You are on page 1of 2

TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI MALAYSIA

Pulau Redang
Pulau Redang menyediakan paling banyak kemudahan percutian dan penginapan, termasuk dua pusat peranginan besar dan beberapa chalet lebih kecil yang terletak di tepi pantai. Pulau Redang terkenal kerana keindahan pantainya dan tempattempat menyelam yang menarik. KEISTIMEWAAN Pelawat boleh menerokai 31 tapak menyelam, menyertai sukan pantai, dan berpesta di Pasir Panjang, mendapatkan rawatan spa dan menikmati barbeku makanan laut yang segar. Anda boleh menaiki bot atau pesawat untuk ke pulau ini.

Zoo Negara
Merupakan zoo kebangsaan pertama di Malaysia. Ia telah dibuka pada tahun 1963. Sampai sekarang, zoo negara dimiliki dan dikendalikan oleh Zoological Society Malaysia. Zoo Negara merupakan tarikan yang menarik untuk dilihat oleh pengunjung. KEISTIMEWAAN Antara tarikan zoo tersebut termasuk aquarium Negara yang dibuka pada 1972, selain itu terdapat rumah burung, rumah reptilian, pusat monyet, laluan savannah serta banyak lagi. Terdapat juga zoo malam hari pada hujung minggu.

Menara Berkembar Petronas


Ketika ini menara ini merupakan bangunan kedua tertinggi di dunia. Ia terdiri dua menara, yang dihubungkan oleh jambatan. Petronas Twin Towers mempunyai ketinggian 452m dan mempunyai 88 tingkat, ia juga dikenali sebagai KLCC KEISTIMEWAAN Tarikan- tarikan yang terdapat berdekatan termasuk kompleks menbeli-belah Suria KLCC, Dewan Filharmonik Petronas, Pusat Sains Petronas, Galeri Seni Petronas, Aquaria Oceanarium dan Pusat Konvensyen Kuala Lumpur

You might also like