You are on page 1of 17

1. Pengenalan kepada kajian.

Kehidupan manusia sejak zaman berzaman tidak dapat dipisahkan dengan salah satu elemen terpenting iaitu kehidupan berkomuniti. Melalui kehidupan berkomuniti ini lahirnya bentuk penyatuan komuniti seperti adanya keluarga, kabilah, puak, perkampungan, daerah, wilayah, negara dan empayar. Dari sekecil komuniti seperti keluarga hinggalah kepada pembentukan empayar, ia harus mempunyai ketua yakni seorang pemimpin yang akan membentuk budaya, aspek pemikiran, penyatu kepada pelbagai bangsa dan ideologi, menegak dan melaksana undang-undang, ketua tentera dan pelbagai peranan lagi. Dalam dunia moden hari ini, terdapat pelbagai organisasi samada ia berbentuk formal atau bukan formal atau yang berbentuk perniagaan, kumpulan seminat (NGO), badan kerajaan yang diketuai oleh pemimpin yang diberi pelbagai jenis gelaran seperti Presiden, Perdana Menteri, CEO, Naib Canselor, Menteri, Pengarah dan lain-lain. Kepelbagaian organisasi dan pemimpin ini telah mendorong banyak para pengkaji sains sosial dan ahli akademik untuk membuat kajian bagi melihat dinamika sesebuah organisasi dan gaya pemimpin atau adakalanya ditakrifkan sebagai kepimpinan dan bagaimana kedua aspek ini mempunyai saling kaitan antara satu sama lain.

2. Pengenalan kepada RELA. Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) ditubuhkan pada 11 Januari 1972 dengan berkuatkuasanya Akta (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat 1964 Peraturan-Peraturan Perlu (Ikatan Relawan Rakyat) (Pindaan) 2005. Penubuhan RELA membolehkan rakyat jelata

untuk secara sukarela tampil menganggotai sebuah pasukan sukarela bagi membantu memelihara dan mengekalkan keselamatan dan keamanan negara. Di bawah Seksyen 2, Akta (Kuasa-kuasa Perlu) Darurat 1964, Yang Di Pertuan Agong telah perkenan meluluskan pindaan Peraturan-peraturan Perlu (Ikatan Relawan Rakyat) (Pindaan) 2005 yang

berkuatkuasa mulai 01 Februari 2005. Peraturan ini telah memberikan kuasa-kuasa tertentu kepada Pegawai RELA di dalam menangani Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI).

3. Angkatan relawan Malaysia (RELA). 3.1 VISI Menjadi sebuah pasukan sukarelawan yang unggul.

3.1 MISI Menyediakan sebuah pasukan sukarela sebagai penyumbang kepada kesejahteraan rakyat dan keselamatan setempat.

3.2 OBJEKTIF Memelihara dan mengekalkan kesejahteraan rakyat serta keamanan dan keselamatan setempat dengan berkesan.

3.3 MOTTO Setia Berbakti

4. Mengenai RELA

4.1 SETIA Setia Berbakti kepada Negara, Pucuk Pimpinan dan Masyarakat

4.2 PATRIOTISME Membudayakan Semangat Cinta dan Berbangga Terhadap Negara, Agama dan Bangsa. 4.3 BERDISPLIN Mempunyai Disiplin Serta Jatidiri Yang Unggul dan Mengamalkan Budaya Kerja Yang Cemerlang. 4.4 DEDIKASI

Beriltizam Tinggi Untuk Menjayakan Misi dan Visi serta Matlamat Pasukan RELA.

4.5. IKHLAS

Sentiasa Sedia Membantu Dalam Sebarang Penugasan dan Tanggungjawab Tanpa Mengharapkan Ganjaran dan Mementingkan Diri Sendiri.

4.6 BEKERJASAMA

Bermuafakat, Bertolak Ansur dan Bantu Mambantu.

4.7 MESRA RAKYAT

Berhemah Tinggi, Adil, Cekap dan Mengutamakan Pelanggan serta Berdamping Rapat dengan Masyarakat Setempat.

5. Piagam pelanggan

- Memproses Pelantikan Semula Jawatan Kontrak Pegawai Rela Dalam Masa 14 Hari Bekerja;

- Menyediakan Penyata Perubahan (Kew8) Bagi Penyelarasan Gaji, Elaun, Imbuhan Dan Lain-Lain Kemudahan Dalam Masa 7 Hari Bekerja;

- Membuat Bayaran Bil-Bil Dan Pelbagai Tuntutan Elaun Dalam Masa 14 Hari Bekerja; -Membuat Permohonan Pesanan Tempatan (Lo) Dalam Masa 2 Hari Bekerja; Memaklumkan Perakuan Penerimaan Aduan Awam Kepada Pengadu Dalam Masa 3 Hari Bekerja;

-Memberi Maklumbalas Kepada Pengadu Bagi Aduan Yang Diambil Tindakan Samaada Telah Selesai, Masih Memerlukan Siasatan Lanjut Atau Aduan Tidak Berasas Dalam Masa 14 Hari Bekerja;

- Membuat Keputusan Penyelenggaraan Kenderaan Jabatan Dalam Masa 3 Hari Bekerja;

- Menawarkan Kursus-Kursus Melalui Pusat Latihan Rela Wilayah Kepada Ahli-Ahli Rela Di Setiap Negeri Dalam Masa 14 Hari Sebelum Bermula Kursus;

- Menyediakan Program Kursus Tahunan Sebelum Atau Pada Disember Setiap Tahun; - Memastikan Pusat Latihan Rela Wilayah Melaksanakan Kursus-Kursus Lazim Kepada Anggota Rela Yang Dirancang Mengikut Bilangan Siri Yang Ditetapkan :

Kursus Asas RELA

- 10 Siri Setahun

Kursus Asas RELAWATI - 2 Siri Setahun Kursus Ketua Platun RELA - 1 Siri Setahun Kursus Ketua Perhubungan - 1 Siri Setahun

- Memastikan Permohonan Lengkap Senjata Api Daripada Anggota Rela Diproses Dan

mendapat Perakuan Ketua Pengarah Dalam Masa 14 Hari Bekerja;

- Dan memastikan Kelancaran Proses Pendaftaran Ahli Dan Pengeluaran Kad Keahlian Rela Dalam Masa 7 Hari Bekerja.

6. Fungsi rela.

Perkhidmatan teras RELA adalah berlandaskan kepada konsep 4K:

Memastikan keselamatan setempat Memastikan keamanan setempat Memastikan kesejahteraan masyarakat setempat Memastikan keharmonian masyarakat setempat

7. Fungsi dan tugas RELA

'Mata dan telinga' kerajaan dalam aspek keselamatan, sosio ekonomi, pembangunan dan sebagainya. Sebagai duta kecil kerajaan dalam penyebaran dan perlaksanaan dasar-dasar kerajaan. Melaksanakan jaringan kerjasama dengan pasukan keselamatan dan lain-lain agensi penguatkuasaan. Menjalankan aktiviti kemasyarakatan dan sosio-ekonomi setempat Membangunkan modal insan melalui latihan yang bersesuaian.

8. Sejarah rela

Home Guard atau Pengawal Kampung ditubuhkan bertujuan untuk menjaga keselamatan setempat apabila darurat diisytiharkan pada tahun 1948. Ahli-ahlinya terdiri daripada sukarelawan masyarakat setempat. Pasukan Pengawal Kampung dibubarkan setelah darurat diisytiharkan tamat pada 31 Julai 1960.

Tenaga sukarelawan digembleng sekali lagi apabila negara menghadapai ancaman konfrontasi dengan Indonesia dari tahun 1963-1965. Pasukan Kawalan telah diwujudkan bagi membantu agensi keselamatan menangani pendaratan dan penyusupan pihak Indonesia. Pada waktu itu, Pasukan Kawalan bertindak sebagai mata dan telinga kerajaan untuk melaporkan kepada pasukan keselamatan tentang ancaman pihak Indonesia. Apabila tamat konfrontasi pada tahun 1965, ia telah dibubarkan.

Pada 13 Mei 1969 telah berlaku pergaduhan antara kaum. Insiden yang berlaku telah menyedarkan pemimpin-pemimpin negara pada ketika itu tentang pentingnya diwujudkan satu pasukan sukarela yang tetap bagi membantu kerajaan dalam menangani masalah dan ancaman keselamatan. Allahyarham Tun Dr. Ismail Abdul Rahman yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri dan juga Menteri Dalam Negeri mencadangkan supaya pasukan sukarela berfungsi sebagai mata dan telinga kerajaan.

Pada 11 Januari 1972, kerajaan telah mengambil keputusan untuk menubuhkan RELA di bawah Seksyen 2 Akta (Kuasa-kuasa Perlu) Darurat 1964. Pasukan RELA dikawal di bawah Akta (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat 1964 ( Peraturan-Peraturan Perlu Ikatan Relawan Rakyat ) Pindaan 2005.

Petikan ucapan oleh YAB Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad yang juga Menteri Dalam Negeri disambutan Hari RELA yang pertama di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur pada

13 Januari 1990."...The ACs, Home Guard and the Pasukan Kawalan have all since been abolished. But RELA continues to exist since its inception 18 years ago. It continued existence is proof of its role in helping to determine the security and defence of the country. RELA also signifies the goverment commitment to harness the people support through voluntary means, both during peace time or otherwise...".

Pada 20 Mac 1999, YAB Dato Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi semasa menjadi Menteri Dalam Negeri telah mewujudkan Falsafah RELA yang baru. Falsafah ini mengandungi falsafah perjuangan RELA berasaskan lunas-lunas yang meliputi benteng ketiga pertahanan negara, pasukan sokongan berwibawa, tugas-tugas kebajikan serta ekonomi dan berdikari.

9. Syarat Syarat Am Untuk Menjadi Ahli RELA


Warganegara Malaysia. Umur 16 tahun dan ke atas. Sihat tubuh badan.

Kecuali

Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Tinggi. Ahli-ahli Jemaah Menteri dan ahli-ahli mana-mana Majlis Parlimen. Ahli-ahli bagi mana-mana Majlis Mesyuarat Kerajaan atau mana-mana Dewan Undangan sebagaimana ditakrif dalam Perlembagaan.

Wakil-wakil Diplomat atau Konsul yang bertauliah dan pekerja-pekerja diplomat dan konsul yang tidak berdomisil di Malaysia.

Orang-orang yang bekerja dalam Perkhidmatan Kerajaan mana-mana anggota Komanwel lain daripada Malaysia dan yang ada di Malaysia semata-mata oleh sebab mereka bekerja alam perkhidmatan itu.

Anggota-anggota yang sedang berkhidmat dalam Angkatan Tentera Persekutuan. Anggota-anggota yang sedang berkhidmat dalam Pasukan Sukarela Tentera Laut DiRaja Malaysia.

Pasukan Pertahanan Tempatan, Pasukan Sukarela Tentera Udara DiRaja Malaysia. Anggota-anggota Pasukan Polis. Orang-orang sakit otak dalam pengertian mana-mana undang-undang bertulis yang berkuatkuasa di Malaysia.

Orang-orang yang diperakui sebagai buta oleh pengamal perubatan berdaftar. Ahli-ahli Pasukan Bomba yang disenggara di bawah mana-mana undang-undang

bertulis yang berkuatkuasa di Malaysia.

Mana-mana orang lain atau mana-mana golongan orang lain yang dikecualikan daripada peraturan-peraturan ini dengan perintah Menteri.

10. Latihan Anggota RELA akan diberikan Taklimat Pengenalan RELA di peringkat daerah manakala kursus-kursus asas dan lanjutan akan diadakan di Pusat-Pusat Latihan RELA Wilayah iaitu di PLRW Selatan di Sungai Udang Melaka, PLRW Utara di Bukit Selambau, Sungai Petani dan di PLRW Timur di Kuala Berang, Kuala Terengganu dan di PLRN Sabah, Tuaran, Sabah.

Taklimat Pengenalan diadakan selama setengah hari manakala latihan-latihan yang dijalankan di pusat-pusat latihan adalah di antara 3 hingga 10 hari bergantung kepada jenis kursus.

Kursus-kursus/Latihan yang disediakan untuk anggota-anggota RELA adalah seperti berikut :

Kursus Asas Kursus Asas Relawati Kursus Ketua Platun Kursus Ketua Perhubungan RELA Mukim Kursus Platun Bantuan Khas RELA (PBKR) Kursus Platun Kawalan Pantai RELA (PKPR) Kursus Kawalan Kehormatan Pasukan RELA (KKPR)

Kursus Asas Jurulatih Kursus Ulangkaji Jurulatih Kursus Pancaragam Kursus Pengurusan Ujian Kemahiran Menembak RELA (UKMR) Kursus Pengurusan Maklumat

11. Statistik Keanggotaan RELA Keanggotaan Statistik terkini bagi keanggotaan RELA adalah seperti jadual di bawah :

BIL 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15

NEGERI JOHOR KEDAH KELANTAN MELAKA NEGERI SEMBILAN PAHANG PERAK PERLIS PULAU PINANG PUTRAJAYA SABAH SARAWAK SELANGOR TERENGGANU WILAYAH PERSEKUTUAN JUMLAH

JUMLAH RELAWAN 108178 79714 134386 42404 64198 103794 166795 20279 122149 6130 148718 132800 297591 103620 87874 1 618630 RELAWATI 45189 26338 88524 23776 30817 47936 104601 9716 98179 4426 109444 67191 219760 72993 62667 1 011557

JUMLAH 153367 106052 222910 66180 95015 151730 271396 29995 220328 10556 258162 199991 517351 176613 150541 2 630187

* Statistik setakat 31 Julai 2011

12. Perkaitan antara RELA dengan kajian dinamika kumpulan. Perkaitan yang paling ketara sekali boleh dilihat hasil daripada penerangan organisasi RELA ini dengan kajian konsep dinamika kumpulan adalah ianya adalah bersifat sosial dan terbentuknya RELA ini adalah dilihat hasil daripada gaya kepimpinan yang terdapat dalam organisasi itu. ianya juga turut dipengaruhi oleh arah tuju organisasi RELA wujud dimalaysia. Relevannya penubuhan RELA ini adalah disebabkan oleh wujudnya konflik dalam masyarakat yang akhirnya membawa kepada penubuhan RELA. Seperti yang kita tahu peristiwa pergaduhan kaum banyak menjadi titik tolak kepada penubuhan RELA yang mana peristiwa ini adalah merupakan diantara faktor yang menyebabkan tertubuhnya pasukan RELA. Penubuhan pasukan RELA ini adalah dilihat perlu untuk menyelesaikan masalah pergaduhan kaum pada pada tahun 1972.

13. Konsep mengenai perkaitan RELA. 13.1 Pemimpin Mengikut Kamus Dewan Edisi Ketiga Tahun 2000 menyatakan, pemimpin adalah orang yang memimpin dan difahamkan bertindak sebagai juru tunjuk. Wikipedia (Ensiklopedia Bebas) Edisi Bahasa Melayu mentakrifkan pemimpin merupakan individu yang boleh memberi pengaruh kepada individu lain di dalam satu pertubuhan. Secara umumnya pemimpin boleh ditakrifkan sebagai individu yang dilantik secara formal atau tidak formal oleh satu kumpulan orang atau organisasi yang berusaha menjayakan matlamat atau objektif yang dipersetujui bersama. Pemimpin ini diberikan mandat untuk memandu arah kumpulan atau organisasi yang melantiknya bagi mencapai objektif dan matlamat penubuhan kumpulan atau organisasi tersebut. Seperti juga RELA yang mempunyai pemimpin mereka sendiri sebagai asas kepada

13.2 Kepimpinan Kamus Dewan Edisi Ketiga Tahun 2000 menyatakan secara ringkas, kepimpinan adalah keupayaan memimpin melalui teladan. Secara umumnya kepimpinan ditakrifkan sebagai satu seni atau pendekatan bagi mempengaruhi orang lain di dalam kumpulan atau organisasi agar mereka melakukan aktiviti-aktiviti yang di arahkan secara rela bagi mencapai matlamat kumpulan atau organisasi. Ralph M. Stoghill pula menyatakan bahawa kepimpinan dalam pengurusan adalah sebagai proses mengarah dan mempengaruhi aktiviti-aktiviti para anggota yang berkaitan dengan tugas. Harold Koontz & Heinz Weihrich pula mendefinisikan kepimpinan sebagai satu pengaruh seni atau proses mempengaruhi orang lain supaya mereka akan berjuang dengan rela hati dan penuh semangat ke arah pencapaian matlamat kumpulan dan definisi ini dipersetujui bersama oleh Cyril ODonnel. Manakala Robert Tannenbaum, Irving R. Weschler dan Fred Massarik melihat kepimpinan sebagai satu pengaruh antara personal yang dilaksanakan dalam sesuatu situasi menerusi proses komunikasi ke arah pencapaian satu matlamat yang khas. Seperti RELA juga yang mempunyai pemimpin tertinggi sebagai ketua dan diantara yang menjalankan fungsi tertinggi juga mereka adalah merupakan diantara yang menjalankan fungsi untuk melicinkan segala urusan pasukan RELA dan sekaligus fungsi kepimpinan berjalan melalui ketua mereka. seperti yang kita tahu kepimpinan melalui teladan merupakan diantara medium yang menjadi tunggak dalam membolehkan sesebuah organisasi menjalankan rutin-rutin harian mereka.

13.3. Organisasi

Kamus Dewan Edisi Ketiga Tahun 2000 mendefinisikan organisasi sebagai satu kesatuan yang terdiri dari bahagian-bahagian dalam sesuatu pertubuhan (perkumpulan, perbadanan dan lainlain) untuk tujuan tertentu (kepentingan bersama dan sebagainya). Secara umumnya organisasi dapat didefinisikan sebagai satu perkumpulan bersifat sosial yang mana ahlinya akan melakukan aktiviti bersama dan saling bergantungan dan bekerjasama bagi mencapai matlamat yang dipersetujui bersama. Chester I.Barnard telah memberi definisi yang mudah tentang maksud organisasi organisasi adalah sistem kerja yang dianggotai oleh dua orang atau lebih. James D. Mooney mentakrifkan organisasi sebagai sebarang bentuk permuafakatan atau kerjasama untuk mencapai tujuan bersama. Manakala Max Weber pula mendefinisikan organisasi sebagai satu pendekatan bagi perhubungan sosial yang bersifat tertutup dan tidak terbuka secara meluas kepada semua orang untuk menganggotainya melalui peraturan keanggotaan yang telah digariskan terlebih dahulu. Wan Azmi Ramli mentakrifkan organisasi atau pertubuhan ditubuhkan untuk kepentingan masyarakat dan ia dikelolakan dengan rapi, tersusun dengan baik, teratur agar perhubungan dan tindakan mudah dilaksanakan.

13.4. Konsep kepimpinan dan pemimpin. K

onsep Pemimpin dan Kepimpinan


Apabila kita memperkatakan tentang pemimpin dan kepimpinan secara umumnya kita memahami bahawa pemimpin ini haruslah memimpin suatu kelompok manusia dan ia melibatkan paling kecil pihak kedua sehinggalah kepada kumpulan atau kelompok yang lebih besar.

Apabila pemimpin dilantik oleh kelompok atau kumpulan, ia akan diberikan kuasa ataupun mandat bagi memudahkannya memimpin dan mandat ini biasanya diberikan dalam bentuk kuasa menggubal dan menguatkuasakan perintah, peraturan dan undang-undang. Dengan adanya kuasa ini, pemimpin akan dapat mengawal dan mempengaruhi subordinatnya secara rela-paksa dan subordinat haruslah menuruti arahan dan kehendak pemimpin selagi ia tidak melanggar peraturan teras atau kadangkala ia disebut perlembagaan yang dipersetujui bersama sebelum itu. Kepimpinan ataupun disebut the way to lead secara asasnya mempunyai tiga (3) komponen utama iaitu sifat, perilaku dan kebolehan menghadapi perkara-perkara luar jangka. Memandangkan kebiasaannya di dalam organisasi , para pemimpin diletakkan di puncak hierarki sesebuah organisasi, maka pemimpin haruslah mempunyai perawakan yang extra-ordinary berbanding individu lain di dalam sesebuah organisasi. Antara perawakan yang bersifat asas tetapi wajib dihayati dan diamalkan oleh pemimpin adalah seperti butiran berikut:1. Kemampuan untuk menggunakan kuasa dengan berkesan dan dengan cara bertanggungjawab. 2. Berkemampuan untuk memahami bahawa manusia mempunyai kuasa dorongan yang berlainan pada masa-masa yang berlainan dan dalam situasi yang berlainan pemahaman tentang perawakan manusia. 3. Kemampuan untuk memberikan inspirasi dan mampu diteladani keupayaan memotivasi. 4. Kemampuan untuk bertindak dengan berdasarkan pengetahuan, bakat, keterbukaan dan kemahuan pemimpin itu sendiri untuk mewujudkan suasana yang memberi ruang kepada sebarang maklum-balas dan ruang runding-cara dengan para pengikut komunikasi dalam konotasi positif.

You might also like