You are on page 1of 53

KESESUAIAN ISI KANDUNGAN, MASA, KEMUDAHAN DAN ALATAN DAN KAEDAH TUNJUK CARA (DEMONSTRASI) DALAM MATA PELAJARAN

KEMAHIRAN TEKNIKAL DARI PERSPEKTIF GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP DI SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH KUALA KRAI, KELANTAN.

MOHD ZAWAWI BIN ISMAIL

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PSZ 19:16(Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS


JUDUL :
KESESUAIAN ISI KANDUNGAN, MASA, KEMUDAHAN DAN ALATAN DAN KAEDAH TUNJUK CARA (DEMONSTRASI) DALAM MATA PELAJARAN KEMAHIRAN TEKNIKAL DARI PERSPEKTIF GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP DI SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH KUALA KRAI, KELANTAN.

SESI PENGAJIAN : 2007/2008 Saya MOHD ZAWAWI BIN ISMAIL


(HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. 2. 3. 4. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. ** Sila tandakan ( )

SULIT

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972). (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan).

TERHAD

TIDAK TERHAD Disahkan oleh

(TANDATANGAN PENULIS) Alamat Tetap :


622, RPT CHUCHOH PUTERI B, 18000 KUALA KRAI, KELANTAN.

(TANDATANGAN PENYELIA) DR. ABDUL RAHIM BIN HAMDAN


Nama Penyelia

Tarikh:

Tarikh:

CATATAN

* Potong yang tidak berkenaan ** Jenis tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

PENGESAHAN PENYELIA

Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)

Tandatangan Penyelia Tarikh

:.. : DR. ABDUL RAHIM BIN HAMDAN :...

KESESUAIAN ISI KANDUNGAN, MASA, KEMUDAHAN DAN ALATAN DAN KAEDAH TUNJUK CARA (DEMONSTRASI) DALAM MATA PELAJARAN KEMAHIRAN TEKNIKAL DARI PERSPEKTIF GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP DI SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH KUALA KRAI, KELANTAN.

MOHD ZAWAWI BIN ISMAIL

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)

Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

2008

ii

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan Tarikh

: . :

Nama Penulis : MOHD ZAWAWI BIN ISMAIL

iii

DEDIKASI

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Segala pujian atas limpah dan kurnia Allah S.W.T tuhan seluruh alam. Selawat dan salam ke atas junjungan nabi Muhammad S.A.W. Khas Buat Ayahanda & Bonda Hj. Ismail B. Yusoff & Hjh. Mek Hasmah Bt Mat Amin
Tiada apa yang dapatku bicarakan hanya doamu mengiringi setiap detik perjalanan hidup anakandamu ini. Harapanmu lebih sedekad yang lalu kini telah ku tunaikan jua dan kasih-sayang yang ayahanda serta bonda berikan tidak terbalas oleh anakanda.

Adik-Beradik Tersayang Abg Ziz, Abg Nan, Kak Nik, Abg Din, Kamal, Siti dan Mimi
Segala dorongan, pengorbanan dan keikhlasanmu tidak termampu diungkapkan dengan kata-kata. Segala pengorbanan dan keperitan dalam menghadapi dugaan hidup selama ini tetap menjadi teladan dan kenangan kita sekeluarga . Semoga Allah memberi hidayah dan membuka pintu rahmatNya.

Pensyarah-pensyarah, Guru-guru & Rakan Seperjuangan sekalian.


Terimakasih di atas pengorbanan, kesetiaan , serta doronganmu yang tidak terhingga. Perangsangmu telah menguatkan azam dan semangatku dalam mengharungi liku-liku dan pahit getir perjuangan ini.

iv

PENGHARGAAN

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Penyayang Syukur kita kehadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurniaNya, maka kajian ini dapat disiapkan dalam masa yang dirancang. Pada kesempatan ini, penulis ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada penyelia iaitu Dr. Abdul Rahim B. Hamdan di atas segala bimbingan, tunjuk ajar, nasihat dan dorongan yang telah diberikan. menyiapkan kajian ini. membalasnya. Penghargaan juga ditujukan kepada rakan-rakan seperjuangan kerana banyak memberi teguran, pandangan, perkongsian maklumat serta idea-idea bernas. Tidak dilupakan juga ucapan terima kasih kepada semua Pengetua, guru-guru dan individu yang terlibat di atas kerjasama yang diberikan. Komitmen yang telah diberikan itu sangat berguna dan telah membuka laluan bagi memudahkan Sesungguhnya, hanya Allah S.W.T. yang mampu

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kesesuaian isi kandungan, peruntukan masa, kemudahan dan alatan dan kaedah tunjuk cara (demonstrasi) dalam matapelajaran Kemahiran Teknikal dari perspektif guru-guru Kemahiran Hidup di Sekolah Menengah di Daerah Kuala Krai, Kelantan. Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah kaedah tinjauan berbentuk soal selidik. Sampel yang digunakan terdiri daripada 30 orang guru yang mengajar mata pelajaran Kemahiran Teknikal. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan Pakej Statistik Untuk Sains Sosial (SPSS) Versi 11.5. Hasil daripada analisis diterjemahkan dalam bentuk frekuensi, peratus dan min. Hasil kajian mendapati nilai purata min keseluruhan bagi empat persoalan mencatatkan 3.7 iaitu pada tahap penilaian tinggi. Jika dihalusi secara lebih terperinci mengikut item menunjukkan bahawa persoalan kajian yang kedua mencatatkan nilai min 3.3 iaitu pada tahap penilaian sederhana. Di samping itu, ujian-t digunakan untuk melihat perbezaan kesesuaian isi kandungan, peruntukan masa ,kemudahan dan alatan dan kesesuaian kaedah tunjuk cara (demonstrasi) antara pengalaman mengajar guru-guru dalam mata pelajaran Kemahiran Teknikal peringkat Menengah Rendah. Dapatan daripada ujian-t menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap kesesuaian isi kandungan, peruntukan masa, kemudahan dan alatan dan kesesuaian kaedah tunjuk cara (demonstrasi) antara pengalaman mengajar guru-guru dalam mata pelajaran Kemahiran Teknikal peringkat Menengah Rendah. Disarankan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia dan Pihak Pentadbir Sekolah supaya mengkaji peruntukan masa yang dibekalkan untuk pengajaran matapelajaran Kemahiran Teknikal.

vi

ABSTRACT

This research aimed to identify the appropriateness of the content, time allocation, facilities and tools, as well as demonstration techniques for lower secondary school students who are learning Living Skills subject. This study is merely from the perspective of Living Skills subject teachers who are teaching the Technical subjects in the district of Kuala Krai, Kelantan. The research instrument used in this study are questionnaires. The samples for this study are 30 Technical Skills teachers. The data and findings of this study are processed using the Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) version 11.5. The data analysis from the findings is presented in the forms of frequency, percentage and min. The result shows that min values for the 4 research questions are 3.7 which are at the high level. By evaluating this accordingly to the item, it is clearly shown that the second research question shows an average min value of 3.3. Instead of that, the t-test is used to differentiate the appropriateness of contents, time allocation, facilities and demonstration techniques during the lesson as far as the teachers experience are concerned. Result shows that there are no significant differences towards the appropriateness of the content, time allocation, facilities and tools, as well as the suitability of demonstration techniques, to be compared with the teachers experience teaching the subject matters. It is recommended to the Ministry of Education and School Administrator to evaluate the justification of the time allocation provided for teaching and learning of the Technical Subject.

vii

KANDUNGAN

BAB

PERKARA PENGESAHAN STATUS TESIS PENGESAHAN PENYELIA HALAMAN JUDUL HALAMAN PENGAKUAN DEDIKASI PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI SINGKATAN SENARAI LAMPIRAN

HALAMAN

i ii iii iv v vi vii xi xiii xiv 1 1 3 5 6 7 8 9

PENDAHULUAN 1.0 1.1 1.3 1.4 1.5 1.6 Pengenalan Latar belakang Masalah 1.2 Pernyataan Masalah Objektif Kajian Persoalan Kajian Hipotesis Kajian Rasional Kajian

viii 1.7 1.8 Skop dan Batasan Kajian Definisi Istilah 1.8.1 1.8.2 1.8.3 1.8.4 1.8.5 1.8.6 1.8.7 1.8.8 2 Kemahiran Hidup Guru Kemahiran Teknikal Kemahiran Teknikal Sukatan Kemahiran Hidup Isi Kandungan Peruntukan Masa Alatan dan Kelengkapan Kaedah Pengajaran 10 10 11 11 12 12 12 13 13 13 14 14 15 17 18 20 22 23 24 24 25 28 28 28 29 30 30 30 32 33

SOROTAN PENULISAN 2.0 2.1 2.2 2.3 2.4 2.5 Pendahuluan Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) Kesesuaian Isi Kandungan Peruntukan Masa Alatan dan Kemudahan Kaedah Pengajaran Guru 2.5.1 Jenis-jenis Kaedah 2.5.1.1 Kaedah Kerja Praktik 2.5.1.2 Kaedah Tunjuk Cara 2.6 Strategi Pengajaran

METODOLOGI KAJIAN 3.0 Pengenalan 3.1 3.2 3.3 Rekabentuk Kajian Sampel Kajian

Instrumen Kajian 3.3.1 Bahagian A 3.3.2 Bahagian B

3.4 3.5

Kajian Rintis Prosedur Kajian

ix 3.6 3.7 4 Jangkamasa Kajian Penganalisasan Data 34 34 37 37 38 38 39 39 40 40 41 42 43 46 49 52 55 58 60 60 61 62 64 66 69

ANALISI DATA 4.1 4.2 Pengenalan Analisis Data Bahagian A 4.2.1 4.2.2 4.2.3 4.2.4 4.2.5 4.2.6 4.3 Taburan Responden Mengikut Jantina Taburan Responden Mengikut Umur Taburan Responden Mengikut Bangsa Taburan Responden Mengikut Kelulusan Akademik Taburan Responden Mengikut Jawatan Taburan Responden Mengikut Pengalaman

Analisis Data Bahagian B 4.3.1 4.3.2 4.3.3 4.3.4 4.3.5 Persoalan Kajian Pertama Persoalan Kajian Kedua Persoalan Kajian Ketiga Persoalan Kajian Keempat Persoalan Kajian Kelima

4.4 5

Analisis Keseluruhan Persoalan Kajian

RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN 5.0 5.1 Pengenalan Rumusan dan Perbincangan Kajian 5.1.1 5.1.2 5.1.3 5.1.4 Kesesuaian isi kandungan mata pelajaran Kemahiran Teknikal Kesesuaian peruntukan masa Kemudahan dan alatan bagi proses pengajaran dan pembelajaran Kesesuaian Kaedah tunjuk cara (demonstrasi) dalam pengajaran Kemahiran Teknikal

x 5.2 Cadangan 5.2.1. Kementerian Pelajaran Malaysia 5.2.2. Pihak Pentadbir Sekolah 5.2.3. Guru-guru Kemahiran Hidup 5.2 5.3 Kajian Lanjutan Penutup 70 70 71 71 72 72

RUJUKAN

73

LAMPIRAN A-F

79

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL 1.1 3.1 3.2 3.3 3.4 3.5 3.6 3.7 4.1 4.2 4.3 4.4 4.5 4.6 4.7 4.8 4.9 4.10

TAJUK

HALAMAN 3 29 31 32 33 35 35 36 38 39 39 40 40 41 42 42 43

Komponen yang terdapat di dalam KHB Senarai Nama Sekolah dan Bilangan Responden Taburan soalan mengikut persoalan kajian Item persoalan kajian yang diubah Pekali Alpha Cronbach Pengkelasan semula Skala Likert Tahap penilaian responden berdasarkan peratus Tahap penilaian responden berdasarkan min Taburan peratus responden mengikut jantina Taburan responden mengikut umur Taburan responden mengikut bangsa Taburan responden mengikut kelulusan akademik Taburan responden mengikut jawatan Taburan responden mengikut pengalaman Pemeringkatan skala likert Tahap penilaian responden berdasarkan min Analisis kekerapan,peratusan dan min responden yang menjawab Item bagi kesesuaian Isi kandungan Mata pelajaran Kemahiran Teknikal Analisis kekerapan, peratusan dan min responden yang Menjawab Item bagi masa yang di peruntukan untuk pengajaran mata pelajaran Kemahiran Teknikal Analisis kekerapan, peratusan dan min responden yang Menjawab Item kemudahan dan alatan bagi proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Kemahiran Teknikal.

46

4.11

49

xii

4.12 4.13 4.14 4.15 4.16 4.17

Analisis kekerapan, peratusan dan min responden yang menjawab Item bagi kaedah tunjuk cara (demonstrasi) Analisis perbezaan kesesuaian isi kandungan antara pengalaman mengajar guru-guru. Analisis perbezaan kesesuaian peruntukan masa antara pengalaman mengajar guru-guru Analisis perbezaan kesesuaian kemudahan dan alatan antara pengalaman mengajar guru-guru. Analisis perbezaan kesesuaian kaedah tunjuk cara (demonstrasi) antara pengalaman mengajar guru-guru. Analisis Keseluruhan Purata Min Dan Tahap Penilaian Persoalan Kajian

52 55 56 57 57 58

xiii

SENARAI SINGKATAN

EPRD ERT FPN JPNK KBSM KH KHB KPM LPM NO P&P SPSS SMK % -

Bahagian Penyelidikan Dasar Pendidikan Ekonomi Rumah Tangga Falsafah Pendidikan Negara Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah Kemahiran Hidup Kemahiran Hidup Bersepadu Kementerian Pelajaran Malaysia Lembaga Peperiksaan Malaysia Nombor. Pengajaran dan Pembelajaran Statistical Package For Social Science Sekolah Menengah Kebangsaan Peratus

xiv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN A B C D E F Borang soal selidik

TAJUK

HALAMAN 80 88 91 93 95 100

Surat kelulusan menjalankan kajian dari Kementerian Pelajaran Malaysia Surat kebenaran menjalankan kajian di negeri Kelantan Surat kebenaran menjalani Projek Sarjana Muda Surat pengesahan menjalankan kajian Abstract aprroval

BAB 1

PENDAHULUAN

1.0

Pengenalan Matlamat kerajaan Malaysia adalah untuk menjadikan Malaysia sebuah

negara maju menjelang tahun 2020.

Untuk menjadi sebuah negara maju, kita

mestilah menyediakan lebih ramai tenaga kerja mahir dan separuh mahir. Oleh itu berbagai usaha sedang dilakukan untuk mendidik masyarakat berilmu berteraskan perindustrian. Salah satu kaedahnya melalui sistem pendidikan negara. Kurikulum pendidikan telah diubahsuai supaya mampu menyediakan rakyat yang cenderung ke arah kemahiran dan vokasional. Dengan itu mata pelajaran KHB diperkenalkan dalam KBSM sejak tahun 1989. Ia merupakan salah satu mata pelajaran teras dalam KBSM. Mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu adalah satu mata pelajaran teras berunsurkan teknologi di Tingkatan I hingga Tingkatan III. Kemahiran Hidup Bersepadu merupakan mata pelajaran berbentuk pravokasional yang telah digubal semula berasaskan mata pelajaran elektif Sains Pertanian, Seni Perusahaan, Ekonomi Rumah Tangga dan Perdagangan (Draf Kemahiran Hidup Program Peralihan, 1989). Mata pelajaran ini juga digubal berlandaskan kepada Falsafah Pendidikan Negara. Ia dirancang untuk meningkatkan lagi daya pengeluaran negara melalui penglibatan masyarakat dan tenaga kerja secara produktif berlandaskan teknologi

2 sejajar dengan dasar dan keperluan negara. Mata pelajaran ini merupakan sebahagian usaha pendidikan ke arah mempertingkatkan kemahiran teknologi dan keusahawanan. Mata pelajaran ini membekalkan kemahiran yang berguna dan berfungsi agar murid boleh bertindak dan mengendalikan kehidupan harian secara produktif dalam dunia teknologi dan industri yang kompleks dan sentiasa berubah. Murid dipupuk sikap kerja yang positif seperti menghargai kerja yang berkualiti tinggi, berinovasi dalam pembinaan projek, penuh yakin dan berdikari dalam daya usaha. Aktiviti yang diberi tumpuan adalah bercorak kerja-buat-sendiri yang mudah berkaitan dengan pemasangan, pembinaan, baik pulih dan penyenggaraan. Disamping itu masakan, jahitan, tanaman, ternakan, pengurusan akaun dan perniagaan turut diberi tumpuan. Nilai murni, sikap yang positif dan budaya kerja yang baik diterapkan semasa menjalankan aktiviti amali agar kesepaduan dalam mata pelajaran ini dapat diwujudkan. Oleh itu, matapelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu digubal sedemikian rupa dengan harapan dapat memenuhi hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia mengorak langkah dalam menjayakan Matlamat Falsafah Pendidikan Negara itu iaitu melahirkan generasi negara akan datang yang seimbang dari aspek rohani, jasmani, emosi dan intelek serta berketrampilan. Dengan demikian, keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Kurikulum yang bersidang pada 29 September 1988 telah memutuskan Bahawa matapelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu hendaklah dilaksanakan di semua sekolah menengah pada tahun 1989 yang menggantikan Matapelajaran elektif (Anika Jurusan). Ia juga merupakan satu mata pelajaran amali yang berunsurkan teknologi. Ia ditawarkan kepada semua murid di Tingkatan I hingga Tingkatan III. Matapelajaran ini dirancang adalah untuk mencapai matlamat ke arah mempertingkatkan

3 produktiviti negara melalui penglibatan masyarakat secara kreatif, inovatif dan produktif. Dalam Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup semakan terbaru (2002), mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu adalah satu matapelajaran yang berunsurkan teknologi di Tingkatan 1 hinga Tingkatan 3. Ia dirancang untuk meningkatkan daya pengeluaran negara melalui penglibatan masyarakat dan tenaga kerja secara produktif berlandaskan teknologi sejajar dengan dasar dengan keperluan Negara (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2002). Jadual 1 menunjukkan pecahan huraian terbaru KHB. Jadual 1.1: Komponen yang terdapat di dalam Kemahiran Hidup Bersepadu Matapelajaran Teras Pilihan 1 Pilihan 2 Pilihan 3 Pilihan 4 Rekabentuk Teknologi Kemahiran Teknikal Ekonomi Rumah Tangga Pertanian Perdagangan Dan Keusahawanan

1.1

Latar Belakang Masalah Dalam tempoh dua dekad yang lalu terdapat usaha secara berterusan untuk

memperbaiki kurikulum sekolah dan pengajaran. Penyusunan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menegah (KBSM) misalnya adalah bertujuan untuk mewujudkan pendidikan yang mampan dan dapat menyediakan tenaga kerja untuk pasaran negara. Dalam usaha untuk meningkatkan kualiti pendidikan, beberapa perubahan telah dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan, antaranya memperkenalkan Matapelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu pada tahun 1989 bagi menggantikan Mata pelajaran Elektif (Anika Jurusan).

4 Di antara objektif KHB ialah untuk membolehkan pelajar menjalankan kerja mudah dengan sendiri tanpa bantuan orang lain. Untuk merealisasikan objektif ini pengajaran dijalankan dalam bentuk aktiviti dan kerja praktis yang pelbagai. Pengetahuan dalam kandungan pelajaran hendaklah disampaikan semasa sesuatu aktiviti dan kerja amali dijalankan (Yahya,1993). Pendidikan Kemahiran Hidup Bersepadu adalah matapelajaran pra-vokasional yang bertujuan untuk membekalkan pelajar dengan kemahiran-kemahiran asas. Ini adalah untuk membolehkan pelajar mengendalikan kehidupan secara produktif dalam dunia teknologi dan perindustrian yang kompleks dan sentiasa berubah-ubah. Kemahiran ini tertumpu kepada kemahiran menjalankan kerja buat sendiri yang mudah serta boleh dilakukan dalam pelbagai situasi. Laporan Jemaah Nazir sekolah mendapati guru kurang yakin serta kurang keupayaan untuk melaksanakan pengajaran KHB secara total. (Utusan Malaysia, 7 September 1996). Ia meliputi penyampaian dan pembelajaran pengetahuan serta kemahiran yang terkandung dalam sukatan tersebut. Keluh kesah ini timbul bukan sahaja mereka kurang yakin terhadap kebolehan mereka, faktor minat, keadaan bengkel, bahan dan peralatan serta kefahaman isi kandungan sukatan. Bertitik tolak daripada sukatan mata pelajaran KHB yang dirombak pada tahun 2002, penyelidik merasa perlunya dibuat kajian bagi mengenalpasti kesesuaian sukatan KHB elektif Kemahiran Teknikal berdasarkan kesesuaian isi kandungan, masa, alatan dan juga kaedah yang digunakan oleh guru mengikut pandangan guruguru Kemahiran Hidup yang mengajar pilihan Kemahiran Teknikal peringkat menengah rendah.

5 1.2 Penyataan Masalah Secara umumnya guru-guru Kemahiran Hidup sekolah menengah rendah dijangka dapat mendalami pengetahuan dan kefahaman mengenai matlamat mata pelajaran Kemahiran Hidup, menguasai isi kandungan sukatan pelajaran ini melalui strategi dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta mempraktikkan pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan di dalam bilik darjah. Sukatan pelajaran Kemahiran Hidup (rombakan 2002) dirangka untuk mencapai tujuan tersebut. Walaupun struktur sukatan pelajaran ini merangkumi semua aspek yang perlu diajar oleh guru Kemahiran Hidup, namun adakah ianya bersesuaian dengan tahap pelajar menengah rendah dari segi masa, peralatan yang mencukupi atau tidak atau bengkel yang bersesuaian serta kesediaan guru itu sendiri dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran. Pendekatan dan strategi yang digunakan oleh guru juga memainkan peranan yang besar untuk memenuhi sukatan pelajaran yang dirangka oleh kementerian pelajaran. Pengajaran yang baik dihasilkan oleh keupayaan untuk merangsangkan murid supaya menimbulkan minat mereka untuk melibatkan diri di dalam proses pembelajaran, mengadakan suasana yang boleh mendatangkan proses pemikiran serta mengekalkan konsep itu (Atan Long, 1978). Penyelidik ingin mengkaji sejauh mana kesesuaian isi kandungan, peruntukan masa, kemudahan dan alatan dan kaedah tunjuk cara (demonstrasi) dalam mata pelajaran Kemahiran Teknikal untuk proses pengajaran dan pembelajaran peringkat menengah rendah. Bagi menjawab persoalan tersebut, satu kajian yang terperinci dibuat bagi menilai kesesuaian isi kandungan, peruntukan masa, kemudahan dan alatan dan dan kaedah tunjuk cara (demonstrasi) untuk pelajaran menengah rendah mengikut pandangan guru-guru Kemahiran Hidup yang mengajar Mata Pelajaran Kemahiran Teknikal.

6 1.3 Objektif Kajian Dalam mengkaji masalah ini, beberapa objektif telah dikenalpasti bagi mengetahui kesesuaian sukatan Kemahiran Hidup mengikut pandangan guru-guru Kemahiran Hidup. Objektif kajian ini ialah untuk : 1.3.1 Mengenalpasti kesesuaian isi kandungan mata pelajaran Kemahiran Teknikal bagi pengajaran dan pembelajaran peringkat menengah rendah. 1.3.2 Mengenalpasti masa yang diperuntukkan sesuai bagi sesuatu sesi pengajaran mata pelajaran Kemahiran Teknikal peringkat menengah rendah. 1.3.3 Mengenalpasti kemudahan dan alatan mencukupi bagi proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Kemahiran Teknikal peringkat rendah. 1.3.4 Mengenalpasti kesesuaian kaedah tunjuk cara (demonstrasi) dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran kemahiran teknikal peringkat menengah rendah. 1.3.5 Mengenalpasti perbezaan kesesuaian isi kandungan, peruntukan masa , kemudahan dan alatan dan kesesuaian kaedah tunjuk cara (demonstrasi) antara pengalaman mengajar guru-guru dalam mata pelajaran Kemahiran Teknikal peringkat Menengah Rendah. menengah

7 1.4 Persoalan Kajian Di dalam kajian ini penyelidik akan cuba mencari jawapan berpandukan kepada pernyataan masalah, objektif kajian dan beberapa persoalan yang timbul. Persoalan kajian yang menjadi asas kepada kajian ini ialah: 1.4.1 Adakah isi kandungan mata pelajaran Kemahiran Teknikal sesuai untuk pengajaran dan pembelajaran peringkat menengah rendah? 1.4.2 Adakah masa yang diperuntukan sesuai untuk sesuatu sesi pengajaran mata pelajaran Kemahiran Teknikal peringkat menengah rendah? 1.4.3 Adakah kemudahan dan alatan mencukupi bagi proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Kemahiran Teknikal peringkat rendah? 1.4.4 Adakah kaedah tunjuk cara (demonstrasi) sesuai dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran kemahiran teknikal peringkat rendah? 1.4.5 Adakah terdapat perbezaan kesesuaian isi kandungan antara pengalaman mengajar guru-guru dalam mata pelajaran Kemahiran Teknikal peringkat Menengah Rendah? 1.4.6 Adakah terdapat perbezaan kesesuaian peruntukan masa antara pengalaman mengajar guru-guru dalam mata pelajaran Kemahiran Teknikal peringkat Menengah Rendah? 1.4.7 Adakah terdapat perbezaan kesesuaian kemudahan dan alatan antara pengalaman mengajar guru-guru dalam mata pelajaran Kemahiran Teknikal peringkat Menengah Rendah? menengah menengah

8 1.4.8 Adakah terdapat perbezaan kesesuaian kaedah tunjuk cara (demonstrasi) antara pengalaman mengajar guru-guru dalam mata pelajaran Kemahiran Teknikal peringkat Menengah Rendah?

1.5

Hipotesis Hipotesis yang dibina adalah berdasarkan persoalan kajian berikut :-

1.5.1 Adakah terdapat perbezaan kesesuaian isi kandungan antara pengalaman mengajar guru-guru dalam mata pelajaran Kemahiran Teknikal peringkat Menengah Rendah? Ho1 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap kesesuaian isi kandungan antara pengalaman mengajar guru-guru dalam mata pelajaran Kemahiran Teknikal peringkat Menengah Rendah. 1.5.2 Adakah terdapat perbezaan kesesuaian peruntukan masa antara pengalaman mengajar guru-guru dalam mata pelajaran Kemahiran Teknikal peringkat Menengah Rendah? Ho2 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap kesesuaian peruntukan masa antara pengalaman mengajar guru-guru dalam mata pelajaran Kemahiran Teknikal peringkat Menengah Rendah. 1.5.3 Adakah terdapat perbezaan kesesuaian peringkat Menengah Rendah? Ho3 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap kesesuaian kemudahan dan alatan antara pengalaman mengajar guru-guru dalam mata pelajaran Kemahiran Teknikal peringkat Menengah Rendah. kemudahan dan alatan antara

pengalaman mengajar guru-guru dalam mata pelajaran Kemahiran Teknikal

9 1.5.4 Adakah terdapat perbezaan kesesuaian kaedah tunjuk cara (demonstrasi) antara pengalaman mengajar guru-guru dalam mata pelajaran Kemahiran Teknikal peringkat Menengah Rendah? Ho4 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap kesesuaian kaedah tunjuk cara (demonstrasi) antara pengalaman mengajar guru-guru dalam mata pelajaran Kemahiran Teknikal peringkat Menengah Rendah.

1.6

Rasional kajian Melalui kajian ini diharapkan ianya dapat memberikan gambaran tentang

kesesuaian sukatan pelajaran, peruntukan masa, alatan dan bahan dan kaedah tunjukcara mengikut persepsi guru-guru Kemahiran Teknikal di peringkat menengah rendah. Begitu juga semoga kajian ini dapat memberi panduan kepada beberapa pihak iaitu: 1.6.1 Dari segi profesion perguruan, diharapkan dapatan kajian ini akan menjadi panduan kepada guru dalam melaksanakan dan memotivasikan diri khususnya dalam mempertingkatkan kesediaan guru dalam mengajar matapelajaran Kemahiran Teknikal. 1.6.2 Kementerian Pelajaran Malaysia dalam merangka isi kandungan mata pelajaran Kemahiran Teknikal yang sesuai dan dapat dilaksanakan dengan berkesan oleh guru-guru. 1.6.3 Pihak Kementerian boleh menggunakan dapatan penyelidikan ini untuk membantu menangani masalah yang dihadapi oleh guru mata pelajaran Kemahiran Teknikal.

10 1.6.4 Pihak sekolah agar dapat membuat perancangan atau tindakan bagi penyusunan jadual, penyelenggaraan bengkel dan pembahagian guru Kemahiran Hidup Bersepadu.

1.7

Skop dan Batasan Kajian Walaupun skop dan bidang kajian luas dan menyeluruh, penyelidik

menjalankan kajian mengikut batasan tertentu berdasarkan tempat kajian, sampel kajian dan bilangan sampel kajian. Kajian yang dijalankan melibatkan semua Sekolah Menengah Harian Biasa di Daerah Kuala Krai Kelantan yang terdiri daripada 9 buah sekolah. Sampel kajian dipilih adalah terbatas kepada guru-guru yang mengajar subjek Kemahiran Teknikal di sekolah-sekolah menengah daerah Kuala Krai. Kuala Krai. Bilangan sampel kajian yang digunakan terdiri daripada keseluruhan populasi guru iaitu seramai 30 orang di daerah

1.8

Definisi Istilah Terdapat beberapa konsep dan istilah yang boleh diperjelasklan bagi

menerangkan dengan lebih tepat akan kehendak dan keperluan tentang perkaraperkara yang dibincangkan oleh penyelidik dalam kajian ini. seperti berikut: Antaranya adalah

11 1.8.1 Kemahiran Hidup Kemahiran hidup ialah merupakan salah satu matapelajaran yang digubal selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. Kemahiran Hidup ialah kemahirankemahiran asas yang perlu dibekalkan kepada pelajar untuk membolehkan mereka bertindak mengendalikan hidup secara produktif di dalan dunia teknologi dan perdagangan dan keusahwanan. Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum, 1989 , KHB ialah satu mata pelajaran dalam Kurikulum Baru Sekolah Menengah bagi menggantikan mata pelajaran elektif (Seni Perusahaan, Ekonomi Rumah Tangga, Sains Pertanian, Perdagangan dan Keusahawanan). Rombakan terkini sukatan mata pelajaran Kemahiran Hidup adalah dalam tahun 2002 dengan menawarkan pilihan elektif Kemahiran Teknikal, Ekonomi Rumahtangga, Pertanian dan Perdagangan dan Keusahawanan.

1.8.2 Guru Kemahiran Teknikal Guru Kemahiran Teknikal ialah guru yang mengajar mata pelajaran Kemahiran Hidup pilihan Kemahiran Teknikal di sekolah menengah kebangsaan bantuan kerajaan dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3. Kamus Dewan Edisi Baru (1989) mendefinisikan , guru adalah

pendidik, pengajar dan pengasuh. Dalam kajian ini, guru yang dimaksudkan ialah individu yang dilantik oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan atau Jabatan Pendidikan Negeri sama ada terlatih atau tidak terlatih untuk mengajar mata pelajaran KHB di sekolah-sekolah.

12 1.8.3 Kemahiran Teknikal Kemahiran Teknikal ialah salah satu pilihan elektif Kemahiran Hidup Bersepadu. Kemahiran ini membekalkan pelajar dengan pengetahuan dan praktis dalam bidang teknologi. Dalam kontek kajian ini, kemahiran Teknikal merujuk kepada komponen mata pelajaran pilihan yang terdapat dalam matapelajaran Kemahiran Hidup di sekolah menengah. Dalam Kamus Dewan (1994), kemahiran ditakrifkan sebagai kecekapan dan kepandaian melakukan sesuatu.

1.8.4 Sukatan Kemahiran Hidup Merupakan dokumen yang memperincikan kandungan yang perlu

dilaksanakan dan diajarkan kepada pelajar mata pelajaran kemahiran hidup.

1.8.5 Isi Kandungan Merupakan dokumen yang memperincikan kandungan yang perlu

dilaksanakan dan diajarkan kepada pelajar subjek kemahiran hidup. Sukatan dan huraian ini boleh didapati di sekolah dan dibekalkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia. Ia digunakan oleh guru sebagai garis panduan dalam pengajaran sepanjang tahun.

13 1.8.6 Peruntukan Masa Peruntukan Masa dalam konteks kajian ini merujuk kepada peruntukan masa yang diberikan untuk sesuatu tempoh pengajaran dan pembelajaran Mata Pelajaran Kemahiran Hidup (Kemahiran Teknikal).

1.8.7 Alatan dan Kelengkapan Peralatan adalah sejenis alat yang menggunakan tangan untuk melakukan kerja (Kirkpatrick, 1983). Peralatan yang diambil kira dalam kajian ini ialah seperti alatan pertukangan, alatan automotif, alatan perkebunan, alatan menjahit dan lainlain. Kelengkapan adalah barang-barang tidak habis guna seperti perabot, mesin dan buku-buku (Lawton, 1993). Maka dalam kontek kajian ini kelengkapan Kemahiran Hidup adalah bilik yang dilengkapi oleh perabot seperti kerusi dan meja pelajar yang sesuai, mesin-mesin, buku teks dan komputer.

1.8.8 Kaedah Pengajaran Kaedah pengajaran dan pembelajaran adalah merujuk kepada kemahiran dan kecekapan merancang, memilih kaedah, pendekatan atau teknik dan menguruskannya untuk mencapai objektif pelajaran secara optimum (Mok Soon Sang, 1994). Dalam kajian ini kaedah pengajaran adalah merujuk kepada kaedah yang digunakan oleh guru dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

14

BAB 2

SOROTAN PENULISAN

2.0

Pendahuluan Dalam bab ini, penyelidik akan membuat sorotan beberapa petikan dan

kajian-kajian yang telah dibuat berkaitan dengan matapelajaran Kemahiran Hidup. Tumpuan perbincangan adalah berkisar tentang kesesuaian mata pelajaran Kemahiran Teknikal di sekolah bagi pelajar menengah rendah dari beberpa aspek iaitu isi kandungan matapelajaran, peruntukan masa, alatan dan kemudahan dan kaedah tunjukcara yang dilaksanakan oleh guru kemahiran hidup. Menurut Mohd Najib (1999), semua kajian yang hendak dijalankan seharusnya dilandaskan kepada kajian lepas yang berkaitan bagi membentuk satu pengetahuan yang boleh menyumbang kepada perbandingan dapatan atau manfaat untuk pengkaji yang akan datang. Mengikut Pekeliling Kementerian Pendidikan Malaysian bertarikh 4 November 1988 semua guru Kemahiran Hidup dimestikan mengajar semua komponen yang terdapat dalam Kemahiran Hidup Program Peralihan. Pada tahun 1991, sukatan sekali lagi dirombak dan digantikan dengan Kemahiran Hidup Bersepadu. Rombakan terkini sukatan mata pelajaran Kemahiran Hidup adalah dalam tahun 2002 dengan menawarkan pilihan elektif Kemahiran Teknikal, Ekonomi Rumahtangga, Pertanian dan Perdagangan dan Keusahawanan.

15 2.1 Kemahiran hidup bersepadu (KHB) Kemahiran Hidup Bersepadu merupakan satu mata pelajaran amali yang berunsurkan teknologi. Ia ditawarkan kepada semua murid di Tingkatan I hingga Tingkatan III. Mata pelajaran ini dirancang sedemikian rupa untuk mencapai matlamat ke arah mempertingkatkan produktiviti negara melalui penglibatan masyarakat secara kreatif, inovatif dan produktif. Mata pelajaran ini digubal ke arah membekalkan tenaga kerja yang berpengetahuan dan mahir dalam teknologi dan ekonomi serta sanggup bekerjasama dan sentiasa bersedia untuk belajar dalam suasana bekerja. Tenaga kerja yang sedemikian rupa dapat memenuhi inspirasi, aspirasi dan keperluan negara yang sedang membangun dalam zaman yang sedang menyaksikan kemajuan teknologi komunikasi maklumat. Mengikut Pekeliling Kementerian Pendidikan Malaysian bertarikh 4 November 1988 semua guru Kemahiran Hidup dimestikan mengajar semua komponen yang terdapat dalam Kemahiran Hidup Program Peralihan. Sukatan pelajaran ini telah dirombak sekali lagi apabila matapelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu mula diperkenalkan pada tahun 1991. Elektif Perdagangan telah dimansuhkan dan yang tinggal hanyalah Manipulatif Tambahan, Ekonomi Rumah Tangga dan Sains Pertanian. Bagi pilihan Manipulatif Tambahan peratusan bidang yang terkandung didalamnya adalah terdiri daripada 60 peratus bidang Manipulatif, 20 peratus Perdagangan dan Keusahawanan dan 20 peratus bidang Pertanian. Bagi pilihan Ekonomi Rumah Tangga dan Sains Pertanian 60 peratus dari Manipulatif, 20 peratus Perdagangan dan Keusahawanan dan 20 peratus lagi adalah dari bidang masing-masing. Rombakan terkini sukatan mata pelajaran kemahiran Hidup adalah dalam tahun 2002 dengan menawarkan pilihan elektif Kemahiran Teknikal, Ekonomi Rumahtangga, Pertanian dan Perdagangan dan Keusahawanan. Untuk menyediakan guru-guru yang bersesuaian dengan sukatan pelajaran baru ini, sekali lagi pihak Pusat Perkembangan Kurikulum telah mengadakan kursus khas untuk guru-guru kanan dari sistem Aneka Jurusan. Guru-guru yang dilatih khas ini dikenali sebagai kakitangan sumber mata pelajaran kemahiran hidup. Seramai 100

16 orang guru kanan dari seluruh Malaysia telah dibawa untuk berkursus di Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim selama 8 hari bermula 8 Mei hingga 29 Mei 1990 (Pekeliling PPK April 1990). Pada 3 Mei hingga 5 Mei satu kursus peringkat kemahiran dalam bidang elektronik untuk kakitangan sumber sekolah menengah telah diadakan di Pusat Perkembangan Kurikulum Kuala Lumpur. Bermula dari tahun 1990, Maktab Perguruan Teknik mula membuat pengambilan pelatih untuk pengkhususan kemahiran hidup bersepadu. Kumpulan pelatih pertama pengkhususan ini mula mengajar pada tahun 1992. Pada tahun 1996, bidang rekacipta telah dimasukkan ke dalam sukatan pelajaran kemahiran hidup bersepadu. Bidang ini telah disepadukan dalam sukatan yang sedia ada. Pelajar didedahkan dengan konsep rekacipta dan mereka digalakkan untuk membuat projek amali berasaskan rekacipta mereka sendiri. Salleh Hassan (1994), menyatakan Kemahiran Hidup Bersepadu adalah matapelajaran yang lengkap. Ia meliputi pelbagai bidang kemahiran dan nilai-nilai murni. Perlaksanaannya dapat memenuhi falsafah dan aspirasi kurikulum bersepadu sekolah menengah iaitu melahirkan insan yang seimbang dan harmonis. Kesimpulan daripada penjelasan diatas dapatlah dikatakan bahawa guru-guru yang mengajar mata pelajaran kemahiran hidup bersepadu kini mempunyai tugas dan tanggungjawab yang besar. Mereka terpaksa sentiasa meningkatkan keupayaan diri bagi memastikan kejayaan perlaksanaannya.

17 2.2 Kesesuaian isi kandungan Menurut Ramachandran dan Azni Jaffar (2003) di dalam jurnalnya, berdasarkan kepada persepsi guru-guru KH mengenai sukatan mata pelajaran Kemahiran Hidup, didapati majoriti daripada guru-guru bersetuju bahawa sukatan Kemahiran Hidup relevan dengan Falsafah Pendidikan Negara. Ini menunjukkan bahawa Kementerian Pendidikan mengambil kira kepentingan masyarakat dan kehendak negara. Kesesuaian sukatan mata pelajaran juga perlu menitikberatkan kepada golongan pelajar selaku penerima perubahan dan juga guru sebagai agen kepada perubahan tersebut. Dapatan kajian oleh Ramanchandran dan Azni Jaffar (2003) menunjukkan majoriti daripada guru KH tidak suka perubahan-perubahan yang dibuat oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Ini berpunca daripada perubahan yang dibuat terlalu drastik dan guru-guru tidak bersedia dari segi pengetahuan dan Kemahiran. Kementerian Pendidikan tidak mengambil kira pandangan guru-guru dalam merealisasikan program baru. Mengikut Stufflebeam, Forley dan Guba (1971), untuk merencanakan sesuatu program baru, masalah yang wujud sebelum itu perlu diambil kira. Ini adalah untuk memastikan masalah itu diselesaikan. Abu Bakar Nordin (1991) telah mencadangkan kepada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia supaya membuat pilihan yang rapi terhadap aktiviti-aktiviti dan kurikulum bagi menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Beliau mencadangkan tiga langkah sebagai panduan semasa memilih setiap kurikulum tersebut, iaitu menentukan objektif yang paling sesuai untuk kurikulum-kurikulum itu, mengetahui keadaan yang membolehkan sesuatu kurikulum itu mencapai kejayaan, dan meneliti sifat-sifat kurikulum berkenaan untuk mengetahui bahagian yang tetap dan bahagian yang boleh diubahsuai mengikut keadaan. kuliah, tunjukcara, pemerhatian, temuramah, percambahan Di antara buzz, kurikulum yang sesuai untuk strategi pengajaran pembelajaran bagi guru-guru ialah fikiran, perbincangan kelompok kecil dan main peranan.

18 Mengikut Abdul Raof Dalip (1991) sesungguhnya kejayaan sukatan pelajaran baru bergantung besar kepada keupayaan guru untuk melaksanakannya dengan penuh semangat dan dedikasi. Oleh itu, guru sepatutnya memahami dan menguasai terlebih dahulu tentang sesuatu kurikulum dari segi matlamatnya dan perlu diberi latihan yang secukupnya. Sepertimana yang kita sedia maklum KH merupakan gabungan kepada empat kemahiran iaitu Sains Pertanian, Seni Perusahaan, Perdagangan dan Ekonomi Rumah Tangga. Ini merumitkan guru untuk mengajar topik yang mereka tidak pernah belajar. Ada guru-guru tidak diberi latihan yang mencukupi untuk melaksanakan program KH. Didapati, majoriti daripada guru tidak diberi kursus yang mencukupi dalam topik-topik yang terdapat dalam sukatan KH seperti enjin, lukisan teknik, perakaunan, letrik dan sebagainya. Akibatnya mereka sukar menerima perubahan yang dibuat oleh Kementerian Pendidikan Malaysia kerana mereka tidak bersedia untuk mengajar kurikulum yang baru dalam mata pelajaran KH. Mengikut Stufflebeam (1971) sesuatu program dikira berjaya jika kelemahankelemahan dalam setiap dimensi itu berjaya diperbaiki dan hasil setiap dimensi menunjukkan tanda-tanda yang baik. Dengan mengkaji pencapaian objektif pengajaran dan pembelajaran KH, guru dapat mengetahui sama ada objektif KH ini tercapai atau tidak. Objektif KH adalah untuk melatih pelajar-pelajar berdikari dan di samping menggunakan pelajaran yang mereka pelajari untuk kegunaan di rumah. Dengan cara ini kita akan dapat maklumat akan keberkesanannya nanti.

2.3

Peruntukan masa Elemen masa dalam konteks pembelajaran seseorang pelajar ada kaitannya

dengan kadar dan tahap tenaga pada keadaan berbeza bagi hari tersebut. Samada masa yang dipilih untuk konsentrasi dalam pembelajaran itu sesuai pada waktu pagi, tengahari atau petang adalah perkara yang berbeza antara satu individu dengan individu yang lain. Setiap pelajar mempunyai tahap pemikiran yang berbeza untuk

19 menerima sesuatu pelajaran. Pelajar yang lemah memerlukan lebih masa untuk

memahami sesuatu pengajaran berbanding pelajar yang pintar. Begitu juga dalam melakukan aktiviti amali atau kemahiran, tahap penerimaan pelajar mempunyai jurang perbezaan untuk melakukan sesuatu tugasan. Dalam mata pelajaran KH peruntukan masa yang diberikan ialah empat waktu seminggu yang mengandungi 160 minit. Pengagihan waktu seminggu di dalam KH tidak seragam. Ini semua bergantung kepada budi bicara pihak pentadbir sekolah. Dalam penyediaan jadual waktu, faktor kesesuaian mata pelajaran perlu dipertimbangkan untuk memenuhi kehendak mata pelajaran tersebut. Penjadualan waktu pengajaran haruslah disusun dengan baik supaya mata pelajaran itu dapat disampaikan pada waktu yang sesuai kepada pelajar. Disamping itu, jadual waktu yang tersusun kurang merumitkan pelaksanaan pengajaran. Untuk melicinkan pelaksanaan KH, pihak sekolah telah memberi kerjasama yang baik bagi memastikan bahawa program KH dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan Keberkesanan sesuatu pengajaran dan pembelajaran itu bergantung kepada kesesuaian dalam penyusunan jadual waktu (Fowziah,1995). Dalam kajian ini didapati kebanyakan daripada sekolah menggunakan kombinasi jadual waktu dua waktu (double period) sekali dalam satu masa pengajaran. Ini amat sesuai dengan perjalanan program KH kerana ia memudahkan untuk merancang kerja projek yang berbentuk amali. Jadual waktu yang sistematik kurang menimbulkan masalah kepada guru-guru terutamanya dari segi kelicinan proses pengajaran dan pembelajaran (Fowziah ,1995). Di samping itu juga didapati penyusunan jadual waktu dibuat dengan baik dan mengambil kira kehendak mata pelajaran tersebut. Tidak banyak berlaku pertindihan dalam penggunaan bengkel dan ia berjaya dielak oleh pihak sekolah. Perjalanan amali pertanian juga dibuat mengikut situasi amali iaitu pada waktu pagi. Kajian ini juga tidak selari dengan dapatan yang dibuat oleh penyelidik-penyelidik sebelum ini. Di antaranya ialah Mardevan (1990) yang menyatakan bahawa pelaksanaan jadual waktu KH tidak sesuai dengan waktu amali contohnya dalam amali pertanian di mana

20 guru membawa pelajar-pelajar ke kebun pada waktu 12.00 tengah hari. Ini tidak sesuai dengan amalan pertanian yang sebenarnya. Guru-guru merungut kerana penyusunan jadual yang tidak memuaskan. Masalah yang timbul dari perubahan, persediaan dan kesediaan guru adalah faktor penting untuk menentukan keberkesanan pelaksanaan sesuatu kurikulum baru. Memandangkan topik KH terlalu banyak dan peruntukan waktu yang terhad, pelajarpelajar kadang-kadang terpaksa menyiapkan kerja projek sehingga dua minggu di rumah kerana peruntukan masa yang digunakan di sekolah tidak mencukupi untuk menyiapkan kerja tersebut. pelajar. Perancangan perlu dibuat agar pelaksanaan sesuatu program dapat dijalankan dengan lebih teratur dan memberi manfaat kepada pelajar-

2.4

Alatan dan kemudahan Bagi mencapai matlamat pendidikan Negara, setiap sekolah telah

diperuntukan dengan bahan dan alatan bagi memudahkan tugas guru menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran. Untuk memenuhi keperluan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran KH, pihak sekolah perlulah menyediakan peralatan yang mencukupi supaya pelajar dapat belajar dalam keadaan yang memuaskan tanpa sebarang halangan yang boleh mengganggu proses pembelajaran (Rohana, 1996). Dari aspek persediaan bengkel, ladang dan rumah bunga perlu disediakan bagi melicinkan pelaksanaan kurikulum KH. Dengan adanya kemudahan tersebut latihan amali dapat dijalankan tanpa Pelajar-pelajar akan sebarang gangguan daripada pihak lain (Rohana, 1996).

bergerak ke tempat amali sementara guru akan menunggu di bengkel atau pun di ladang. Dengan cara ini murid-murid mempunyai tempat khas untuk menjalankan projek dan menyimpan hasil-hasil projek.

21 Untuk memastikan pelajar mencapai tahap penguasaan yang maksima dalam pembelajaran peralatan dan kemudahan mestilah mencukupi, boleh digunakan dan diselenggaran dengan baik. Ketidakcukupan peralatan ini menyebabkan pelajar tidak mendapat pengetahuan cara menggunakan dan mengendalikan sesuatu alatan. Pelajar-pelajar mungkin mahir tetapi ditahap yang rendah dan sederhana. Untuk menentukan sesuatu program itu berjaya, sumber-sumber dalam dimensi input perlu mencukupi bagi memastikan penggunaan yang optimum. Walaupun guru guru dan pelajar menyatakan hasil yang diperolehi dari aspek tingkahlaku, kemahiran dan pengetahuan adalah baik selepas tamat tingkatan tiga, tetapi ia tidak mencerminkan ia berjaya seratus peratus kerana kejayaan sesuatu program ditentukan dengan kemudahan asas yang disediakan. Saharin (1993), menyatakan dalam kajiannya, kerja amali Kemahiran Hidup tidak dapat dilaksanakan sekiranya peralatan digunakan tidak mencukupi kerana guru tidak mengetahuinya disebabkan tidak berpengetahuan dalam perlaksanaan bengkel. Begitu juga pengetahuan tentang mesin dan pengendalian mesin Menurut Mok Soon Sang (1996 ), untuk mencapai prestasi yang baik di bidang akademik pihak sekolah sepatutnya mempunyai kemudahan fizikal yang baik seperti meja, kerusi, alat-alatan, dan ruang pembelajaran yang selesa bagi memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran tanpa ada sebarang gangguan dari pihak luar. Pengelolaan bilik darjah yang baik akan mewujudkan suasana yang selesa, sistematik, berdisiplin dan dapat mempengaruhi pencapaian yang baik Menurut Othman Md. Johan (1995), keadaan fizikal bilik darjah yang sesuai patutlah diwujudkan. Kelas seharusnya cukup besar untuk menampung semua pelajar dalam keadaan yang selesa. Baharudin Othman (1998), pula menyatakan bahawa iklim dan susun atur peralatan di bilik darjah yang terancang dan sesuai dengan aktiviti-aktiviti pendidikan akan membawa kesan yang positif dan dapat mempertingkatkan prestasi dalam pembelajaran.

22 2.5 Kaedah pengajaran guru Kaedah dan teknik pengajaran juga sangat penting dalam sesuatu pengajaran. Mengikut Mohd. Salleh (1996), dalam kaedah pengajaran moden sekarang, teknik yang selalu digunakan lazimnya tidak sama dan bergantung kepada tajuk pelajaran, kandungan, saiz bilik darjah, kumpulan pelajar dan kematangan guru sendiri serta cara mengendalikannya. Pemilihan teknik pengajaran yang betul dan bersepadu akan menarik minat pelajar dan menjamin keberkesanan sesuatu pengajaran.

Menurut Ee Ah Meng (1990), kaedah pengajaran yang berpusatkan guru sebenarnya tidak menggalakkan pelajar memindahkan pembelajaran langsung. Guru sepatutnya menggunakan kaedah pengajaran yang berpusatkan pelajar. Beliau juga menekankan bahawa guru perlu memberi motivasi yang kuat supaya mendorong pelajar-pelajar mencapai objektif pembelajaran pada aras yang lebih tinggi. Oleh itu guru hendaklah memilih strategi pengajaran dan pembelajaran yang dapat menimbulkan minat pelajar serta mendorong mereka memperolehi pencapaian yang baik.

Sharifah Alawiah Alsagoff (1986) mengatakan bahawa kaedah mengajar ialah peredaran ke arah satu tujuan pengajaran yang telah dirancangkan dengan teratur. Hasan Langgulung (1981) pula mengatakan bahawa kaedah itu sebenarnya bermaksud jalan untuk mencapai tujuan. Jadi, apa saja cara yang guru lakukan untuk memberi kefahaman kepada pelajar bagi mencapai objektif pengajaran, maka itu adalah kaedah. Melihat kepada contoh-contoh yang diutarakan oleh Sharifah Alawiah Alsagoff (1986), Mok Soon Seng (1992), Rashidi Azizan & Abdul Razak Habib (1995), Atan Long (1980) dan Mahfudh Salahuddin (1987), nampaknya yang dikatakan kaedah itu ialah yang ada nama, seperti kaedah kuliah, demonstrasi, Socrates, simulasi, inquiri penemuan, Forebel dan sebagainya. Pembentukan konsep ialah sejenis pembelajaran penemuan yang melibatkan pembentukan hipotesis, pengujian dan juga membuat generalisasi daripada contoh-

23 contoh khusus. Melalui proses pembentukan konsep, maka perbezaan konsep-

konsep yang telah diperolehi dengan cara asimilasi, konsep akan berlaku, kebanyakan konsep baru akan diperolehi dengan cara asimilasi konsep, perbezaan progresif dan penyesuaian intergratif, Sharifah Alawiyah (1986). Kaedah adalah satu ikhtiar keseluruhan yang dikehendaki dalam satu set prosedur yang tersusun berlandaskan kepada sesuatu pendekatan yang dipilih. Manakala menurut Sharifah Alawiyah (1983) kaedah pengajaran ialah peredaran ke arah sesuatu tujuan pengajaran yang telah dirancang dengan teratur. Kaedah-kaedah yang betul adalah sangat penting dalam sesuatu pendidikan yang ideal. tertentu. Guru perlulah memilih menggunakan kaedah-kaedah yang paling sesuai bagi membantu pelajar-pelajarnya dan dirinya sendiri mencapai objektif-objektif pengajaran yang dirancangnya. Hal ini penting kerana wujudnya faktor-faktor yang mempengaruhi sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran seperti perbezaan latar belakang pelajar, keadaan persekitaran sekolah, suasana dan keadaan fizikal bilik darjah, persediaaan peralatan, bilangan pelajar dan masa. Setiap kaedah yang digunakan oleh guru dalam bilik darjah mempunyai objektifnya yang

2.5.1 Jenis-Jenis Kaedah. Kaedah yang baik dan sesuai dapat membantu pelajar-pelajar membina nilai yang baik dan sikap yang betul terhadap kerja, menekankan pembelajaran yang bertujuan konkrit dan realistik, memberi peluang pelajar menggunakan pengetahuan yang dipelajari, melatih murid belajar sendiri, mengembangkan kebolehan berfikir dan melahirkan pendapat dengan jelas dan meluaskan minat pelajar-pelajar (Musa Daia, 1992).

24 Kini, berbagai-bagai pendekatan dan kaedah lain telah dikemukakan, dikaji dan kemudian diaplikasikan. Tiada satu kaedah yang paling baik untuk semua situasi pengajaran. Kebiasaannya berbagai-bagai kaedah digunakan bersama mengikut kesesuaian. Menurut Sharifah Alawiyah (1983) guru harus mengetahui, memahami dan dapat menggunakan kesemua kaedah ini, dan memilih kaedahkaedah yang paling berkesan untuk pengajarannya. ialah:2.5.1.1 Kaedah Kerja Praktik. Kerja praktik boleh ditakrifkan sebagai suatu aktiviti yang mempunyai tujuan untuk mendapatkan hasil daripada kerjanya. Dalam pengajaran amali, kaedah kerja praktik ialah suatu kaedah yang digunakan untuk melatih murid-murid menggunakan alatan dan yang paling utama ia digunakan untuk menguasai kemahiran dalam sesuatu bidang kursus. Dalam pengajaran amali kimpalan, kaedah kerja praktik merupakan kaedah yang utama. Antara kaedah kerja amali

2.5.1.2 Kaedah Tunjuk Cara (Demontrasi) Tunjuk cara atau lebih dikenali sebagai demonstrasi adalah satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang boleh diamalkan oleh guru-guru dalam bengkel. Kaedah ini menegaskan pemusatan aktiviti yang melibatkan individu tertentu menunjukkan cara membuat sesuatu atau menghasilkan sesuatu di hadapan idividuindividu lain. Teknik ini menekankan kepada pemusatan perhatian pelajar-pelajar terhadap langkah-langkah atau prosedur, atau peraturan-peraturan yang terlibat dengan sesuatu proses manual. Tujuan kaedah ini ialah untuk menunjukkan sesuatu prinsip supaya pelajar-pelajar dapat melakukan sesuatu itu dengan cara yang sistematik, teratur, kemas dan berkesan. Apabila sesuatu demontrasi ditunjukkan

25 dengan cara yang berkesan, maka para pelajar akan dapat meniru perilaku guru tadi, dan kaedah ini juga boleh dipanggil peniruan pasif.

2.6

Strategi Pengajaran Strategi pengajaran dan pembelajaran adalah merujuk kepada kemahiran dan

kecekapan merancang, memilih kaedah, pendekatan atau teknik dan menguruskannya untuk mencapai objektif pelajaran secara optimum (Mok Soon Sang, 1994). Menurut Mok Soon Sang (1994), pendekatan strategi, kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah menengah adalah berlandaskan kepada rancangan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang telah digubal berdasarkan kepada falsafah dan matlamat pendidikan negara. mencapai objektif tersebut, beberapa pendekatan telah disarankan. Mengikut program KBSM ini, selain daripada memperolehi ilmu dan menguasai kemahiran, pelajar juga hendaklah diberi peluang memperkembangkan serta meningkatkan daya intelek mereka. Ini bermakna, aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan sepatutnya diajar bukan sahaja di bawah aras kemahiran kognitif peringkat rendah iaitu peringkat pengetahuan, kefahaman dan aplikasi tetapi juga hendaklah pada peringkat yang lebih tinggi iaitu peringkat analisis, sintesis dan penilaian. Justeru itu, untuk mencapai objektif ini, aktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran haruslah meliputi pelbagai aktiviti pelajar seperti kerja projek, main peranan dan lain-lain di samping pelbagai teknik mengajar seperti perbincangan, penyelesaian masalah dan sumbangsaran bagi mengembangkan dan meningkatkan daya intelek pelajar. Untuk

26 Keberkesanan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran yang mencapai matlamat kurikulum bergantung kepada banyak faktor, sama ada yang terdapat pada guru, pada pelajar mahupun pada keadaan fizikal bilik darjah (Rashidi dan Abdul Razak, 1996). Kandungan mata pelajaran Kemahiran Teknikal sememangnya sudah tercatat dalam buku Huraian Sukatan Pelajaran dan buku-buku teks. Terpulanglah kepada guru untuk menghurai dan memperkembangkan dari satu peringkat ke satu peringkat yang lain berdasarkan kemampuan murid untuk memahaminya . Menurut Atan Long (1991), untuk mendapatkan pengajaran yang berkesan seseorang guru perlu menyampaikan pengajaranya mengikut prinsip-prinsip yang tertentu. Prinsip-prinsip ini adalah mengikut prinsip-prinsip pembelajaran seperti berikut: i.) ii.) iii) iv) v) vi) vii) viii) ix) Pelajar dilibatkan dengan aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran Guru menggunakan pelbagai kaedah dalam penyampaian pengajaran Isi pengajaran dikaitkan dengan pengetahuan dan pengalaman pelajar Pengajaran guru mempertimbangkan perbezaan sifat-sifat individu yang ada pada pelajar Pengajaran guru hendaklah terancang Guru selalu memberikan galakan dan rangsangan kepada pelajar Guru banyak menggunakan saranan-saranan daripada perintah Guru mengadakan suasana demokratik dalam bilik darjah Guru mengujudkan situasi yang sebenar-benarnya di dalam pengajaran.

Untuk memastikan guru melaksanakan tanggungjawab mereka dengan baik, aktiviti guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran haruslah dipantau oleh pihak pentadbir sekolah dari semasa ke semasa. Menurut Hussein Mahmood (1993), penyeliaan terhadap guru hendaklah bertujuan untuk meningkatkan perkembangan professional para guru. Di samping itu juga, penyeliaan bertujuan untuk Jika penyeliaan terhadap guru dibuat secara membetulkan kelemahan mereka.

sistematik dan bermakna, prestasi pengajaran dapat dipertingkatkan.

27 Mengikut Nei dermeyer (1987), penyeliaan yang berfokuskan kepada pencapaian pelajar dan bukannya berfokus kepada proses, boleh meningkatkan hasil pembelajaran pelajar. Sesuatu sesi pengajaran dianggap berkesan apabila memenuhi kriteria penilaian aspek-aspek tertentu yang terdapat dalam proses pengajaran dan pembelajaran. berkesan. Guru berjaya menyampaikan keseluruhan isi pengajaran melalui strategi-strategi tertentu, manakala pelajar-pelajar menerima pengajaran secara Perubahan-perubahan yang positif dari aspek kognitif, afektif dan psikomotor akan berlaku pada diri pelajar. Tahap keberkesanan yang tinggi dicapai melalui perancangan yang mantap dan rapi. Guru yang merancang semua aspek pengajaran dengan teliti dapat menyampaikan pengetahuan ataupun kandungan dengan berkesan dalam tempoh yang ditetapkan (Rashidi dan Abdul Razak, 1996). Sekiranya kandungan sesuatu kurikulum itu dapat disampaikan dengan jayanya menurut kehendak objektif yang ditetapkan, semestilah matlamat suatu kurikulum dapat dicapai.

28

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.0

Pengenalan Metodologi merupakan satu perkara penting di dalam menjalankan sesuatu

penyelidikan.

Ia menggambarkan aliran kerja bagaimana sesuatu kajian itu

dijalankan agar persoalan kajian dapat dijawab. Tujuannya supaya maklumat yang diperolehi boleh dipercayai dan mempunyai tahap kesahan yang tinggi. Bab ini akan membincangkan perkara-perkara yang berhubung dengan metodologi kajian khususnya mengenai reka bentuk kajian, lokasi kajian, sampel kajian, instrumen kajian, kajian rintis, kebolehpercayaan instrumen, prosedur kajian dan analisis data.

3.1

Rekabentuk Kajian Kajian yang telah dijalankan merupakan kajian yang berbentuk deskriptif.

Dalam reka bentuk kajian ini, penyelidik telah menggunakan kaedah tinjauan yang berbentuk soal selidik. Dalam Majid (2000), kaedah tinjauan menerusi penggunaan soal selidik amat sesuai digunakan bagi mengumpul maklumat mengenai

29 pembolehubah, malahan cara ini paling berkesan untuk mendapatkan maklumat tersebut. Dalam konteks kajian ini pembolehubah bebas ialah faktor kesesuaian sukatan mata pelajaran, peruntukan masa yang dibekalkan, kemudahan alatan dan bahan dan kaedah pengajaran dan penggunaan kaedah tunjukcara untuk pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran kemahiran teknikal di peringkat Menengah Rendah.

3.2

Sampel Kajian Sampel kajian yang telah dijalankan terdiri daripada 30 orang guru KHB

yang mengajar Kemahiran Teknikal di Daerah Kuala Krai. Di dalam kajian ini, penyelidik menggunakan keseluruhan populasi sebagai sampel kajian. Mohd Najib (1999) menyatakan bahawa jika jumlah populasinya adalah kecil penyelidik boleh menggunakan keseluruhan ahli sebagai sampel. Justeru itu, keputusan penyelesaian masalah yang dibuat adalah lebih tepat. Sebanyak 9 buah sekolah digunakan bagi tujuan mendapatkan maklumat. Senarai nama sekolah dan bilangan responden ditunjukkan dalam jadual 3.1 dibawah:Jadual 3.1: Senarai Nama Sekolah dan Bilangan Responden Bil 1 2 3 4 5 6 7 8 9 SMK Keroh SMK Kuala Krai SMK Sultan Yahya Petra 1 SMK Sultan Yahya Petra 2 SMK Pahi SMK Mengkebang SMK Laloh SMK Manek Urai SMK Dabong JUMLAH Nama Sekolah Bilangan Responden 2 2 5 3 4 3 3 5 3 30

30 3.3 Instrumen Kajian Soal selidik adalah instrumen yang digunakan dalam kajian ini. Beberapa perkara telah dipertimbangkan untuk memilih instrumen jenis ini, seperti: i) Responden lebih mudah memberi tindakbalas terhadap aspek-aspek yang dikaji kerana responden hanya perlu memilih jawapan sesuai yang telah disediakan. Ini berbeza dengan kaedah temubual di mana responden terpaksa berfikir dan terikat dengan emosi. ii) Instrumen jenis ini adalah lebih cepat, menjimatkan masa dan menjimatkan kos. Soal selidik yang dibina mengandungi 2 bahagian iaitu Bahagian A dan Bahagian B. Soalan-soalan dibina berdasarkan persoalan dan objektif kajian.

3.3.1

Bahagian A Bahagian ini mengandungi 6 soalan yang bertujuan untuk mengetahui

latarbelakang responden. jawapan yang disediakan.

Responden dikehendaki menandakan () pada kotak

3.3.2 Bahagian B Bahagian ini mengandungi 40 item pernyataan yang berkaitan dengan 4 pembolehubah iaitu iaitu persepsi guru-guru terhadap faktor kesesuaian isi kandungan mata pelajaran, peruntukan masa yang dibekalkan, kemudahan alatan dan bahan dan kaedah tunjukcara dalam pengajaran dan pembelajaran untuk pengajaran subjek kemahiran teknikal di peringkat Menengah Rendah. Pernyataan bagi setiap pembolehubah adalah seperti di jadual 3.2.

31 Jadual 3.2 : Taburan soalan mengikut persoalan kajian Bil. Persoalan Kajian i. Adakah isi kandungan mata pelajaran 10 No. Item Item

Kemahiran Teknikal sesuai untuk pengajaran 1,2,3,4,5,7,8,9,10 dan pembelajaran peringkat menengah rendah? ii. Adakah masa yang diperuntukan sesuai untuk sesuatu rendah? iii. Adakah kemudahan dan alatan mencukupi bagi proses pengajaran dan pembelajaran mata 21,22,23,24,25,26 pelajaran iv. Kemahiran Teknikal peringkat ,27,28,29,30 menengah rendah? Adakah kaedah tunjuk cara (demonstrasi) sesuai dalam pengajaran dan pembelajaran 31,32,33,34,35,36 mata pelajaran kemahiran teknikal peringkat ,37,38,39,40 menengah rendah? sesi pengajaran mata pelajaran 11,12,13,14,15,16 menengah ,17,18,19,20

10

Kemahiran Teknikal peringkat

10

10

Responden dikehendaki menyatakan peringkat persetujuan terhadap itemitem yang diberikan dengan membulatkan nombor- nombor yang diletakkan diakhir item. Skala Likert digunakan untuk untuk mengukur persepsi responden. Lima peringkat skala Likert adalah seperti berikut: 1. 2. 3. 4. 5 Sangat tidak Setuju (STS) Tidak Setuju (TS) Tidak Pasti (TP) Setuju (S) Sangat Setuju (SS)

32 3.4 Kajian Rintis Satu kajian rintis telah diadakan di SMK Tunku Abdul Majid, Majidee, SMK Seri Tebrau dan SMK Taman Molek, Johor Bahru. Kajian rintis ini menggunakan item-item dalam borang soal selidik yang akan digunakan sebagai alat pengumpulan data untuk kajian ini. Kajian rintis ini bertujuan untuk menguji keesahan dan kebolehpercayaan item-item yang dikemukakan di samping dapat memperbaiki sebarang kelemahan yang timbul semasa kajian rintis ini dijalankan. Hasil dari kajian rintis ini akan dianalisis menggunakan perisian SPSS (Statistical Package of Social Science for Windows) 11.5. Kajian rintis telah dijalankan ke atas 10 orang guru di tiga buah sekolah tersebut. Daripada kajian rintis yang dijalankan nilai alpha yang diperolehi adalah 0.742 dan beberapa perubahan telah dibuat bagi memantapkan soalan yang dikaji. Jadual 3.3 dibawah menunjukkan item persoalan kajian yang telah diubah setelah mendapat nasihat daripada penyelia. Jadual 3.3: Item persoalan kajian yang diubah No item 3 Kurikulum Kemahiran Teknikal membolehkan pelajar-pelajar melibatkan diri secara aktif dan selamat dalam pengajaran dan pembelajaran. Saiz ruangan bengkel untuk matapelajaran Kemahiran Teknikal mencukupi untuk menampung bilangan pelajar. Jumlah 4 waktu seminggu untuk mata pelajaran Kemahiran Teknikal adalah mencukupi. Pelajar akan lebih cepat menyiapkan kerja amali sekiranya saya melakukan kaedah demonstrasi dalam pengajaran Isi kandungan Kemahiran Teknikal menggalakkan pelajar-pelajar meningkatkan minat terhadap pembelajaran mata pelajaran ini Ruang kerja di dalam bengkel selesa untuk proses kerja amali dilakukan. Jumlah masa pengajaran yang diperuntukan adalah mencukupi. Pelajar akan merasa lebih yakin dan berani untuk melakukan amali sekiranya saya melakukan pengajaran menggunakan kaedah demontrasi. Item persoalan Kajian Rintis Item persoalan Kajian Sebenar

22

11

40

33

Analisis data kajian rintis menggunakan statistik Alpha Cronbach iaitu realibility coefficient atau pekali kebolehpercayaan untuk menguji keesahan dan kebolehpercayaan item. Jadual di bawah menunjukkan nilai pekali Alpha Cronbach, jika nilai alpha menghampiri 1 bermakna kebolehpercayaan amat tinggi, baik dan berkesan. Menurut Mohd. Najib (1999), jika pekali Alpha Cronbach di antara 0.8 hingga 1.0 menunjukkan item kajian boleh diterima dan tidak perlu ditukar seperti yang terdapat di Jadual 3.4.

Jadual 3.4: Pekali Alpha Cronbach 0.0 0.2 0.2 0.8 0.8 1.0 Rendah (ubah semua item) Sederhana (ubah sebilangan item) Tinggi ( item boleh diterima)

3.5

Prosedur Kajian Sebelum memulakan kajian pengkaji membuat proposal. Proposal tersebut

dihantar kepada Bahagian Penyelidikan Dasar Pendidikan (EPRD) bagi mendapatkan kebenaran daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk melakukan kajian di sekolah-sekolah Menengah di daerah Kuala Krai, Kelantan. mendapat pengesahan dari EPRD pengkaji pergi ke Jabatan melakukan kajian ini. Setelah melakukan kajian rintis, pengkaji seterusnya membuat kajian sebenar di sekolah yang telah dipilih. Borang soal selidik telah diedarkan kepada guru-guru Kemahiran Hidup oleh pengkaji, responden diberi masa selama dua hari untuk menjawab soal selidik bagi mengelakkan responden merasa tertekan. Selepas itu, Selepas Pendidikan Negeri

Kelantan (JPNK) untuk mendapatkan persetujuan dari bahagian negeri untuk

34 kesemua borang soal selidik ini telah dikumpulkan oleh pengkaji untuk dianalisis. Segala borang soal selidik digunakan untuk dianalisis menggunakan SPSS (Statistical Package For Social Science, Version 11.5).

3.6

Jangkamasa Kajian Penyelidikan telah dijalankan dari bulan Julai 2007 hingga bulan Februari

2008.

3.7

Penganalisisan Data Data-data yang diperolehi daripada soal selidik yang diedarkan kepada

responden merupakan data mentah. Pemprosesan data dibuat untuk mendapatkan hasil kajian yang dijalankan. Data ditunjukkan dalam bentuk frekuensi, peratus dan min. Di samping itu, ujian-t digunakan untuk menentukan perbezaan kesesuaian isi kandungan, peruntukan masa , kemudahan dan alatan dan kesesuaian kaedah tunjuk cara (demonstrasi) antara pengalaman guru-guru dalam matapelajaran Kemahiran Teknikal peringkat Menengah Rendah. Menurut Sulaiman Ngah Razali (1996), Ujian-t digunakan untuk

membandingkan antara min yang dimiliki oleh kumpulan kawalan dengan min yang dimiliki oleh eksperimen dengan syarat kedua-dua kumpulan itu mempunyai kumpulan yang sama. Daripada penganalisisan tersebut pengkaji dapat membuat penilaian terhadap responden dengan mengkategorikan penilaian tersebut kepada beberapa tahap tertentu. Untuk menganalisis data dalam kajian ini, perisisan SPSS (Statistical Package For Social Science, Version 11.5) akan digunakan. Pengkelasan semula

35 skala Likert dibuat bagi menentukan kecenderungan responden dengan lebih mudah. Pengkelasan yang dimaksudkan itu ialah seperti dalam jadual 3.4 dibawah: Jadual 3.5: Pengkelasan semula skala likert Likert 5 dan 4 3 2 dan 1 Pengkelasan Bersetuju Tidak Pasti Tidak bersetuju

Mengikut Mohd. Majid (1994), takrifan terhadap fakta adalah hak individu pengkaji. Oleh itu pengkaji membuat takrifan bahawa sekiranya responden memberi jawapan bersetuju bermakna ia mempunyai persepsi positif dan sekiranya tidak bersetuju ia adalah persepsi yang negatif. Pengkaji juga telah menetapkan julat peratusan untuk mendapatkan tahap atau kedudukan persepsi. Ketetapan ini adalah seperti berikut: Jadual 3.6: Tahap penilaian responden berdasarkan peratus (Dipetik dari buku Mohd Najib Ghafar, 1997, Pembinaan & Analisis Ujian Dalam Bilik darjah) Peratus 61 100 31 60 0 30 Skor Tinggi Sederhana Rendah

Berdasarkan peratusan yang telah ditetapkan di atas pengkaji akan membuat tahap penilaian terhadap responden. Darjah penilaian terhadap responden dianggap rendah jika peratusannya berada di antara 0% hingga 30%, Sedarhana jika berada di antara 31% hingga 60% dan tinggi jika berada sekitar 61% hingga 100%. Selain itu peratusan nilai min juga akan digunakan dalam analisis data. Menurut Mohd. Najib (1998), menyatakan nilai min boleh diterjemahkan kekuatannya melalui perkadaran yang telah diukur. Hubungan kekuatan min adalah seperti berikut:

36 Jadual 3.7 : Min 3.5 5.0 2.5 3.4 1.0 2.4 Tahap penilaian responden berdasarkan min Tahap Penilaian Tinggi Sederhana Rendah

You might also like