serta Inovasi 2013 iaitu pada 1 Julai 2013 iaitu pada hari Isnin. Pertandingan akhir telah berlangsung di Dewan Wawasan, Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Kota Bharu, manakala ujian saringan pula telah dijalankan di Dewan Asrama IPG Kampus Kota Bharu. Pertandingan ini telah disertai oleh 48 orang peserta yang melibatkan pelajar sekolah rendah dan mahasiswa pendidik IPG Kampus Kota Bharu. Pelajar sekolah rendah yang terlibat merupakan sekolah di sekitar daerah Pengkalan Chepa, contohnya SK Sabak, SK Dato Hashim 1, SK Dato Hashim 2 dan sebagainya. Manakala, penglibatan dari mahasiswa pendidik pula tidak semata-mata melibatkan mahasiswa pendidik dari opsyen matematik sahaja kerana terdapat juga wakil daripada opsyen lain seperti pemulihan khas. Pertandingan abakus ini terbahagi kepada 2 peringkat iaitu peringkat saringan dan peringkat akhir. Pada peringkat saringan, setiap peserta diberikan set
Page 2

Laporan Pertandingan Abakus


soalan yang mengandungi 100 soalan dan dikehendaki menjawabnya dalam masa 30 minit. Peralatan yang dibekalkan pula hanyalah pensel, pemadam dan abakus. 10 peserta yang mendapat markah tertinggi kemudiannya dipilih bagi peringkat akhir. Pertandingan ini melibatkan 2 kategori iaitu peringkat sekolah rendah dan peringkat IPG, oleh yang demikian, soalan yang direka juga merupakan di tahap mereka yang tersendiri. Program ini dimulakan seawal jam 8.00 pagi dengan ujian saringan. Pada jam 10.15, pertandingan akhir bagi peringkat sekolah dimulakan. Pada pertandingan akhir ini peserta perlu melalui 3 pusingan. Pada pusingan pertama, peserta diberikan soalan dan peserta dikehendaki menyelesaikannya menggunakan abakus. Pada peringkat kedua pula, peserta akan diberikan soalan secara oral dan peserta dikehendaki mengira menggunakan abakus. Manakala, pada peringkat ketiga pula, peserta diberikan soalan secara oral tetapi tidak dibenarkan menggunakan abakus di dalam pengiraan mereka. Mereka dikehendaki menyelesaikan soalan yang diberikan menggunakan pengiraan mental. Peserta tidak dibenarkan untuk menyalin semula soalan yang diberikan oleh juru kuiz. Bagi melicinkan program yang telah dirancang ini, 20 orang ahli jawatankuasa telah dilantik. Ahli jawatankuasa ini merupakan golongan mahasiswa pendidik dari opsyen Matematik semester 8. Golongan mahasiswa ini bersama-sama berkolaborasi dalam memastikan perjalanan aktiviti ini sentiasa berjalan dengan lancar.

Page 3

Laporan Pertandingan Abakus


3.0 Pencapaian Aktiviti Bagi kategori sekolah rendah, 10 peserta yang terpilih merupakan pelajar dari sekolah SK Sabak, SK Dato Hashim 2, SK Pengkalan Chepa, SK Tapang, SK Penambang, SK Beris Panchor, dan SK Tengku Indera Petra. Tempat pertama bagi pertandingan abakus bagi kategori sekolah rendah telah dimenangi oleh Mohd Afnan Adib dari SK Beris Panchor. SK Beris Panchor merupakan satu-satunya sekolah yang kesemua pelajarnya berjaya untuk ke peringkat akhir. Bagi kategori IPG pula, nasib lebih menyebelahi mahasiswa pendidik daripada opsyen matematik yang mana kesemua peserta peringkat akhir merupakan mahasiswa pendidik daripada opsyen tersebut. Namun begitu, berbekalkan kecekapan dan teknik yang betul Muhamad Ariff bin Shahifullah daripada PISMP Matematik (1) semester 8 telah dinobatkan sebagai pemenang bagi pertandingan abakus ini.

4.0

Masalah yang dihadapi dan cadangan penambahbaikan Sepanjang program ini berlangsung, satu masalah yang dapat dilihat

adalah pengurusan setiap kerja yang kurang teratur. Ini adalah kerana setiap ahli jawatankuasa terpaksa melakukan pelbagai kerja akibat kekurangan tenaga kerja. Oleh yang demikian, mereka tidak dapat menumpukan kerja mereka secara khusus bagi satu-satu bahagian. Oleh yang demikian, lebih elok sekiranya pada masa yang akan datang ahli jawatankuasa ditambahkan lagi bagi memastikan perjalanan aktiviti yang dirancang berjalan dengan sempurna kerana setiap petugas dapat memfokuskan tugas mereka pada sesuatu bahagian itu sahaja.
Page 4

Laporan Pertandingan Abakus


6.0 Gambar Aktiviti

Pendaftaran peserta bagi ujian saringan

Sebahagian daripada pelajar sekolah yang terlibat

Page 5

Laporan Pertandingan Abakus

Peserta bagi kategori IPG

Peserta menyelesaikan soalan yang diberikan menggunakan abakus

Page 6

Laporan Pertandingan Abakus


7.0 Penutup Pertandingan Abakus ini diharap dapat meningkatkan keyakinan dan memberikan pengalaman yang berharga dan secukupnya kepada semua mahasiswa pendidik. Sokongan daripada pihak pengarah, pensyarah dan mahasiswa pendidik yang terlibat amat membantu dalam menjayakan program ini dan seterusnya dapat mecapai objektif utama program ini. Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh,

_______________________ ( SITI NUR IZZATI DAHALAN) PISMP MATEMATIK 2 SEM 8

Page 7

You might also like