You are on page 1of 18

KEBERKESANAN LATIHAN LITAR TERHADAP KECERGASAN BERLANDASKAN KESIHATAN DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN SATU

Disediakan oleh: YOGANATHAN SUBRAMANIAM

(PGN 120001)

Penyelia: Dr. Shabeshan A/L Rengasamy

PERNYATAAN MASALAH
Secara tradisi pelajar sekolah merupakan golongan yang aktif dalam aktiviti

fizikal pada bila-bila masa (Kemper, 1990) Tahap kecergasan fizikal terutama yang berlandaskan kesihatan di kalangan pelajar sekolah masa kini semakin merosot (Anita, 2009; Department of Health & Human Services di U.S., 1996; Jabatan PJ dan Sukan, KPM, 2006) Tahap kecergasan fizikal berlandaskan kesihatan yang rendah mendedahkan pelajar sekolah kepada ancaman penyakit hipokinetik (Shafinaz, 2009) Dengan itu, latihan litar yang menfokuskan kepada peningkatan tahap kecergasan fizikal yang berlandaskan kesihatan perlu dirangka untuk mengatasi masalah ini.
Contoh kajian lepas:

Pengkaji Murray et al. (1993) Anita (2009), Arjunan (2006) Palaniappan (2007) Ramachandra (2009) Vanitha (2007)

Program Intervensi Jogging

Sasaran Pelajar sekolah berumur 14-17 tahun Pelajar lelaki dan perempuan Tingkatan 2 Pelajar lelaki sahaja Tingkatan 2 Pelajar perempuan sahaja Tingkatan 4 Pelajar lelaki sahaja Tingkatan 2 Pelajar Perempuan Tingkatan 4

Latihan Litar Latihan Litar dan Latihan Fartlek Latihan Litar

Berdasarkan kajian-kajian di atas, bagi mengisi kekosongan dan penambahbaikan, maka kajian ini ingin melihat sejauh mana keberkesanan Latihan Litar selama 20 minit yang diselit pada waktu PJ, 40 minit setiap

sesi, 2 sesi seminggu selama 10 minggu dalam meningkatkan tahap kecergasan fizikal berlandaskan kesihatan di kalangan pelajar lelaki dan perempuan Tingkatan 1 di salah sebuah sekolah menengah di Daerah Petaling Utama, Selangor.

1. Mengkaji keberkesanan pengajaran Pendidikan Jasmani 40 minit


setiap sesi, 2 sesi seminggu tanpa latihan litar selama 10 minggu dalam meningkatkan tahap kecergasan fizikal berlandaskan kesihatan di kalangan pelajar-pelajar lelaki dan perempuan Tingkatan Satu
2. Mengkaji keberkesanan pengajaran Pendidikan Jasmani 40 minit setiap sesi, 2 sesi seminggu yang diselit dengan program Latihan litar selama 10 minggu dalam meningkatkan tahap kecergasan fizikal berlandaskan kesihatan di kalangan pelajar-pelajar lelaki dan perempuan Tingkatan Satu Membanding perbezaan tahap kecergasan fizikal berlandaskan kesihatan tanpa latihan litar selama 10 minggu dan tahap kecergasan fizikal berlandaskan kesihatan dengan latihan litar selama 10 minggu di kalangan pelajar-pelajar lelaki dan perempuan Tingkatan Satu

3.

SIGNIFICANCE OF THE STUDY


PELAJAR GURU PENTADBIR SEKOLAH PPD/JPN KPM/PUSAT PERKEMBANGAN KURIKULUM
Dapatan kajian ini boleh dijadikan landasan penilaian semula terhadap mata pelajaran PJ

Dapat mengenal pasti tahap kecergasan fizikal berlandaskan kesihatan sebelum kajian melalui ujian pra

Mengenal pasti keberkesanan pelaksanaan PJ melalui ujian pra

Dapat melakukan penambahbaikan terhadap mutu dan kualiti aktiviti fizikal dalam PJ di sekolah.

Mengenal pasti keberkesanan pelaksanaan PJ di sekolah

Mengambil langkah membaiki tahap kecergasan fizikal berlandaskan kesihatan berpandukan data ujian pra dan pos

Membantu guru merencana aktiviti fizikal untuk pelajar dengan lebih berkesan semasa waktu PJ

Ketua Panitia PJ dapat menilai keberkesanan pelaksanaan PJ oleh guru PJ.

Jika dapatan kajian menunjukkan kesan positif, maka latihan litar ini boleh dikembangkan ke sekolah lain

Jika dapatan kajian menunjukkan kesan positif, latihan litar ini boleh dikembangkan ke universiti atau IPG seluruh negara agar bakal guru PJ dan Sains Sukan dapat mempraktikannya apabila bertugas di sekolah nanti

Mengambil langkah membaiki mutu program aktiviti fizikal berlandaskan prinsipprinsip latihan semasa waktu PJ

Dapatan kajian ini boleh dijadikan panduan dan rujukan pengkaji lain

1.

Adakah terdapat perbezaan yang signifikan dalam tahap kecergasan fizikal berlandaskan kesihatan bagi kumpulan kawalan yang melalui pengajaran pendidikan jasmani dua kali seminggu selama 40 minit tanpa intervensi terhadap 5 komponen kecergasan fizikal? Adakah terdapat perbezaan yang signifikan dalam tahap kecergasan fizikal berlandaskan kesihatan bagi kumpulan rawatan yang melalui pengajaran pendidikan jasmani dua kali seminggu selama 40 minit dengan intervensi terhadap 5 komponen kecergasan fizikal? Adakah terdapat perbezaan yang signifikan dalam tahap kecergasan fizikal berlandaskan kesihatan di antara kumpulan kawalan tanpa intervensi dan kumpulan rawatan dengan intervensi yang melalui pengajaran pendidikan jasmani dua kali seminggu selama 40 minit terhadap 5 komponen kecergasan fizikal?

2.

3.

Kajian ini hanya melibatkan pelajar Tingkatan 1 sahaja dari salah sebuah

sekolah menengah di daerah Petaling Utama, Selangor. Oleh itu dapatan kajian ini tidak boleh digeneralisasikan ke daerah lain.
Kajian ini tidak mengambil kira ciri-ciri responden seperti faktor-faktor kesihatan, status sosio-ekonomi, tabiat pemakanan, pengalaman dalam sukan yang diceburi, sosial budaya, motivasi dan faktor persekitaran dan cuaca

BAB 2
(Teori GAS oleh Hans Selye, 1956)

KERANGKA TEORI

PENGAPLIKASIAN TEORI GAS TERHADAP KAJIAN


Dalam konteks kajian ini, responden akan menerima stres dalam bentuk bebanan latihan fizikal apabila melakukan latihan litar selama 20 minit. Latihan litar ini akan mengejutkan sistem fisiologi tubuh badan untuk melakukan proses adaptasi terhadap bebanan latihan fizikal (stres) yang diterima. Situasi ini dikatakan fasa alarm. Selepas 10 minggu, responden akan berasa lebih mudah melakukan latihan litar ini. Ini bermakna proses mengadaptasikan bebanan latihan fizikal (stres) telah berlaku dan sekaligus menunjukkan bahawa tahap kecergasan fizikal berlandaskan kesihatan telah meningkat. Fenomena ini dikatakan sebagai fasa resistance.

UJIAN PRA (sebelum latihan litar)

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI SELAMA 10 MINGGU (40 minit per sesi, 2 kali seminggu) Fasa 1 : Memanaskan Badan (3 minit) (pengambilan kadar nadi) Fasa 2 : Latihan litar (15 minit) Stesen 1: Skipping Stesen 2: Bangun tubi Stesen 3: Lompat kanggaroo Stesen 4: Tekan tubi Stesen 5: lonjakan Dua Kaki Stesen 6: Angkat Kaki Stesen 7: Naik Turun Bangku Stesen 8: Lari Ulang-alik (pengambilan kadar nadi) Fasa 3 : Menyejukkan badan(2 minit)

Menentukan tahap kecergasan fizikal berlandaskan kesihatan sebelum latihan litar

TEORI GAS (GENERAL ADAPTATION SYNDROME) Oleh Hans Selye, 1956

Kerangka Konseptual Kajian

Proses adaptasi dalam sistem fisiologi tubuh badan terhadap bebanan latihan melibatkan tiga fasa : 1. fasa alarm 2. fasa resistance 3. fasa exhaustion

Proses adaptasi berlaku dalam sistem fisiologi tubuh badan terhadap bebanan latihan yang dikenakan

UJIAN POS (selepas latihan litar) Menentukan tahap kecergasan fizikal berlandaskan kesihatan selepas latihan litar

PEMBOLEH UBAH KAJIAN


Pemboleh ubah bersandar : kelima-lima komponen kecergasan fizikal berlandaskan kesihatan iaitu daya tahan kardiovaskular, daya tahan otot, kekuatan otot, kelenturan dan komposisi tubuh badan Pemboleh ubah tak bersandar : program intervensi dalam bentuk Latihan Litar

BAB 3

REKA BENTUK KAJIAN



Kuasi eksperimental dengan Ujian Pra dan Ujian Pos Kaedah persampelan intact digunakan kerana pilihan responden secara rawak tidak dapat dijalankan (Creswell, 2005) 4 buah kelas iaitu 2 kelas pelajar lelaki dan 2 kelas pelajar perempuan dipilih secara rawak daripada populasi kelas PJ Tingkatan 1 Undian dilakukan untuk menentukan mana satu kelas sebagai kumpulan kawalan lelaki (L1), kumpulan kawalan perempuan (P1), kumpulan rawatan lelaki (L2) dan kumpulan rawatan perempuan (P2) Hanya L2 dan P2 menerima program intervensi. Keempat-empat kumpulan menjalani Ujian Pra sebelum program intervensi dan Ujian Pos selepas program intervensi melalui instrumen kajian
11

Reka Bentuk Pemilihan Subjek


POPULASI 4 Buah Kelas 2 Buah Kelas Kumpulan 1 (Kawalan) n=30 UJIAN PRA
Pengajaran Pendidkan jasmani 40 minit 2 kali Seminggu dengan intervensi

Kumpulan 2 (Rawatan)n=30

Pengajaran Pendidkan jasmani 40 minit 2 kali Seminggu tanpa intervensi

UJIAN POS
12

RESPONDEN KAJIAN
2 buah kelas pelajar lelaki dan 2 buah kelas pelajar perempuan daripada populasi kelas PJ Tingkatan 1 yang dipilih secara rawak daripada sebuah sekolah menengah di daerah Petaling Utama, Selangor Saiz responden setiap kelas mengikut ketetapan sekolah

LOKASI KAJIAN
Salah sebuah sekolah menengah di daerah Petaling Utama, Selangor

INSTRUMEN KAJIAN
Mengguna pakai ujian-ujian yang disarankan oleh ACSM (2006)

13

KAJIAN RINTIS
Sebuah kelas PJ Tingkatan 1 dipilih secara rawak daripada salah sebuah sekolah menengah di daerah Petaling Utama, Selangor Mengikut prosedur kajian sebenar Tujuan kajian rintis : untuk mendapatkan gambaran kajian sebenar untuk mengenal pasti kesilapan dan masalah yang mungkin timbul

sepanjang tempoh kajian untuk menguji tahap kebolehpercayaan instrumen kajian melalui kaedah test retest

14

PROSEDUR KAJIAN
Sebelum kajian :
Memperolehi kebenaran bertulis daripada BPPP, JPM, PPD, pengetua sekolah, ibu bapa dan responden kajian Pilihan rawak 4 buah kelas iaitu 2 kelas lelaki dan 2 kelas perempuan

daripada populasi kelas PJ Tingkatan 1 Undian bagi penentuan kumpulan L1, P1, L2 dan P2 Taklimat dan demonstrasi terperinci kepada semua responden dan guru PJ yang terlibat Ujian Pra oleh semua kumpulan (L1, P1, L2, P2) untuk menentukan tahap kecergasan fizikal berlandaskan kesihatan sebelum program intervensi

Semasa kajian :
L1, P1, L2 dan P2 akan mengikuti P & P PJ berdasarkan modul yang sama selama 10 minggu L2 dan P2 sahaja akan menjalani program intervensi fizikal dalam bentuk Latihan Litar selama 20 minit yang diselitkan ke dalam waktu PJ

15

Selepas kajian :
Ujian Pos akan dilakukan oleh semua kumpulan (L1, P1, L2, P2) untuk menentukan tahap kecergasan fizikal berlandaskan kesihatan selepas program intervensi Skor Ujian Pra dan Ujian Pos dikumpulkan dan dianalisis untuk melihat sejauh mana keberkesanan program intervensi dalam meningkatkan tahap kecergasan fizikal berlandaskan kesihatan

16

ANALISIS DATA

Data akan di rekod, disusun dan dianalisis dengan program SPSS versi 16.0

Persoalan 1 : Paired T-Test Persoalan 2 : Paired T-Test Persoalan 3 : Kaedah Analisis Kovarians (ANCOVA)

17

SEKIAN TERIMA KASIH

18

You might also like