You are on page 1of 13

MODEL PENGAJARAN

( MODEL SIM )

Apa itu Pengajaran?


Usaha untuk menyampaikan ilmu dalam bentuk yang boleh difahami oleh kumpulan sasaran.

Tujuan Model Pengajaran Dibina?


Untuk menghasilkan proses pengajaran dan pembelajaran ( P&P) yang berkesan.

Model Pengajaran Sim


Melibatkan 5 komponen iaitu;
Guru Murid
GURU OBJEKTIF

PERSEKITARAN

MURID

Isi Pelajaran
Objektif Pelajaran Persekitaran
ISI PELAJARAN

Objektif Pelajaran : Harus ditentukan secara jelas atau eksplisit dan mengikut keupayaan murid- murid.
Isi Pelajaran dimaksudkan: Pengetahuan dalam bentuk konsep, faktor, mesej dan alat bantu mengajar yang digunakan. Persekitaran merangkumi : Suasana dekat atau jauh termasuklah kedudukan, organisasi, sosioekonomi, lokasi bilik darjah serta aspek budaya.

Proses pengajaran yang berlaku adalah melalui interaksi di antara guru dan murid, dengan objektif dan isi pelajaran dalam sesuatu persekitaran tertentu. Interaksi dalam proses pengajaran boleh berlaku di antara guru dan murid dengan satu, atau dua atau tiga komponen yang lain. Semasa interaksi berlaku, salah satu komponen akan menjadi fokus, iaitu komponen utama yang dititikberatkan dalam proses pengajaran.

Interaksi yang melibatkan 2 pembolehubah.


1) Interaksi Guru Murid
Guru Murid

a) Dalam interaksi guru dengan murid, persoalan berikut mungkin timbul: i) Adakah guru suka akan murid- muridnya? ii) Adakah guru memahami masalah murid? iii) Apakah reaksi guru terhadap muridnya yang lemah? iv) Bagaimanakah guru mengendalikan kes murid yang amat aktif? v) Adakah guru menjaga kebajikan murid- muridnya?
b) Dalam interaksi murid dengan guru, persoalan berikut mungkin timbul: i) Apakah perasaan murid terhadap gurunya? ii) Adakah murid yakin kepada kemahiran serta kebolehan gurunya? iii) Adakah murid selalu berhubung dengan gurunya?

2)

Interaksi Guru Objektif


Guru Objektif

a) Dalam interaksi guru dengan objektif , persoalan berikut mungkin timbul: i) Adakah objektif pelajaran yang disediakan itu sesuai dengan minat dan kebolehan murid? ii) Adakah objektif pelajaran telah dipertimbangkan baik oleh guru? iii) Dapatkah guru menentukan bukan sahaja objektif tersurat tetapi juga objektif tersirat? b) Dalam interaksi objektif dengan guru, persoalan berikut mungkin timbul: i) Adakah persediaan guru memenuhi keperluan objektif? ii) Adakah mungkin aktiviti yang dirancangkan itu akan mencapai objektif? iii) Apakah anggapan guru tentang peranannya dalam menentukan pencapaian objektif? iv) Apakah reaksi guru terhadap objektif- objektif tersirat?

3)

Interaksi Murid Objektif


Murid Objektif

a) Dalam interaksi murid dengan objektif , persoalan berikut mungkin timbul: i) Adakah objektif yang dinyatakan itu mementingkan perubahan tingkah laku murid- murid? ii) Adakah ciri- ciri murid pada keseluruhannya di dalam bilik darjah mempengaruhi objektif pelajaran? b) Dalam interaksi objektif dengan murid, persoalan berikut mungkin timbul: i) Apakah kesan objektif nyata terhadap murid yang lemah dan cerdas? ii) Bagaimanakah kesan objektif yang tersirat? iii) Adakah murid-murid menunjukkan perasaan positif terhadap pencapaian objektif objektif pelajaran?

Berikut merupakan fokus interaksi antara komponen utama: A) Interaksi di antara guru, murid dan objektif; apabila objektif menjadi fokus.
OBJEKTIF

Guru

Murid

Di antara perkara yang perlu dipertimbangkan dalam interaksi ini ialah: Objektif pelajaran yg ditentukan oleh guru harus berdasarkan kebolehan mental dan fizikal murid- murid. Objektif pelajaran yg ditentukan oleh guru boleh dicapai oleh murid dlm masa pembelajaran diperuntukkan. Objektif pelajaran yg ditentukan oleh guru adalah eksplisit, iaitu perubahan tingkah laku murid dapat dilihat dgn jelas selepas aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

B) Interaksi di antara guru, murid dan isi pelajaran; apabila isi pelajaran menjadi fokus.
ISI PELAJARAN
Guru Murid

Perkara- perkara yang perlu dipertimbangkan dalam interaksi ini ialah: Isi pelajaran yg ditentukan oleh guru hendaklah sesuai dengan kebolehan dan minat murid- murid. Isi pelajaran yg dirancangkan oleh guru hendaklah sistematik supaya murid- murid mudah mengikutinya. Isi pelajaran yg disampaikan oleh guru hendaklah mengikut kaedah mengajar dan strategi pengajaran yg sesuai supaya murid dapat memperolehinya dgn berkesan serta bermakna.

C)

Interaksi di antara guru, murid dan persekitaran; apabila persekitaran menjadi fokus.
PERSEKITARAN
Guru Murid

Perkara- perkara yang perlu dipertimbangkan dalam interaksi ini ialah: Keadaan tempat belajar yg dikelolakan oleh guru harus sesuai dengan perkembangan intelek, emosi, rohani dan sosial murid- murid. Alat bantu mengajar yg digunakan oleh guru haruslah dapat dilihat dengan jelas, mudah difahami dan boleh digunakan oleh murid dalam pelajaran. Kemudahan- kemudahan di tempat belajar haruslah dapat memperkaya proses pengajaran.

Implikasi Model Pengajaran Sim


Objektif pelajaran harus ditentukan secara eksplisit dan mengikut kebolehan murid-murid. Isi pelajaran harus dipilih berdasarkan objektif pelajaran dan dirancang secara sistematik mengikut kaedah yang sesuai. Guru hendaklah menggunakan kaedah mengajar dan strategi pengajaran yang sesuai. Guru hendaklah memupuk perhubungan yang baik dgn murid. Pembelajaran akan terlaksana dgn jayanya apabila guru mengambil berat tentang unsur- unsur persekitaran yg perlu disesuaikan dgn kedudukan dan sosioekonomi dan budaya murid- murid.

<< Sekian,Terima_Kasih >>

You might also like